free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 28

Sardin Masak Lemak Cili Padi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sejak dari kecil lagi satu-satunya makanan dalam tin yang selalu dimakan tentulah ikan sardin. Senang didapati dimana-mana dan harganya pun berpatutan.  Walaupun dah berapa banyak kali makan ikan sardin dalam tin  tetapi ianya tetap menjadi lauk kesukaan saya dan keluarga.

Selalunya sardin didalam tin dimasak sambal. Warna merah sambal dicampurkan dengan sos sardin memang sedap. Makan pulak dengan nasi putih yang panas dan kicap. Sebenarnya sardin didalam tin boleh dimasak bermacam-macam resepi. Boleh dimasak kari, tom yam, nasi goreng dan juga dijadikan sandwich.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ini saya memilih untuk masak sardin masak lemak cili padi. Saya gunakan cili padi yang berwarna merah kerana saya mahukan kuahnya menjadi warna kuning kemerahan apabila dicampurkan dengan sos ikan sardin. Saya tambah daun kunyit supaya bau kuahnya wangi dan saya taburkan cili padi merah dan bawang diatasnya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya:

1 tin ikan sardin bersaiz besar 

250 gram santan pekat

1 biji bawang merah

1 biji cili merah

7-10 biji cili padi merah

1 inci kunyit hidup

1 batang serai dititik

1 helai daun kunyit

1 keping asam gelugur/asam keping

 

Cara membuatnya:

Kisar cili merah, cili padi, bawang merah dan kunyit hidup

Masukkan kedalam periuk bersama asam keping dan masak sehingga mendidih

Masukkan serai dan santan dan kacau seketika

Buang separuh daripada sos ikan sardin

Masukkan ikan sardin dan lebihan sos kedalam periuk dan masukkan garam

Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat

Tabur cili padi dan hirisan bawang merah untuk dijadikan hiasan (optional)

 

Feb 21

Kari Ketam Dan Roti Leper

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalam keadaan cuaca kering dan berdebu ini tekak ni rasa nak minum aje. Kalau diikutkan hati nak minum air ais banyak-banyak. Tiga hari tidak hujan, pokok-pokok bunga dah semakin layu dan daun kering semakin banyak.

Semalam saya dapat berita yang sahabat baik saya meninggal di Sharjah. Tekejut sungguh rasanya. Dalam keadaan saya yang masih bersedih dengan pemergian arwah mak, berita sebegini agak sukar untuk dihadamkan. Atau mungkin juga kerana umur dah meningkat, sedih dan pilu itu lain rasanya. Moga Allah ampunkan segala dosa Allayarhamah Salina, sahabat baik saya.

Berbalik kepada resepi kita hari ini, saya nak kongsi resepi kari ketam. Saya memang suka ketam tetapi mana boleh selalu makan ketam, tak mampu la. Ketam kan mahal. Kalau masak kari ketam ini dan gunakan isi ketam segar lagilah sedap. Saya hanya gunakan ketam yang frozen tu. Yang panjang-panjang bungkus dalam plastik tu. Senang nak masak dan lagi senang bila nak makan…laju aje masuk ke dalam mulut.

Kari Ketam

 

Bahan-bahannya:

350 gram isi ketam (frozen)

1 sudu besar serbuk kari ikan

1/4 sudu teh paprika

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu kecil garam

1/4 sudu teh serbuk jintan manis

1/4 sudu teh serbuk cili

1 sudu besar sos ikan

2 sudu besar minyak masak

1 biji bawang holland dipotong dadu

3 ulas bawang putih dicincang halus

1 1/2 inci halia dihiris halus

1 cawan tomato didadukan/tomato puri

1 cawan santan

3/4 cili hijau

1 sudu besar jus lemon

1 cawan cendawan/ lada benggala hijau (optional)

Daun ketumbar

 

Cara membuatnya:

Campurkan ketam bersama serbuk paprika, garam, serbuk kunyit dan sos ikan. Gaul sebati dan ketepikan

Panaskan minyak dan tumis bawang holland, bawang putih dan halia sehingga wangi

Masukkan serbuk jintan manis, serbuk cili, serbuk kari ikan dan tomato dan biarkan masak selama 4-5 minit.

