free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 16

Muffin Pisang Beroat

Ini adalah percubaan pertama saya membuat muffin tanpa menggunakan butter. Boleh tahan jugak rasanya tapi jika diberi pilihan, saya lebih suka menggunakan butter. Rasa butter yang lemak tu membuatkan saya makan berulang kali. Tapi sekali sekala apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Menggunakan minyak boleh mengurangkan kandungan kalori di dalam muffin. Kalau nak lebih bagus, boleh gunakan minyak zaitun.

Walau apa pun, muffin pisang beroat ini boleh dikategorikan didalam salah satu makanan berkhasiat kerana mengandungi oat. Sesuai untuk sarapan pagi terutama untuk mereka yang berdiet. Dengan ada kandungan oat di dalamnya, mungkin boleh menjadikan kita rasa kenyang lebih lama…kannnn.

Untuk menghasilkan muffin yang lembut dan gebu ada rahsianya. Walaupun membuat muffin ini agak mudah, tetapi jika tersalah teknik, besar kemungkinan muffin terebut akan keras dan tidak sedap.

Rahsia yang pertama adalah anda tidak boleh menggaul adunan terlalu kuat. Jangan sesekali menggunakan mixer. Anda hanya memerlukan mangkuk yang besar dan senduk kayu untuk menggaul adunan. Semasa peringkat mencampurkan bahan-bahan kering ke dalam bahan-bahan yang basah, anda hanya perlu menggaul sekadar adunan tersebut bercampur sahaja. Lima atau enam kali kaup-mengaup sudah memadai. Jika ada tepung yang masih belum bercampur dengan sempurnanya, tidak mengapa kerana adunan akan manjadi sebati semasa muffin dibakar di dalam ketuhar.

Anda hanya perlu mengisi muffin 3/4 dari keseluruhan ‘muffin cup’. Kalau lebih banyak daripada itu, dikhuatiri muffin tersebut akan melimpah keluar dan akan menghailkan muffin yang tak ada shape. Saya suka sangat bila muffin merekah di tengah-tengahnya. Rasa macam muffin tu menjadi dan nampak lebih sedap.

Bila membakar muffin, perhatikan suhunya. Suhu yang kurang akan menjadikan muffin tak naik dan kalau suhu tinggi sangat pulak, nanti bahagian dalam muffin tak berapa masak. Suhu yang sesuai digunakan adalah 180 celcius. Masa yang diperlukan untuk membakar muffin pula bergantung kepada kuantiti adunan. Jika ½ cawan , masa yang diperlukan adalah dalam 15-20 minit manakala jika kuantiti adunan dalam 3/4  cawan, masa yang diperlukan adalah 20-25 minit.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking soda

1 sudu kecil garam

4/5 biji pisang yang sudah dilenyek

2 biji telur

½ cawan oat

½ cawan minyak jagung/kelapa

1 cawan gula perang (brown sugar)

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 180 celcius

Gliskan acuan muffin

Didalam mangkok yang besar, ayak tepung bersama  baking soda

Masukkan  oat dan garam, ketepikan.

Pukul gula perang bersama minyak  sehingga sebati dan kemudian masukkan telur satu demi satu. Gunakan whisk

Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi

Campurkan adunan bahan-bahan kering ke dalam adunan yang basah. Gunakan senduk kayu ataupun menggunakan sudu sahaja

Gaul hingga sebati

Isikan ke paras ¾ bekas muffins. Bakar dalam oven 180 celcius  selama 25 minit ataupun  sehingga muffin menjadi kekuningan. Jumlah yang diperolehi: 12 bekas.

Jul 08

Ayam Masak Halia

Kadang-kadang mood memasak terhenti hanya kerana kita tak tahu nak masak apa. Penat memerah otak memikirkan apakah juadah yang akan dihidangkan kepada keluarga. Kalau boleh setiap hari biarlah berlainan menunya, barulah meletop, kan.

Kebiasaannya  ibu-ibu lebih gemar memilih ayam untuk dijadikan hidangan utama kerana rata-rata anak-anak lebih gemarkan ayam dari ikan atau makanan laut. Dah masak kari ikan, ayam masak merah, ayam masak kicap..apa lagi nak masak ni?

Ayam masak halia memang sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Anda boleh mengubahsuai resipi ikut citarasa sendiri. Kalau nak lebih pedas, boleh tambahkan sedikit cili giling. Bagi anak-anak yang tidak berapa gemar makan sayur, masa ni la ibu-ibu boleh pasang perangkap. Anda boleh tambah sayur-sayur lain yang sesuai seperti lada benggala, cauliflower dan lain-lain. Satu lagi keistimewaan menu ini ialah, baunya memang menusuk hidung dan boleh membangkitkan selera. Ayam masak halia ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi ayam.

