free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 21

Remaja Berkomunikasi- Dulu dan Sekarang

Tak kiralah samada menghantar pesanan (text) ringkas, skyping, facebook, twitter, tumbler atau lain-lain sosial media..anak-anak saya memang ‘crazy’ dengan berbual(chatting). Samada suka atau tidak kesemua cara komunikasi dengan menggunakan sosial media adalah amat berbeza dengan zaman saya muda remaja dulu. Kalau dulu bergayut dengan kawan menggunakan telefon rumah dah kira alat yang amat ‘advance’ untuk saya bergossip tentang kawan-kawan lain.

Iyelah, dunia semakin maju, cara dan alat berkomunikasi pun sudah tentunya berbeza. Setiap satu ada risikonya dan berubah dari satu generasi ke satu generasi. Semakin anak kita meningkat dewasa, mereka memerlukan privasi dan kita sebagai ibubapa perlu menghormati kehendak mereka.

Tetapi sejauh manakah kita boleh melepaskan mereka dengan privasi mereka dan seketat manakah disiplin yang perlu kita letakkan dalam hal-hal sebegini. Teknologi berkomunikasi yang semakin berubah tentu ada risikonya tetapi kita sebagai ibubapa tidak perlu cepat melatah keran apa yang penting adalah komunikasi antara ibubapa dan anak-anak adalah kuat dan terkawal.

Menghantar Pesanan Ringkas (Texting)

Bagi kanak-kanak yang membesar didalam alam ‘wireless’, menghantar pesanan ringkas adalah kaedah bagaimana mereka berhubung dengan kawan-kawan mereka. Mereka boleh menghantar pesanan ringkas walaupun mereka berada didalam satu bangunan dengan kawan-kawan mereka ataupun berada didalam kereta yang sama.

Jadi tak hairanlah jika ada seorang remaja bernama Nielson menerima dan menghantar pesanan ringkas sebanyak 3,705 pesanan sebulan.

Dengan menghantar text, anak remaja dapat berbual dengan kawan-kawan mereka dan dalam ertikata lain, menghantar text adalah seperti bersembang-sembang. Sudah tidak ada kaedah menghantar surat atau kad dan menulis..’boleh saya berkenalan?’

Anak-anak saya ketawa bila saya bercerita yang saya dahulu menulis berkajang-kajang surat kepada kawan-kawan untuk bertanya khabar. Dah lah sebelum tu kena praktis menulis di kertas lain dan menyalin semula ke kertas yang lebih cantik dan kalau untuk boyfriend kenalah gunakan kertas yang berbau wangi, barulah romantik, kan.

Sekarang semuanya dah tak ada. Semuanya hanya menggunakan hujung jari. Kena-kena lagi kalau anak remaja yang ibubapa mereka mampu membelikan anak mereka blackberry. Lagilah hebat dan jauh perginya..ibarat dunia ini ana yang punya.

Kalau bab menghantar text melalui handphone ni, saya memang cepat naik hangin terutama sekali semasa saya bercakap dengan mereka dan tangan mereka sibuk mengtexting. Kadang-kadang bukannya penting sangat apayang nak disampaikan, sekadar nak tanya..awak wat per? Ish….ini satu lagi hal. Bila dah nak cepat sangat menekan-nekan huruf di handphone , maka terjadilah perkataan-perkataan yang terlalu ringkas dan berbunyi seperti bunyi angsa.

Kadang-kadang saya terfikir, apa akan jadi kepada generasi yang akan datang jika perbualan mereka hanya berdasarkan apa yang ditulis dan dibaca di skrin handphone. Akan kurangkah sopan dan budibahasa anak-anak kita nanti? Bagaimana mereka hendak menegur orang lain tanpa menggunakan text. Adakah nanti perbualan seperti..apa khabar, boleh saya bantu, wujud lagi?..

Lebih teruk lagi kalau nanti mereka akan berasa canggung untuk berbual dengan orang yang lebih tua dari mereka…pernah anda fikirkan?

Apa yang patut saya lakukan?

Emmm…kalau saya tak nak anak saya asyik menekan-nekan dan menghantar text, tak payahlah belikan mereka handphone kan. Habis cerita..selesai masalah tetapi kalau tak ada handphone susah pulak saya nak tahu dia kat mana. Kalau pergi tuisyen atau aktiviti sekolah, nanti risaulah pulak saya.

Apa yang saya lakukan, kadang-kadang bila anak saya sedang memegang handphone mereka saya ambil dan saya check message atau saja-saja nak tengok apa yang ada kat handphone dihadapan mereka. Kalau dia marah dan rampas kembali handphone tu, maknanya adalah sesuatu yang dirahsiakan. Kalau ada gambar dalam handphone saya akan bertanya siapakah mereka.

