free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 28

Favourite Colour

Suatu petang tatkala saya hendak melelapkan mata kerana terlalu mengantok, tiba-tiba anak sulong saya Alia datang dan bertanya, “Mak, what is my favourite colour?.”

Eh, dia punya favourite, tanya kita pulak, getus hati saya. Namun kerana saya sedar sejak dari kecil dia memang gilakan warna ini, saya dengan begitu yakin menjawab -pink.

‘Not any more, la Mak,” kata Alia.

“Eh, bukan favourite colour Alia selama ini pink ke?. Bukan ke Alia beli semua barang warna pink. Habis tu apa your favourite colour?” tanya saya kembali kehairanan.

Hitam,” jawabnya ringkas.

“Ish,hitam is not a colour la Alia,” saya tak mau mengalah.

“Ala …mak ni, Alia kan ker dah tukar favourite colour, mak tak perasan ker?” dia menjelaskan.

“Eh, favourite colour mana boleh tukar-tukar,” jawab saya yang memang dan tak akan mengalah.

“Ha,ha..mak ni favourite colour anak sendiri pun dah tak tau,” sampuk anak kedua Asma , pula. Si adik ni sememangnya sehati sejiwa dengan Alia.

Kami bertiga terus ketawa sambil diperhatikan oleh anak bongsu Arissa yang semenjak dari awal tak boleh pick-up lagi perbualan kami.

Termenung jugak saya. Salah ke saya tak tau favourite colour anak-anak?  Saya rasa sepatutnya  saya perlu lebih peka dan tahu tentang perubahan citarasa mereka sepadan dengan masa yang berlalu. Tentunya, bila anak-anak saya sudah meningkat remaja, mereka bukan sahaja mengalami perubahan fizikal malah dari segi pemikiran dan kehendak juga.

Tersenyum pulak saya bila mengingatkan betapa leka nya saya sampaikan tak perasan yang pink adalah lebih merupakan favourite colour kanak-kanak sekolah rendah. Bila dah remaja dan personaliti semakin terbentuk pilihan warna pun pasti berubah.

Apapun proses pembesaran anak-anak saya dari sekolah rendah ke sekolah menengah berlalu terlalu pantas. Saya percaya, ibu-bapa lain juga berasa seperti saya, kan?

Dengan masa berlalu pantas seperti sekarang ini, tidak lama lagi semua anak-anak saya akan ke kolej pula. Insya Allah tahun depan Alia dah nak pergi kolej.

Tentunya, saya dan suami berasa sedikit gusar memikirkan cukupkah ilmu dan kasih sayang yang kami berikan selama ini untuk dijadikan bekalan dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Solehahkah mereka nanti? Ingatkah mereka kepada kami nanti bila usia kami sudah tua?

Teringat saya ceramah seorang Ustaz di dalam program pagi’Tanyalah Ustaz’ di TV9. Beliau berkata, berilah kasih sayang kepada anak-anak dengan kemesraan.

“Kalau kita beri kasih, dapatlah sayangnya. Kita mesti tunjukkan kepada mereka yang kita sayangkan mereka. Bergurau, bermesra dengan anak-anak bukankah amalan Nabi?” ujar beliau.

Betul sesangat tu Ustaz jawab saya dalam hati. Kalau kita nak tunjuk macho sangat dengan anak-anak, sampaikan tanya satu, jawab satu dan lebih teruk lagi tanya satu, langsung tak berjawab, jangan hairanlah kalau anak-anak akan fed-up dan mulalah segala andaian berlaku di dalam diri mereka…bosan,bosan.

Berbalik kepad cerita Alia, dua hari yang lepas saya bertanya, “Nanti lepas SPM, Alia nak belajar bawak kereta tak?”

“Mestilah nak,” jawabnya.

“Ha,ha…Alia ingat mak akan bagi Alia bawak kereta ker?” saya mengusik.

“ Apasal pulak tak boleh?”  tanya Alia.

“No Way, bahaya!” jawab saya sengaja menyakat (walaupun sebenarnya saya menunggu masa sahaja mereka dapat lesen kereta, boleh jadi supir peribadi saya… J).