Masukkan cendawan dan lada benggala

Selepas lada benggala dan cendawan lembut, masukkan ketam yang telah digaul dengan rempah tadi

Masak lagi selama 2 ke 3 minit

Masukkan santan, jus lemon, cili hijau, dan sedikit air

Biarkan mendidih, perasakan, taburkan daun ketumbar dan kemudian bolehlah tutup api dan dihidangkan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Makan kari ketam dengan roti leper memang secocok dan sepadan. Ibarat pinag dibelah dua. Roti leper ni ataupun dipanggil flatbreads senang dibuat dan boleh difrozenkan dulu. Rasanya macam roti nan tetapi ianya lebih simple. Saya dah cuba banyak resepi roti leper tetapi resepi yang saya dapat dari Jamie’s yang ‘the best’.

Roti Leper

Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum

450-500 gram yoghurt

1 sudu besar garam

1 sudu besar baking powder

 

Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer ataupun food processor

Uli sehingga ianya lembut dan tidak melekat di mangkuk pengadun

Boleh tambahkan sedikit air jika ianya agak kering ataupun tambahkan sedikit tepung jika ianya terlalu lembik

Keluarkan doh dari mangkuk pengadun dan uli doh selama seminit

Bahagikan dan bulat-bulatkan doh 

Canai doh sehingga leper dan letakkan diatas pan yang panas

Masak sehingga roti keperangan dikedua-dua belah

Angkat dan bolehlah dimakan bersama kari ketam

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Feb 18

Nasi Ayam Hainan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kaedah sebenar memasak nasi ayam hainan ini sangat senang. Kalau dulu nasi ayam hainan terdiri dari nasi yang dimasak menggunakan beras wangi dan dipadankan dengan ayam stim yang dipotong dan dicurahkan sahaja kicap cair bersama minyak bijan diletakkan daun ketumbar dan dimakan bersama  pencicah cili bawang putih.

Namun begitu cara penyediaan nasi ayam hainan dan bahan-bahannya semakin berubah setelah ianya berhijrah dari satu negara ke negara yang lain. Asalnya nasi ayam hainan berbentuk bola dimana nasinya yang dimasak bersama daun pandan dan hirisan halia di kepal-kepalkan menjadi bola supaya senang dijadikan bekal untuk para petani. Rasanya nasi ayam hainan sebegini masih lagi ada dijual di Melaka.

Sedapnya nasi ayam hainan bergantung kepada stok ayam yang dibuat. Biasanya stok ayam yang digunakan untuk memasak nasi adalah berbeza. Bukan diambil dari lebihan air rebusan ayam dan minyak bijan yang digunakan pula adalah yang berkualiti tinggi. Itulah sebabnya nasi ayam hainan yang yang dimasak sebegini begitu ‘authentic’ dan sedap.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam direbus sehingga masak dan dimasukkanke dalam air sejuk yang berisi ais. Saya tidak stimkan ayam tersebut kerana saya hendak gunakan air lebihan ayam untuk membuat sup . Ayam hanya direbus sampai dia cukup masak sahaja with a little pink remaining on the flesh near the bones. Ada yang merah-merah tu tak apa asalkan ayam tak mentah. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nasi Ayam Hainan

Bahan A (Ayam)

1 ekor ayam

2 -3 inci halia muda dihiris

Air

Air sejuk dan ais secukupnya

Cara membuatnya:

Didihkan air bersama halia

Apabila air sudah mendidih, masukkan ayam dan biarkan ia mendidih sekurang-kurangnya selama 15 minit

Perlahankan api dan buang lapisan minyak dipermukaannya

Biarkan ayam direneh (api perlahan) selama 20-25 minit lagi

Keluarkan ayam dan terus masukkan kedalam air ais (ice water bath)

Biarkan selama 10-15 minit

Kemudian keluarkan ayam, toskan dan bolehlah dipotong -ketepikan

Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

Bahan B (Nasi)

