free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 31

Chow Kit..Oh..Chow Kit

Chow Kit

Saban hari harga barang-barang makin lama makin melonjak. Kena pulak duduk di Bandar besar seperti Kuala Lumpur ni. Bagi saya yang duduk kat Subang Jaya ni, lagilah segala-galanya mahal.

Nasib baiklah jugak Mydun Hypermarket terletak tak jauh dari rumah saya. Dalam 3-4 minit dah boleh sampai. Itupun, bila ke sana saya sering juga terlebih budget barangan dapur. Itu kat Mydin tu, kalau kat tempat lain, lagilah. Dulu-dulu bagi menjimatkan wang dapur, saya ke Mydin untuk beli barangan kering dan setiap Ahad akan pergi ke Pasar Pagi USJ Taipan untuk membeli barangan basah.. Itulah routine saya setiap  hujung minggu. Tetapi makin lama harga barang semakin mahal. Dulu kalau RM 100 saya boleh beli barangan basah untuk seminggu. Sekarang ni , jangan haraplah.

Dulu-dulu saya ada juga pergi ke Pasar Borong Seri Kembangan, Tetapi tak tahulah,  rasa macam tak ada ummphnya sangat. Lebih kurang sama aje dengan berbelanja kat Mydin. Dahl ah tu… dari rumah saya kena lalu tol dua kali… haish tak berbaloi.

Saya rasalah berbelanja di Chow Kit lagi lah murah dan cost effective. Jadi sebelum bulan puasa hari tu, saya cadangkan pada suami supaya kami ubah lokasi bebelanja mingguan kami ke Chow Kit.

Dan yang bestnya Chow Kit ni adalah selain murah, choices memang banyak terutama ulam-ulam kampong. And yang paling penting murah (anggarannya lebih kurang separuh dari belanja dapur kalau saya membeli di Subang Jaya).

Walaupun kami terpaksa memandu ke KL namun saya rasa keputusan  untuk pindah membeli ke Chow Kit adalah langkah palik bijak buat masa ini. Sekarang kami ke Chow Kit setiap dua minggu. Nasib baik la suami pun tak kisah nak memandu ke sana kerana pergi Chow Kit ni bukanlah benda seronok macam pergi shopping kat Suria KLCC.

Tapi mungkin kami berdua masa-masa kecik dulu dah biasa ke pasar basah di Kampar maka pergi ke Chow Kit ni tak jadi hal pada kami. Malah kami rasa pasar basah macam Chow Kit market ni ada X factornya, penuh dengan unsur-unsur romanticsm dan nostalgic  ala Malaysia.

Eh melalut la pulak saya…apapun tempoh hari suami ambil beberapa keping gambar di Chow Kit maka pada hari ni apa kata anda ikut saya ke Chow Kit…

Ayam dan daging..mesti beli.

Deep inside Chow Kit

Cili pedas,pelbagai rupa lagi murah

Segar

Segala macam mee ada..

Oct 30

Inspirasi 706

Sejak dua menjak kami subscribe HD channels kat Astro ni, kami sekeluarga banyak menghabiskan waktu menonton channel 706 – Food Network dan Life Inspired tu. Nak buat macamana kan sebab kami satu family suka makan. Dan paling-paling best pada saya ialah rancangan Barefoot Contesa. Sekarang ni kira-kiranya Ina Garten ni favourite chef saya lah … dah lah pandai masak, rumah dan garden dia pulak punyalah cantik.

Oleh kerana teruja dengan masakan Ina, maka saya pada malam semalam buat dinner yang ala-ala diinsiprasikan oleh Ina Garten la. Dengan bantuan Asma dan Alia kami pun bergotong royong memasak chicken patties and bread served with capsicum relish, clam chowder dan potato salad.

Lepas tu kami sekeluarga duduk dinner bersama-sama sambil berangan-angan kunun-kunun sedang makan waktu winter (kena pulak hari asyik hujan jer sekarang ni kan… so very sesuai).

Inilah hasilnya …. Untuk resipinya boleh lah anda lawati website Food Network.

