free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Nov 29

Kurma Ayam

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Punyalah tak sangka yang hari ini saya masih lagi mengantuk penangan ubat alergic saya semalam. Entah kenapa kali ini habis satu badan saya merah-merah dan bengkak dan tiba-tiba pulak tekanan darah saya naik. Memang hari ini adalah hari untuk saya berehat sambil golek-golek kat atas katil walaupun perut terasa lapar sebab kat dapur tak ada orang yang nak ambik alih tugas memasak….. nasib badan!.

Semalam saya masak kurma ini untuk makan tengahari. Kiranya dah lama jugak saya tak masak lauk kurma untuk keluarga. Entah kenapa entah…asyik-asyik masak kari aje…. Oh! sebabnya bila saya masak kurma saya mesti letakkan daun pudina dan cili hijau di dalamnya dan selalunya daun pudina tak ada dalam stok saya. Itulah sebabnya dah lama saya tak masak kurma ni.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA 

Biasanya kalau saya masak kurma ayam, saya akan menggoreng dahulu ayam tersebut. Sebenarnya bukanlah menggoreng sangat, sekadar meneggelamkan sebentar ayam didalam minyak yang panas. Paling senang kalau anda menggunakan pan. Masukkan sedikit sahaja minyak dan apabila minyak betul-betul panas, masukkan ayam dan masak sehingga bahagian luarnya menjadi sedikit perang, sekadar suku masak aje. Dalam bahasa orang putihnya adalah’ sear the chicken’.

Dengan cara ini ayam tersebut akan nampak lebih ‘cun’ berenang-renang kat dalam kuah kurma…bak kata orang perak pulak, ketin aje ghoper ayam tu…ok. (cukuplah dengan subjek bahasa ni). Tujuan utama saya ‘sear’kan ayam tu adalah untuk mengelakkan lauk kurma cepat basi. Apabila ayam yang telah dibuat sebegitu rupa dan dimasukkan ke dalam kuah kurma ia tidak akan mengeluarkan air ayam. Kesemua jus ayam sudah terkandung didalam ayam-ayam yang telah disear tadi. Makan pun lebih sedap sebab ianya lebih juicy. Kalau masak kari pun, boleh gunakan teknik ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya mesti menggunakan daun pudina dan cili hijau yang dikisar sebagai bahan yang utama didalam menu ini. Rasa ‘mint’ daun pudina dan lemak cili hijau memang sesuai dengan lauk kurma ayam. Jika anda masak kurma kambing, lebihkan penggunaan daun pudina kerana bau pudina akan mengurangkan bau hamis daging kambing tersebut. Untuk menaikkan lagi aroma dan rasa kurma ayam, gunakan limau nipis atau lemon sahaja. Jangan gunakan asam jawa, nanti kuahnya nampak lebam.

Memasak kurma ada sedikit berbeza dengan memasak kari. Kalau masak kari, anda kena pastikan rempah kari betul-betul garing ataupun sudah pecah minyak barulah dimasukkan santan. Berbeza pula dengan masak kurma, santannya akan menggaringkan rempah kurma itu sendiri, tak perlu tunggu rempah kurma garing baru dimasukkan santan. Sekadar kacau sebati sahaja dan kemudian bolehlah dimasukkan santan.  Jadi proses diperingkat menunggu santan menggaringkan rempah kurma agak lamalah sedikit. Santan pula kena pekat dan bagi anda yang hendak mengurangkan penggunaan santan, anda boleh masukkan sedikit buah keras.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kurma Ayam

 Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong 16/18-cuci bersih dan toskan

