free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Apr 25

Santai Sunday-Meraikan Pengantin Baru

Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk menjemput pengantin baru dari keluarga yang terdekat untuk bertandang dirumah. Asalkan mereka tinggal berdekatan dan sudi menerima jemputan …saya no hal punya. Dua tiga minggu yang lepas saya menjemput anak saudara saya Shibli dan pasangannya Naslia berkunjung ke rumah untuk makan tengahari. Ala pengantin baru, masih malu-malu lagi nak bersembang bagai. Inilah masanya nak berinterview, bertanya itu dan ini.

Saya sangat suka menghias meja untuk tetamu. Segalanya mesti diatur dahulu supaya nanti saya tahu saiz pinggan mangkuk yang akan digunakan. Yang mana satu hendak diletak gulai dan lauk pauk utama. Warna pinggan mangkuk pun perlu diambil kira. Warna putih lebih senang untuk disedondonkan dengan gelas dan napkin.

Centerpiece kena bersesuaian dengan tema dan tetamu. Memandangkan tetamu yang datang masih lagi dalam mood romantik, saya letakkan centerpiece yang agak-agak romantik jugak. Saya memilih bunga segar yang berwarna-warni sesuai dengan jemputan makan tengahari.  Nampak sweet and simple.

Perlu bijak dalam pemilihan menu. Kalau makan nasi putih kena ada lauk yang menjadi pembuka selera dan lauk yang berkuah serta side dish. Warna juga memainkan peranan untuk menjadikan hidangan nampak lebih menarik. Kali ini saya memasak daging dendeng dan  sambal tumis udang petai sebagai pembuka selera. Kuah gulai lemak nenas dijadikan pelengkap  hidangan . Saya menggoreng sedikit ikan kerana anak saudara saya tidak boleh makan udang. Sedikit sambal hanya untuk menaikkan tema menu nasi putih.

Perlu tahu sedikit sebanyak selera tetamu kita. Apa yang tetamu boleh dan suka makan. Kalau diikiutkan saya lebih gemar memasak nasi minyak atau apa-apa nasi kerana ianya sesuai dengan tema meraikan pengantin baru. Tetapi memandangkan anak saudara saya pantang makan ayam. Tak best pulak rasanya makan nasi minyak tanpa ada ayam.

Dendeng daging memang sesuai digandingkan dengan apa-apa jenis nasi,lemang,ketupat dan roti….sedap!

Sekejap aje dendeng daging ni dah habis..kerana…memang sedap kalau diratah!

Saya hidangkan mango and strawberry  pinnacota sebagai pencuci mulut. Kalau nak kan resepi boleh  klik disini .

Beralih tempat di depan tv pulak sambil menghirup kopi ‘o’ cap  Hang Tuah dan pengat pisang.

Apa pun saya seronok sangat menerima kunjungan dari pengantin baru sampaikan terlupa nak snap gambar mereka berdua…jadi nampaknya pasangan pengantin baru tu kena datang lagilah kan…

Ada satu lagi pasangan pengantin baru yang dalam list . Kena jemput ni sebab pasangan tu kan dah offer diri untuk diajak.

Apr 23

Strawberry Brownies

Just remember: butter, sugar and chocolate.  You can do no wrong. Itulah brownies…  Yang saya tahu kalau nak buat brownies memang tak boleh lari dari  3 bahan yang kat atas tu ( sebut perkataan coklat pun dah rasa nak meleleh air liur).  Kalau  sukatan  mentega , gula dan coklat tu betul, tak susah nak buat brownies. Tak payah nak susah hati fikir takut brownies tak naik sebab brownies tu boleh disamakan dengan bingka orang melayu. Memang dia tak kan  naik macam coklat cake pun. Brownies mesti padat, moist dan penuh rasa coklat. Rupanya boleh tolak ketepi sebab kaedah rupa brownies memang penyek dan tak tentu arah. Jadi tuan puan , kalau buat brownies dan ianya tak naik, jangan panik…memang sepatutnya dia begitu….you really have nothing to worry about.

Satu sebab yang membuatkan saya suka buat brownies adalah kerana saya tak perlu gunakan mixer. Jimat tenaga satu bab. Kalau nak kacau brownies tu saya gunakan garpu saja. Lebih senang untuk menjadikan adunan lebih sebati . Brownies yang elok mesti menggunakan coklat masakan .  Itu yang membuatkan harga brownies lebih mahal dari kek coklat. Kena hati-hati dengan masa memasaknya. Jangan sampai dia terlebih masak kerana brownies perlu moist dan fudgy. Masa saya buat brownies ni saya terleka sebab pergi tengok ‘running man’ dan alkisahnya brownies ni agak ‘dry’ sikit.

