free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Dec 31

Happy New Year 2013!!!

Happy New Year. Welcome 2013. Semoga kita bertambah baik serba serbi. Malam ni tadi we decided to have a special New Year dinner. Kami berlima jer. Saya memasak, anak-anak menghias meja.  Gambar di bawah adalah dekorasi setup dinner table kami tadi. Seronok sekali sekala sama-sama bergotong royong meraikan each other. More about the dinner and the menu in later posts ya. Sekarang saya nak tidur, penat dan mengantuk.

Dec 31

Simple is Good!!!

Beberapa jam lagi kita akan meninggalkan tahun 2012. Masa makin pantas dan sedar-sedar kita kini dah nak masuk 2013. Bila disoroti kembali setahun yang lalu, memang banyak juga detik suka duka yang dialami. Paling meninggalkan kesan ialah apabila mak mertua pulang ke Rahmatullah pada Julai lalu, dua hari sebelum kita menyambut Ramadan. Al Fatihah.

So apa yang saya lakukan di hari terakhir 2012 ni? Actually pagi-pagi lagi saya telah menemani suami ke Pusat Kesihatan Kelana Jaya untuk routine check up dia – maklumlah orang ada darah tinggi. Kami sampai ngam-ngam pukul 8 pagi. Ingatkan musim cuti-cuti ni tak de la ramai orang. Well, saya silap. Ramai sungguh manusia pagi tadi. Namun syabas saya ucapkan kepada kakitangan Pusat Kesihatan tersebut yang tetap memberi layanan  yang cekap dan mesra. Alhamdulillah. By 9.30am, Tuan Suami dah selesai mengambil ubat-ubatan nya.

Selepas bersarapan sekejap kami menghala ke Mydin pula untuk membeli barang-barang dapur (barang kering la seperti beras dan gula bagai). Kenapa Mydin? Sebab dekat hanya sepelaung jer dari rumah. Selepas tu kami mengisahkan pula hal-ehwal insurans dan road tax kereta. Tu lah, dalam ke sana ke mari , kami sampai rumah agak lewat la juga hampir-hampir pukul 1 ptg.

Dek kerana masa pun dah suntuk dan saya pulak agak letih, makanya lunch hari ini simple aje – nasi putih dengan sambal tumis ikan duri, kangkung belacan dan sambal ikan bilis dengan tempoyak. Alhamdulillah, simple-simple pun, lahap jugak suami dan anak-anak makan. Sesuai dengan taste bud mereka. Sekali hadap aje habis semuanya. Rezeki.

Apapun malam ni kami bercadang nak buat sesuatu yang istimewa ala-ala nak menyambut tahun baru 2013. Apa dia? Nantikan entri yang akan datang… tak lama lagi…Jumpa anda di 2013. InsyaAllah.

Dec 30

Ikan Rebus Masak Lemak

Saya dan suami akan ke pasar Chow Kit setiap dua minggu sekali untuk membeli barangan basah dapur kami. Walaupun agak jauh tetapi perjalanan itu amatlah berbaloi sebab 1) Harga ikan dan sayurnya amatlah murah kalau dibandingkan dengan yang terdapat di Subang Jaya ini dan 2)Pilihannya lebih pelbagai terutamanya jenis-jenis ikan serta ulam-ulaman kampungnya. Rambang mata dibuatnya.

Tetapi antara benda wajib yang kami akan beli saban kali ke sana ialah ikan rebus. Sebabnya, suami saya memang gilakan ikan rebus. Memang la sedap pun kan? Malahan sering kali bila pulang dari pasar, saya akan terus menggoreng ikan rebus untuk makan tengahari (sebabnya mudah lagi pun dah penat ke Chow Kit dan kemudian mengambil masa jugak to sort all the stuff yang di beli ke dalam peti ais).

Malahan last Friday lepas ke Chow Kit (pergi hari Jumaat pulak kali ni sebab Tuan Suami menghabiskan cuti tahunan), saya masak Ikan Rebus Masak Lemak.  Mudah dan cepat.  Sapa-sapa pun boleh buat. Dan tak sangka pulak kali ni, anak-anak pun lahap memakan nya jugak. Ingatkan kami yang tua-tua jer suka ikan rebus. Alih-alih, selesai semua masa lunch saja… alahai ingatkan nak simpan sedikit untuk dinner. Alhamdulillah rezeki.

