free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 26

Kek Mini Bermadu

This past week went by much more quickly than I had anticipated. Ianya menjadi lebih teruk dengan perangai saya yang suka bertangguh membuat kerja. Contohnya,saya sepatutnya update post ini minggu yang lepas tetapi ditangguh-tangguhkan dan bila ada perkara penting yang perlu diuruskan, maka kelam kabutlah jadinya. Kadang-kadang terasa seperti sayakah yang terlalu ‘slow’ menguruskan segala-galanya. Betul, akhir-akhir ini saya terasa begitu berat untuk melakukan segala kerja-kerja yang selalu saya buat.

Disebabkan saya lupa dimanakah saya letak segala barang-barang membuat kek, habis kesemua kabinet saya selongkar. Lepas tu terpaksa lah pulak mengemas balik. Begitu jugak dengan kerja-kerja internet saya, habis saya lupa dekat mana saya letak segala file yang selalu saya gunakan. Adoii! Saya dah jadi semakin pelupa ke pulak???

I hope…….semuanya adalah sementara sahaja, mungkin gangguan emosi atau mungkin disebabkan cuaca yang berjerebu. Apapun,  I found easy ways to occupy myself each day   iaitu….membaking kek. Inilah hasilnya kek mini bermadu .

Kek mini berwarna kuning dan ditabur gula yang diwarnakan dengan pewarna biru. Macam warna lambang ‘running man ‘ la pulak.

Kek Mini Bermadu


Bahan-bahannya:

175 gram mentega

175 gram madu

115 gram gula perang (brown sugar)

2 biji telur

2 sudu besar susu

225 gram tepung naik sendiri

Cara membuatnya:

Masukkan mentega, madu dan gula ke dalam periuk dan panaskan sehingga kesemua bahan cair-ketepikan

Panaskan oven dengan suhu 180 C

Didalam mangkuk yang lain, pukul telur bersama susu dan tuangkan ke dalam periuk tadi dan kacau menggunakan senduk kayu

Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau rata

Dengan menggunakan sudu masukkan adunan ke dalam kertas kek cawan dan bakar selama 8-10 minit.

Sejukkan sebelum di hias dengan ‘buttercream’.

Buttercream


Bahan-bahannya:

1/2 cawan mentega

2 cawan gula icing

1/2 sudu besar susu segar

Sedikit esen vanilla

Sedikit pewarna

Cara membuatnya

Pukul mentega sehingga kembang dan kemudian masukan gula icing sedikit demi sedikit

Masukkan susu dan esen vanilla

Pukul lagi sehingga ianya putih dan berkrim

Masukkan pewarna dan kacau sebati

Kek ini tidaklah segebu kek mentega kerana kaedah membuatnya seperti membuat ‘mud cake’. Teksturnya lembut dan padat …macam bingka. Rasa madunya sedang elok dan kek ini tidaklah terlalu manis. Sedap!

Jun 18

Butter Prawn

Ini adalah salah satu resepi butter prawn pilihan saya. Dari dulu lagi saya gunakan resepi dari rasa malaysia untuk memasak butter prawn. Bagi saya ianya begitu mudah dan saya amat sukakan  gandingan rasa dari daun kari dan kerisik. Saya olahkan sedikit resipi asal ini mengikut penyakit malas saya. Sepatutnya udang ini digoreng dahulu tetapi saya masukkan saja terus udang ke dalam kuali. Sedap jugak dan lebih ‘juicy’. Kalau anda rajin, bolehlah digoreng dahulu udang tersebut , jadi ianya akan lebih cantik dan rangup.

Tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak tetapi daun kari kena bubuh banyak sikit.

Butter Prawn

Bahan-bahannya:

800 gram udang (saiz sederhana)

3 sudu besar mentega

5/6 biji cili padi dipotong halus

3 ulas bawang putih dicincang halus

secekak daun kari

2 /3 sudu kerisik

sedikit garam

2 sudu besar sos tiram

Cara membuatnya:

Panaskan kuali dan cairkan mentega dahulu

Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik baunya

Masukkan cili padi dan daun kari

Bila baunya sudah wangi, masukkan udang dan biarkan seketika

Masukkan sos tiram dan garam

Bila udang sudah masak ( bertukar warna ) tutup api dan bolehlah dihidangkan

Jun 12

Biskut Blueberry Yoghurt

Dalam banyak-banyak biskut yang saya buat, biskut inilah yang paling pendek jangkahayatnya. Baru aje nak keluarkan biskut ni dari tray dah pun habis. Sedap sangat ke? pandai sangat ke orang yang membuatnya?…Alamak ala-ala intro nak memuji diri sendiri lew tu.