Strawberry Brownies

125 gram mentega

125 gram coklat masakan

1/2 cawan gula castor

1/4 cawan buah strawberry yang dihiris (boleh juga gunakan jam  strawberry)

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

sedikit garam

1/2 cawan tepung naik sendiri

1/2 cawan tepung gandum

Buah strawberry untuk hiasan

50/60 gram coklat masakan untuk hiasan

Cara membuatnya:

Cairkan mentega dan coklat didalam bekas yang diletak didalam air yang panas. Kacau sehingga kedua-dua bahan cair dan sebati

Masukkan gula dan terus kacau sehingga kesemua gula larut

Masukkan hirisan strawberry dan angkat dari dapur, ketepikan

Pukul telur dan masukkan sedikit garam dan esen vanilla

Masukkan kesemua tepung ke dalam adunan coklat dan kemudian masukkan telur

Kacau sehingga adunan sebati dan adunan nampak berkilat

Tuang adunan ke dalam acuan empatsegi (9cm)

Bakar pada suhu 180 C selama 25/30 minit

Apabila sudah siap bolehlah dihias dengan buah strawberry dan coklat masakan yang dicairkan.

Apr 19

Macaroni Dan Keju ( Macaroni And Cheese)

Keju..jika masakan yang ada keju, saya dan keluarga sangat sukakannya terutama anak bongsu saya. Pizza, pie dan macam-macam makanan yang ada keju memang kami suka. Boleh pulak tekak yang sudah  biasa dengan cili padi dan belacan  menerima keju yang biasa dimakan oleh orang putih tu? Ala…sukanya kepada keju kerana jarang-jarang dapat makan  keju. Almakhlumlah harganya kan mahal. Sekali sekala makan memang la sedap..cer makan hari-hari, tak kembang ke tekak nanti.

Kami makan macaroni dan keju (macaroni and cheese) untuk dinner malam ini. Mac and cheese nama yang selalu disebut-sebut di dalam TV. Resepi yang ini adalah resepi mac and cheese yang paling ringkas atau lain perkataan, resepi yang paling ‘basic’ sekali. Sekali hadap aje, sekuali besar mac and cheese habis dimakan. Kebetulan ada lebihan sayur brocolli di dalam peti sejuk, saya masukkan sekali ke dalam mac and cheese tersebut. Tak adalah nampak kosong aje .

Senang dan cepat membuatnya. Asalkan kejunya cukup dan macaroni direbus sehingga sedang lembutnya, pasti rasanya sedap. Jadi mari kita kongsi resepi.


Macaroni Dan Keju

1 bungkus macaroni

2 cawan susu segar

2 /3 cawan keju cheedar

2 sudu besar tepung gandum

2 /3 sudu besar mentega

sedikit garam dan lada sulah

optional-brocolli/daun ketumbar/bawang/ hirisan ayam

Cara membuatnya:

Rebus macaroni bersama sedikit garam

Toskan dan gaulkan dengan sedikit mentega

Cairkan mentega dan masukkan tepung

Kacau selama lebih kurang 1 minit

Masukkan susu sedikit demi sedikit

Kacau sehingga ianya berbuih/mendidih

Tutup api dan masukkan keju cheddar dan gaul sehingga semuanya cair

Masukkan macaroni ke dalam mangkuk dan gaul bersama sos keju

Hidangkan bersama parutan keju

Nota- Jika hendak masukkan brocolli, rebus dahulu dan masukkan ke dalam macaroni bersama sos keju.


Apr 16

Smoothie

Smoothie Strawberry

Smoothie Nenas

Cuaca panas macam sekarang ni memang elok sangatlah kalau dapat minum air macam kat atas tu , iye tak? Hilang haus. Smoothie ni ala-ala macam ice-blended la. Selalulnya dicampur dengan dua atau tiga jenis buah-buahan supaya menghasilkan satu rasa yang sedap. Kadang-kadang tu dicampur dengan peanut butter, coklat dan susu soya. Minum smoothie ni bukan sahaja dapat menghilangkan haus tapi dapat membuatkan kita rasa kenyang dan ianya lebih berkhasiat. Saya selalu campurkan susu soya serbuk yang saya beli di cosway bersama-sama smoothie ini. Lepas ni bolehla cuba buat smoothie ye…

Smoothie Strawberry

3/4 cawan susu rendah lemak

3/4 cawan starawberry dipotong kecil

1 biji pisang di hiris halus

1 sudu besar madu

1 cawan ketulan ais

Cara membuatnya:

Masukkan kesemuanya ke dalam blender dan kisar sehingga halus

Smoothie Nenas

3/4 cawan nenas yang sudah dipotong

1/2 cawan ketulan ais

1/3 cawan jus oren

1/2 biji pisang dihiris halus

Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar halus

Apr 12

Santai Sunday – MIHAS 2013

Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia  (Mihas 2013) adalah satu pameran yang diadakan setiap tahun. Tahun ni rezeki saya  berkesempatan hadir di pameran tersebut. Tak sangka pulak Mihas ni punyalah best. Mana tidaknya, selain dari dapat melihat pelbagai makanan yang halal dapat jugak merasa makanan-makanan yang sedap-sedap. Semua makanan yang dijadikan sampel, habis di makan sampaikan saya tak payah makan tengahari, dah kenyang sangat.

