Melihat anak-anak terkulat-kulat mencari makanan ‘extra’ untuk dimakan, rasa kesian dan bersalah pun ada. Memang mutakhir ini saya agak tak ada mood nak menghabiskan banyak masa di dapur. Nak masak satu hidangan pun rasa berat sungguh. Rasa sedih kehilangan mak tempohari masih lagi menebal. Segala kenangan bersama arwah mak seperti satu rakaman yang tak sudah-sudah bermain dalam fikiran ni.
Kebetulan sekarang ni cuti sekolah dan dah menjadi kebiasaan, saya akan masak makanan yang boleh dikudap atau yang kami lebih suka panggil ‘midnight snack’ untuk penghuni rumah ini. Kami lebih gemar makan juadah yang ‘extra’ sewaktu larut malam kerana waktu itulah semuanya ada dirumah . Waktu itulah kami boleh makan sambil menonton TV atau makan sambil bersembang kosong saja. Err…..it’s not healthy kan makan malam-malam?
Jadinya semalam Alia dan Asma menggunakan kepakaran mereka yang dibawah paras normal untuk membuat kek kopi. Saya hanya jadi pengarah aje. Tak kuasa pulak nak membaking masa tengahari rembang. Dahlah panas kat luar, nak menghadap panas oven lagi. Tapi dek sebabkan dua beradik ni yang bersemangat nak membaking jugak, ikutkan ajelah…..Jadi kek kopi ni adalah hasil buatan Alia dan Asma. Sedap…. dan yang pentingnya dua beradik itu sangat bangga dengan diri mereka yang mereka rasa mereka dah jadi ‘chef’ lagaknya. Siap berinstagram sana sini……good job girls!
Jom tengok resepi!
Kek Kopi Sos Masam (sour cream coffee cupcake)
Bahan-bahannya:
125 gram mentega
1 cawan gula castor
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
1 sudu besar serbuk nescafee/kopi
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan sos masam
Cara membuatnya:
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang
Masukkan telur satu per satu
Teruskan memutar sehingga adunan sebati
Campurkan serbuk nescafee/kopi dengan 1 sudu besar air suam
Masukkan campuran kopi dan esen tadi ke dalam adunan
Campurkan kedua-dua tepung ke dalam mangkuk berasingan
Masukkan campuran tepung diselangselikan dengan sos masam
Gunakan spatula dan kaup adunan sehingga semuanya sebati
Masukkan adunan ke dalam acuan cup cake
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 minit
Sejukkan sebelum di glazekan
Coffe Glaze
Bahan-bahannya:
1 cawan gula icing
1 – 2 sudu kecil serbuk nescafee
10 gram mentega
1-2 sudu besar air
Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan dengan menggunakan mixer, putarkan adunan sehingga ianya kembang.
Hias aje mengikut suka hati. Alia dan Asma taburkan parutan white chocolate di atas cupcake seperti dibawah ni.