free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 21

Chicken Spinach Crepe

Memasak ni bukan setiap masa rajinnya. Kalau kemalasan melanda nak jugak rasanya gantung periuk di dapur. Contohnya hari ni saya masak nasi goreng aje untuk makan tengahari dan malam..sempoi. Kebetulan suami dan anak sulong tak ada di rumah. Hanya kami bertiga beranak aje yang makan nasi goreng..habis jugak sekuali besar. Suami yang pulang lewat balik bawak pulak kueteow goreng. Apa lagi dinner sekali lagilah kami.
Kalau malas tu sekali-sekala apa salahnya kan. Masa nilah nak meluruskan urat-urat dan nak makan masakan orang lain pulak. Dan yang penting inilah masa nak menguji ‘gentlemannya’ suami kita. Entry kali ni saya nak share satu resipi yang boleh dikategorikan dalam kategori’ rajin’. Kalau dalam mood malas ,janganlah buat sebab nak membuat crepe tu perlu banyak bersabar. Lepas tu nak buat intinya lagi. Jadi pendek cerita resipi ni sesuai di hidangkan pada hujung minggu atau pada hari cuti awam. Tak payah nak kelam kabut nak berkejar-kejar buat untuk sarapan anak-anak ke sekolah. Tapi biasalah benda yang susah nak dibuat ni dan kalau sedap pulak, kenalah buat banyak. Nanti tak cukup…
Kalau Chicken Spinah Crepe ni di translatekan ke dalam Bahasa Malaysia jadi apa ye? Lempeng Ayam Bersama Bayam…betul ke? Tapi kalau ikut pemahaman saya, lempeng tu adunannya tak ada bubuh susu. Kalau orang perak dipanggil tepek aje. Cukup senang adunannya, hanya tepung gandum,air dan garam sahaja.
Chop! Baru tahu yang crepe ni boleh juga dipanggil pancake…

Apa pun resipi ni memang boleh di cuba kerana bahan-bahannya tak susah nak dapat. Membuatnya taklah sesukar mana kerana jika betul bahan, sukatan dan kuali yang sesuai, crepe tu tak mudah melekat pada kuali. Intinya pula boleh di buat awal dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan untuk Crepe:
175 gram tepung serbaguna
½ sudu kecil garam
3 biji telur
1 ½ cawan susu segar
1 sudu besar butter

Cara membuat Crepe:
Ayak tepung dan garam#
Pukul telur berasingan sehingga kembang
Masukkan telur ke dalam adunan#
Kacau hingga sebati dan masukkan susu sedikit demi sedikit
Biarkan seketika untuk 1 jam
Selepas itu bolehla di panaskan kuali dan sapukan butter
Buatlah seperti membuat pancake

Bahan-bahan untuk inti:

Minyak untuk menumis

2 labu bawang Holland(didadukan)

3 ulas bawang putih(cincang)
1 cm halia(cincang)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil garam-secukup rasa
2 biji tomato (didadukan)
Secekak bayam hijau( dibasuh bersih dan ditos)
115 gram isi ayam(dipotong kecil-kecil)
2 sudu besar daun ketumbar

Cara Membuat Inti:

Panaskan minyak
Masukkan bawang Holland dan biarkan sehingga terbit bau
Kemudian masukkan isi ayam
Masukkan bawang putih dan halia bersama serbuk cili, garam masala dan garam.
Selepas itu masukkan tomato dan bayam
Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar

Feb 17

Cream Puff

Ini adalah antara kueh orang putih yang saya sangat suka. Kalau kat kedai tu  memang saya menjeling ajela nak beli tapi kadang-kadang hasrat hati tu terpaksa dikuburkan sebab harganya agak mahal untuk cream puff yang cenonit aje tu. Dah lama saya belajar buat cream puff ni, seingat saya masa tu saya belajar dengan Kak Nor yang mengajar masa tu dekat Kedai Bake With Yen Di Lorong Haji Taib. Eee..scary kan dengar nama lorong tu. Memang la , saya yang masa tu gigih pergi walaupun kecut perut jugak lah nak menyampaikan ke kedai tersebut dari tempat parking kereta.

Itu cerita dah lama dah. Sekarang ni kelas-kelas memasak kueh dan membuat kek tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan dan Kak Nor tu pun dah ada kelas memasak dia sendiri.

Selepas tu saya ada cuba buat kueh ni tapi tak jadi dan alamatnya saya tak pernah mencuba lagi buat cream puff ni. Bila tengok Master Chef Malaysia, teringin pulak nak buat balik cream puff sebab nampak macam senang aje. Niat sahaja tak cukup. betul tak? kalau kaedahnya tak betul dan kaedahnya adalah…. resipi cream puff saya dah hilang. Punyalah cari sana-sini sampai sakit-sakit pinggang dan niat nak buat crem puff pun dah semakin pudar.

Nilah rupa buku resipi saya..dah macam rupa belacan. Itu belum lagi yang sehelai-sehelai dan terperonyok kat dalam lemari pinggan mangkok.