Okay sekarang mari kita tengok resipinya (Resipi Mak Yong saya jugak ni):

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan rebus segar sederhana besar- di bersihkan di bahagian perutnya
  • 1 biji bawang besar – di mayang
  • Beberapa biji cili merah dan hijau – di hiris menyerong (nak lagi power boleh masuk`cili padi)
  • 2 keping asam keping
  • 2 cawan santan
  • 1 batang serai dititik
  • Belimbing buluh ataupun tomato (jika suka)
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara-caranya:

  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali sehingga santan mendidih.
  • Jangan lupa sentiasa kacau bahan-bahan yang ada perlahan-lahan agar tidak pecah minyak.
  • Tetapi berhati-hati ya sebab ikan rebus mudah hancur.
  • Masak sehingga santan agak kering (saya suka kalau santan dah direduce sedikit sebab lagi sedap)
  • Hidang dengan nasi panas-panas.

Dec 30

Santai Sunday – Paradigm Dan Amcorp Mall

Seingat saya  sejak dari mula berkahwin dulu-dulu kala, saya dan suami sering melepak di shopping complex especially during weekend. Malahan sewaktu saya mengandung, saya memang tak boleh duduk di rumah, jadi sudahnya suami memang rela hati menemani saya ke shopping complex. Kalau balik rumah je, ala-ala tengok bumbung rumah je, saya dah start muntah-muntah balik. Pelik kan. Pergi shopping complex bukannya membeli-belah tau tapi saja jalan-jalan sana sini je dan kadang-kadang minum-minum jer. Selalunya  tempat lepak ialah Subang Parade, sebab dekat dengan rumah.

Bila dah beranak-pinak, hobi jenjalan ni tetap diteruskan. Malahan berlanjutan sehingga ke hari ini. Tapi rasanya tak le sekerap dulu sebab pertamanya anak-anak dah dewasa remaja dan sering keluar dengan kawan-kawan sendiri, dan keduanya, kaki dan lutut diri sendiri ni dah tak berapa larat nak berjalan dah.

Apapun  tadi siang saya dan keluarga pergi melawat dan meninjau Paradigm Mall di Kelana Jaya. Tak pernah pun ke sana tapi sebab anak-anak nak ke sana saya turutkan aje. Menarik jugak walaupun ramai jugak orang tapi tak de lah macam merimaskan macam di Suria KLCC, Mid Valley ataupun Sunway Pyramid. Kira okay lah and macam-macam ada. Dan yang paling saya suka, surau dia besar dan selesa. Best. Issh macam nak bagi review pulak ya……

Apapun penat berjalan, saya dan keluarga lepak di San Francisco Coffee. Dalam banyak-banyak coffee places, saya dan suami  paling suka San Francisco Coffee ni. Tak tahu kenapa. Kena pulak tadi ada promotion Frappes buy one free one. Lagi lah naik markah kan. Makanan dia pun saya suka.. Anak bongsu order Linguine Carbonara yang tasty, walaupun saya sebenarnya tak la berapa  berkenan pasta. Malahan pies dan curry puff dia pun sedap.

Dan of course, sambil lepak-lepak kami snap-snap la photos – macam jakun pun ada. Hehehehee.

Lepas Paradigm, suami memandu menghala ke Amcorp Mall pulak, saja nak meninjau-ninjau weekend flea marketnya. Walaupun tak semeriah hari Ahad, masih banyak juga gerai-gerai menarik yang ada tadi. Dan dengan tak disangka-sangka kami bertemu dengan sebuah typewriter lama. Anak-anak saya dah macam teruja semacam dan memandangkan harganya agak murah (hanya anggaran 1/20 dari harga sebuah i-Pad) maka suami saya membeli sebuah. Ketawa dia sambil membayar: “Pelik anak kita, happy dapat typewriter instead of smartphone.”