Feb 24

Resipi Kek Carrot

Kek

Feb 22

Cetusan Dekorasi Majlis Harijadi

Birthdays are big in our house. Entah mengapa saban tahun hari jadi merupakan antara tarikh-tarikh yang dinanti-nanti kami seisi keluarga. Ini bukanlah pula bermakna setiap kali kami menganjurkan majlis hari jadi secara besar-besaran. Seringnya apa yang kami lakukan ialah meraikan hari jadi setiap ahli keluarga sesama sendiri sahaja.

Paling tidak pun kami berlima akan keluar makan meraikan hari jadi masing-masing dan kalau ada budget lebih kami bertukar-tukar hadiah. Apa yang penting ialah meraikan detik meningkatnya usia bersama-sama. Tetapi kalau ada budget lebih serta masa kelapangan – kami akan “organise a small gathering to celebrate birthday” anak-anak gadis kami yang menginjak usia remaja. Sementelahan pula saya dan suami memang suka merai tetamu ke rumah.

Teringat juga tatkala anak-anak masih kecil, ada juga beberapa kali kami mengadakan majlis hari jadi anak-anak dengan menjemput kawan-kawan mereka serta kaum keluarga terdekat. Yang paling saya ingat ialah sewaktu saya mengadakan joint-birthday party untuk dua orang anak saya yang lahir sama bulan iaitu Ogos dan kami jemput rakan-rakan sekolah mereka. Masa itu kalau tak silap saya yang sulung baru Darjah Tiga manakala si adik pula pada Darjah Dua. Mungkin itulah majlis hari jadi paling grand yang pernah kami lakukan sehingga kini – siap khemah dan kami anjurkan juga pelbagai games untuk anak-anak yang hadir pada hari itu. Suami saya pula siap menganjurkan games ala-ala Amazing Race lagi di mana anak-anak yang hadir dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi sampul surat berisi tugasan-tugasan yang mesti diselesaikan di sekeliling dan serata rumah. Sudahnya habis tunggang langgang rumah apabila yang hadir berkejaran ke sana ke mari mencari dan menyelesaikan clue!!!

Kini anak-anak saya sudah meningkat remaja dan mereka pun sudah tidak berminat untuk menganjurkan birthday parties dengan tetamu yang ramai. Tapi, ya lah, kadang-kadang mak bapak mereka pulak yang terlebih excited untuk menganjurkan majlis harijadi.

Namun mutakhir ini, kalau tak kami meraikan sesama kami sahaja, saya suka cadangkan mereka untuk menjemput kawan-kawan rapat sahaja untuk makan-makan ke rumah.  Kadang-kadang tu saya dan bapak mereka pulak yang lebih-lebih. Nak buat macam mana kan,  sebab selain memasak saya juga suka sekali kalau ada tetamu datang berkunjung menikmati hidangan di rumah. Pada hari-hari beginilah saya konon-konon nak tunjuk skill.

Saya sukakan kelainan setiap kali saya menyambut harijadi anak-anak saya. Pada saya, menghias meja makan dan memasak makanan yang sesuai sama pentingnya. Kalau dulu sewaktu anak-anak masih kecil, mmbuat dekorasi untuk majlis harijadi tidaklah sesusah mana. Banyak alatan deko yang dijual bersesuaian dengan  citarasa mereka. Tetapi bila anak sudah meningkat remaja. Menyediakan dekorasi untuk meja makan utama serta party favour untuk kawan-kawan sudah agak sukar.

Paling mudah kalau menjamu pada majlis hari jadi ialah dengan buffet. Di sini saya letakkan semua kek dan makanan di satu meja. Bagi membuatkan ia lebih menarik, saya tandakan setiap paper cup dengan nama setiap tetamu.  Saya sediakan makanan yang diminati anak-anak remaja seperti ayam goreng, pie dan juga karipap. Mudah disediakan. Bagi hiasan meja, saya cuma beli kertas hadiah yang agak funky dan ceria bagi membangkit suasana. Saya juga taburkan kuntuman bunga di atas meja sesuai untuk majlis anak perempuan.