Ok lah bagi mereka yang hendakkan kelainan, hari ni anda boleh cuba memasak ayam halia ..ikut style saya ye.  Ni dia resepi dia

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam ( dibersih dan dipotong ikut suka lah)

2 ketul halia muda ( Dihiris halus)

Sedikit bawang putih dicincang halus

2 labu bawang merah (saiz sederhana) dipotong 4/8

Segengam cili kering ( dipotong dua)

Biji Gajus ( ikut suka)

1 biji karot dipotong diamond

Minyak untuk menumis

Sedikit minyak bijan

Sedikit sos tiram dan cili sos

Sedikit lada sulah dan tepung gandum untuk menggoreng ayam

2 sudu tepung jagung yang dibancuh bersama air

Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Panaskan minyak

Goreng kacang gajus sehingga kekuningan(angkat dan ketepikan)

Goreng pula halia sehingga kekuningan dan terbit bau( angkat dan ketepikan)

Goreng cili kering ( sekajap sahaja , angkat dan ketepikan)

Gaulkan ayam bersama garam dan lada sulah

Kemudian gaulkan dengan tepung gandum

Dengan menggunakan minyak lebihan tadi  goreng ayam tersebut(pastikan minyak tidak terlalu banyak)

Jangan biarkan ayam terlalu garing, ala-ala cukup masak sahaja, sudah memadai

Kemudian masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi bersama bahan-bahan lain

Masukkan sedikit air yang telah dibancuh bersama tepung jagung

Biarkan ayam masak dan akhir sekali taburkan minyak bijan

Hias dengan daun ketumbar (optional)

Dah pun siap!

Jul 06

Cetusan Dekorasi Meja Makan Ala-BBQ

Kebiasaannya apabila kita hendak mengadakan majlis BBQ, kita jarang menitikberatkan tentang dekorasi dan rata rias (table setting )untuk tetamu. Dalam kata lain , apa yang kita titikberatkan adalah makanan atau juadah yang hendak dihidangkan. Cara menghidang makanan dan cara persembahan nya main tangkap muat aje lah. Dah memang biasanya macam gitu kan, selalunya kita menggunakan pinggan dan gelas kertas atau styroform. Makanan pula dihidangkan dalam kuantiti yang agak banyak dan diletakkan menggunung dalam satu bekas. Begitu juga dengan minuman dan sebagainya.

Selalunya apabila kita mengadakan party yang ala-ala BBQ , kena check cuaca dulu.almakhlum lah kita ni bukannya ada musim yang cuacanya suam-suam kuku dan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau dibuatnya hari hujan, mana nak menyala api BBQ kan.

Begitulah yang terjadi kepada  saya. Minggu lepas saya bercadang nak buat bbq party bagi meraikan battalion dari Cheras yang  datang untuk berkumpul. Almakhlumlah dah lama tak berjumpa dan bersembang, rindu lah plak.

Tetapi disebabkan cuaca yang berjerebu dan panas, terus saya batalkan hasrat saya . Tak kuasa nak bermain dengan arang dan abu dalam cuaca panas ni dan yang lebih penting lagi nanti marah pulak jiran sebelah sebab menyumbang kepada keadaan jerebu….

Saya dan suami mengambil keputusan untuk membawa masuk BBQ ke dalam rumah. Dengan sedikit penyesuaian – di mana daging kambing dan ayam saya “roast” instead of di BBQ – saya masih dapat mencipta suasana BBQ di dalam rumah. Apa yang lebih baiknya, saya dapat bersiap berdekorasi lagi.

Saya siapkan meja agar semua dapat duduk bersama-sama makan sekali. Dua meja makan saya sambungkan agar semua dapat bersama-sama di meja makan. Hiasan meja pula saya gunakan kreativiti yang ada. Saya gunakan alas meja putih biru dan pinggan mangkuk yang agak mewah bagi menggantikan pinggan kertas.

Untuk centerpiece meja pula saya gunakan buah oren dan masukkan ke dalam  bakul besi yang kecil serta dua jambangan bunga kekwa yang saya taruh di dalam tin Kopi Hang Tuah yang sudah digunakan.

Dari segi menu pula, saya sajikan roasted lamb dan roasted chicken. Amat senang disediakan sebab hanya perlu dimarinate dan bakar di dalam oven sahaja. Saya juga menyediakan side dish seperti kentang putar, baby carrot dimasak bersama lemon, stim tomato, nenas, bawang merah dan labu yang dibakar bersama kambing.

Selain itu saya sediakan mee goreng olio aglio. Bagi memeriahkan lagi suasana, anak saudara saya Nisah membawa Baked Macaroni sementara Kak Zai pula membawa satu Tupperware besar bubur kacang durian.

Saya juga menyediakan kek butter serta yogurt buah-buahan dengan hirisan kiwi dan strawberry.

Menu sebegini sebenarnya amat memudahkan kita untuk meraikan tetamu kerana ia tidak memerlukan kita membuang masa membuat banyak kerja-kerja dapur yang renyah. Itu yang saya habiskan masa untuk mencipta suasana meja makan yang agak lain sedikit dari kebiasaan.