free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jan 23

Makan Besar

Hidangan makan malam kami termasuk sepaket besar popcorn caramel yang dibawa pulang oleh Alia dari tempat kerjanya. Saya suka pulak popcorn dari MBO ni, sangat sedap.

Hidangan makan malam kami termasuk sepaket besar popcorn caramel yang dibawa pulang oleh Alia dari tempat kerjanya. Saya suka pulak popcorn dari MBO ni, sangat sedap.

Masa terus berlalu pantas. Sedar-sedar kita sudah pun menyambut Tahun Baru Cina tahun 2012 ni. Seronoknya bila musim-musim cuti Raya Cina begini ialah kami yang berada di KL dapat menikmati suasana tenang dan sunyi sebab ramai yang keluar kota balik kampong dan bercuti. Di USJ ni lagi-lagi lah.

Kalau hari-hari lain, di dalam area USJ dan Subang Jaya ni tak putus-putus dengan kesesakan lalu lintas, tapi waktu cuti-cuti begini, jalan sunyi sepi. Sambil memandu sambil tersenyum seronok.

Malahan kelmarin, sewaktu menghantar Alia ke tempat kerja di Subang Parade, saya dan suami tersengih-sengih kerana jalan “clear” sangat. Sedar-sedar dah sampai.

Apapun, seperti mana amalan masyarakat Cina yang mengadakan majlis makan besar pada malam Tahun Baru Cina, saya juga menyediakan hidangan agak istimewa untuk makan malam kami sekeluarga malam tadi. Bukan ada apa pun cuma saja nak seronok bersama keluarga dan lagi pun agak jemu juga nak makan nasi.

Dari pinggan sang suami. Jangan risau, ini baru serving yang pertama

Saya masak Chicken Spinach Quiche dan Beef Tortilla with Salsa. Simple jer tapi sangat mengenyangkan. Apa yang penting, sambil makan, sambil berbual. Itu yang lebih manis.

Dessert pula adalah kegemaran anak-anak, vanilla ice cream dengan chocolate syrup.

Jan 03

Selamat Tahun Baru

Diam tak diam sudah tiga hari kita berada di tahun baru. Rasanya tak terlambat untuk blog ini mengucapkan Selamat Tinggal tahun 2011 dan Selamat Datang tahun 2012.

Pastinya kenangan yang ditinggalkan bersama tahun 2011 akan manjadi memori indah ataupun akan menjadi pencetus semangat baru di tahun 2012.

Merenung kembali apa yang telah saya lakukan pada tahun 2011 akan menjadi titik tolak untuk saya lebih berjaya di tahun 2012. Insya Allah.

Seminngu dua di hujung tahun lalu memang blog ini agak terabai. Tuan Suami jatuh demam begitu juga anak sulong saya. Sibuknya ke situlah jadinya. Kadang-kala kelakar jugak tengok sang suami bila demam (naik angin pun ada jugak). Suami saya kalau demam, ya Allah!, rintihnyanya mengalahkan budak-budak. Anak sulong saya yang demam sama pun tak ada macam itu. Dan dek kerana mulut rasa pahit dan batuk pula rasa kering di kerongkong, tempoh hari saya buatkan jugak ais krim dengan caramel pisang khas untuk pesakit tua. Demam demam pun selesai semuanya dibaham.

Kini kedua-dua suami dan anak saya sudah beransur sihat dan sudah pun kembali bekerja di tahun baru. Alhamdulillah.

Harapan saya agar semoga tahun 2012 ini akan membawa lebih kejayaan untuk kita semua walaupun jangkaannya ekonomi dunia dan negara akan mengalami kemelesatan yang agak pincang. Selain itu tentunya saya impikan keselamatan, kesihatan, kejahteraan dan iman yang berpanjangan.

Marilah kita sama-sama berdoa. Tingkatkan usaha, sematkan azam, kuatkan semangat.

Selamat Tahun Baru semua!