Yang ini pula majlis hari jadi anak sulung saya tahun lepas sewaktu menyambut hari lahir ke16 nya. Oleh kerana dia hanya mahu menjemput kawan-kawan rapat sahaja, saya cadangkan a sit-down meal ala-barat. Dan saya pun menghiaskan meja agar tampak menarik. In fact, colourful hair ribbons (yang dijadikan cenderahati untuk tetamu) digunakan untuk mengikat napkins.

Yang ini pula satu lagi majlis hari jadi seakan serupa untuk anak kedua. Tapi untuk majlis kali ini kami meraikan sesama kami sahaja. Tak semestinya kita berdekorasi bila meraikan tetamu sahaja, tak begitu?

Feb 20

Tribute To Arwah Bapak

Tempoh hari saya pulang ke kampung halaman di Kampar sekejap. Sampai sahaja saya terus berdiri di hadapan no 13, Jalan Meranti, Taman Melayu Jaya. Di sini banyak tersimpan kenangan indah sewaktu saya melangkah dewasa. Kenangan indah dan juga pahit semua terpahat simpan di sini. Sayu dan sedih rasanya melihat keadaan rumah yang terbiar tidak terjaga – rumput dah bertukar jadi lalang, pokok-pokok semuanya sudah mati. Itu belum lagi di bahagian dalam rumah, banyak yang dah rosak.

Bagi saya, sebagai anak bongsu, yang mula menduduki rumah ini pada tahun 1978 bersama mak dan arwah bapak, memori dahulu masih terpahat di ingatan. Di waktu itu, adik beradik yang lain semuanya sudah keluar dari rumah, ada yang sudah bekerja dan ada yang sudah belajar di kolej. Hanya saya seorang yang tahu dan masih mempunyai kenangan awal semasa kami mula-mula menjejakkan kaki di rumah ini.

Memiliki rumah sendiri memanglah impian arwah bapak. Sebelum ini kami sekeluarga tinggal di Temoh (sebuah pekan 10 km ke selatan Kampar) di rumah kampung milik keluarga ibu saya. Pindah ke rumah baru memang sesuatu yang dinanti-nantikan oleh arwah bapak saya. Sewaktu itu lot rumah kamilah yang terakhir siap.

Rumah teres dan berkembar di kawasan taman perumahan tersebut sudah lama diduduki, barulah lot-lot banglo di situ pula siap. Saya ingat lagi setiap petang bapak akan bawa saya dan mak pergi membersihkan kawasan luar rumah sedangkan rumah belum sepenuhnya siap, tanah masih tanah pasir lagi. Selalunya kami bawak bekal untuk minum petang dan tentulah kopi-o kaw,minuman kesukaan arwah bapak.

Bapak bercadang nak berpindah secepat mungkin kerana beliau berhajat untuk mengadakan majlis kahwin kakak sulung saya di sana. Punyalah teruja, bapak sanggup berulang ke Ipoh untuk membeli pokok-pokok bunga dan rumput untuk ditanam di sekeliling rumah baru nanti. Bagi sesiapa yang mengenali arwah bapak, beliau memang seorang yang sukakan pokok. Waktu malamnya dihabiskan membelek-belek pokok sambil menghisap rokok Dunhill yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

Masih saya ingat iaitu sebelum kami berpindah masuk, bapak korek tanah di sekeliling rumah, diturapnya dengan baja dan ditanamnya dengan rumput hijau. Sekeliling sempadan kawasan rumah ditanamnya pula sejenis pokok pagar (pokok apa entah tapi memang gatal kalau terkena badan).

Menariknya, arwah bapak memang sukakan pokok yang hijau. Pokok yang berbunga, bapak tak berapa suka apatah lagi pokok orkid.

“Bodoh jer tanam pokok orkid, entah berapa kali setahun berbunga, yang nampak pokoknya yang macam mati hidup segan tak mau,” teringat saya arwah bapak membebel.

Di bahagian belakang rumah (kawasan rumah memang agak luas), bapak buat taman kaktus. Cantik. Bapak letakkan batu-batu putih di sekelilingnya. Berdekatan bahagian belakang dapur pula bapak tanam pokok serai, pokok durian belanda, pokok ubi dan yang paling saya suka pokok belimbing besi. Apabila saya buka tingkap ketika memasak, pasti ternampak deretan pokok mangga bapak yang rendah tapi banyak dan bergayut buahnya.