Malahan masa saya menulis entry ni, mereka sedang bergilir-gilir menaip. “Very cool,” kata mereka.

Apa-apa je lah ya!!!!

Dec 28

Bingka Pisang

Berserabut hati perut ni bila tengok blog-blog orang lain yang mengancam. Dah tu ramai pulak orang yang melawat blog tu.  Dalam kepala ni banyak benda nak buat so that blog saya ni boleh ‘ meletop’.  Gambar mesti cantik, kena update blog selalu dan yang paling penting resipi mestilah yang  jambu-jambu. Ada la dua tiga orang dalam rumah ni bagi komen yang gaya penulisan saya agak formal. Kena buat santai-santai barulah orang suka masuk blog. Macam mana nak menulis santai-santai ni? Kalau nak bergaya santai, faham la jugak. Lagipun ….hello! saya ni bukanlah penulis tegar. Dari dulu kalau subjek karang mengarang, tulis- menulis ni boleh kirim salam la. Kalau buat karangan bahasa malaysia pun adalah atas sikit dari 50%. Tapi tak apa segala complain dan komen tu saya terima, no heart feeling. Lagi pun komen-komen tu pun untuk membina kan …I must appreciate them. Begitu bersusah payah  each of them menolong saya nak ‘up’ balik blog ni. Malam tadi Asma dan Alia beria-ria buatkan scrap book untuk blog saya. Nanti kalau dah siap saya akan tunjukkan. Arissa pun tolong jugak..tolong angkatkan semua majalah  dan entertain kami dengan lagu jepun. Emmmm…bapak masa tu tidur….

Anyway, bercakap tentang suami saya ni, dialah yang banyak membantu saya dan bagi semangat supaya saya aktif dan betul-betul serius (serius betul-betul) berblogging. Kalau saya memasak, dialah food testernya. Contohnya semalam, oleh kerana semangat sungguh nak update blog, tuan suami pun masuk ke dapur memasak…..jeng,jeng, jeng…….eh, terlupa pulak sebab dah letak tajuk dan gambar diatas… bingka pisang.

Punyalah komannya, seumur hidup saya tak pernah makan bingka pisang dan kalau ada pun mungkin saya tak perasan kot. Yang saya tau bingka ubi, bingka tepung… apa lagi ye. Nak dijadikan cerita, tuan suami tu pun sama aje, tak pernah makan bingka pisang tetapi disebabkan sketsa yang berlaku di KLCC minggu lepas, maka terhasillah bingka pisang di rumah kami dua malam sudah.

Lokasi: Kinokuniya ,KLCC

Saya:  Abang tengok buku ni, bestla, gambarnya cantik..Tengokla, kut nanti kita boleh buat blog macam ni

Tuan Suami: Bak sini (sambil memegang buku yang tebal tu)

(Tiba-tiba, sang suami dengan selambanya snap gambar one resepi)

Saya: Eh, kenapa awak ambik gambar ni? Tak boleh la salah! Nanti polis tangkap

Tuan suami: Tak apalah , macam la tak pernah buat macam ini…orang lain pun buat jugak

Saya: (dalam hati) alamak malunya kalau ada orang nampak

Tuan Suami: Dah dapat nanti kita masak ye

Tu la kisahnya tuan suami curi resipi dari one of the recipe books kat Kinokuniya.

“Nak beli mahal sangat, lagipun nak pakai resipi tu aje. Ala bukannya kita nak jual resipi ni, kita cubalah dulu, nanti kita tukar-tukarla kan”, tuan suami cuba mengiakan perbuatannya. Bagus la tu, nanti minggu depan ke, bulan depan ke boleh buat lagi.

Jadi inilah resipi yang diciplak… Bingka Pisang (Rimas pulak  nak panggil bingka sebab kami orang Perak panggil bengkang).  Apapun bengkang atau bingka , syarat utama selain sedap mestilah garing diluar dan moist didalam.

Bahan-bahannya:

20 biji pisang emas

2 cawan tepung gandum

2 cawan santan

1 cawan gula

secubit garam

sedikit esen vanilla

1 biji telur

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar

Lenyekkan pisang dan masukkan telur.