2 paket kecil (6 ke 7 sudu besar) rempah kurma cap Baba’s

500 gram pati santan

2 biji cili hijau dan segengam daun pudina dikisar

2 bji buah tomato dipotong 4

2 bji bawang holland dipotong 8

4 biji cili hijau dibelah dibelah 2

1 biji limau nipis-ambil jusnya

6 biji bawang merah -dimayang halus

3 ulas bawang putih dimayang halus

2 cm halia dipotong memanjang halus

2 kuntum bunga lawang 

1 batang kulit kayu mans

2 kuntum buah pelaga

Minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Panaskan sedikit minyak didalam pan dan goreng sebentar ayam-angkat dan toskan

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali

Kacau sebati dan masukkan santan

Apabila sudah naik minyak, masukkan santan dan kacau

Masukkan daun pudina dan cili hijau yang telah dikisar

Masukkan ayam. garam, gula dan jus lemon

Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan tomato, bawang dan cili hijau

Rasa kuah dan bolehlah ditutup apinya

Nov 26

Wantan Berkeju Mozarella Ranggup

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Wantan goreng dengan mozarella? Punya bagus punya combination kan. Hanya dengan menggunakan 5 bahan sahaja dapat menghasilkan satu menu yang sedap. Ranggup dengan penuh rasa keju pasti anak-anak anda suka. Tak susah pulak membuatnya. Kalau sediakan bahan-bahan yang cukup, rasanya anak-anak pun boleh buat sendiri. Almakhlumlah zaman sekarang ni anak-anak suka berjaga malam,makanya menu ini boleh dijadikan midnight snacks.

I love cheese..I really really do. Masalahnya adalah harganya yang mahal. Itulah yang menjadikan kadang-kadang saya terkedu nak membelinya. Tapi kali ni saya tekad nak beli jugak keju mozarella sebab nak mencuba resepi ini. Keju mozarella ni adalah keju yang boleh ditarik-tarik macam chewing gum. Sedap dimakan ketika panas, kalau dah sejuk dia akan jadi liat. Saya beli satu ketul keju mozarella dan saya potong kecil-kecil untuk digulung dengan kulit wantan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kulit wantan senang digunakan kerana ianya tidak mudah kering dan senang untuk diklimkan dihujungnya. Apabila digoreng, kulit wantan kurang menyerap minyak berbanding dengan kulit popia. Namun begitu, semasa menggorengnya kena pastikan minyaknya tidak terlalu panas kerana kulitnya cepat bertukar ke warna coklat. Kalau minyak tak cukup panas pulak, nanti wantannya tak berapa rangup dan keju mozarella akan terkeluar. Jadi semasa menggoreng wantan, pastikan menggunakan minyak yang banyak dengan kepanasan yang sesuai.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Puas hati betul rasanya buat wantan berkeju mozarella rangup ni. Masih terasa lagi sedapnya mengunyah keju yang melekit.Sedapnya….makan masa panas-panas. Yang bestnya anda boleh buat wantan ini dahulu dan kemudian simpan didalam bekas. Bila hendak makan barulah digoreng. Kena makan waktu panas-panas dan lagi satu yang menyedapkannya ialah taburan garam diatasnya. Kalau tak ada garam, kulit wantan tersebut akan rasa tawar sedikit. Cicah pulak dengan sos thai….sedap.

Cuba ye, jangan tak cuba…rugi.

Wantan Berkeju Mozarella Ranggup   

Bahan-bahannya:

1 ketul keju mozarella

1 bungkus kulit wantan bersaiz kecil

Minyak secukupnya untuk menggoreng

1 biji telur putih

Garam untuk ditabur diatas wantan

Cara membuatnya:

Potong keju mozarella kecil dan memanjang

Letakkan keju ditengah-tengah kulit wantan 

Gliskan ditepi keseluruhan kulit wantan

Gulung dan lipat dibahagian tepinya

Panaskan minyak dan goreng wantan

Toskan dan taburkan garam

Makan bersama sos thai

 

Nov 25

Mee Kari

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya bukanlah penggemar tegar mee kari tetapi tidak akan sesekali menolaknya jika dihidangkan didepan mata. Mee kari adalah hidangan yang unik di Malaysia kerana ianya menjadi makanan yang disukai oleh hampir kesemua kaum di sini. Hanya berbeza sana sini dari segi rencah, bahan-bahan sampingan serta perasanya. Yang penting ianya tetap mengekalkan ciri utama mee kari iaitu kuahnya yang bersantan pekat dan pedas .