“Buah mempelam mahal kalau nak beli,” ujar bapak, “Jadi kenalah kita tanam.” Emm,kenapa tak tanam pokok anggur?

Di sisi kanan sliding door pintu utama, bapak tanam pokok kebanggaannya, pokok pinang merah. Setiap kali orang datang, pasti mereka bertanya, ”Mana beli pokok ni, Cikgu Hasan?” ”Eh, ni tak ada jual ni, saya semai sendiri,” kata bapak bangga. ”Hi,hi betul ker tak ada jual? ramai yang tak percaya.

Arwah bapak tak suka pokok banyak-banyak, berserabut katanya. Seingat saya bapak hanya tanam pokok buluh jepun dan pokok pinang merah saja di bahagian depan rumah, selebihnya bapak suka lihat kehijauan rumput. Di bahagian porch, bapak hias dengan pasu-pasu pokok pam. Cantik dan hijau. Kalau ada sesiapa yang mintak, bapak buat donno sahaja. Kalau ada yang bertuah dan dapat pokok tu, pastilah orang tu arwah bapak punya favourite.

Sekarang apa yang ada didepan saya tak ubah seperti berada di rumah tinggal. Dah tak ada satu pun pokok yang bapak tanam masih kekal. Habis dipotong oleh orang yang pernah menyewa rumah ni. Sudahlah tu, ada juga yang langsung tidak menjaga rumah. Rumah ditinggal macam tongkang pecah dan banyak yang rosak.

Habis sudah gambaran rumah dulu dan terasa macam bapak makin jauh. Tiada lagi sejuk mata memandang kehijauan pokok-pokok. Sedih memang sedih.

InsyaAllah, jika ada rezeki akan saya bongkar segala lalang dan semak samun di keliling rumah ni. Akan saya cari kembali pokok pinang muda dan pokok buloh jepun. Akan timbul kembali taman kaktus seperti yang bapak buat. InsyaAllah. Tahun ni, tanggal 15 March, genap 29 tahun arwah bapak meninggalkan kami. Semoga bapak bersama orang-orang yang soleh. Saya rindu bapak! Al-Fatihah.

Feb 18

7 Mitos Tentang Berniaga

1. Saya tidak perlu kerja kuat, boleh goyang kaki.
Hakikat- Anda perlu bekerja lebih kuat, perlu lebih banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk bisnes anda. Namun begitu mungkin anda rasa seronok bekerja walaupun secara ‘overtime kerana potensi untuk anda mendapat lebih keuntungan adalah bergantung atas komitmen dan kerja keras anda.

2. Saya boleh jadi boss.
Hakikat- Benar kerana bisnes anda, andalah boss takkan nak lantik orang lain jadi boss pulak. Namun begitu anda masih perlu berurusan dengan pihak-pihak lain seperti pelanggan dan pembekal. Dalam lain perkataan anda perlu jugak patuh kepada kehendak mereka , dahlah tu kena pulak pandai ambil hati mereka. Hakikatnya merekalah boss dan bukannya anda.

3. Saya boleh letak harga tinggi kerana saya mempunyai kelulusan dan kepakaran yang tinggi.

Hakikat- Anda mempunyai pesaing yang sentiasa mencari peluang untuk menandingi anda. Mereka mungkin menawarkan kualiti dan perkhidmatan yang sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Secara logiknya , pelanggan akan memilih mereka daripada anda. Meletakkan harga yang sangat tinggi tidak akan membantu dalam perniagaan kecil-kecilan.

4. Saya tidak perlu berurusan dengan orang yang saya tidak suka

Hakikatnya- Anda mesti berurusan dengan segala macam karenah pelanggan yang seribu kali lebih teruk dari boss anda. Anda terpaksa juga menerima segala kritikan dan umpatan mereka. Jika tidak dilayan nanti tersebarlah pulak segala cerita yang tidak baik tentang bisnes anda. Seperti yang saya katakana tadi, pelanggan anda adalah boss anda dan siapa lagi yang membawa keuntungan kepada perniagaan anda selain dari pelanggan. Jadi bertambahlah lagi pening kepala, bukan.