Masukkan tepung, gula, santan, garam dan vanilla

Campurkan kesemua bahan  dan gaul sehingga sebati

Masukkan ke dalam acuan bingka/kek chiffon dan bakar pada suhu 200 c /1 jam

Dec 26

Ikan Cencaru Sumbat

Bila dingatkan kembali kenapa saya suka memasak, saya tak boleh memberikan jawapan yang pasti. Mungkin kerana saya merasakan yang memasak itu adalah satu keperluan bagi setiap orang terutama sekali pada orang perempuan.  Rata-rata dalam keluarga saya, yang perempuan tahu buat kerja dapur. Ianya terserlah apabila kami berjumpa ramai-ramai, semua yang berjantina perempuan akan menolong di dapur. Kerja masak-memasak  seakan satu aktiviti yang menyeronokkan macam orang sekarang seronok berFB dan bertwitter. Saya memang di chop sebagai seorang newbie bila saya dikelilingi oleh sepupu-sepupu perempuan saya. . Yang seronoknya, bila kita ni dari dulu sampai sekarang dianggap newbie, kita akan diraikan dengan pelbagai masakan apabila saya mengunjungi mereka. Selalunya merekalah tempat saya mendapat resipi dan tip memasak. Thanks You’all!

Namun begitu, bagi saya suasana persekitaran jugalah yang banyak memupuk minat saya memasak. Walaupun emak saya jarang masuk dapur tetapi disebabkan emak saudara yang tinggal bersama-sama saya’ terer’ memasak,  saya rasa begitu teruja melihat dia memasak setiap hari. Allahyarhamah Mak Yong, memang terkenal pandai memasak. Jika dilihat cara dia memasak macam ala-ala cincai aje tapi sedapnya, MasyaAllah tak terkatakan. Disebabkan Mak Yong tinggal bersama kami, ibu saya jarang masuk ke dapur . ” Ah, biar aje la Yong yang masak, dia kan ‘terer’ masak,” itulah yang selalu saya dengar dari mulut emak saya. Satu hal pulak lagi, emak saya ni memang perangainya suka mengajak orang lain makan dirumah. Kadang-kadang tu tak henti-henti tetamu datang menjamu selera di rumah kami. Untunglah mak saya ada kakak ipar yang ringan tulang, Setiap kali emak meraikan tetamu Mak Yong begitu beria-ria memasak untuk mereka. Semasa saya bertunnag dulu pun, tunang saya yang handsome mesti selalu ‘craving’ untuk  makan masakan dari Mak Yong

Banyak kenangan tentang masakan mengimbau tentang emak saudara saya. Dari beliaulah saya tahu masak kari tanpa santan, gulai lemak ikan rebus cili potong, kurma kambing dan banyak lagi masakan .Tak lupa juga dendeng dagingnya yang ranggup, kuah pecal,ayam bakar, nasi minyak dan banyak lagi. Oh rindunya saya dengan masakan dari air tangan Mak Yong. Al-Fatihah untuk beliau.

Ikan cencaru sumbat ini juga adalah salah  satu resipi favourite dari emak saudara saya. Kalau kena kombinasi lauk pauknya memang berasap telinga memakannya. Lagi-lagi kalau sambalnya sedap dan ikan digoreng rangup. Ada banyak cara memasak ikan sumbat ni. Ada yang gunakan sambal ‘nyor’ dan ada yang gunakan sambal seperti sambal belacan. Saya lebih gemar menggunakan sambal cili kering macam kat bawah ni.

Ok, bagi anda yang ingin mencuba resipi ni, ini lah resipinya. Anda boleh agak-agak sahaja kuantiti bahan-bahannya..