Oh ya, hari tu suami saya ada bagi tahu (dia baca blog kawan dia) yang untuk ganti red wine yang selalu omputih guna dalam masakan dia orang, kita boleh guna mana-mana fruit juice macam strawberry juice ataupun Ribena. Saya daah cuba dan rasanya memang okay. Tu dia tips hari ni.

Oct 24

Kisah seram sejuk yang nyata – apa nak jadi ni???

Akhir-akhir ini saya memang jarang membaca surat khabar. Bukan apa, kadang-kadang naik rimas dengan berita-berita gerun yang saban hari mengisi ruang-ruang akhbar hari ini. Oleh kerana itu, saya kurangkan aktiviti membaca surat khabar. Banyak sangat cerita negatif.

Tetapi hari entah macamana saya tergerak nak meninjau The Star Online yang memang jarang saya lawati. Dan seperti yang dijangka ada dua berita “ngeri” perihal tingkah anak-anak zaman sekarang yang mengundang kecut di hati saya. Lihat di bawah:

Four youngsters rape and sodomise seven-year-old girl

KULIM: They are young boys – not old enough to carry identity cards. And their victim is much younger.
One of the lads bragged in class that he and some friends had lured the seven-year-old girl into a hut and sexually assaulted her.
She screamed in pain but they continued to sodomise and rape her.

The matter was reported to their teacher who in turn told the mother of the 10-year-old braggart what had happened.
Police said they have picked up three boys – aged 10 to 11 – in connection with the alleged incident that occurred in Bandar Baru, near here, on Oct 13.

The boys are out on bail after having their statements recorded. It is learnt the girl was playing near her house when the boys invited her to follow them to the hut, about 2km from her home, at 10am on that day. In the hut, the victim claimed she was forced to strip. The boys, after raping her, warned her not to tell her parents about the incident. The victim only blurted out the story after her mother, 33, questioned her. A medical examination confirmed the victim was raped and sodomised.

The angry parents want the police to conduct a thorough investigation and take action against the suspects. The 36-year-old father, a lorry driver, said he would take legal action against the families of the young suspects. Kedah CID chief Asst Comm Zakaria Ahmad confirmed the incident and said investigations were underway and police hoped to wrap up the investigation soon.

Schoolgirl raped after skipping school, drinking with boys


KOTA KINABALU: A 14-year-old schoolgirl paid a hefty price for playing truant and taking part in a drinking session with some friends she ended up being raped.

The Form Two pupil from Keningau district, some 160km from the city, had decided to skip school with three other girls and a male student on Friday. Keningau district police chief Deputy Supt Zahari Mohamad said the group went to an empty house in a village near their school and began taking alcoholic drinks.

At about 4pm, two of the students decided to leave the place and left the other girls who were fast asleep behind. “When they left, the drunk male student raped one of the girls,” DSP Zahari said. The teenager suffered injuries to her mouth, right arm and left leg and was referred to the Keningau Hospital. She was later transferred to the Likas Hospital in the city. Police detained the 14-year-old schoolboy in connection with the case

Nak cakap apa lagi ya? Tak terdaya rasanya nak meluahkan rasa hati. Memang kecut perut saya dibuatnya. Ini baru dua cerita dlm satu hari. Hari lain, akhbar lain entah apa pula ceritanya lagi.

Sebagai ibu, tentu saya rasa bimbang amat sangat dengan perkembangan sebegini. Apa lagi yang boleh saya dan suami boleh lakukan selain memohon doa agar kita sekeluarga selamat dari mala petaka sebegini.

Bukan senang nak jadi ibu bapa pada zaman ini… cabaran dan dugaan yang datang bukan calang-calang. Menangani tingkah perangai anak-anak amat-amat mencabar. Entahlah…

Saya sendiri pun masih perlahan-lahan membetulkan diri agar dapat mendidik ana-anak (yang sudah meningkat remaja) agar mereka menjadi insan solehah dan pandai memelihara diri dunia akhirat. Besar tanggung jawab tu…. Namun setakat ini alhamdulillah, segala permasalahan dengan anak-anak dapat kami tangani sebaik mungkin. Kami bukan ibu bapa terbaik tetapi kami sering berusaha ke arah mencipta kebaikan. Untuk itu kami berkongsi cerita dan masalah melalui e-book Anda Busy Remaja anda Crazy kami. Manalah tahu kot-kot boleh membantu anda di luar sana….Insya allah.