Mihas merupakan pameran yang dijadikan platform untuk usahawan  di dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk mereka yang halal. Mihas juga menghimpunkan segala jenis makanan dari pelbagai industri dan dikatakan pameran halal yang terbesar pernah diadakan. Banyak rupanya barangan halal yang sebelum ini kita agak ragu-ragu untuk mencubanya seperti mee segera dari Korea dan banyak lagi. Kebanyakan makanan yang dipemerkan belum lagi ada dipasaran dan dijual dengan harga yang murah.  Itu yang jadikan saya macam tak sedar diri . Beli itu dan ini, semuanya nak cuba.

Coklatnya sedap..cuma RM5 saja

Bendanya paling banyak dijual

Aiskrim sedap ciptaan Chef Zam...nantikan keluarannya

Ini dia pun Chef Zam

myChef..oklah rasanya.

Demo masakan dari Chef Ismail....Banyak tips yang beliau bagi

Biasa la pasangan ni kat mana-mana pun nak ambik gambar berdua

Err..ini bukan jual tudung ye..jangan tiru!

Favourite anak-anak..meenya sedap

Kimchi

Barang-barang buat kek halal

Ais krim Arab - kena ketuk kuat-kuat la pulak

Rempah-ratus

Apr 10

Daging Palembang

Ini adalah kali pertama saya memasak daging palembang …ops , sorry… ini kali kedua saya masak daging ni. First time dulu tak ‘snap’ gambar. Lupa lah pulak!

Saya dapat resepi daging palembang ni dari sini. Selepas membaca ‘review’ yang bagus dari mereka yang sudah mencubanya, saya pun teringin jugak nak merasa kesedapan daging yang dimasak sebegini. Kalau dilihat rupa daging palembang ini tak tumpah macam daging masak kicap tetapi oleh kerana ianya menggunakan santan dan kerisik, rasanya dah dekat-dekat nak rasa macam daging masak rendang tok pulak. Memang sedap…..Kalau anda dah kehabisan idea nak  masak daging, boleh cuba resepi daging palembang ini.

Daging Palembang

Sumber: http://yatiememories.blogspot.com/

Resepinya saya copy-paste dari blog beliau…

Bahan-Bahan:

  • 700 gm daging – potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
  • minyak utk menumis

Bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar

Bahan Tumis

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.

**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.

Apr 08

Mango And Strawberry Panna Cota

Namanya saja sudah cukup untuk membuatkan kita tertanya-tanya apa benda panna cotta ni? Tak ada nama melayu ke? Sebenarnya panna cotta adalah sejenis manisan yang berasal dari Itali . Yang putih tu dibuat dengan cara mengacau krim bersama gula dan gelatin di atas api. Itu lah ‘basic’ kepada panna cotta. Kemudian ia akan dilapis-lapiskan dengan buah-buahan ,karamel ataupun coklat.

Apapun panna cotta ni senang saja nak membuatnya. Namanya aje yang macam  ala-ala ‘complicated’ kannnn. Sesuai sebagai penghilang dahaga jika ia digandingkan dnegan buah-buahan. Kali ini saya  lapiskan panna cota dengan puri mangga dan hirisan strawberry. Kombinasi yang sedap dan warnanya pun sesuai. Jika nak dijadikan pemanis mulut untuk meja pengantin pun boleh juga .

Mango And Strawberry Panna Cotta

2 cawan krim putar ( whipping cream)

3/4 cawan gula castor

1 sudu kecil esen vanilla

7 gram gelatin

3 sudu besar air sejuk

Cara membuatnya:

Masukkan krim dan gula  ke dalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan

Apabila gula sudah mula larut, tutup api dan ketepikan ( jangan sampai ianya mendidih)

Taburkan gelatin ke dalam air sejuk dan masukkan ke dalam periuk yang masih panas tadi

Kacau sehingga sebati

Tuangkan ke dalam mangkuk ataupun apa-apa saja lah…

Masukkan ke dalam peti sejuk selam 2/3 jam

Puri Mangga

Kisar mangga dan masak bersama gula

Banyaknya gula ikut suka

Kacau sehingga ianya pekat

Hirisan starawberry

Masak 1 sudu besar gula bersa am 1 sudu besar air

Masukkan hirisan strawberry dan kacau sebentar dan angkat

Apabila pinna cotta sudah set ataupun sudah keras , bolehlah diletakkan puri mangga dan kemudian biarkan ia sebentar di dalam peti sejuk. Akhir sekali letakkan hirisan strawberry dan letakkan semula ke dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan semasa ia masih sejuk.