free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 29

Badak Berendam

Tau tak kenapa saya buat kuih badak berendam ni hari ni?

1. Nak ambik hati suami sebab bila dia nampak aje kuih badak berendam, terus dia menjerit seronok..

2. Sebab kuih ni macam dah jadi kemestian dibuat bila bulan puasa

Terasa pelik pulak dengan diri sendiri mengenangkan kuih badak berendam ni hanya dibuat di bulan puasa. Kalau tak buat rasa macam tak puas hati pulak . Bukannya senang nak membuatnya dibulan puasa…nak masak inti, lepas tu nak bulat-bulatkan inti  dan macam-macam lagi sedangkan yang menjamahnya dirumah saya hanyalah tuan suami seorang. Dalam pada seorang tu pun dua atau tiga lengatlah jugaklah  licin sehingga menjilat jari.

Proses membuat kuih badak berendam ni bermula dengan membuat intinya. Intinya hendaklah dimasak lama sedikit sehingga ianya melekat antara satu sama lain. Bila intinya dimasak lama, gula merah atau gula melaka tersebut akan mengkaremelkan inti tersebut. Nanti barulah senang untuk dibulat-bulatkan. Inti kelapa perlu dibulat-bulatkan dahulu untuk menyenangkan kerja mengelim doh nanti. Saya suka inti yang berwarna kehitaman jadi saya gunakan gula merah. Itu terpulangkah kepada anda.

Inti Badak Berendam:

1 biji kelapa parut

250 gram gula merah/gula melaka

Sedikit gula dan secubit garam

1 helai daun pandan disimpul

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga inti melekat. Anda boleh tukar sukatan ikut suka sendiri.Selepas masak, sejukkan sebelum dibulat-bulatkan seperti diatas.

Oh ye! cara membuat kuih badak berendam ni ada dua cara. Ada satu cara lagi tu seperti membuat kuih buah melaka dimana ianya rebus dahulu dan dituangkan kedalam santan yang telah dimasak. Cara yang saya buat ni lebih mudah dimana kuih badak berendam dan santan akan dikukus sekali.

Proses kedua membuat kuih ini adalah membuat dohnya…..

Doh Badak Berendam

300 gram tepung pulut

1 cawan air

Secubit garam

Kuah Badak Berendam

1/2 kilogram santan

Sedikit garam

Sedikit tepung jagung (optional)

Campurkan tepung pulut bersama garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan dileperkan. Masukkan inti kedalamnya dan kelim menjadi bulat. Kelar-kelarkan diatasnya supaya ianya cantik.

Taburkan sedikit gula didalam mangkok dan susun kesemua badak-badak ke dalam mangkok. Tuangkan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam. Kukus sehingga badak-badak tersebut kembang dan kuah santan nampak likat. Dah boleh dimakan dah…..

Jul 26

Terung Berlada

Kalau terung dimasak sebegini memang menyelerakan. Makan dengan nasi putih saja dah cukup. Akhir-akhir ni pening pulak kepala memikirkan menu untuk berbuka puasa. Kalau boleh nak masak juadah yang cukup-cukup aje sampai sahur. Tak nak berlebih dan terkurang. Jadi saya kena fikir juadah yang kami sama-sama suka, kering dan pedas. Macam semalam saya masak asam pedas ikan tenggiri, kurang pulak mendapat sambutan. Makan berbuka dengan lauk yang berkuah tak berapa nak jalan nampak gayanya dirumah saya. Jadi nak selamat saya kena pilih menu seperti terung berlada ni.

Terung berlada ni atau lebih dikenali sebagai terong balado memang kena pedas. Kena gunakan cili padi barulah meletop. Saya campurkan jugak dengan sedikit cili merah tetapi kalau anda hendakkan ianya berwarna hijau dan kurang pedas, anda boleh mencampurkan cili padi dengan cili hijau. Goreng terung tu janganlah terlalu lama , cukup sekadar mencelupnya ke dalam minyak yang panas saja. Ini bertujuan untuk mengekalkan warna ungunya.