Apapun, semoga cerita-cerita seperti di atas dapat kita bendung sebaik-baiknya. Kita sebagai ibu bapa perlu bertindak sekarang.

Grow Taller 4 Idiots

Oct 22

Lompat Tikam

Cuba untuk melelapkan mata sebelum zohor supaya malam nanti saya boleh berjaga lewat. Semenjak aircond di bilik saya dibetulkan, lepas Isyak sahaja saya dah terlentok tidur. Eh, kuat jugaklah penangan aircond ni. Tidur dalam suasana yang sejuk bertemankan selimut tebal, memang best.

Plannya selepas Subuh tadi hendak ke Chow Kit membeli ikan dan barang-barang dapur tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Bangun pagi tadi , Arissa anak bongsu saya masih lagi menghadap komputer. Melukis itu dan ini. Katanya dia melukis gambar-gambar anime untuk ‘charity work’. Dah ada orang yang request hasil kerja dia. Buatlah apa saja yang Arissa suka asalkan hati gembira.

Apa ye nak masak untuk breakfast. Saya tengok kat dalam rice cooker, nasi lebihan semalam ada banyak lagi. Dalam hati dah plan nak masak nasi lemak untuk breakfast dan bolehlah dibawa ke lunch. Saya keluarkan santan dari peti sejuk dan saya rebus cili kering sementara saya membasuh periuk nasi. Ternampak pulak satu mug kopi ais yang saya buat sebelum tidur. Oh, sedapnya kopi ni bila dah semalaman kat dalam petisejuk. Tengok pulak kat atas meja ada lagi rupanya muffin coklat yang Alia buat malam tadi. Jadi apa lagi muffin coklat dan kopi ais adalah breakfast saya pagi ni.

Seperti biasa saya pun teruslah menuju ke laptop nak menyambung kerja-kerja saya untuk mengupdate blog. Nak maintain update blog untuk business, bukannya senang. Segala-galanya mesti berdisiplin , kalau tidak hancus.
Tiba-tiba terdengar suara Asma tergelak sorang-sorang di depan. Eh, apa pulak Asma buat ni. Ingatkan dia tidur lepas subuh sebab malam tadi dia berjaga membaca buku. Saya pun tanpa membuang masa bergegas ke depan. Ish… cerita NCIS rupanya. Ingatkan hari Sabtu tak ada NCIS, saya bercakap dalam hati. Begitulah kebiasaan saya setiap pagi, selepas anak saya ke sekolah saya akan menonton NCIS. Dua episod sekaligus. Entah kenapa sekarang ni, NCIS ditayangkan pagi-pagi. Kalau dulu tengahari dan petang ajer.

Terlepas pulaklah saya satu episod hari ni. Sambil saya menonton episod yang kedua bersama Asma , suami saya pun nak join sama. Tengok dari mukanya pun saya tahu yang dia lapar, tapi saya buat tak tau ajer. Nanti ye, sikit lagi buat nasi lemak. Makan le muffin coklat tu dulu. Tak per la, nasi lemak makan untuk lunch, pagi ni biar abang goreng nasi. Berdebus seronoknya hati. Oklah, saya menjawab.

Dengan rasa yang tak bersalah, saya pun meneruskan  aktiviti menonton NCIS sementara sang suami menggoreng nasi di dapur. Oh..isteri mithalilah katakan.

Sekarang ni dah tengahari, nasi lemak sambal power dah pun terhidang di bawah tudung saji . Tetapi kali ni tak cukup ngam sebab timun tak ada. Eh, lupa pulak nak letak salad. Saya letakkan ajer semuanya kat bawah tudung saji. Sesiapa yang nak makan ambikla sendiri .