Lagi satu semasa mereka bercakap di telefon, lihatlah gerak-geri bahasa badan. Jika ia mencurigakan, cepat-cepatlah menyiasat dan janganlah pulak cepat-cepat menuduh.

Kawal jumlah prepaid yang diberikan kepada mereka setiap bulan . Jangan sekali gunakan cara pembayaran bil untuk handphone mereka, takut nanti bila hujung bulan ibubapa pula yang gigit jari.

Jika masalah anak anda dan handphone sudah menjadi masalah kepada anda sebagai ibubapa, anda perlu tegas dan menggariskan undang-undang tentang penggunaan handphone. Kalau ianya semakin teruk, rampas sahaja handphone. Give them a lesson..kan

Facebook

Saya sendiripun tak lepas dari ketagih dengan facebook. Lebih-lebih lagi saya banyak berurusan dengan internet.

Setiap kali bukak laptop, mesti nak bukak facebook dulu. Nak tengok status orang. Kalau sempat bergossip tu, bergossiplah kan. Jadi kalau anak-anak saya asyik membuka facebook, takkanlah saya nak marah beria-ria. Sedarkan dirilah jugak.

Banyak sebab anak remaja gemar menggunakan facebook. Ada yang suka main ‘game’, suka letak-letak gambar, chatting dan sebagainya.

Asalkan anak anda berumur lebih dari 13 tahun anda boleh mmebenarkan anak anda mempunyai akaun facebook tetapi dengan pengawasan dari ibubapa sendiri.

Facebook adalah salah satu cara untuk berkomunikasi dunia maya dan ditambah dengan aplikasi gambar dan sebagainya. Memang benar, dengan adanya facebook anak-anak akan lebih mengenali ramai kawan dan keluarga. Kalau dulu agak sukar anak-anak hendak mengucapkan ‘selamat harijadi’ kepada kaum keluraga yang jauh dan tidak berapa rapat tetapi sekarang mereka boleh melakukannya dengan mudah.

Kita perlu menginggatkan anak remaja kita teantang amanah menjaga ‘wall’ facebook kita dari perkatan yang tidak sopan. Bagi saya personaliti dan perangai seseorang akan terserlah dengan apa yang ditulis di wall mereka. Jangan ingat dengan apa yang terpapar di skrin komputer itu dapat menggaburi keperibadian anak-anak dan kita sendiri.

Sepanjang pemerhatian saya, ramai dari remaja di facebook tidak menjadikan ibubapa dan keluarga sebagai kawan difacebook dan jarang-jarang sekali yang hendak meletakkan gamabar ibubapa dan keluarga di facebook mereka. Mengapa ye?

Apa yang perlu saya lakukan?

Saya akan pastikan kesemua usename dan password facebook anak saya adalah autopilot di komputer saya. Kalau ada status yang saya tak gemar saya akan delete dan saya akan terangkan kenapa saya delete.

Saya selalu ingatkan anak saya hormat dengan sapaan dan gurauan dari orang yang lebih tua. Jangan sesekali menulis dalam bahasa yang biadap dengan mereka.

Saya akan pastikan anak saya membalas setiap comment dan yang penting sekali setiap ucapan harijadi yang mereka dapat. Kalau malas sangat klik saja’like’.Saya akan cuba sedaya upaya menjadi kawan kepada kawan-kawan mereka dan menyapa kawan mereka di wall anak saya.

Kadang-kadang saya dan suami akan post status yang ala-ala lawak bodoh supaya boleh berkomunikasi dengan kawan-kawan anak-anak saya.

Yang penting suruh anak remja anda privatekan facebook mereka. Jangan letak gambar yang mendedahkan aurat. Kadang-kadang risau jugak bila berkaitan dnegan meletakkan gambar difacebook. Kena pulak yang jenis suka berposing-posing. Kalau nak bercerita macam-macam boleh dilakukan oleh orang lain berkenaan gambar di facebook, Cuma kita kenalah berhati-hati.

Seorang Pakar IT ,Whitby dad Shael Risman dari Richmond Hill berkata yang kita memnag terdedah kepada bahaya dengan gambar-gambar dan maklumat peribadi yang di letakkkan di facebook. Walaupun ianya untuk tatapan kawan-kawan sahaja tetapi orang asing yang berkawan dengan kawan anak kita masih boleh melihat gambar dan akses kepada maklumat peribadi di facebook. Mungkin tibalah masanya terhasilnya satu software yang dapat mengurangkan kesan-kesan bahaya ini, kan.

Walau apa pun penglibatan anak remaja kita atau ketagihan mereka didalam penggunaan social media perlulah dikawal. Cara untuk mengawalnya terpulanglah kepada ibubapa sendiri. Ada yang suka meletakkan peraturan, ada yang menegah sama sekali dan ada yang tak nak ambik tahu.

