free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 28

Bagaimana nak gembira?

Saya terjumpa video ini bila saya melayari salah satu website berkenaan keibubapaan. Memang kelakar betul bila saya lihat seorang budak perempuan, Jessica yang comel melompat-lompat didepan cermin dengan gembiranya sambil menyebut I like my dad, I like my hair..dan banyak lagi.

Apa yang terlintas didalam fikiran saya ialah, Jessica pastinya seorang budak perempuan yang gembira (happy) dan mempunyai ibubapa dan adik beradik yang gembira, berkeyakinan dan dilimpahi dengan penuh kasihsayang.
Saya tak berapa pasti betapa benarnya sangkaan saya tetapi memang boleh nampak dari gerak geri dan apa yang dituturkan menunjukkan yang beliau begitu ikhlas menggambarkan kehidupannya yang sebenar. Budak seusia begitu tak main tipula. Apa yang dibuatnya menggambarkan peribadi yang dicetak oleh ibubapa beliau.

Mengikut salah satu penyelidikan yang dibuat di negara barat, ibubapa sekarang adalah ibubapa yang kurang gembira dari ibubapa dari zaman sebelumnya. Kenapa ye..bukankah ibubapa sekarang hidup di zaman yang serba canggih?

Salah satu sebabnya adalah tekanan. Kehidupan sekarang memang tak boleh lari dari tekanan. Depan belakang,kiri.kanan semuanya ada tekanan. Tak kiralah samada ibubapa yang bekerja, berniaga, yang tinggal dikota dan sebagainya.

Kebanyakan ibubapa merasakan tekanan hidup adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian dari rencah dan perasa dalam mendidik anak-anak. Mereka tidak mahu menanganinya, dibiarkan begitu sahaja dengan harapan suatu masa nanti ia akan berakhir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ditakuti tekanan tersebut akan membawa kepada perasaan takut dan kemurungan pula.

Segala tekanan akan membawa kepada sifat marah, sedih, dendam dan sebagainya. Segalanya akan terluah dalam perlakuan dan kehidupan setiap hari. Ibubapa akan menjadi kurang gembira dan siapa yang akan menerima tempiasnya..pastilah anak-anak.

Nicholas Christakis(pakar peubatan dan ahli sosiologi, Universiti Harvard) and James Fowler (saintis politik antarabangsa) menerangkan emosi yang gembira atau sedih akan berjangkit dari seorang ke seorang yang lain dan dari satu kelompok ke kelompok yang lain. Seseorang yang berasa gembira berkait rapat dengan emosi gembira kawannya dan kawan kepada kawannya dan begitulah seterusnya. Dikatakan yang emosi tersebut boleh merebak kepada 258 orang di sekeliling kita.

Emosi setiap dari kita samada gembira, sedih, marah, tak puas hati dan sebagainya akan merebak 6 orang yang berhampiran kita pada satu-satu masa dan ianya akan berterusan kepada 258 orang dalam satu hari.

Bayangkan jika kita sentiasa diselubungi oleh emosi yang tidak elok dan menyebarkan emosi tersebut kepada orang lain dan lebih sedih lagi jika anak-anak menerima tempiasnya. Jadi macamana anak-anak hendak gembira, kan.

Ibubapa yang kurang gembira akan melahirkan anak-anak yang kurang gembira juga dan begitulah sebaliknya. Jadilah ibubapa yang gembira tak kira sewaktu anak masih kecil, dewasa, remaja dan sebagainya. Gembira sewaktu susah dan juga sewaktu senang. Jangan gembirakan anak dengan memberi kemewahan, ditakuti rosak jiwanya. Alamatnya bila dah tak mewah, anak-anak memberontak dan bertambahlah lagi tekanan.

Sep 23

French la Pulak…

Huh! Tergamam juga bila suami dengan sesuka hatinya mencadangkan supaya saya masak masakan ala Perancis untuk juadah sempena menyambut harijadi anak saya. Bukannya majlis besar-besaran pun, hanya sekadar makan-makan bersama di rumah yang sudah menjadi tradisi keluarga kami.

Dia kata “kita dah biasa makan makanan Itali (Pasta bagai) dan juga American food (McDonald dan yang sewaktu dengannya), jadi apa kata untuk makan-makan hari jadi kali ini, kita beralih ke menu Peanchis pula.”

Ini mesti kes teruja lepas menonton Julie/Julia lakonan Meryll Streep tempoh hari. Memang saya bercadang nak buat makan-makan keluarga untuk dua orang anak perempuan saya menyambut harijadi mereka.  Kebetulan tarikh harijadi mereka jatuh dalam bulan Ramadhan. Jadi saya becadang nak buat sebelum puasalah. Ingatkan nak masak simple-simple aje, ala-ala nasi ayam ker.

Apapun, mesti ramai yang kata, ala dah besar-besar ni apalah yang nak buat sambutan harijadi sangat , kan. Macam mengada-ngada pulak. Selalu ajer macam terngiang-ngiang suara tak puas hati di telinga saya ni.

Sebenarnya bukan majlis harijadi tu yang  penting, ingatan dan luahan kasih-sayang adalah yang utama. Buatlah sekadar yang termampu, anak-anak akan faham kalau kita mendidik mereka supaya menghargai setiap usaha yang kita lakukan.

Eh lari tajuk la pulak…

Okay berbalik kepada majlis hari jadi tempoh hari (walaupun anak perempuan saya hanya menjemput bff mereka sahaja…boleh dikatakan majlis juga), Rupa-rupanya suami saya beria-ia nak saya masak masakan France.  Dah siap print resipi dengan bantuan pak cik google. Jadi apa nak kata, masak ajerla.

Selain itu, saya dan suami bukan sahaja memasak makanan Perancis tetapi juga mencipta suasana dekorasi sesuai dengan tema. Memang suka kecoh tak tentu pasal…. Tapi yang penting, at the end of it all, we all had fun and kenyang!

Inilah hasilnya….

Baked Chicken Cordon Bleu


Bahan-bahannya:

Dada ayam yang telah dibuang tulang dan diketuk sehingga nipis

Chicken slice

Keju Mozarella tapi kalau nak guna yang slice pun boleh

1 biji telur

Bread Crumbs

Butter

Garam dan lada sulah

Cara membuatnya:

Tabur garam dan lada sulah ke atas ayam

Letakkan  chicken slice dan keju diatas dada ayam dan gulung kemas-kemas

Sematkan lidi ditepinya

celupkan setiap satu dengan telur dan gaulkan dengan bread crumb

Sapukan butter dan bakar pada suhu 350 darjah selama 30-35 minit

Hiriskan  ayam dan makan semasa masih panas

Sep 11

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, “Alhamdulillah”.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.

“Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa: Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. ”

Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya.”

Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuatghibah.

“Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.” Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.”

Nota#

Artikel ini diambil dari sumber: http://halaqah.net dan http://islamdigest.blogspot.com/2006/03/kisah-lima-perkara-aneh.html.

Tahniah kepada penulisnya dan semoga kita mendapat pengajaran dari cerita tersebut.