Nasi lemak tu kalau panjang hayatnya sampailah ke malam , kalau tidak malam ni saya bercadang nak masak pasta dengan potato salad. Tapi itu kalau nasi lemak dah habis, kalau tidak tak kuasa saya.

Hari ni dessertnya adalah kueh tradisional, namanya lompat tikam. Saya buat kueh ni dan letak dalam peti sejuk. Sapa yang nak ambik sendiri, self-service. Setakat ini hanya saya dan suami aje yang suka makan kueh-kueh macam ni. Kalau kat rumah saya, manisan seperti bubur, kueh-mueh tradisional yang manis-manis kurang mendapat sambutan. Tetapi dek kerana yang empunya diri ni memang sukakan juadah sebegitu. Maka terpaksalah buat dan makan sendiri saja.

Seingat saya kali terakhir saya makan lompat tikam ni ialah sewaktu saya masih di sekolah menengah. Lepas tu tak pernah makan dah. Rasanya macam kanji som-som cuma santannya diletakkan berasingan. Dari minggu lepas lagi saya nak mencuba resipi ini. Bawak buku resepi ke dapur, lepas tu tak buat-buat. Lama-lama buku resipi tu pun dah menangis sebab kotor terpercik minyak bagai.

Kalau anda tak ada idea nak masak apa petang ni bolehlah cuba , masak lompat tikam


Ini resipinya.

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

250 gram tepung beras dicampurkan dengan 5 cawan air . Campurkan pewarna hijau dan perisa pandan jika suka. Kalau nak gunakan daun pandan, pastikan kuantiti air tidak melebihi 5 cawan.Saya gunakan daun pandan yang dikisar dan ditapis, Baunya harum semerbak cuma warna hijaunya agak kurang ketara. Sebelum terlupa , masukkan sedikit garam.Masakkan adunan di atas api yang perlahan dan kacau sehingga adunan agak pekat. Pastikan tepungnya tidak mentah. Rasalah ye. Tuang adunan ke dalam bekas dan sejukkan

Masak santan bersama 3 sudu tepung beras. Saya gunakan 2 paket santan yang kecil tu. Kacau santan dan bubuh sedikit garam dan kacau sehingga santan masak. Angkat dan sejukkan.

Di dalam periuk, masak 500 gram gula merah bersama 2 cawan air. Kalau nak wangi, simpulkan daun pandan dan letakkan ke dalam air gula tersebut. Tapis air gula dan sebelahkan.

Dah pun siap.

Bila nak makan potong lompat tikam dan hidangkan bersama gula melaka dan santan. Rasa macam makan cendol!! Sedap….

Oct 21

Memahami Erti Kemaafan- 5 Realiti Remaja Anda Perlu Tahu


Kebanyakan remaja tidak  betul-betul memahami tentang apakah ertinya kemaafan . Memohon maaf dan memaafkan seperti tidak penting didalam kitaran kehidupan mereka. Almakhlumlah, zaman remaja penuh dengan konflik, rasa cepat nak marah, cepat kecewa dan bermacam-macam lagi.

Anak remaja akan menghadapi pelbagai konflik apabila mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Apabila anak remaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah, mereka sudah mula menghadapi konflik dengan kawan-kawan dan persekitaran. Labih memudaratkan lagi jika kawan-kawan dan persekitaran yang baru tersebut adalah berlainan sekali dengan kehendak dan cara pergaulan anak remaja sebelum ini. Mungkin mereka rasa terasing ataupun rasa marah dan dendam kepada kawan-kawan mereka. Kadangkala mereka akan rasa tertekan kerana pada waktu yang sama mereka terpaksa menerima kesalahan kawan-kawan mereka hanya sekadar untuk tidak diganggu atau dibuli.

