free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 01

The Love Bag

When love exist

Weakness turns to strength

Tears turns to laughter

Soon..

As sorrow fades , Happiness appears

Nohing else matters …

Itulah kata orang rezeki …. Dari seorang sahabat Facebook Tuan Suami, kami mengenali seorang serikandi berjiwa besar yang sering melakukan kerja-kerja amal. Davina Symmar nama FBnya. Dan dari facebook beliau kami mendapat tahu lebih kurang sebulan yang lalu, bahawa beliau dan beberapa orang sahabatnya sedang mengusahakan projek The Love Bag.

Projek Love Bag ialah hasil usaha untuk  menghadiahkan Love Bag ini kepada kanak-kanak yang sedang bertarung dengan pelbagai penyakit barah di HUKM, HKL and UMMC.  Apa yang terdapat di dalam Love Bag ini adalah hasil derma dan sedekah orang ramai – apa jua barangan ataupun makanan yang disukai kanak-kanak. Objektifnya hanya satu: untuk menghiburkan hati kanak-kanak ini.

Dan pada hari Ahad lepas, saya dan suami turut menyertai rombongan Davina menghantar The Love Bags ini ke HUKM. Kami hanya sempat ke muka pintu HKL kemudiannya dan langsung tidak berpeluang turut sama ke UMMC, kerana perlu berkejar ke rumah abang ipar saya di Shah Alam kerana ada majlis Khatam Quran dan Tahlil untuk arwah ibu mertua yang baru meninggal dunia.

Deretan goodie bags

Dan pelbagai jenis belon

Salah seorang pesakit di HUKM

Apapun, malam sebelumnya kami lima beranak sempat menyiapkan cupcakes untuk turut disedekahkan kepada anak-anak yang tidak bernasib baik ini. Kalau dikirakan memang sikit sangat sumbangan kami tetapi bak kata suami, sekurang-kurangnya kami dapat memupuk kesedaran di jiwa anak-anak akan kepentingan berbuat kebajikan. Cuma anak-anak tidak dapat turut serta ke hospital kerana mereka ada peperiksaan pertengahan tahun yang perlu dihadapi keesokan harinya. Semoga apa yang dilakukan olrh Davina dan rakan-rakannya mendapat redha Allah.

Choclate Cup cakes

Siap untuk dihantar