Saya menggunakan tomato yang dipotong dadu dan sedikit cuka untuk meraih rasa masam bagi masakan ini. Elakkan guna asam jawa kerana ia akan menjadikan cilinya  berwarna sedikit lebam. Cili yang dikisar perlu ditapis kerana saya tidak mahukan air cili tersebut. Dengan membuang air cili, tumisan akan cepat garing dan lebih sedap.

Terung Berlada

Bahan-bahannya:

2/3 biji terong panjang dipotong serong

4 biji bawang merah besar dihiris halus

3 biji bawang putih di hempok je dengan pisau

2 biji tomato dipotong dadu

Segengam ikan bilis digoreng garing

2 biji cili merah

10 biji atau lebih cili padi

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit cuka

Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan

Masukkan bawang putih dan bawang merah

Apabila terbit bau wangi masukkan cili yang telah dikisar dan dibuang airnya

Masak sehingga garing

Masukkan garam dan gula

Akhir sekali masukkan tomato dan cuka

Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya

Jul 23

Paru Masak Lada Hitam Bersantan

Dulu saya tak panggil paru. Ditempat saya orang panggil lampong atau kadang-kadang kelampong. Semenjak duduk kat KL ni la pulak baru panggil paru. Dah tu semua orang panggil paru, ikutkan aje le.

Saya memang sukakan paru. Masak apa pun saya suka. Kalau goreng saja pun jadi. Paru ni kalau digoreng suka pulak meletop-letop . Itulah sebabnya saya selalu masak gulai lemak paru ataupun masak sebegini. Senang cerita dan tak payah nak susah-susah . Selepas direbus dan dihiris kecil, campakkan aje ke dalam kuali bersama bahan-bahan lain dan tunggu aje sampai masak. Kan ke senang jadinya.

Resepi ini memang gojes. Senang dan sedap. Mana tidaknya hanya gunakan santan, lada hitam, bawang merah, daun kunyit, garam dan sedikit gula. Rasanya ala-ala daging masak black-pepper. Sedap dimakan dengan nasi putih, ketupat dan lemang. Boleh dihidangkan semasa hari raya nanti menggantikan ayam yang dah naik harga tu…kan.

Saya masak paru ni main agak-agak aje berapa banyak bahan-bahan yang digunakan. Kalau lebihkan lagi bawang lagi sedap dan kalau nak pedas sikit boleh tambahkan lada hitam.

Tengoklah paru gojes ni. Rugilah kalau tak cuba. Sekali-sekala masak paru apa salahnya. Kita kan kena kreatif  untuk create menu untuk keluarga. Kalau asyik hidangkan menu ayam aje hari-hari untuk anak nanti mereka akan boring jugak. Moh kita tengok resepinya!

Paru Masak Lada Hitam Bersantan

Bahan-bahannya:

1/2 kilo paru (dibersihkan dan direbus sehingga lembut dan dihiris nipis)

4 biji bawang merah besar dihiris halus

Segengam lada hitam ditumbuk halus

1/2 kilo santan

2 helai daun kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Masukkan paru yang sudah dipotong kecil  ke dalam periuk atau kuali

Masukkan kesemua bahan kecuali daun kunyit dan masak sehingga kuahnya pekat

Masukkan daun kunyit yang disiat dan gaul sebati

Apabila paru sudah agak kering bolehlah diangkat dan dihidangkan

Jul 20

Kek Coklat Tanpa Tepung (Flourless Chocolate Cake)

Bila saya mula belajar membuat kek dahulu apa yang ada di dalam kepala saya adalah kek coklat. Emmmm…coklat, logiknya coklat memang boleh boleh membuatkan kita tersenyum puas…simple, sedap dan sedikit romantik. Bagi saya bermain dengan coklat memang seronok kerana tak perlu hiasan yang susah-susah. Curah aje coklat ke atas kek dan letak apa-apa hirisan buah sudah menjadikan kek coklat  nampak begitu elegent.

Kek Coklat Tanpa Tepung ini memang a chocolate lover’s dream. Ini adalah salah satu resepi yang saya teringin sangat-sangat nak buat. Ianya dah lama kat dalam my-to bake list.  Mulanya saya nak tangguhkan aje membuat kek ini kerana sekarang ni bulan puasa. Takut nanti bila berbuka tak termakan pulak kerana banyak juadah manisan yang lain tetapi bila dah dinamakan coklat, anak-anak mestilah rembat dulu.