Banyak perkara yang boleh menjerumuskan anak remaja kita kepada perkara-perkara yang memerlukan mereka faham akan realiti kemaafan.Sebagai ibubapa, inilah masa yang sesuai untuk kita mendedahkan dan mengajar anak-anak tentang erti kemaafan. Pada peringkat ini, walaupun ia sukar untuk dilaksanakan tetapi ianya akan memberi impak yang besar terhadap kehidupan anak remaja kita dikemudian hari terutamanya bila mereka keluar dari rumah untuk belajar dan bekerja.

Di bawah ini adalah 5 realiti tentang erti kemaafan.

Realiti 1

Kita perlu menerangkan kepada anak remaja kita bahawa dengan memaafkan kesalahan orang lain bukanlah bererti kita melupakan kesalahan mereka sepenuhnya.  Walaupun ia adalah  sebaik-baik perbuatan tetapi realitinya agak sukar untuk dilaksanakan. Tak semua orang boleh melupakan kesalahan orang lain ( yang menulis ini juga begitu) lebih-lebih lagi jika ia menjatuhkan maruah dan mengundang kesedihan di jiwa  anak remaja kita. Apabila orang lain melakukan kesalahan, dan kita memaafkan mereka bermakna terdapat elemen percaya mempercayai antara satu sama lain.  Saya pernah terbaca bahawa antara tanda-tanda yang kita memaafkan seseorang adalah kita mendoakan mereka. Jadi Ingatkan kepada anak remaja bahawa persahabatan adalah satu amanah dan perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Realiti 2

Kemaafan bukan bemakna kita tidak mengambil kira dan mengenepikan  tentang perasaan sendiri. Banyak terjadi senario dimana anak remaja memberi kemaafan atas dasar nak tunjuk ‘macho’ atau nak tunjuk ‘gentleman’. Mereka menindas diri mereka dengan mengatakan bahawa mereka dah maafkan. “Ala, tak ada hal ah..aku maaafkan engkau’, sering diluahkan apabila ada yang memohon maaf. Begitulah yang selalu terjadi.

Kerana menidakkan perasaan sendiri dan tidak ikhlas maka apabila orang yang sama menyakitkan hati mereka, keadaan akan menjadi semakin parah. Ini kerana kemaafan tesebut tidak menyelesaikan masalah yang sebelum ini malah menjadikan ianya semakin sukar. Kita sebagai ibubapa perlu memberitahu kepada mereka bahawa kemaafan adalah satu proses merawat emosi dan bukannya menindas emosi sendiri.

Realiti 3

Ramai yang berperasangka bahawa untuk mereka memaafkan seseorang, orang tersebut terlebih dahulu kena mohon maaf. Kalau tak, mintak maaf lah ya nak maafkan orang tu. Sebenarnya di dunia nyata keadaan itu bukanlah satu kemestian. Kita berkuasa dan mampu untuk memaafkan seseorang walaupun orang itu tidak mintak maaf pun. Kalau orang itu mohon maaf terlebih dulu, itu lebih baik tetapi tidak semestinya.

Realiti 4

Memohon maaf bukanlah bermakna anda lemah. Selalunya setiap kesalahan yang mereka lakukan, seboleh-bolehnya akan mereka pertahankan dan jalan terakhir yang mereka akan lakukan adalah menyalahkan orang lain atau membandingkan kesalahan yang mereka lakukan dengan kesalahan orang lain. Sebagai ibubapa kita perlu menerangkan kepada anak remaja kita bahawa maaf-memaafkan adalah salah satu cara untuk mengukuhkan ikatan persahabatan Kadangkala betapa menyampah dan sakit hati sekalipun, jika salah seorang meminta maaf, secara automatik, kedua-dua belah pihak boleh menjadi sahabat karib. Ini adalah kerana kemaafan itu dipenuhi dengan kejujuran dan sifat rendah diri berbanding dengan sifat yang penuh kebanggan dan ketidakjujuan.

Realiti 5

Kemaafan bukan merupakan penafian dan ia bukanlah bermakna yang kita bersetuju dengan kesalahan yang dilakukan. Ingatkan bahawa setiap kemaafan tidak bermakna mengiakan kesalahan orang lain. Yang salah tetap salah. Cumanya dengan memberi kemaafan dapat membawa hubungan persahabatan maju ke depan. Itu sahaja.

