free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 23

Tip Mengemas Dapur

Memang agak sukar untuk kita sentiasa mengekalkan kebersihan dan kekemasan dapur. Apatah lagi kalau dapur tu tak henti-henti beroperasinya. Lepas masak nak mengemas pulak, masak kemudian kotor balik. Adoii! Bilalah kerja-kerja mengemas dapur nak habis. Kalau tak masak nanti selim- melim pulak orang yang ada kat dalam rumah ni. Dah tak comel la pulak.

Stail memasak orang melayu pulak memang menyesakkan dada. Nak kena tumis-menumis, tumbuk menumbuk dan maka terperciklah sana sini. Minyak terpercik ke lantai, belacan terpercik kat baju dan entah apa-apa lagi. Kan senang kalau ikut stail orang putih, sayur tu digaul-gaul aje. Lauk tu di grill sahaja atas pan dan makan dengan sos. Tak payah nak masak beraneka lauk pauk.

Semalam suami saya cakap dia nak kurangkan makan nasi sebab nak berdiet. Walaupun ini dah kali ke berapa entah dia cakap macam tu tapi saya memang perlu percaya la kan. Manalah tahu kut-kut kali ni menjadi la pulak. Jadi pesan suami saya jangan masak lauk pauk sedap-sedap nanti dia teringin makan nasi pulak. Hello! selama ni kalau saya masak simple-simple pun, dia taram 2/3 pinggan nasi, apa kes?

O.k mak saya pulak nak makan rebus-rebus. Segalanya nak rebus dan ada sambal belacan. Semalam saya rebus sayur, buat sambal dan masak ikan singgang..berselera beno dia makan. Emak mertua pulak tak suka rebus-rebus nak masak yang fancy-fancy macam kat kedai makan. Itu belum lagi bab masak sarapan. Anak-anak kalau boleh nak makan yang ringan-ringan manakala mak dan mak mertua nak makan yang berat-berat. Memang pening kepala dibuatnya. Susah-susah sangat hari-hari saya masaklah ala-ala untuk buffet kat hotel, nanti tak adalah sesiapa yang kecik hati. Alhamdulillah anak-anak tak banyak ragam, tapi kesian pulak sebab terpaksa hentam aje apa yang ada.

Eh..tadi nak cerita pasal mengemas dapur, dah lari tajuk pulak, ye.

Puan-puan sekelian,

Mengemas dapur adalah antara tugasan yang memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak kecil dan perlu keluar bekerja ataupun  mempunyai masalah seperti saya. Jika dapur selalu digunakan, rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi.

Namun begitu,  terdapat beberapa cara asas yang boleh anda lakukan  untuk membantu meringankan beban kerja anda.

Tip 1

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.  Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan.  Masukkan kesemua barang tersebut  ke dalam satu kotak.  Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.

Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja  ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.

Tip2

Selepas memasak, anda mesti membasuh  kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.

Tip3

Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh.  Selagi muat sinki selagi itulah  pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.

Apa yang saya perhatikan, jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh.  Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.

Tip4

Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita.  Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan  didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur.  Apa yang saya lakukan , saya mesti memastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur.  Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.

Jun 21

Hantaran Perkahwinan Fudhail

Saya agak sibuk satu minggu kebelakangan ini kerana membantu membuat persiapan perkahwinan anak saudara saya Fudhail, anak keempat abang saya Azizi dan kakak ipar saya Zaihani.

Seperti mana majlis perkahwinan abang-abang dan kakaknya yang terdahulu, saya serta suami dan anak-anak turun padang membantu mana yang patut. Seperti mana majlis yang berlangsung dua tahun lalu (Nisah-Halim dan Naim-Miza), kali ini saya turut bertanggung jawab menyiapkan bekas-bekas hantaran perkahwinan, membuat kek perkahwinan serta membantu menghias pelamin serta bilik pengantin.

Walaupun perkahwinan kali ini berlangsung di dewan, kami tetap menghias rumah mereka di Cheras untuk meraikan mempelai.

Oleh kerana majlis diadakan pada hujung minggu di luar musim cuti sekolah, kami hanya dapat membantu di hujung minggu sahaja. Seminggu sebelum majlis, saya dan suami ke rumah abang untuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Sebenarnya saya hanya lebih jadi pengarah sahaja sebab yang memanjat bagai adalah Fudhail sendiri serta kakaknya Nisah. Dah tua-tua begini tak larat la pulak nak buat kerja lasak-lasak.

Apapun persiapan hantaran perkahwinan dilakukan lebih awal. Sebelum Kak Zai dan Fudhail datang menghantar barangan-barangan dan bekas-bekas hantaran (kami orang Perak panggil “Semerit”), saya dah menjelajah berbagai blog-blog perkahwinan mencari idea. Dari situ, sedikit-sedikit datang idea untuk membuat hantaran.