Satu benda yang paling best bila masak kek ini ialah baunya yang berdesup-desup masuk ke dalam hidung semasa kek ni didalam oven. Rasa 10 kali macam bau ‘famous amos” …..sampaikan anak-anak saya kat atas pun menjerit bertanya ….”bau apa ni mak”…Bukankah mendera namanya bila terpaksa mencium bau yang semerbak begini di bulan puasa.

Kek coklat ini lebih kepada rasa puding coklat. Ianya kental,moist dan penuh dengan rasa coklat. Rasanya ini adalah kek coklat yang paling sedap yang pernah saya buat dan makan. Trust me on this…..

Kek Coklat Tanpa Tepung

Bahan-bahannya:

300 gram coklat masakan yang dipotong kecil/chocolate chips

6 biji telur

150 gram mentega

1/2 cawan air

Secubit garam

3/4 cawan gula castor

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 300 degrees dan gliskan acuan bulat berukuran 10 inci

Masukkan air, garam dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga gula betul-betul cair,ketepikan

Cairkan coklat samada menggunakan microwave atau kaedah ‘double boiler’

Pukul mentega dan kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan tadi

Tuangkan campuran gula ke dalam adunan

Masukkan telur sebiji demi sedikit dan teruskan memutar

Apabila sudah sebati masukkan adunan ke dalam acuan

Masukkan acuan bersaiz 10 inci tadi ke dalam dulang yang lebih besar sedikit dan tuangkan air panas ke dalam dulang tadi

Masukkan ke dalam oven dan bakar selama lebih kurang 45 minit

Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman

Potong dan boleh hidangkan dan taburkan gula icing diatasnya

Jul 17

Dendeng Daging

Memang sedap meratah daging dendeng ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak tetapi nak membuatnya agak renyah sikit. Tu lah sebabnya lagi seronok makan dendeng daging ni kalau orang lain yang masak. Bahan-bahan yang digunakan seperti masak kicap jer tetapi tekniknya agak berlainan.

Dendeng daging ni memang kesukaan suami saya. Kalau dulu setiap kali raya arwah mak mertua saya akan masak dendeng daging. Memang itu adalah ‘signature dish’ beliaulah. Dendeng daging boleh tahan lama sebab ianya tidak menggunakan santan dan lagi selalu diperangat (dipanaskan) lagi sedap.

Saya memotong daging kecil-kecil kerana saya masak dendeng daging yang kat atas tu semasa kenduri arwah mak saya tempohari. Kalau ikut style saya, saya suka saiz daging yang besar dan nipis. Selepas direbus dan diketuk ianya akan cantik, lembut dan bila digoreng akan rasa sedikit rangup. Tetapi memandangkan hari tu saya masak dendeng dalam kuantiti yang banyak, tak kuasa saya nak memotong besar-besar dan mengetuknya satu persatu.

Setahu saya , dendeng daging ni adalah masakan orang minang dan dendeng ni boleh dibahagikan kepada dendeng kering dan dendeng basah. Daging yang digunakan untuk  dendeng kering akan dijemur dahulu barulah dimasak dan boleh bertahan berbulan-bulan lamanya tanpa diletakkan didalam peti sejuk . Bagi dendeng yang basah pulak, dagingnya direbus dan diketuk. Yang ni lah yang kita selalu buatkan. Bumbu bagi dendeng daging sepatutnya ditumbuk dan tidak terlalu halus. Ini kalau sesiapa yang nak cuba bolehlah tapi saya semestinya gunakan blender, cuma janganlah kisar terlalu halus…biar kasar-kasar sikit.

Mari kita tengok resepi yang saya telah olahkan sikit sini dan sana. Masak dendeng daging ni ikut kesesuaian sendiri. Bila masak tu boleh tambah dan kurangkan bahan-bahan ikut citarasa sendiri.