5. Saya mempunyai masa saya sendiri

Hakikat-Benar anda mempunyai masa anda sendiri dan sukahati andalah untuk pergi kerja pukul berapa atau nak bekerja berapa lama dalam sehari. Namun begitu semakin lama anda didalam perniagaan, anda akan memerlukan lebih banyak masa untuk maintainkan perniagaan. Mungkin anda akan lebih sibuk dari sebelumnya.

6. Saya bebas akhirnya

Hakikat- Bebas dari segi apa dan untuk buat apa? Benar anda bebas untuk buat apa yang anda suka kerana ini adalah bisnes anda tetapi anda perlu mempunyai jadual yang ketat untuk urusan bisnes dan keluarga. Mungkin juga akan menggangu waktu rehat dan waktu yang patut diluangkan bersama kelauarga.

7. Saya bagus dan berkelulusan tinggi, saya pasti berjaya dengan cepatnya.

Hakikat- Kadangkala didalam realiti orang berniaga, kelulusan dan kerja keras tidak memadai. Anda perlukan masa untuk berjaya. Dengan bersabar, peluang untuk anda berjaya akan lebih cerah. Jadi sentiasalah berfikir secara praktikal dan bijak dalam segala usaha untuk mendapat kejayaan.

7 mitos diatas mungkin berbeza bagi sebahagian orang. Iyelah tujuan berniaga setiap orang pun berbeza. Bagi orang yang berniaga dengan tujuan sekadar mengisi masa lapang ataupun sekadar sebagai hobi, mungkin mitos di atas adalah benar. Berlainan pula dengan mereka yang berniaga untuk mendapatkan pendapatan pasif atau untuk mendapatkan duit sampingan. Bukanlah tujuan saya untuk membantutkan niat anda untuk berniaga tetapi jika anda bekerja makan gaji dan berniat untuk berhenti kerja untuk berniaga semata-mata berdasarkan mitos di atas, fikirlah sedalam-dalamnya dahulu.

Pilihan terbaik untuk anda adalah melakukan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dahulu. Jika tak berjaya tidak mengapa , pendapatan tetap masih ada dan anda boleh mencuba lagi.

Jangan takut dan jangan lengahkan masa untuk mencuba segala perniagaan dari rumah. Jika anda minat memasak, serlahkan kepakaran anda . Banyak bentuk perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah. Anda boleh membuka kelas memasak, menulis buku resipi, menjual kek dan macam-macam lagi. Sesuaikan bisnes anda dengan keadaan sekarang. Gunakan internet sebagai medan utama untuk mempromosikan bisnes. Banyak idea-idea perniagaan yang boleh diketengahkan ….’think outside the box’!

Feb 17

Nasi Belum Menjadi Bubur

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam, Dija masih belum balik lagi. Mentari sudah sedikit demi sedikit menjunamkan dirinya di ufuk barat namun kelibat anak daranya masih belum lagi muncul. Kurang beberapa minit lagi masuklah waktu maghrib. Teringat Puan S sewaktu bersama ibubapanya di kampung sewaktu dia masih kecil dahulu, kalau dah menjelang maghrib, pintu rumah, tingkap wajib ditutup, takut setan masuk kata emaknya.

Kehidupan di bandar pula seperti membenarkan waktu maghrib dijadikan seperti waktu untuk bersantai. Entahlah keluh Puan S. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pulang pindah ke kampung. Aman damai. Namun, di sinilah pula tempat dia dan suami mencari rezeki. Kalau tak duduk di bandar nak cari makan apa pulak mereka sekeluarga. Keluar pagi dan balik petang, tidak menjanjikan pendapatan yang mencukupi, cuma kalau nak berhutang dan menambah hutang tu bolehlah. Sekarang bertambah serabut kepala pula memikirkan masalah anak perempuannya yang seorang ini.

