free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 22

Peanut Butter Balls

Ya Ampun, dah lama tak update blog. Serius sungguh lama dan eh, cepatnya masa berlalu ye….Alkisahnya , hajat di hati nak update blog selalu-selalu tetapi memandangkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja “clickbank’, selalu aje saya menangguh-nangguhkan kerja-kerja mengupdate blog.  Gambar makanan dah banyak saya simpan dalam satu folder tapi tersimpan macam tu aje lah..kesian dia. Simpan punya simpan sampai tak ingat pulak bila saya buat ‘peanut butter balls’ ni., nasib baik resepinya ada sekali.

Bagi  saya ‘penut butter ball’ ni boleh dikategorikan sebagai ‘chocolate fudge’ sebab membuatnya tidak perlu menggunakan ketuhar. Hanya gaul-gaul dan sejukkan di dalam peti sejuk.  Sekali pandang seperti biskut ‘ london almond’ tetapi tekturnya agak berlainan cuma mungkin ‘chocolate coating’ nyalah yang agak sama. Ini adalah satu contoh makanan yang nampak sukar untuk dibuat tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.

Rasa peanut butter yang dijadikan inti(filling) dan dicampurkan bersama mentega dan gula perang akan menjadikanya lebih berkrim dan bila dimakan bersama coklat didalam satu gigitan, memang pengsan.Yang pentingnya, anak-anak pasti sukakan ‘penut butter balls ini.

Selamat Mencuba!

Inti

Bahan-bahannya

1 cawan peanut butter

1/4 cawan gula perang

1 1/4 cawan gula icing

Cara membuatnya:

Panaskan penut butter dan masukkan gula perang . Gaul sebati di atas api yang perlahan sehingga kesemua gula larut. Kemudian masukkan gula icing sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di kepal. Sejukkan sebentar.

Kemudian bulat-bulatkan mengikut saiz yang sesuai. Untuk memudahkan kerja, anda boleh juga menggunakan microwave semasa proses ini. Simpan adunan ke dalam peti sejuk sebentar supaya senang untuk membulat-bulatkan adunan nanti.

Saduran Coklat ( chocolate coating)

Bahan-bahannya:

4 cawan coklat chips

1/4 cawan shortening/mentega

Cara membuatnya:

Cairkan adunan coklat mengikut teknik ‘double boiler’. Boleh juga menggunakan microwave atau larutkan aduanan menggunakan periuk dengann api yang perlahan.

Masukkan adunan coklat ke dalam ‘paper cup’ . Tuangkan sehingga 1/3 atau 1/2 ketinggian ‘paper cup’ tersebut.

Selepas itu , letakkan inti penut butter tadi dan akhir sekali tuang sekali lagi adunan coklat ke atasnya sehingga menutupi inti tersebut.

Sejukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit …siap!