10 ulas bawang putih yang dicincang halus (3 sudu besar)

2 inci halia dihiris halus

2 cawan beras wangi – dibasuh dan ditoskan

3 cawan air rebusan ayam (boleh dilebihkan sedikit mengikut kesesuaian)

2 helai daun pandan

Garam

1 sudu besar minyak

1 sudu besar minyak bijan

Cara membuatnya:

Panaskan kedua-dua minyak dan tumis 1 cawan dari bawang putih sehingga wangi. Angkat bawang putih bersama minyaknya dan ketepikan. (bahan ini akan digunakan untuk membuat sos kicap nanti)

Menggunakan kuali yang sama , tumis 2 sudu besar bawang putih bersama halia sehingga wangi (boleh tambah sedikit minyak jika tidak menggunakan non-stick pan)

Masukkan beras dan goreng selama 5 minit

Pindahkan keseluruhan beras ke dalam rice cooker dan masukkan daun pandan, air rebusan ayam dan garam

Ikut sahaja sukatan masak nasi biasa.

Masak nasi seperti biasa

Bahan C (Sos Cili)

5 biji cili merah

2 sudu besar cili sos

4 ulas bawang putih

3 sudu besar air rebusan ayam

1 sudu kecil cuka masakan

1 sudu besar gula

Garam

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan sehingga halus dan perasakan dengan gula dan garam

Bahan D ( Sos Kicap)
Bawang putih bersama minyaknya dari B
2 sudu besar kicap lemak manis
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar air rebusan ayam
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau

Bahan E ( Sos Bawang Putih Dan Halia)
8 ulas bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun sop dipootng halua
2 inci halia muda dicincang halus
8 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau
####

Untuk membuat supnya, hanya masukkan fishball atau fishcake kedalam air rebusan ayam bersama garam, sedikit serbuk lada sulah dan ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang. Panaskan sebentar . 

Akhirnya dah pun siap……
Bolehlah dihidangkan bersama hirisan timun dan tomato atau apa sahaja. Janji cantik dan sedap….

 

 

Feb 15

Rendang Pedas Ikan Tongkol

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Wah! Mak masak rendang pedas ikan salmon,” jerit salah seorang anak saya. Saya hanya tersenyum saja. Nak mengiyakan pun tidak dan nak menidakkannya pun tidak. Biarkan aje lah. Dah memang anak saya bedal semua jenis ikan . Tak kisahlah ikan apa, asalkan dimasak dengan sedap, semuanya jadi. Tapi dalam hati ni berkata-katalah jugak…adoi, dah besar panjang tak tahu nak bezakan ikan salmon dengan ikan tongkol ke ? Kalau sekuali besar ini masak rendang pedas ikan salmon memang mak cik kayolah jawabnya.

Ikan tongkol memang sesuai dimasak rendang pedas kerana isinya yang padat dan kenyal. Tak banyak bezanya memasak rendang pedas ikan tongkol berbanding rendang pedas ayam. Bagi saya rahsia memasak rendang pedas ni mesti banyak bahan-bahannya dan pekat santannya. Kalau bawang merah dan halia dibubuh lebih sikit lagilah sedap rendangnya. Rendang pedas orang Perak tak guna bawang putih. Dari kecil saya selalu diingatkan kalau masak rendang pedas kena bubuh bawang banyak tetapi kalau masak gulai lemak, bawang dibubuh sedikit sahaja manakala kalau masak gulai tempoyak tak perlu letak bawang merah langsung. Itulah petua yang saya pakai sehingga sekarang. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bagi resepi rendang pedas ikan tongkol ini saya letakkan sedikit kunyit hidup untuk memberikan sedikit warna kepada ikan. Ikan perlu direbus dengan sedikit air, garam dan asam keping terlebih dahulu.

