free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Mar 19

Minggu Lepas Sudah Lepas

Cepatnya masa berlalu …..sehari menjadi seminggu seterusnya sebulan tak rasa apa-apa. Sedar-sedar dah nak habis bulan March. Dalam meniti hari yang berlalu bagaikan angin yang deras,  rahmat dan kasih sayang Allah, rezeki  dilimpahkan tanpa henti. Allah Maha Besar. Dalam kelalaian , dalam kealpaan diperturunkan segala kemudahan. Dalam kesusahan ada kesenangan, dalam kesedihan ada kegembiraan, dalam kesempitan dibukanya jalan dengan seluas-luasnya. Kesyukuran itulah yang paling penting dalam membaja cintamu dalam waktu yang ligat berputar ini…Ya Allah.

Bulan March adalah bulan yang paling beremosi bagi saya kerana dalam bulan tersebut jugalah arwah bapa saya Hasan bin Ngah Ismail menemui penciptanya 30 tahun yang  lalu. Tanggal 15 March tak pernah saya lupakan . Saya sangat rindu pada arwah bapak. Walaupun umur ini dah nak masuk seabad tapi rasa rindu semakin menjadi-jadi.  Semakin sebak  lebih dari masa dahulu. Mungkin juga kerana umur yang semakin tua dan anak-anak yang semakin dewasa menjadikan saya lebih memahami karakter arwah bapak semasa arwah masih hidup dahulu.

Kalau dari segi rupa paras, arwah bapak banyak tertumpah kepada bapa saudara saya Arwah Pak Uteh. Kini Pak Uteh juga sudah pergi buat selama-lamanya( Al Fatihah buat arwah Pak Uteh). Dah tak boleh lagi melihat muka Pak Uteh bila bertandang di hari raya buat mengubat rindu kepada arwah bapak. Hanya dua orang abang sajalah yang ada iras muka bapak terutama abang yang sulong.

Arwah bapak begitu tegas orangnya. Walaupun arwah adalah anak yang bongsu seperti saya tetapi arwah bapak amat digeruni oleh anak-anak saudara dan kaum kerabat kami. Saya dan adik beradik juga takut dengan arwah bapak. Kalau dengar batuknya dari jauh, itu tandanya arwah bapak tengah bad moodla tu. Satu lagi bila bapak mula mengambil bantal untuk tidur, sesiapa yang ada berdekatan pasti kena memicit atau memijak kaki arwah bapak. Masa tu la kami larikkkkkk…

Betapa ingin sekali bersama-sama bapak dalam setiap detik kehidupan saya. Waktu persekolahan, waktu saya mula melalui alam perkahwinan, waktu dimana saya menjadi seorang emak dan sebagainya. Tapi ketentuan Allah ada seribu hikmah disebaliknya.

Kadangkala dek kerana rindukan bapak, saya selalu bercakap sendirian seolah-olah sedang berbual dengan bapak. Kenangan-kenangan lalu banyak mengimbau kisah silam bersama bapak. Dua hari yang lepas, saya masak ubi kayu berempah. Salah satu makanan kegemaran bapak. Terlepas rindu sejenak bila teringatkan bapak kalau masak ubi kayu berempah mesti letak daun kari banyak-banyak dan dimakan bersama kopi-o panas.

Kitaran hidup, lazimnya yang patah tumbuh berganti. Hilangnya bapak digantikan pula dengan seorang suami dan  tiga orang anak yang kini sudah pun dewasa. Alhamdulillah..semoga satu hari nanti mereka juga akan merindui saya sepertimana saya merindui arwah bapak. Semoga bapak tetap dalam doa dan dalam alunan bacaan yaasin saya setiap pagi.  Al-Fatihah untuk arwah bapak

Mar 02

Antara Burger dan Burgel

Mak saya memang kelakar. Anak-anak saya suka sangat berbual dengan Opah mereka sebab Mak saya ni suka sangat tukar-tukar pronounciation nama orang ataupun tempat atau apa juga lah. Sebagai contoh, Mak saya selalu sebut burger tu as a burgel!!!! Dan bila saya tanya beliau kenapa panggil burgel, mak saya akan jawap, burgel tu burger yang jual kat tepi jalan. Mak suka burgel lagi dari burger yang mahal tu (sperti yang ada kat MCDonalds dan yang sewaktu dengannya), sebab rasanya lebih berperisa.

