free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
May 01

Daging Basamah

Seperti hari-hari yang lain,hujung minggu yang lepas seakan biasa saja bagi saya. Bangun pagi menghabiskan kerja-kerja rumah, memasak dan sebagainya kadangkala menjemukan jugak. Bukanlah hendak mengeluh dan membebel tetapi tuntutan masa antara kerja-kerja rumah dan kerja-kerja internet sungguh memberikan saya ‘stress’.

Kalau dulu saya selesaikan segala kerja-kerja rumah di awal pagi dan terus menyambung kerja-kerja internet selepasnya hinggalah ke larut malam tetapi sekarang sudah tidak boleh lagi. Mungkin kerana tenaga yang semakin kurang dan umur yang semakin meningkat, saya cepat terasa letih dan apa yang selalu terjadi …bila saya mula sahaja bukak laptop maka mata pun dah mula mengantok.

Tetapi saya tak boleh cepat mengaku kalah. Apa yang dimulakan perlu diteruskan kerana kata-kata ini…

‘Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun
dia tidak akan menjadiorang yang berani ‘-Khalifah Ali bin Abi Talib

Saya mahu menjadi orang yang berani ….biar orang memandang rendah tetapi saya mahu berjaya kali ini. Bekerja dari rumah sebagai full time internet marketer adalah profession saya. Akan saya gantunglah cita-cita saya di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan.Allahu Akbar..

Eh!..dah melalut-lalut pulak kisahnya ye.Asalnya ingin berkogsi resipi di hujung minggu sahaja. Sorry!

Kali ni saya nak berkongsi resipi Daging Masak Basamah.Tak pernah saya cuba resipi ni walaupun dah berbelas tahun resepi di dok terkurung kat dalam buku resipi saya. Seingat saya resipi ni saya ambil dari sepupu saya Kak Nen. Beliau memang pandai dan cekap memasak. Kalau dahulu beliaulah yang menjadi orang kuat didapur kalau ada kerka-kerja kahwin. Dengar sahaja suaranya didapur semua orang kecut perut. Pantang beliau kalau masa bekerja ada pulak yang nak bersenang lenang ’menghulor’, bak kata orang perak.

Resipi ini pun saya dapat masa beliau sedang memasak. Salin aje apa yang beliau cakap, makanya tonggang langganglah jadinya. Tak faham pulak saya membacanya semula. Segala macam ‘shortform’ dan anak panah yang ada, makanya(macam Johan cakap dalam lawak spontan)saya pun mengubahlah sini sana mengikut suka hati saya dan inilah hasilnya…

Bahan-bahannya;(Kuantiti bahan-bahan saya main agak-agak aje)

Daging(direbus dan dipotong)
Cili kering #(dikisar)
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Lengkuas
#(Kesemua bahan-bahan diatas dikisar)

Rempah biji
Jintan manis
Jintan Putih
#(ketiga-tiga bahan digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan dikisar halus)

Santan
Sedikit kerisik
Ubi kentang yang digoreng(optional)
Garam
Gula
Asam keping
Minyak untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak
Tumis kesemua bahan-bahan yang #dikisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan daging bersama airnya sekali,
Apabila daging sudah empok masukkan santan, asam keping, garam dan gula.
Akhir sekali masukkan kerisik dan ubi kentang goreng,
Boleh dihias dengan hirisan daun ketumbar dan cili merah

Saya juga menyempatkan diri membuat carrot cake untuk diberi kepada kawan anak saya yang bernama Iman Nadhirah untuk majlis harijadi beliau. Kali ni dijadikan cupcakes pulak supaya lebih sesuai untuk dijadikan buah tangan. Kalau nak resipi carrot kek, sila klik disini..

Saya jadikan kertas doli sebagai perhiasan. Saya inginkan deco yang simple dan sweet. Saya buatkan lubang di bahagian tengah kertas doli dan saya masukkan ke bahagian tengah cupcakes dan dia jadi macam skirt beropol lah pulak. Cantik dan senang dibuat terutama semasa time ’emergency’. Saya harap Iman suka ye…