Bagi saya pendekatan ‘terjun ke dalam dunia mereka’ adalah yang terbaik. Bermakna kita sebagai ibubapa perlu tahu tentang setiap social media yang anak remaja kita gunakan. Jika ibubapa tidak mempunyai akaun facebook bagaimana untuk memantau segala aktiviti dan komunikasi mereka.

Itulah sebabnya kalau anak saya ada akaun di tumbler, saya pun ada. Begitu juga dengan youtube dan lain-lain lagi. Barulah boleh ‘connected’ dengan mereka. Itulah salah satu tujuan sosial media,kan!!!

Aug 03

Sirivat Sandwich

Banyak perkara yang mengkagumkan saya apabila saya membaca tentang cerita atau pengalaman mereka yang mencipta nama di dalam perniagaan. Sesungguhnya banyak cerita-cerita yang kita dengar dan baca tentang bagaimana seseorang yang terlalu susah dan  kemudiannya bekerja keras, akhirnyanya berjaya menjadi seorang yang kaya-raya.  Membaca cerita –cerita begini seumpama memberi tenaga positif yang bergetar di dalam diri saya untuk mencontohi mereka dalam mencipta kejayaan.

Senang cakap, berbisnes bukanlah perkara mudah.

Berlainan pula ceritanya dengan seorang jutawan yang berasal dari Thailand Sirivat Voravetvuthikun yang lebih dikenali sebagai ‘Sandwich Man’. Beliau seorang graduan lepasan Universiti of Texas pada tahun 1974. Kemudian beliau bekerja sebagai pekerja profesional didalam bidang kewangan dan sekuriti selama 16 tahunsehinggalah beliau menyandang jawatan sebagai  Pengarah Urusan sebuah syarikat saham terkemuka di Thailand di awal tahun 1990. Beliau terus  bergerak aktif dalam bidang bursa saham tempatan sehinggalah beliau berjaya  dengan gelaran ‘Guru Pasaran Saham’ yang bertaraf multi-millionaire.

Apabila krisis kewangan berlaku dalam tahun1994, beliau kehilangan kesemua wangnya dan keadaan semakin buruk apabila projek kondominium esklusif  beliau mengalami kerugian iaitu didalam tahun 1997. Akibat dari kerugian tersebut, Sirivat menanggung hutang sebanyak US$30.4 million dan beliau telah didakwa oleh bank-bank dan para pemiutang.

Ketika kejadian  ini terjadi, beliau tidak boleh melelapkan mata. Beliau menjadi begitu lemah dan tidak berdaya tetapi Sirivat tidak pernah terfikir untuk berputus asa. Bayangkanlah dengan sekelip mata, semua yang ada hilang lesap begitu sahaja. Dari seorang yang bertaraf jutawan menjadi seorang yang muflis segala-galanya.

Beliau buntu namun kehidupan tetap perlu diteruskan. Apapun, untuk bangkit semula merupakan satu kepayahan maha berat. Tidak ada siapa mahu membantu. Rakan dan keluarga semua menjauhkan diri.

Pada hujung tahun1997, Sirivat dan isteri beliau Mrs.Vilailuck memulakan perniagaan sandwich pertama mereka. Walaupun malu menebal dalam diri, maklumlah dari seorang jutawan kini menjual sandwich sahaja, Sirivat tetap meneruskan niatnya. Anak isteri perlukan makan pakai.

Pada hari pertama tersebut mereka mengambil masa selama 6 1/2 jam hanya untuk menjual 20 sandwich dengan keuntungan hanya sebanyak 500 baht.

Beliau menjual sandwich di kawasan hospital pada waktu pagi dan bergegas ke menjual kepada kakitangan hospital dan murid-murid sekolah pada waktu tengahari pula. Beliau juga pernah beberapa kali ditangkap kerana menjaja sandwich dikawasan yang dilarang.

Siriwat menebalkan muka dengan menjual sandwich bersama sebahagian dari pekerja lamanya yang bersepakat untuk mencari wang demi untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga.

Ada juga ketikanya, kawan-kawan beliau semasa zaman beliau kaya-raya bertembung melihat beliau menjual sandwich di jalanan namun semua mereka hanya membunyikan hon dan menekan minyak dengan laju sahaja bila berselisih dengan beliau. Terlintas di fikiran beliau kenapa mereka tidak mahu membeli sandwichnya sedangkan mereka tahu yang hidupnya sedang susah?

Namun begitu Sirivat dan isteri meneruskan usaha mereka dalam perniagaan ini walaupun tidak mendapat pulangan yang baik dan menerima sambutan.yang baik dari orang ramai. Iyelah jugak, Thailand seperti di Malaysia yang rata-rata penduduknya lebih gemar makan nasi tentulah tidak berapa gemar kan sandwich.

Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.

Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi  seorang penceramah (speaker) jemputan  yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap, ‘ Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. Kekuatan saya ada didalam diri saya iaitu semangat juang yang tinggi.” Jawab beliau

.

.