Sebenarnya ini adalah percubaan pertama saya membuat biskut ini. Resepinya saya jumpa kat dalam internet. Entah dari blog mana , saya pun dah lupa. Sebenarnya saya begitu tertarik nak mencuba resepi ini kerana ianya tidak menggunakan mentega. Interesting kan….kena pulak mentega kan dah mahal.  Tairu (yogurt) dijadikan bahan pengganti mentega. Rasa yogurt dan pes blueberry memang sepadan dan klasik. Ada masam dan manisnya. Sebenarnya biskut ini  lebih sesuai dipanggil ‘cookies’ kerana teksturnya yang lembut ala-ala shortbread. Blueberry yoghurt cookies adalah  nama asalnya, saya yang pandai-pandai tukar kepada biskut sebab rata-rata kita lebih senang gunakan perkataan biskut kan.

Simple je biskut ni, bahan-bahannya murah dan senang didapati, bentuknya pun tak tentu arah. Anda boleh gunakan pes blueberry atau lebih baik lagi anda boleh gunakan ‘fresh blueberry’.  Jom cuba!

Biskut Blueberry Yogurt

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bicarbonate

1/4 sudu teh garam

1 1/4 cawan gula castor

1 1/4 cawan yogurt

1 biji parutan kulit lemon

1 biji telur

2 sudu kecil jus lemon

sedikit esen vanilla

1 1/4 cawan pes blueberry

Cara membuatnya:

Panaskan oven  180 C

Didalam mangkuk pertama campurkan tepung, baking powder,soda bicarbonate dan garam. Gaulkan supaya ianya bercampur. Ketepikan

Didalam mangkok  kedua  pukul gula, yogurt, parutan kulit lemon dan jus lemon bersama esen vanilla dan telur sehingga ianya sebati

Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit  ke dalam  mangkok yang kedua dan gaul sehingga menjadi doh. Teksturnya agak lembut sedikit.

Akhir sekali masukkan pes blueberry dan gaul seketika.

Ambil adunan menggunakan sudu dan letakkan diatas tray dan bakar selama 10-12 minit.


Bak kata mereka, “celup biskut  ni dengan susu lagi sedap!”

Jun 06

Ikan Masak Cuka

Walaupun ikan masak cuka ini nampaknya seperti juadah yang ‘simple’ tetapi ianya boleh memancing selera . Iye betul….lauk ikan masak cuka bersama nasi  kosong sahaja sudah cukup menjadikan kita bersemangat untuk makan , tak sedar boleh makan berpinggan-pinggan nasi. Ikan masak cuka ni boleh disimpan lama asalkan ianya dimasak sempurna dan agak kering sedikit. Cuka  boleh manjadi ejen pengawet untuk makanan. Namun begitu bagi mereka yang tidak tahan makan cuka seperti mereka yang sakit gastrik dan buasir, cubalah elakkan sebab kata orang cuka ni tajam.

Ikan masak cuka ini biasanya menggunakan ikan yang mempunyai banyak isi seperti ikan tenggiri, merah .bawal dan ikan-ikan lain yang gemuk-gemuk. Kali ini saya gunakan ikan nyok-nyok . Ikan digoreng garing bersama garam dan kunyit sebelum dicurahkan kuah cuka diatasnya. Kuahnya jangan banyak sangat, biar acap-acap aje . Kalau kuah banyak sangat nanti ikan cepat lembik dan rasa macam gulai masam aje.

Selalunya ikan masak cuka ini digandingkan dengan bahan-bahan lain seperti cili hijau,cili merah, timun dan bawang. Bahan-bahan ini perlu direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan cuka dan sedikit gula untuk menjadikan ianya rangup. Kaedahnya, ikan masak cuka ini dimakan bersama bahan-bahan ini sekali . Jadi lengkaplah satu hidangan dalam satu pinggan sahaja. Saya tidak menggunakan air asam jawa kerana saya mahukan ikan masak cuka ini berwarna putih dan sedikit kekuningan.Bagi saya biji sawi adalah satu kemestian. Entah kenapa kalau tak ada biji sawi, tak nak saya masak cuka. Kurang umpphnya kalau tak ada biji sawi. Hilang bau harum cuka dan nampak macam tak menarik aje. Banyak songeh la pulak ye……

Ikan Masak Cuka

Bahan-bahannya:

5/6 keping ikan dibersihkan,dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing

5 ulas bawang putih  -dimayang halus

2 inci halia ( halia muda lagi bagus) dihiris memanjang

3 biji cili merah (saiz sederhana) dimayang halus

Sedikit garam dan gula

Sedikit perasa ( saya guna secubit perasa knorr)

2 sudu besar biji sawi

4 sudu besar cuka

Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk direndam bersama sedikit cuka dan gula -rendam selama 10 minit lebih kurang

1 biji timun dipotong memanjang

2 biji cili hijau dan merah di belah hujungnya

Bawang merah dibelah empat atau kalau rajin gunakan bawang kecil seperti diatas tu……

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang merah

Bila sudah garing dan wangi, masukkan biji sawi

Kacau seketika dan masukkan sedikit air panas

Kemudian masukkan cuka, garam, gula dan perasa

Toskan bahan-bahan yang direndam tadi dan masukkan ke dalamnya

Yang penting rasa kuahnya dan boleh tambah lagi cuka dan gula ikut kesesuaian

Bila sudah menggelegak, curah kuah ke atas ikan dan hidangkan