free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Dec 17

Ayam Masak Tikka ( Chicken Tikka)

Salam semua….

Sungguh mengkagumkan apabila media sosial banyak mengubah cara kehidupan kita. Cara kita berkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan sebagainya. (kenapa tetiba tulis bahasa baku ni?).

Pagi ni saya banyak menhabiskan masa dengan membaca blog-blog masakan. Tak kiralah samada yang ‘local’ ataupun yang international. Tiba-tiba saya terfikir betapa banyaknya kebaikan yang saya dapat dari melayari blog-blog tersebut. Selain dari dapat mencuba resipi-resipi baru dan berkenalan dengan blogger-blogger lain, saya dapat banyak ilmu tentang masakan dan makanan dari negara lain. Bayangkan hanya dengan menghadap komputer je saya boleh buat bermacam-macam benda. Tak payah nak kelam kelibut pergi beli buku resipi. Nak kena keluar duit nak join kelas memasak dan sebagainya. Melainkanlah jika memang ada budget untuk  berbuat demikian. Yang penting mesti rajin mencuba segala resipi yangada kat dalam internet ni.

Sekarang ni tak ada alasan le kalau malas masak. Nak resipi, search aje kat internet. Nak beli barang berlambak-lambak barang jual kat kedai.  Tapi masih ramai lagi yang asyik beli makanan kat luar. Ada yang anak berderet-deret tapi masih lagi beli makanan kat luar. Kalau sekali sekala tu tak apalah, ini hari-hari. Dah tahu harga makanan kat kedai mahal, beli jugak. Dah tahu makanan kat kedai tak ‘healthy’, tapi beli jugak. Ish,ish tak faham la saya.

Oklah bagi yang nak mencuba masakan india , hari ni saya nak share masakan Ayam Masak Tikka atau senang dipanggil as ‘Chicken Tikka’. Masakan ini berasal dari Wilayah Punjab di India dan Pakistan terutamanya di Bandar Peshawar.

Namun hidangan ini juga agak popular di United Kingdom. Maknanya orang putih sukakan masakan ini. Mungkin kerana ianya tidak berapa pedas dan banyak menggunakan tomato. Kebiasaanya kita di Malaysia menggunakan  rempah yang siap ada dalam paket untuk memasak segala masakan kari. Berlainan dengan masakan ini,  ianya menggunakan bahan-bahan asas sahaja dan yang menjadikan rasanya berlainan  ialah dengan mencampurkan sedikit serbuk cili. Ringkas, menarik dan sedap. Ianya boleh dijadikan appertizer ataupun hidangan utama.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam bersaiz sederhana dipotong kecil ( resipi utamanya menggunakan isi ayam)

1 inci halia(ditumbuk)

4/5 ulas bawang putih(ditumbuk)

2 sudu besar serbuk cili

1 sudu serbuk kunyit

1 cawan youghurt

Perahan lemon

2 biji tomato dan daun ketumbar dihiris

Garam dan gula

Caranya:

Perap ayam bersama kesemua bahan selama 2 jam

Selepas itu  masukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 15- 20 minit atau sehingga ayam masak.

Dah pun siap

Boleh dihidangkan bersama salad , roti, naan atau nasi putih.

Dec 08

Ombak Rindu

Saya ni bukanlah suka sangat menonton wayang. Sekali sekala adalah ikut suami dan anak-anak menonton, itupun cerita pilihan mereka. Dan selalunya cerita blockbuster dari Hollywood. Sebab kalau ikutkan memang cantiklah  menonton di panggung kerana special effectsnya.

Tetapi dek kerana heboh sangat di Twitter dan FB tentang filem Ombak Rindu sejak dua menjak ini, lama-lama terjebak juga rasa ingin menontonnya. Saya ajak suami menonton. Mulanya dia memang berat hati. Jawapan standard dari dia, “tunggu jer la Raya tahun depan mesti ada kat TV.” Tapi dek kerana mungkin saya tak pernah ajak dia menonton wayang semenjak kahwin, akhirnya dia mengalah jugak. Anak-anak dara saya siang-siang lagi cakap tak mahu tengok.

Apapun, ini bukan bermakna kami tak suka tonton filem Melayu. Banyak filem-filem yang kami suka. Saya paling suka filem Cuci. Suami dan anak-anak pula suka Cinta, Sepi, Gol dan Gincu. Selain dari itu Waris Jari Hantu dan Puntianak Sundal Malam juga menarik hati kami. Oh ya, raya lalu saya menonton Nur Kasih The Movie di TV. Walaupun hanya dapat menonton di hujung-hujung cerita, itupun menarik perhatian saya.

Jadi saya melangkah ke panggung dengan harapan saya akan terhibur sebagaimana saya  terhibur dengan Nur Kasih (rupanya  kesinambungan siri TV… baru tahu la pulak).

Tentang Ombak Rindu…. Maaf cakap lah ya saya amat-amat tidak menyukainya. Sejak dari awal filem sudah dihidangkan kisah ranjang yang tak berkesudahan. Mungkin saya jarang tengok filem mutakhir ini, tapi adakah kini cerita Melayu sudah dipenuhi dengan kisah-kisah ranjang sebegini? Terlopong saya suami isteri. Sudahlah ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak kecil… ngeri sungguh. Kalau anak-anak saya ikut malam tadi, pasti saya akan pulang masa tu jugak.

Apakah adegan-adegan ini sudah dipandang ringan oleh orang melayu?. Tak ada rasa sensitif dengan bahasa kotor dan adegan-adegan ranjang. Tak hairanlah selepas ini perkataan yang kotor-kotor tu akan menjadi perbualan anak-anak muda. Bila berlaku keadaan anak-anak remaja menonton filem lucah, rogol,mencarut dan sebagainya, masing-masing hairan kenapa jadi sedemikian.

Itupun saya dan suami asyik pandang memandang dan berbisik-bisik samada perlu atau tidak kami pulang. Nak jadikan masalah, kami duduk di sudut paling dalam di tepi dinding, kalau nak keluar pasti kena melangkah-langkah orang ramai. itu yang tunggu jugak sampai tamat filem.

Rimas sungguh menonton filem yang pada saya hanya bermatlamat untuk membuai-buai kan rasa penonton tanpa ada motif. Entahlah, mungkin saya tak nampak motif nya di mana. Sudah lah begitu, banyak pula scene yang tak masuk di akal. Sebagai contoh, lokasi tempat tinggal dan kerja para pelakun ini di mana sebenarnya.. di kota kah, di tepi laut kah, di tanah tinggi kah atau di mana????

Satu lagi, adegan bila jam tangan masuk sungai dan kawan heroin terjun untuk menyelamatkannya jam tangan itu. Suami saya ketawa tak henti sebab dia kata terror betul mamat ni boleh cari jam tangan dalam air keruh macam air kopi. Hahahaha.

Saya pula rasa adegan heroin memandikan mak saudaranya yang sakit lagi miskin di pelantar rumah di tepi sungai itu amat lucu. Dah lah mak saudara nya yang sakit lagi miskin sangat itu berkening palsu, adegan itu seperti berada di spa lagaknya. Aduhai mak sedara..jagalah auratmu…mana maruahmu?

Apapun, memang panas betul rasanya menantikan filem itu tamat. Suami saya pula menghabiskan separuh daripada masa di dalam panggung dengan bermain handphone dia. Dah tak larat katanya..

Betul lah kata orang, lain orang lain citarasanya.