Itulah mak saya sesuka hati aje nak tukar nama benda atau apa jua. Ikut sedap mulut dia, manalah kadang-kadang kami ketawa berdekah-dekah.  Hari tu mak saya cakap yang dia nak pergi Taifan. Kami ni duk terpinga-pinga mana ke halanya Taifan ni. Oh..rupa-rupanya Taipan (pusat komersial di USJ ni). Harap-harap jangan dia tukar perkataan parking sudah lah. Itu sudah jatuh kategori ngeri!!!

Berbalik kepada tajuk entry kali ni, bukanlah saya nak mempertikaikan tentang sebutan mak saya senang-senang hati nak tukar tu tetapi saya nak pinjam perkataan burgel yang mak saya guna.

Hari ni saya nak bercerita tentang burgel tersedap yang pernah saya makan. Bagi saya burger ke burgel ke, apapun yang seumpama, memang semuanya saya dan keluarga suka makan. Kami jarang buat burger sendiri di rumah sebab kalau diikutkan rasanya lebih mudah membeli di luar kerana banyak pilihan yang ada dan harganya pun bolehlah tahan. Kena-kena pulak burgel yang jauh lebih murah dari burger yang ada di fast-food joints.

Seperti di kawasan lain, gerai-gerai burger memang banyak terdapat di sekitar Subang Jaya dan USJ ni. Namun ada sebuah gerai menjual burgel yang paling saya suka. O’La Burger nama gerainya.  Lokasinya adalah di hadapan padang permainan USJ 11.

Ini dia gerai mereka…ha nombor telefon pun ada sekali

Sekali pandang, memang tidak ada sebarang kelainan pada gerai tersebut – memang serupa dengan gerai-gerai burgel yang lain. Tetapi apa yang saya suka ialah setiap kali anda sampai di gerai tersebut anda akan disapa dengan ramah dan senyuman dari tuan punya gerai – dua orang adik beradik yang bernama Syafik dan Ali. Mereka sudah lebih kurang sudah  4 tahun menjalankan perniagaan ini.

Awalnya dek kerana mereka tinggal di USJ 2, mereka berhasrat untuk menjalankan perniagaan di USJ 2 sahaja  tetapi kerana tapak yang mereka sukai sudah diambil orang lain, maka mereka terus mencari tapak yang baru. Kini mereka beroperasi berhadapan dengan taman permainan USJ 11 dan Alhamdulillah lokasi tersebut terus  menjadi lokasi perniagaan mereka yang tetap sehinggalah sekarang. Perniagaan mereka beroperasi dari pukul 6 petang sehingga 11 malam setiap hari kecuali hari Sabtu minggu pertama dan terakhir setiap bulan.

Dua orang adik beradik yang gigih berniaga Syafik dan Ali


Apa yang saya suka sangat tentang burgel O’La ini ialah pastinya kerana rasanya yang sedap. Ayam atau daging dimasak sempurna dan lembut sekali. Tambah sedap bila daging burgle di hiris dua. Daging burger nya juga tidak pernah kering, malahan masih terasa juicynya. Yummeh!

Paling best, Ali dan Syafik tidak kedekut – selalunya mereka letakkan banyak sayur dan sos dan ditambah lagi dengan pepper sauce dan white sauce yang mereka buat sendiri. Itulah yang menjadi kelainan daripada bergel-bergel lain yang ada di Subang Jaya ini.

Pilihan jenis-jenis burgelnya lebih kurang sama sahaja dengan gerai-gerai yang lain tetapi ada satu jenis burgel yang istimewa namanya Double Trouble. Dengan harga iaitu RM 5 anda boleh dapat makan burgel yang berlapis-lapis dan sebotol air mineral yang sejuk. And then, kalau anda tengok menu di atas, ada juga disediakan Burger Kambing. Tak banyak gerai yang offer burger kambing kan??? Kat McDonald boleh dapat?

Dalam banyak-banyak pilihan burgel yang dijual burgel ayam special yang ada lapisan cheese memang menjadi pilihan kami sekeluarga. Bak kata anak-anak saya, “giler sedap!”

Burgel ‘Double Trouble’

Saya harap Ali dan Syafik akan terus berjaya di masa hadapan. Mungkin mereka juga pernah mengalami turun naiknya perniagaan tetapi kerana mereka gigih dan ikhlas , sekarang ini income mereka sudahpun konsisten . Walaupun hanya berniaga burger di tepi jalan , pujian harus diberi kepada dua orang anak muda ini.