Oct 13

Surirumah Tak Cukup Masa

Saya seorang surirumah tetapi kerja-kerja saya berlambak-lambak tau. Walaupun saya duduk rumah tetapi saya masih mencari duit didepan laptop ni. Rasanya masa saya didepan komputer ni lebih banyak dari masa mereka yang keluar bekerja pagi ke petang. Masa tidur pun dah semakin kurang. Waktu tengah malam sampai subuh memang waktu saya bekerja dan saya curi-curi tidur pada waktu siang.  Dahlah tu, kerja-kerja rumah perlu dibereskan KERANA kalau sudah dicap sebagai orang yang tak bekerja,tak kanlah orang tak bekerja nak beli lauk kat luar pulak.

Kalau anda seperti saya, seorang surirumah dan mempunyai banyak kerja dan tugasan untuk diselesaikan sampaikan rasa macam tak cukup tangan dan masa jer, apa yang anda akan lakukan?

Menurut kata kawan sayalah kan. Dia ni bukan orang Malaysia tetapi orang putih. Dia kata yang dia ada rahsia untuk selesaikan masalah ni. Entah betul entah tidak, tak tau le pulak, almakhlumlah dia kan orang putih, kalau nak masak kan main tonggang jer benda dalam tin. Bukan macam kita mak-mak melayu ni, kene singsing lengan baju menumbuk sambal belacan bagai.

Dia cakap, yang kita ni memang ada cukup masa untuk membuat segala kerja-kerja kita cuma kita perlu tentukan yang mana satu yang lebih penting dan perlu diselesaikan segera. Contohnya, kalau dalam plan kita nak pergi meeting MLM dan ter’clash’ pulak dengan jadual anak buat’ study group’, mana satu yang perlu dipilih. Perlu tentukan yang mana penting dan yang mana boleh dibuat lain kali. Mungkin meeting MLM tu ada ulangtayangnya, kan.

Dia jugak cakap, kita tidak boleh menimbun-nimbunkan kerja seharian kita. Membasuh kain, melipat, mengemas kena buat hari-hari. Kalau nak dikumpulkan seminggu sekali, kain yang sebakul dah jadi segunung. Kita yang sedia ada penat, mana ada masa pulak nak menghadap tugas macam tu pada hujung minggu. Nanti dalam suasana rumah yang tenang terus jadi haru-biru sebab masing-masing menyalahkan diri sesama sendiri. Apa pulak jadi kalau tiba-tiba ada tetamu yang datang…hmmm, jawab la sendiri.

Bila kerja-kerja penting seharian selesai, kita boleh peruntukkan hujung minggu untuk ‘stock-up’ peti ais kita dengan lauk-pauk yang sudah disejuk beku. Ini akan banyak membantu menjimatkan masa dan tenaga kita pada hari-hari berikutnya.

Satu perkara lagi yang dia cakap ialah kita mesti mewujudkan satu rutin harian yang perlu kita ikuti sepenuhnya. Yang ini memang saya setuju sebab saya pernah buat. Cuma masalahnya saya ikut sebulan, sebulan lepas tu tak buat dah. Lepas ni saya mesti tulis semula dan ikut jadual kerja saya.

Dengan membuat jadual mengikut rutin kerja kita, kita akan lebih bermotivasi untuk bekerja dan kerja-kerja kita dapat dilaksanakan dengan senangnya. Segala rutin yang kecil-kecil pun mesti diselitkan seperti waktu memasak, mengemas, sembahyang sunat,check e-mail, tulis blog dan sebagainya. Dicadangkan kita check email dan twitter pada pukul 11 pagi, 4 petang dan 9 malam sahaja. Peruntukkan setiap masa untuk sesuatu aktiviti supaya kita tidak merewang-rewang ke tempat lain pulak. Tu sebab saya sekarang ni cuba mendisiplinkan dirri daripada tidak membuka Facebook selalu selalu sebab tau-taulah bila dan masuk FB ni, kita jadi leka.