Tiga minggu sebelum majlis, Kak Zai datang menghantar barangan untuk digubah segala. Bila mereka pulang sahaja, saya terus ke SSF di Puchong untuk membeli bahan-bahan dekorasi. Dek kerana penuh semangat lagi, malam tu jugak saya mula bekerja menghias hantaran.

Pengantin memilih warna tema pink untuk hantaran dan saya pula mahukan sesuatu yang tampak simple, moden tapi ada unsur-unsur tradisional. Alhamdulillah, di SSF saya terjumpa jambangan bunga yang saya kira agak tradisonal. Bila digabungkan dengan warna lapik hantaran cream yang jarang yang di titip renda pink, sentuhan modern simple itu terus menyerlah.

Yang bestnya, kali ini kerja menghias hantaran menjadi lebih mudah dan cepat sebab anak-anak dara saya juga turut membantu. Banyak kerja-kerja remeh seperti memotong kain serta melekat renda dilakukan mereka. Suami juga turut memberi input (walaupun kadang-kadang bengang jugak saya dibuatnya sebab asyik memerintah aje dia).

Apapun, dalam masa seminggu saya selesai menyiapkan hantaran-hantaran yang diminta, kecuali tepak sireh, bekas buah-buahan, kek (yang saya buat dua tiga hari sebelum majlis) serta wajik pulut dari kakak saya di kampong.

Pada hari Jumaat, sehari sebelum majlis berlangsung, kami ke rumah abang saya untuk membuat persiapan terakhir. Suami saya memang cuti sementara anak-anak saya pula ponteng sekolah untuk turut membantu. Kala ini, saya mengambil kesempatan untuk memperkemaskan hiasan hantaran-hantaran yang ada, dan mengisi bekas hantaran buah-buahan. Kakak saya Azlah pula yang baru sampai dari Perak, terus menghias wajik di atas bekas hantaran yang disediakan serta bertanggung jawab ke atas tepak sireh (yang ini memang saya gagal… entah kenapa saya pun tak berapa berkenan nak menghias tepak sireh).

Hasilnya, memang boleh dibanggakan…. Saya rasa sungguh puas hati dengan hantaran yang disediakan dan berharap sangat pengantin juga turut gembira dengan hasil kerja saya.

Jun 06

Resipi Nasi Kerabu

Sudah sarapan?

Memang dah lama saya teringin nak masak nasi kerabu. Kalau bab-bab kerabu ni memang anak-anak saya suka. Saya malas betul  nak masak nasi kerabu ni bila tang kena keluarkan isi ikan dan bab-bab menghiris segala ulam-ulaman. Renyah sikitla rasanya dan saya pun memang agak lemah dalam hal memasak yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau masak yang main campak-campak tu saya suka..i like!

Berbalik kepada nasi kerabu. Alkisahnya nasi kerabu ni biasanya dijadikan santapan sarapan bagi orang-orang di Pantai Timur. Berlainan pula bagi saya, nasi kerabu boleh dijadikan sarapan, lunch, dinner, supper….dalam lain perkataan boleh dimakan sepanjang hari. Iyelah semua barang dah naik harga kan, kena lah berjimat. Jadi sepanjang hari semalam, satu keluarga menikmati nasi kerabu dan nasi kerabu….sedap!

Resipi Nasi Kerabu

Resipi ni saya dapat dari sepupu saya Kak La. Tak tahulah jika ia betul-betul original atau dah digodek-godek oleh Kak La. Kalau ada pun memang sah-sah saya dah kena tipu. Saya ada jugak sepupu orang Kelantan tapi nak mintak resepi kat deme rasa macam was-was jer sebabnya tak pernah pulak saya tengok deme masak nasi kerabu..ish,ish…Walau apa pun resipi ni memang sah dan sah nasi kerabu anda menjadi..special!

Bahan-bahan:

Nasi putih – dimasak seperti biasa

Kobis, taugeh, pucuk gajus, timun, daun kesom dan apa-apa ulam yang anda suka – di hiris halus

Goreng keropok bayak-banyak

Kelapa di goreng tanpa minyak sehingga berubah warna

Untuk kuahnya:

Cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan di kisar dan ditumis hingga garing

Masukkan santan dan masak sehingga pecah minyak

Masukkan serai yang dititik,garam, gula, asam dan kerisik

Akhir sekali masukkan budu dan hirisan cili padi

Untuk ikan :

Ikan di rebus/ di bakar

Asingkan isinya dan dicampur dengan hirisan serai, hirisan bawang dan halia serta bunga kantan, yang dihiris halus dan sedikit gula kabung dan garam

Side dish:

Telur masin/ikan goreng tepung/ daging masak kunyit dll..