Dija tidak seperti dulu lagi, perlakuannya kini berbeza. Semenjak Dija bersekolah menengah dan berkawan dengan rakan-rakan yang sama meningkat remaja perangainya memang dan seratus peratus berbeza. Dari seorang anak perempuan yang sopan, lembut dan suka bergurau bertukar menjadi seorang yang perengus dan pantang ditegur. Usahkan nak menegurnya, kalau bertanya sudah makan pun akan dibalas dengan kata-kata yang kasar ataupun langsung tak dibalasnya soalan.

Lebih teruk dari itu, sikap panas baran nya menjadi-jadi. Pening kepala Puan S. Kadang-kadang sebab yang kecil pun boleh Dija hilang pedoman. Sebagai contoh, kalau tak ada juadah kegemarannya setiap kali balik sekolah, Dija akan melenting. Dengan adik beradik sudah seperti anjing dengan kucing. Pantang bertemu, pasti bercakaran dia dengan adik-adiknya.

“Mama jangan menyibuk hal Dija, Dija dah dewasa tahulah Dija jaga diri,” jerit Dija tempoh hari bila dinasihati Puan S. Hilang jugaklah sabar Puan S dan tanpa disedarinya terlepas jugalah penampar sulungnya ke muka Dija. “Mama memang dah tak sayangkan Dija lagi,” amuk Dija lagi. Pang!! bunyi daun pintu biliknya ditutup sekuat-kuat hati.

Keadaan sebegini memang selalu berlaku bagi remaja yang sedang meningkat usia. Keliru dengan rasa sudah dewasa dan takut meninggalkan zaman kanak-kanak berkemungkinan menjadi salah satu sebabnya. Itu pendapat sayalah..komunikasi yang semakin menampakkan jurang juga adalah salah satu sebabnya.
Pada peringkat ini anak remaja yang keliru akan mengasingkan diri dari kawalan ibu-bapa mereka. Mereka mula membina prinsip hidupnya dan pandangannya sendiri. Selalunya seiring dengan minat dan kelakuan rakan-rakan rapat.Segala idea dan pandangan ibunya dianggap kuno.

Berbalik kisah Puan S dan Dija tadi, memang perhubungan mereka sudah mula menampakkan keretakan sejak beberapa tahun yang lalu tapi Puan S menganggapnya perkara biasa. “Budak nak membesar agaknya,” fikir Puan S memberi alasan menyedapkan rasa hati. Namun akibat kealpaannya, keadaan menjadi semakin rumit dan sekarang Puan S sudah tenggelam punca dalam mengatasi masalahnya dengan Dija.

Pada pandangan saya, Puan S mungkin tersilap dan menganggap Dija masih anak kecil lagi. Saya pun kadang kala pun terleka dan terlupa yang anak-anak dara saya juga sudah remaja. Minat dan kehendak sudah amat berbeza.

Saya rasa pasti ibubapa di luar sana yang menghadapi masalah serupa Puan S. Mungkin ramai yang merasakan sukar betul memahami apa yang anak remaja perlukan? Memang kadang-kadang ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengambil hati anak remaja dengan membelikan handphone, MP3, beg dan baju berjenama baru.
Pada saya, masalah-masalah diatas boleh diatasi jika sejak mula wujud komunikasi yang baik antara remaja dan ibubapa mereka. Sayangnya dalam kebanyakan hubungan anak remaja dan ibubapa pada masa ini tidak ubah seperti berperang. Masing-masing ingin memperkatan sesuatu sesame sendiri tetapi tidak kesampaian. Maka bertimbun-timbunlah perasaan dan fikiran di hati masing-masing yang lama-kelaman akan meletup jika tidak dapat dikeluarkan.

Sebaik-baiknya ciptalah situasi di mana anda boleh berkomunikasi dengan baik. Berhati-hati bila berbicara dan bijaklah mengukir kata. Pada sayalah, bersembang bodoh-bodoh dan bergurau senda dengan anak remaja dapat merapatkan kembali jurang antara mereka dan dapat memperbaiki komunikasi dengan anak anda.
Cubalah. Sayangilah anak remaja anda. Anugerah yang tiada nilainya!