Cara penghidangan mee kari juga mempunyai banyak gayanya. Ada yang dihidangkan bersama tauhu yang digoreng, telur rebus, sawi, taugeh, fishball, fishcake, ubi kentang rebus,  kacang panjang, limau kasturi. bawang goreng dan sebagainya. Ada juga mee kari yang mencampurkan kesemua bahan ke dalam kuahnya dan dihidangkan sebegitu sahaja. Ada bermacam-macam cara yang ditampilkan asalkan ianya menarik dan sedap.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ini saya masak mee kari yang hanya menggunakan ikan bilis sebagai rencah. Tak payah nak kalut-kalut kalau tak ada rencah. Pakai ikan bilis pun sedap. Biasanya saya akan menambah sedikit rencah seperti isi ayam atau daging tetapi hari ini peti ais pun dah nak kosong, maka saya gunakan sahaja ikan bilis.

Bahan-bahan sampingannya ikut ajelah apa yang sesuai ikut selera masing-masing. Kalau tak nak gunakan telur rebus pun tak ape, janjinya kuahnya mesti meletop!

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Mee Kari

Bahan-bahannya:

1 kilo mee kuning ( dicelur )

2 bungkus(saiz kecil) rempah kari daging

1 sudu besar serbuk cili

4 labu bawang merah dimayang halus

2 ulas bawang putih dimayang halus

1/2 nci halia dihiris halus

Sedikit minyak untuk menumis

1/2 kilo santan pekat

100 gram bebola ikan(fishball)

5 keping kek ikan dipotong nipis (fishcake)

2 cawan air panas

100 gram ikan bilis dikisar halus

3-4 batang serai

3 ketul stok ikan bilis

1 kuntum bunga lawang

1 kayu kulit kayu manis

Bahan-bahan untuk dihiris:

Telur rebus

Sawi celur

Taugeh

Daun sup dan daun bawang

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih,halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi

Masukkan air panas dan kemudian masukkan serbuk kari daging dan serbuk cili

Masak sehingga terbit minyak dan kemudian masukkan santan dan serai.

Kacau sebentar dan kemudian masukkan ikan bilis yang telah dikisar, stok ikan bilis, garam, bebola ikan dan kek ikan.

Tambahkan lagi air panas jika kuahnya agak pekat

Apabila kuah sudah mendidih , bolehlah ditutup apinya.

 

 

Nov 23

Sambal Cili Padi Ikan Tamban

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tengoklah betapa gojesnya sambal cili padi ikan tamban ku. Walaupun rupanya tiada tetapi bila dimakan bersama nasi kosong macam kat bawah ni…ditambah pulak dengan telur mata dan ikan masin bersama bawang dan cili goreng……sedap

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nasihat pertama dari saya ialah jangan buat sambal ni dalam kuantiti yang banyak dan jangan buat selalu-selalu…bahaya bagi orang yang nak berdiet. Kalau kat rumah saya buat macam ni selalu, alamatnya seisi rumah makan nasi bertambah-tambah. Siap makan untuk sarapan lagi. Makan dengan nasi sejuk lagilah best. Tak payah ada lauk-pauk yang lain. Yang ini saja dah cukup.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mengimbas kembali  ke awal tahun 80-an, semasa abang saya bekerja berhampiran dengan Pantai Merdeka, Kedah. Saya dan keluarga saya selalu pergi kesana  melawat abang saya. Seronoknya pada masa itu sebab setiap kali saya ke sana saya tidak akan melepaskan peluang pergi ke Tanjong Dawai. Kami akan naik bot dari Pantai Merdeka ke Tanjong Dawai semata-mata nak makan laksanya yang sedap. Kebiasaanya kami akan borong ikan bilis dan ikan tamban yang segar dan murah.