Akhir sekali, kawan saya cakap sebagai seorang surirumah yang sibuk kita perlu menyesuaikan diri dengan berbagai perkara secara online seperti perbankan, beli barang online dan chat online sahaja.

Walau macamana pun saya suka jadi seorang surirumah. Anda bagaimana? Adakah anda sudah berpuas hati dengan pencapaian anda atau pun anda masih lagi stress. Bolehlah komen di bawah ye…



Oct 10

Ibubapa Sebagai Pengurus kepada Penasihat

Menjadi ibu bapa bukan tugas mudah. Tanggung jawab ibu bapa bukan sekadar memberi makan minum dan menyediakan tempat berteduh. Lebih dari itu, ibu bapa wajib menyediakan siasah anak-anak sejak dari kecil agar masa hadapan anak-anak terjamin bukan sahaja di masa hadapan malahan sehingga membawa ke alam akhirat.

Apapun, apa yang penting ialah ibu bapa perlu bijak memainkan peranan sesuai dengan tahap usia anak-anak.

Dalam 10-11 tahun pertama usia anak-anak, ibubapa banyak memainkan peranan sebagai seorang pengurus (manager). Pada tahap ini, tugas ibubapa banyak berkisar dalam menguruskan segala hal-hal anak-anak berkaitan makan pakai, tingkahlaku, pembelajaran awal dan sebagainya.

Ibubapa selaku pengurus selalunya mendapat sepenuh kepercayaan dari anak-anak di mana ibubapa jugalah yang membuat keputusan tentang penglibatan anak-anak di dalam aktiviti sekolah, siapa yang patut menjadi kawan anak-anak, malahan sehingga kepada hal-ehawal penampilan mereka.  Selalunya pada peringkat ini anak-anak memberi  sepenuh kepercayaan di atas segala pilihan dan keputusan dari ibubapa mereka.

Pada peringkat ini hukuman ataupun denda yang diberikan oleh ibubapa boleh diterima oleh mereka asalkan ianya berpatutan dan berpada-pada.

Apabila anak-anak memasuki alam remaja senario tersebut akan berubah sedikit demi sedikit. Anak-anak lebih gemar ibubapa menjadi selaku penasihat (consultant) sahaja.

Mereka memerlukan kebebasan untuk melakukan banyak pekara dan yang paling mereka mahukan adalah mereka bebas bertindak sebagai pembuat keputusan. Pada peringkat inilah, ibubapa diberi dua pilihan samada akan dipecat oleh anak-anak dari menjadi seorang pengurus atapun ibubapa dengan rela hati melepaskan jawatan tersebut.

Pada peringkat ini, anak-anak lebih gemar ibubapa bertindak selaku seorang penasihat yang melihat dan memantau aktiviti dan kehidupan anak-anak dari jauh. Bukanlah bermakna ibubapa dan anak-anak perlu tinggal berjauhan pula. Pada masa ini, segala tindakan ibubapa ibarat ‘menarik rambut di dalam tepung’ – perlu ada ketegasan tetapi di masa yang sama kena berlembut. Kala ini ibu bapa perlu banyak menggunakan budibicara dan dapat berkomunikasi dengan baik dengan anak remaja.

Jika tidak berhati-hati, anak-anak akan mula memberontak , menjadi keras hati, degil dan mulalah bibit-bibit pergaduhan antara anak dan ibubapa terjadi.

Kepercayaan anak-anak terhadap ibubapa yang dipupuk semenjak umur mereka kecil lagi banyak membantu dalam proses ini. Biarkan mereka membuat keputusan sendiri tetapi ibubapa sebagai perunding berhak mengutarakan pendapat mereka. Mereka akan lebih menghargai kita kerana didalam hati anak remaja , mereka memang memerlukan ibubapa sentiasa bersama mereka dalam setiap hal kehidupan

Cuma kedua-dua belah pihak perlu bijak berurusan antara satu sama lain. Dengan cara begini hubungan anak remaja dan ibubapa akan kekal ‘connected’ selama-lamanya.