Feb 16

Santai Sunday: Buat Bersebab

Sering kali kalau tiba hujung minggu, saya dan suami akan ke pasar pagi berhampiran rumah untuk membeli stok bahan basah mingguan kami. Selalunya kami pergi dalam pukul 9 atau 10 pagi. Dalam pada itu kami sempat juga mencelah, menyelinap dan pergi minum kopi di salah sebuah kedai kopitiam di Taipan, USJ.

Saya ni kalau pergi ke mana-mana kedai makan, restoran ke.. saya mesti memberi komen positif dan negatif (pengkritik tak bertauliah) dan orang yang terpaksa mendengarnya , siapa lagi kalau bukan suami saya.

Dalam pada kami menikmati kopi ais dan roti bakar, mata saya melilau melihat keadaan kopitiam tersebut. Pelanggan memang ramai silih berganti dan para pekerja tidak duduk diam melayan mereka. Leka seketika. Terdetik di hati bahawa suasana ibarat restoran mamak yang juga sering kali meriah.

Memanglah sekarang ini ‘kopitiam’ sudah menjadi pilihan nombor satu untuk orang ramai lepak-melepak dengan gaya yang agak ‘kelas’ gitu. Tetapi bila saya berada di dalam kopitiam Ahad lalu, saya dapat rasakan kedai tersebut mengaplikasikan konsep ‘kedai mamak’. Cumanya, kini kopitiam telah dipersembahkan dengan satu suasana yang lebih ‘up-to-date’.

Saya perhatikan beberapa kerja-kerja penyediaan makanan dilakukan secara terbuka di sebalik kaunter yang terletak di tengah-tengah kedai – seperti juga restoran mamak. Pekerja-pekerjanya membakar roti, membuat air dan membasuh pinggan di sebalik kaunter dan semua aktiviti dapat dilihat oleh para pelanggan.

Mereka dilatih membuat kerja-kerja ‘in style’ dan menjaga kebersihan supaya pelanggan tidak akan ragu-ragu dengan tahap kebersihannya. Tambah menarik, diletak pula penapis (filter) air yang besar di dinding kedai supaya pelanggan boleh nampak dan tahu bahawa air yang digunakan adalah bersih.

Pekerjanya yang agak ramai menghasilkan suasana yang meriah.

Selain itu, susun atur meja dan kerusi dibuat sebegitu rupa sehinggakan orang ramai yang lalu lalang di luar akan terasa bahawa kopitiam tersebut sentiasa dipenuhi pelanggan.

Sambil menghirup kopi ais, kami juga kini lebih faham apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan kopitiam tersebut ada sebabnya baik dari segi susun atur kedai sehinggalah kepada saiz dan bentuk pinggan mangkuk yang digunakan. Semuanya ada gunanya.. ada sebabnya.

Santai Sunday berkata:

“Di dalam dunia semua perniagaan, terutamanya didalam bisnes makanan segala tindakan dan pilihan yang kita buat walau sekecil mana sekalipun mestilah mempunyai sebab. Kita mestilah fokus dan mengetahui bahawa tindakan kita itu mempunyai sebab yang membolehkan kita mendapat keuntungan dari perniagaan kita. Kadangkala sebab yang sedikit akan memberi kesan yang besar terhadap bisnes kita.

Cuba kita fikirkan kenapa di kedai mamak, kebanyakan kerja -kerja penyediaan makanan seperti menebar roti canai, menggoreng mee dan sebagainya dilakukan di bahagian depan kedai dan bukan di dapur?

Banyak sebabnya…diantaranya adalah untuk menghasilkan suasana kelam-kabut dengan jerit-menjerit, bunyi sudip dan kuali dan pelbagai bunyi bising yang akan memeriahkan kedai dan secara tidak langsung menarik lebih ramai pelanggan. Kalau tak ada suasana tu, tak adalah umpphnya.

Begitu jugalah bagi kita yang baru hendak memulakan perniagaan. Fikirkan apakah sebab diatas pilihan kita seperti warna, kualiti barang yang digunakan dan banyak lagi. Jangan asyik mengikut pilihan hati (syok sendiri) tanpa mengambil kira akan sebab disebaliknya.”