Berbalik kepada cerita tadi. Sayapun carilah kat dalam internet resipi cream puff ni tapi macam tak berapa ‘confident’ nak cuba sebab resepinya berbeza-beza sangat . Ada yang pakai susu, ada yang pakai telur banyak dan macam-macam lagi. Saya pun bukak la you-tube sebab takkan tak percayakan video kan. Dan…saya terjumpalah satu video yang buat cream puff sempoi aje. Masak dalam kuali dan hanya gunakan sudu. Tak payah nak pakai piping beg. Menyenangkan kerja dan  mengacau adunan cream puff dalam kuali memang senang.

Nak senang tengok aje youtube ni dan boleh salin sendiri bahan-bahan dan cara membuatnya. Selamat mencuba!

Feb 13

Tiba-tiba..

Semenjak akhir-akhir ni banyak betul gambar kahwin kat dalam facebook. Macam-macam stail, macam-macam ragam, macam-macam colour dan macam-macam lagi lah.  Ramai betul orang kahwin sekarang ye dah tak tentu masa aje. Dah tak payah tunggu cuti sekolah nak berkenduri. Hujung minggu pun boleh, asalkan ‘ money’ ada semua boleh jalan.

Ada pulak yang macam rupa majlis kahwin tapi rupa-rupanya hanyalah majlis bertunang sahaja. Kelas gitu..siap ada pelamin lagi. Kalau dulu  majlis bertunang jangan haraplah bakal pengantin lelaki nak datang. Nanti dicop sebagai orang muka tak malu ataupun terkeluarlah perkataan ‘tak sabar-sabar ke kamu ni’ , gatal merenyam.

Teringat pulak masa saya bertunang dulu. Lagilah suci dalam debu. Ingatkan pihak lelaki nak datang merisik tetapi rupa-rupanya terus bertunang. Adake patut? Ini semua angkara mak dengan mak mertua saya berdua – dalam diam mereka dah berpakat nak langsung majlis bertunang tanpa beritahu kami semua. Saya ni yang memang tak tahu apa-apa dan memang tak bersedia langsong kelam kabut meminjam baju dan tudung dari jiran. Sedih jugak bila ingatkan waktu tu. Tak ada rakan sahabat dan saudara mara yang datang mengucapkan tahniah bila majlis bertunang ibarat majlis makan tengahari saja seadanya. Bising jugaklah dari sedara mara terdekat lebih-lebih lagi bagi pihak jurucakap sebelah saya kerana senang-senang aje dari majlis merisik bertukar kepada majlis bertunang. Dan yang paling melucukan, saya tak berapa  ingat muka tunang saya sangat. Hanya berjumpa sehari sebelum itu semasa beliau datang berhari raya di rumah saya.

Tetapi ..fast forward inilah gambar kahwin kami. Berseri-seri tak? Especially pengantin lelaki kan… rasanya tak ada gambar dia yang tak tersengih langsung.

Walau apa pun segalanya berjalan dengan baik sehinggalah sekarang. Alhamdulillah..moga kehidupan kami semakin diberkati dan sentiasa di bawah kasihsayang Allah. Tak putus kami berdoa semoga anak-anak di anugerahkan suami dan keluarga yang baik pada suatu hari nanti. Cerah masa depan.

Kenapa pulak nostalgik gila pagi-pagi ni nak tulis pasal orang bertunang ni!!????

Alkisahnya, semalam anak sulong saya Alia menghadiri satu perkahwinan abang kepada kawannya , Melissa. Majlis tersebut di adakan di Concorde, Shah Alam dan yang paling menjealouskan kami..( saya , asma dan suami) adalah kerana dah lah dapat jemputan kahwin dapat pulak bilik free. Hish…sikit punya best ke.

Ni dia Melissa, cantik sangat.

Seperti biasa saya dan suami memang suka menyibuk kalau bab-bab glamour ni. Hal-hal melibatkan nak pakai baju apa, tudung colour apa, beg apa….bagi je kat kami terutama bapaknya, memang sekali lagi, kelas gitu!

Nilah hasilnya….combination unsur-unsur tradisional (ni baju kebaya mak saya pasa dia muda) dan moden memang dapat menghasilkan satu arca yang unggul…(bercakap dalam nada seperti Rizalman)..Alia bertudung kat tepi sekali

Okey, forget about Alia.Now we come to the serious business…yang paling mengujakan saya adalah pelaminnya, cantik dan sweet aje. Segalanya Nampak simple dan well planned. Dan yang paling best, kesemua keluarganya dapat tidur hotel. Hai, bila le nak dapat jemputan kahwin+ penginapan di hotel…

Cantikkan pelamin..

Bila Alia balik semalam saya bercakap dengan dia: “ Alia, kamu nak kahwin dengan siapa?’

Seperti biasa Alia akan menjerit sekuat hati dan cakap: “ Mak!! Alia baru aje 17 tahun.”

Saya dengan selambanya menjawab:  “Okay lah lagipun Mak tak bersedia lagi nak berbesan, rasa rendah diri nanti kalau dapat besan yang more well-off dan better looking than me tapi kalau anaknya handsome macam rupa David Archuletta , mak rela Alia.”

Alia: “Mak!!!!”