Dipendekkan cerita maka banyaklah stok ikan tamban di rumah saya, Tak tahu apa nak buat dengan ikan tamban tu maka saya pun mereka cipta resepi ini. Pedas dan penuh dengan rasa ikan memang boleh menarik selera terutamanya kepada mereka yang sukakan pedas. Sebenarnya resepi ini tak ada bernama cuma bila dah masuk ke blog, secara officialnya saya letakkan nama sambal cili padi ikan tamban. Tahu tak macamana rupa ikan tamban?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah dia ikan tamban. Saiznya agak besar sedikit dari ikan bilis. Kalau dibuat sup pun sodap!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 Sambal Cili Padi Ikan Tamban

Bahan-bahannya:

300-400 ikan tamban

1 1/2 gengam cili padi hijau

3 labu bawang merah besar

2 ulas bawang putih

Minyak untuk menggoreng

1 sudu kecil kicap

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar air asam jawa

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan goreng ikan tamban sehingga garing

Angkat, toskan dan ketepikan sebentar

Mayang halus bawang merah dan bawang putih

Kisar kesemua cili padi (kasar-kasar sikita)-Buang airnya/toskan air cili tersebut

Ambil sedikit dari lebihan minyak tadi dan tumis bawang tadi

Masukkan cili padi

Masukkan garam ( ini mengelakkan bau cili yang boleh menyakitkan hidung)

Goreng sehingga naik minyak 

Masukkan air asam jawa

Sementara itu, ambil ikan tamban tadi dan kisar menggunakan blender (Boleh tambahkan sedikit air)

Masukkan ikan tamban yang telah dkisar dan tambahkan kicap, sos tiram, garam dan gula

Apabila sambal sudah kering sedikit bolehlah ditutup api , angkat dan hidangkan.

Notes:

Kalau anda rajin menggunakan lesung batu, itu amat-amat digalakkan

Tahap kepedasan sambal bergantung kepada jenis cili padi yang digunakan, kalau terlalu pedas, boleh tambahkan sedikit lagi kicap dan sos tiram. Jangan tambahkan gula terlalu banyak.

Boleh tambah cili merah kalau suka

 

 

 

 

Nov 21

Congo Bars

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Entah kenapa minggu ini saya buat dua kek sekaligus. Mungkin saya dah gila-gila dengan kek minggu ni kot.  My brain on cake is pretty much exactly like this…..”dah paras bahaya ni”. Sebelum ini saya ada buat congo bars ni tetapi pada masa itu , saya kehabisan chocolate chips dan saya gantikan dengan chocolate rice. Memang lain rasanya kerana chocolate rice akan menjadikan congo bars terlebih manis. Jadi minggu ni nak tebus balik kesalahan la kaedahnya…alasan aje tu.

 

Satu perkataan yang saya boleh gambarkan tentang congo bars ini adalah ‘puas makan”…iye betul, makan congo bars memang puas, tebal, rich, banyak chocolate chips yang boleh digigit-gigit dan ianya lembab. Bagi mereka yang ‘first time’ buat congo bars, bila gigit aje congo bars mesti terkeluar perkataan, “sedapnya, apa ni”?.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ada jugak congo bars yang dimakan bersama ais krim atau adunannya dicampurkan dengan kelapa dan kacang pecan. Mungkin lepas ni boleh cuba, tapi bukan minggu ini ye..yours truly! Syarat utama congo bars ini ialah ia mesti hanya menggunakan gula perang dan barulah rasanya mesra bila digigit bersama chocolate chips. Lagi satu rahsianya ialah jangan “over bake”. Suhu dan masa membakar mestilah tepat sebab kalau ianya menjadi ‘dry’, bukan congo bars lah jadinya. Saya dapat resepi ini dari sini.