Dendeng Daging

Bahan-bahannya:

1 kilo daging

100-150  gram cili kering ( dikisar)

5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering

Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat

2/3 sudu besar cuka

Garam dan gula

Sedikit minyak untuk menumis

# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging

Cara membuatnya:

Rebus daging sehingga empuk

Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

Goreng daging, angkat dan toskan

Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

Masukkan kicap dan gaul rata

Masukkan daging yang telah digoreng tadi

Masukkan garam, gula dan cuka

Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

Jul 11

Karipap

Selamat Berpuasa! Dah nak masuk hari ke-3 dah. Setakat ini, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Anak-anak yang bersekolah pun masih maintain tak tidur lepas sahur, jadi maknya tak adalah hilang banyak tenaga nak mengejutkan mereka pergi sekolah. Juadah puasa masih didalam tema yang sama setiap tahun iaitu masak makanan yang sedap. Eh! itu tema ke tu..tak adalah, maknanya masak makanan yang anak-anak suka. Tak semestinya juadah yang fancy-fancy . Kadang-kadang goreng ikan dan sambal tumis ubi kentang dah cukup menggembirakan mereka. Konfliknya bila selera saya dan suami tak sama dengan mereka. Selalunya dalam bab pemanis mulutlah. Anak-anak tak berapa suka kuih-muih tradisional. Memang saya jarang buat kuih-muih tradisional ataupun bubur manis sebab selalunya akan berakhir kat tong sampah aje.

Tapi kekadang tu apa nak kata kan lidah melayu nak jugak menjamah benda-benda yang manis. Semalam dah lah sejuk sebab hujan maka terbayang-bayang pulak saya betapa sedapnya kuih lompat tikam. Tengok barang kat rumah macam cukup aje. Maka bermulalah operasi memasak lompat tikam. Bila nak bancuh tepung beras dengan air barulah perasan yang saya tak ada pewarna hijau ataupun daun pandan. Yang ada pewarna biru kehijauan. Ah, taram ajelah asalkan nanti boleh makan. Dan inilah hasilnya ..lompat tikam warna baru. Kalau diperhatikan macam warna website martha stewart  jer…jadi bolehlah dinamakan kuih  Lompat Tikam MarthaStewart.

Cantik ke? Kalau tak payah bubuh pewarna pun o.k. Teringin nak cuba kuih lompat tikam? boleh dapatkan resepinya disini

Berbalik kepada cerita yang tadi tu. memang selalunya kalau bulan puasa, juadah yang extra-extra tu mesti juadah yang pedas macam murtabak, roti john dan yang paling laku sekali ialah karipap. Jadi sebagai langkah persediaan, sehari sebelum berpuasa saya sudah siapkan karipap-karipap frozen.  Tak perlu nak beli karipap kat luar lagi. Buat sendiri…jimat duit dan sedap sebab hasil dari air tangan sendiri.

Ada bermacam cara membuat karipap dan kebanyakannya saya dah cuba. Resepi karipap kali ini kurang berminyak dan lembut. Kena pulak saya masih batok dan tak boleh makan makanan yang berminyak jadi saya memilih untuk menggunakan resepi karipap yang ini. Lepas ni bolehla buatkan…

Karipap Ayam

Inti Karipap

Bahan-bahannya:

4/5 biji ubi kentang ( dikupas dan dipotong dadu)

2 biji bawang holland (dikupas dan dipotong dadu)

Isi ayam atau daging ( kuantitinya ikut suka,lagi banyak lagi sedap)

2 ulas bawang putih,1 biji bawang besar dihiris halus dan sedikit daun kari(digunakan untuk menumis)

Secekak daun sup dan daun bawang(dihiris halus)

3-4 sudu rempah kari daging

Garam dan gula

Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Panaskan minyak

Tumis bahan tumisan sehingga wangi

Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air

Masukkan isi ayam/daging

Masukkan ubi kentang dan gaul rata

Apabila ubi kentang sudah agak empuk masukkan bawang holland, garam dan gula

Masak sehingga kuahnya agak likat dan akhir sekali masukkan daun sop dan daun bawang

Kulit Karipap

Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum

125 gram mentega

1 cawan air dicampurkan dengan 1 sudu garam(boleh tambah air lagi kalau tak cukup)

Cara membuatnya:

Ramas ala-ala manja tepung bersama mentega

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh

Rehatkan sebentar

Bulat-ulatkan doh,canai dan terap

Letakkan inti dan kelim karipap

Goreng dalam minyak terendam dengan api sederhana

Jul 08

Kenduri Tahlil Arwah Mak

Tanggal 29 June 2013 yang lalu, arwah Mak saya (kalau dia masih hidup) secara rasminya turned 81 years old. Secara rasminya kerana itu lah tarikh lahir Mak yang tertera di MyKad dia. Namun, arwah mak sendiri ada berkata umurnya lebih tua dari itu, most probably two years older. Tapi biasalah orang dulu2 selalu memudakan umur bila register IC. Apapun, sewaktu saya menemani mak si hospital di sekitar dua minggu sebelum Mak menghembuskan nafasnya, dia ada memesan supaya saya mengadakan majlis hari lahir besar-besaran untuknya tahun ni bila dia sihat nanti. “Mak nak macam birthday Arissa *anak bongsu saya) and kamu masaklah makanan yang mak suka,” pesan dia sambil ketawa. Aduh, kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mak pergi sebulan setengah sebelum hari lahirnya. Tapi saya tetap nak adakan satu majlis untuk mak saya pada tarikh itu walaupun kini hanyalah majlis tahlil untuk mak. Dan saya nak buat majlis yang meriah tetapi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja – keluarga abang-abang dan kakak-kakak saya sahaja. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri namun kehadiran kakak, abang, ipar2, anak-anak saudara serta cucu saudara sangat memberi erti pada malam itu. Kena pulak majlis diketuai oleh Naim yang memimpin solat jemaah Maghrib, majlis tahlil serta sedikit majlis tazkirah. Seorang lagi anak saudara Suhail pula memimpin solat Isyak berjemaah. Kemudian majlis makan-makan. Boleh dikatakan saya single handedly masak juadah nasi minyak, ayam masak merah, dalca, dendeng daging dan jelatah. Untuk dessert saya buat kek rainbow dan pavlova. Selain itu kakak saya Yong, kakak ipar Kak Zai, anak-anak saudara Nisa serta Fatimah juga membawa juadah pembasuh mulut yang lain. Alhamdulillah!

Ruang tamu berubah rupa menjadi dewan solat.

Solat Mahgrib in progress

Diikuti pula majlis bacaan Yasin diketuai oleh Naim.

Kami sedang leka medengar Tazkirah ringkas dari Naim. Jemaah lelaki semua dah hilang cari kerusi dan dinding untuk keselesaan masing-masing hehehe.

Anak sedara Affan dan isteri Azila sempat berposing sementara menanti Solat Isyak

Lepas tu kami ramai-ramai join in the fun dari kiri Faizah, Alia, Ila, Fudel, saya dan Affan.

Untuk cicit-cicit Tok Hasan dan Opah Siah yang sembilan orang tu, saya sediakan satu treat istimewa siap ngan nama mereka sekali.

Ini Aiddil. Cucu sulong abang saya yang kat belakang tu.

Ini pulak Safiyyah, anak Naim dan Mizayang independent.

Ini Fauzan, anak Fudel dan fatimah.

Adik Aiddil, Aeen yang tak duduk diam – anak Affan and Ila.

Getting ready

Meriah kan meja dessert?

Nasi Minyak

Daging dendeng

Dalca and ayam masak merah

Sotong tumis pun ada

Ini konsep East Meets West

Yang handsome ni pulak ialah Solihin, anak Faizah.

Two best friends, Aiddil and Zara

Suhail and wife Raihanah – Sofia tak ikut sebab dah tidur

Sang suami perasan posing mcm college student with niece Aisyah.

Khusyuk makan – abang ipar saya Yeop ngan kakak sulong Yong. Dua orang lagi tu adalah gadis2 Kuala Dipang

Nisah and her husband Halim

Anak dara in da house – Atie, Ain, Aisyah, Alia, Asma and Arissa *hehehehe semua start ngan hurup A walaupon hakikatnya adalah tidak

Naim ngan mak bapak dia Nyah and Kak Zai

My rainbow cake sesudah dirasmikan.