 

Rendang Pedas Ikan Tongkol

 

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol

250 gram santan pekat

3 atau 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar

3 ulas bawang merah besar

1 inci halia

1/2 inci kunyit hidup

3 batang serai

1 helai daun kunyit  dimayang halus

1 keping asam gelugur/asam keping

Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

Ikan tongkol dibersihkan dan digaul dengan garam

Rebus ikan tongkol bersama sedikit air dan asam keping sehingga ikannya pucat- ketepikan

Kisar bawang bersama halia, kunyit hidup dan serai

Masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam kuali atau periuk bersama bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping yang direbus bersama ikan tadi

Kacau sehingga mendidih dan kemudian masukkan santan dan daun kunyit

Masak lagi selama 4-5 minit dan boleh tambah air jika kuahnya kering

Masukkan garam dan gula dan akhir sekali masukkan ikan

Masak sehingga ikan betul-betul masak dan kuahnya pekat dan kemudian bolehlah tutup api

Feb 13

Sup Ayam Ginseng

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ginseng adalah sejanis herba yang boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Ianya dapat menambah tenaga, menurunkan kadar gula dan kolesterol serta dapat mengurangkan stress dan merilekkan tubuh badan. Nama ‘ginseng’ diambil dari perkataan cina ”rénshen” yang menggambarkan bentuk akar pokok ini yang serupa  seperti kaki manusia.

Memasaknya teramatlah senang. Ayam yang sudah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk . Masukkan air sehingga menutupi keseluruhan ayam. Tekan butang ‘cooking’ dan tunggu sehingga airnya mendidih. Masukkan bahan-bahan sup ayam ginseng dan biarkan mendidih dalam 15-20 minit. Selepas itu bolehlah tukar kepada butang ‘ keep warm’ dan biarkan sehingga ayam masak. Sementara itu, buang lapisan minyak dipermukaannya dari masa kesemasa. Masa memasak bergantung kepada alat memasak yang digunakan. Saya hanya gunakan ‘rice cooker’. Nak guna periuk biasa pun boleh, tak ada masaalah. Kalau gunakan slow cooker, masa memasak lebih lama sedikit.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Rasanya? Isi ayam  terasa lembut dan rasa ginsengnya meresap sampai kedalam. Saya suka sup ginseng ini apabila dimakan panas-panas. Kena pulak ada kurma merah dan cendawan. Simple dan berkhasiat. Sekali-sekala tukar angin memasak best jugak. Nak cuba?

Sup Ayam Ginseng

 

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam

1 bungkus rempah sup ginseng (pastikan ada tanda ‘halal’)

5 keping cendawan hitam yang telah direndan dan dibersihkan

Segengan kurma merah atau kurma cina

Air secukupnya

Garam jika perlu

Cara membuatnya:

Masukkan ayam, cendawan dan kurma cina kedalam peiuk

Tuangkan air sehingga keseluruhan ayam terendam

Biarkan mendidih dan kemudian masukkan rempah sup ginseng

Didihkan lagi selama 15- 20 minit atau sehingga ayam masak

Renehkan lagi selama 30 minit dan kemudian bolehlah dihidangkan

Feb 11

Kueh Kosui /Kueh Koswi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tiga hari berturut-turut saya buat kuih koswi. Itupun masih tak puas lagi rasanya. Kuih koswi ni memang senang dibuat dan kalau nak beli lagi senang. Merata-rata ada orang jual kuih koswi tetapi nak dapat yang betul-betul sedap agak susah. Kuih koswi yang sedap mesti lembut dan manis gula merah atau gula melakanya mesti terasa. Apabila digaul dengan kelapa putih, kombinasi manis gula dan masin kelapa mesti secocok.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dengan sukatan tepung beras dan tepung ubi yang sama banyaknya dan campuran manis gula merah dan gula putih bersama haruman daun pandan dapat menghasilkan kuih koswi yang sedap. Adunannya perlu dikacau diatas api yang kecil dahulu sebelum dikukus. Jadi tidak perlu mengukus terlalu lama dan lapisan atasnya akan nampak cantik berkilat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kelapa putih yang telah digaul dengan garam juga perlu dikukus sebentar bersama hirisan daun pandan. Ini akan menjadikan kelapa tahan lama dan berbau wangi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Seperti biasa apabila kuih koswi digaul dengan kelapa mesti ambil sedikit yang hujung-hujungnya dulu dan ‘ngap’. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Thanks to kitchentigress for the recipe….