Rasanya resepi congo bars ni dah standard macam tu sebabnya bila saya google rata-rata menggunakan resepi yang sama. Resepi tradisional kot. Jadi sekarang jom buat congo bars….

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Congo Bars

Bahan-bahannya:

2 3/4 cawan tepung gandum

2 1/2 sudu teh baking powder

1 sudu kecil garam

2/3 cawan mentega (softened)

2 1/4 cawan gula perang

3 biji telur

2 sudu kecil esen vanilla

2 1/2 cawan chocolate chips (yang 1/2 cawan tu saya taburkan atas congo bars)

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar 170-180C

Didalam mangkok satukan tepung, baking powder dan garam, gaul sebati

Didalam mangkuk yang lain, putar mentega bersama gula perang sehingga kembang

Masukkan telur satu persatu sementara itu terukan memutar menggunkaan kelajuan yang perlahan

Masukkan esen vanilla

Masukkan campuran tepung tadi dna kacau sebati

Dengan menggunakan spatula kaup adunan dan masukkan chocolate chips

Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9×13 inci yang telah diglis.

Taburkan chocolate chips di atas kek dan bakar

Nov 20

Kek Anniversary

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kek ini saya buat sempena tarikh anniversary saya semalam. Semenjak saya balik kampung pada hari Sabtu yang lepas, badan saya rasa tak berapa sihat. Mata ni asyik nak mengantok aje. Kebetulan pulak cuaca asyik mendung dan hujan makanya bertambah-tambahlah rasa mengantoknya.

Saya pilih untuk membuat kek yang simple aje. Hajat dihati nak buat kek ala-ala wedding cake tetapi memandangkan badan tak berapa nak sihat, saya buat saja kek yang senang  dibuat. Janji rasanya sedap!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kek ini menggunakan  buah-buahan segar yang berlainan warna dan rasa. Ada yang rasa masam dan ada yang rasa manis. Rasa glazenya yang berperisa lemon dan dimakan bersama kek dan buah-buahan sungguh sedap  sekali…dan ianya menampakkan gaya kek yang anggun dan cantik. Siapa sangka dengan buat secara santai-santai sahaja boleh menghasilkan kek yang cantik dan meliurkan ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kek yang simple, senang dan sedap ini dipanggil ‘sheet cake’ ..mungkin kalau dalam bahasa malaysia boleh dipanggil kek selapis? kek sekeping?  …adoii, memang tak tahula macam mana nak translate, jadi kita gunakan ajelah nama sheet cake ye. Walaupun kek ini  nipis tetapi teksturnya  masih tetap moist dan lemak kerana ianya banyak menggunakan tairu (yogurt) dan buttermilk. 

Saya gunakan buah raspberry yang beku utuk ditaburkan diatas kek sebelum dibakar supaya kek tersebut mempunyai sedikit warna. Buah-buahan yang lain saya hanya potong dan susun diatas kek. Asalnya kek ini menggunakan lavender tetapi kalau tak ada pun tak apa. Bukannya senang nak dapatkan lavender.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 Sheet Cake with Fruits and  Lemon Vanilla Glaze

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar baking soda

1/2 sudu kecil garam

1 cawan gula castor

1/2 cawan mentega yang telah dicairkan

1 cawan tairu perasa vanilla

1 sudu besar madu

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar lavender kering (optional)

2 bji telur

3/4 cawan buttermilk ( boleh beli buttermilk atau buat sendiri dengan mencampurkan jus lemon dnegan susu segar)

1/2 cawan frozen respberry

Buah-buahan untuk dipotong:

1 biji buah plum

1 1/2 cawan blueberry

1 cawan anggur hijau

 

Cara membuatnya :

Panaskan oven pada suhu 170-180C

Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan garam didalam mangkuk

Didalam mangkuk yang berasingan, putar mentega bersama gula castor sehingga kembang

Kemudian masukkan tairu, madu, esen vanilla, dan lavender dan putar sehiingga kesemua bahan sebati

Masukkan telur satu persatu

Akhir sekali masukkan tepung diselangselikan dengan buttermilk

Kaup adunan dan masukkan ke dalam loyang berukuran 9×13 inci.