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

1 Ekor ikan cencaru bersaiz besar, dibelah belakang, dicuci ,ditoskan. dan dilumur dengan garam dan kunyit.

2. Kisar 2 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih dan cili kering ( anggaran 2 senduk cili kering)

3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar diatas

4. Apabila ianya sudah berubah warna menjadi gelap sedikit baru masukkan garam, gula dan asam jawa

5. Masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul sehingga sambal menjadi kental

6. Angkat sambal dan masukkan ke dalam belahan perut ikan

7. Panaskan minyak  dan goreng ikan sehingga berwarna perang.

Anda tidak perlu memasukkan kesemua sambal ke dalam belahan perut ikan kerana nanti sambalnya akan keluar semasa proses menggoreng. Anda boleh tuangkan lebihan sambal ke atas ikan semasa menghidang ataupun diletakkan ke dalam mangkuk dan di serve bersama ikan.


Dec 23

Nasi Lemak Dan Sandwich

Semenjak bermulanya cuti sekolah ni, kami sekeluarga asyik makan nasi lemak aje untuk sarapan. Selalunya saya dan suami akan beli nasi lemak di gerai-gerai di tepi jalan sahaja. “Esok nak masak nasi lemak la,” kata saya kepada suami petang tadi. “Kalau hujan dah sidang(berhenti) kita pergi beli santan ye?” sambung saya.” Boleh saja,” jawap suami . Berbunga rasa hati bila malam ni dapat keluar beli barang kerana kebiasaannya kami akan melepak kat mana-mana kedai makan, Bak bahasa orang sekarang “mengeteh”.

Sebelum tidur malam ni saya telah pun masak sambal tumis ikan bilis untuk nasi lemak esok. Kali ni saya tak goreng ikan bilis dahulu. Saya masukkan ikan bilis yang mentah-mentah  jadi rasa ikan bilis tu akan menyerap ke dalam sambal. Ini cara tradisional membuat sambal ikan bilis. Seringkali kita mengasingkan sambal dengan ikan bilis yang digoreng dahulu, kan. Membuat sambal tumis ikan bilis ini bukannya susah. Yang penting bawangnya perlu banyak dan sambal di masak lama. Garam, gula dan asamnya mestilah seimbang. Tak sabar pulak nak makan nasi lemak. InsyaAllah nanti saya akan letak gambar dan resipi, ye.

Makan nasi lemak ni memang sedap dan yang bestnya bila masak nasi lemak ni saya tak perlu masak untuk ‘lunch’ nanti. Nasi lemak boleh dimakan untuk sarapan, makan tengahari dan kalau bernasib baik boleh bawak sampai ke makan malam. Tetapi kesian la pulak kat suami dan anak-anak kan. Jadi esok malam saya bercadang nak buat sandwich aje.  Lebihan telur dari nasi lemak boleh dijadikan sandwich untuk ‘dinner’. Saya nak cuba balik resipi lama yang saya olah sendiri di blog saya yang lama. Di bawah ini saya copy-pastekan supaya senang membaca resipin dan intronya.

Chicken Tomato Sandwich

My daughters and I are not really into sandwiches. Okay, occassionally, I did serve up the usual Malaysian-style sandwiches fare like sandwich sardines of sandwich telur. You know, the ones that we usually buy from the Kedai Serbaneka at petrol stations.

However, a little imagination can turn a platter of sandwiches into a sensational assortment of unexpected combinations of chicken, eggs, and tomato. Which I accidentally unearthed this morning while preparing breakfast. And the best part is that my daughters and (and later on the man of the house as well when he got home) simply love it.

I called it chicken tomato sandwich. It is rather simple. It only took me 10 minutes to prepare the whole thing up (but then again sandwiches should be ready in the shortest possible time pun kan?)

All I did was to firstly marinate the chicken with salt, white pepper and black pepper. Marinate it for a minute. Then put the chicken in a wok and add in a spoonful of butter. When the chicken turns brownish, add in the onion and tomato (cubed). Stir for another minute and do not forget to add a dash of Lea & Perrins sauce as well(kalau tak de kicap biasa pun boleh). And in no time, sandwiches’ filling is done. Then toast the bread (the usual white bread from Gardenia will do but if you are health conscious then the wholemeal it is).
Put the chicken tomato in between two slices of bread and untuk menambah rasa, add in a sunny side up egg as well. Sedap. Sensational.