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kuih Koswi

Bahan-bahannya:

Bahan A

100 gram gula merah (boleh campur dengan gula melaka)

500 ml air

4 helai daun pandan

80 gram gula pasir

 

Bahan B

90 gram tepung ubi

90 gram tepung beras

320 ml air

 

Bahan C

1 biji kelapa putih

Secubit garam

2 helai daun pandan

 

Cara membuatnya:

Masukan bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga kesemua gula larut. Ketepikan

Campurkan bahan B dan kacau sehingga sebati

Dengan menggunakan api yang kecil masukkan campuran bahan B  ke dalam periuk  bahan A tadi

Kacau sehingga adunannya menjadi berat (Jangan sampai berketul)

Tuangkan kedalam bekas dan kukus selama 10 minit dengan menggunakan  api yang perlahan

Selepas itu kukus sebentar kelapa yang telah digaul dengan garam bersama daun pandan

Sejukkan kuih dan gaulkan dengan kelapa

Feb 06

Spaghetti Lada Benggala Alfredo

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya sangat suka kalau dapat mencuba resepi yang agak pelik sikit tapi taklah pelik sampai menakutkan. Resepi yang jarang-jarang orang buat tapi nampak sedap. Ada orang suka adventure pergi sana sini tapi saya suka  buat adventure sendiri kat dalam dapur, ‘ culinary adventure’… macam itulah namanya.

Saya tertarik untuk mencuba resepi dari Lauren’s Latest yang menggunakan lada benggala sebagai bahan utama untuk sos spagheti ini. Rasa nak buat kejap-kejap itu juga tetapi disebabkan susah sangat nak dapatkan goat cheese, hajat dihati terpaksa ditangguhkan.

Punyalah susah nak cari goat cheese dan selepas kehulu dan kehilir beberapa hari lamanya, akhirnya jumpa jugak dekat TMC Bangsar. Memang tempat itu adalah tempat idaman hatiku. Kalau ada orang bagi duit dan suruh pilih untuk shopping di TMC atau kat Gullatis, saya dengan pantasnya akan memilih TMC ( kalau ada la kan.. tapi sampai sekarang tak ada lagi pun). Memang boleh pengsan kalau masuk kat situ. Macam-macam barang memasak ada dijual. Segala rempah ratus dan macam-macam lagilah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sepatutnya lada benggala perlu dibakar dahulu dan kemudian barulah dimasukkan kedalam periuk. Saya  tak sempat nak bakar lada benggala sebab nak cepat. Namun rasanya masih sedap cuma kalau lada benggala tersebut dibakar dahulu warna kuahnya akan lain sedikit dan rasanya akan ada rasa macam barbecue. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Spaghetti  yang penuh dengan keju dan kuahnya yang berkrim dan ditaburkan lagi dengan cheddar cheese…I mean, really, , how can you go wrong? Dan lagi, dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja anda boleh menikmati spaghetti yang sedap ini. 

Spaghetti Lada Benggala Alfredo

Bahan-bahannya

2 biji lada benggala merah

1/2 cawan susu

1/2 cawan krim

1 biji bawang holland dipotong dadu

2 ulas bawang putih dicincang halus

1 bungkus spaghetti

100 gram goat cheese

100 gram cheddar cheese 

2 sudu besar minyak zaitun

Garam secukup rasa

1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara membuatnya:

Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Simpan sedikit air rebusannya

Potong lada benggala dan kisar

Panaskan minyak zaitun

Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga layu

Masukkan susu, krim dan kesemua keju

Masukkan lada benggala tadi bersama garam, serbuk lada hitam dan sedikit air rebusan spaghetti tadi

Masak sehingga kuah pekat dan masukkan spaghetti

Kacau rata dan bolehlah dihidangkan bersama taburan keju lagi dan hirisan daun ketumbar