Taburkan buah raspberry beku dan bakar  selama 30-35 minit.

Apabila kek sudah masak, ketepikan dan sementara menunggu kek sejuk, bolehlah buat glaze

Lemon Vanilla Glaze

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan gula aising

2 sudu besar susu

1 sudu besar mentega

1/2 sudu kecil esen vanilla

1/2 sudu kecil jus lemon

Parutan kulit dari sebiji lemon

Secubit garam

 

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua baham ke dalam mangkok dan kacau sehingga sebati

Tuangkan atau drizzle ke atas kek secara keseluruhannya dan kemudian bolehlah diletakkan buah-buahan yang telah dipotong

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nov 18

Chicken Cordon Bleu Casserole

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Cuti sekolah kan? Maknanya mak-mak yang kat luar sana kena kerah tenaga lebih sikit nak masak makanan lebih untuk anak-anak dirumah. Kalau hari bukan cuti sekolah , banyak masa dihabiskan disekolah dan bila sampai rumah dah penat. Paling kuat pun kita kena sediakan hidangan utama sahaja, yang ala-ala kudap-kudap tu boleh diabaikan. Tapi bila dah cuti ni, faham-faham ajelah…masak aje habis, masak aje habis.

Kali ni saya nak kongsikan resepi yang pasti anak-anak anda suka. Senang dibuat dan boleh dihidangkan sebagai menu utama atau pun sebagai makanan sampingan. Ibu-ibu boleh mmembuatnya terlebih dahulu dan disimpan didalam peti sejuk. Bila nak pergi kerja tu , boleh terus bakar didalam ketuhar dan terus boleh dhidangkan.

Kalau nak buat ayam cordon bleu yang seketul-seketul, kerjanya agak renyah sedikit. Ayam perlu dinipiskan dan kena ada proses gulung-menggulung macam yang saya buat disini. Dengan mengolahkannya menjadi style casserole, kerja membuatnya jauh lebih mudah dan rasanya sama saja…sedap!

Chicken Cordon Bleu Casserole

Bahan-bahannya:

2 ketul dada ayam( direbus sekejap sahaja dan dicarik-carik)

100 gram (5/6 keping) kepingan ayam (chicken ham)

10 keping kepingan keju (cheese slice)

Untuk sosnya:

4 sudu besar mentega

4 susu besar tepung gandum

3 cawan susu segar

Sedikit garam

1/2 sudu kecil paprika

1/2 sudu kecil lada sulah

Untuk topping:

1 1/2 cawan breadcrumb

6 sudu besar mentega

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sapukan butter disekeliling bekas. Letakkan isi ayam dibawah sekali diikuti dengan kepingan ayam seperti gambar diatas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Taburkan keju sebanyak mana yang anda suka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk sosnya: Panaskan mentega dan kemudian masukkan tepung, kacau dan masukkan susu sedikit demi sedekit. Kacau gunakan whisk dan kemudian masukkan garam, serbuk paprika dan lada sulah. Kacau sehingga kuahnya likat. Tuangkan sos ke atas keju tadi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk topping: Cairkan mentega dan masukkan breadcrumb. Kacau sehingga kesemuanya sebati sehngga breadcrumb berwarna kuning. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ratakan topping keatas lapisan tadi seperti diatas. Kalau anda suka, bolehlah dilapiskan dengan lapisan keju lagi. Bakar pada suhu 170C selama 35-40 minit atau sehingga lapisan topping keperangan. Periksa dengan garpu, jika lapisan ayamnya sudah masak, bolehlah ditutup apinya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sekarang…boleh makan. Saya suka makan panas-panas semasa kejunya maih cair dan meleleh.