free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Apr 24

Sambal Tumis Terung Pipit

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini adalah makanan kegemaran saya dari saya kecil sampailah sekarang. Kalau dulu juadah inilah yang selalu terhidang diatas meja makan. Kutip aje terung pipit diluar rumah dan dah boleh settle untuk makan tengahari. Sungguh simple kehidupan masa dulu. Makan sambal terung pipit bersama nasi putih panas dan dituangkan sedikit kicap..perghh…sedapnya.

Sambal tumis terung pipit ini mengingatkan saya kepada arwah emak saudara saya, Mak Yong. Sambal tumis terung pipit yang beliau masak memang sedap. Dicampur dengan ikan bilis dan dimasak kering. Satu hari saya bertanya kepada beliau kenapa sambal tumis yang saya buat tidak sesedap yang beliau buat. Jawabnya, terung tersebut kena ditumbuk-tumbuk dahulu sebelum dimasak supaya  mesra rasanya. Bahan-bahan  kena ditumbuk dengan menggunakan lesung batu dan pecah-pecahkan terung tersebut menggunakan lesung batu yang sama. Jadi itu adalah rahsia nak bagi sedap sambal ini. Pertama, guna lesung batu dan kedua tumbuk sedikit terung pipit tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sambal tumis terung pipit ini jugak mengingatkan saya kepada kawan baik saya, Kiah. Setiap kali saya bertandang kerumahnya, mak beliau akan masak sambal tumis terung pipit. Makan dengan ikan goreng garing. Sedapnya makan dibawah pokok, menghirup udara kampung. Sambal itu sahaja sudah cukup menggembirakan saya dan ianya mengingatkan  saya kepada ibu Kiah yang beria-ria melayan saya pada waktu itu.

Pastinya kenangan manis dalam hidup kita ni ada berkait rapat dengan makanan. Makanan yang dimasak dengan penuh kasihsayang dan ikhlas akan terpahat dihati kita. Itulah sebabnya kita perlu meraikan tetamu dengan makanan yang dimasak dengan kasihsayang dan ikhlas. Bukan sahaja sedap malah mereka akan ingat kepada kita. Mungkin apabila kita dah tak ada nanti , mereka akan ingat kita,kan. Jadi sekarang kalau ada tetamu yang datang, masaklah sekadar yang ada dengan ikhlas. Tak semestinya perlukan hidangan yang mahal-mahal, betul tak?

Sambal  Tumis Terung Pipit

Bahan-bahannya:

Segengam terung pipit, dibuang tangkai dan dibersihkan

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 biji cili merah

2-3 sudu besar cili kering kisar

Sedikit belacan

Air asam jawa

Minyak untuk menumis

Garam dan gula

Cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan.

Angkat dan ketepikan.

Tumbuk sedikit terung sekadar ianya pecah dua.

Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili merah yang ditumbuk tadi.

Masukkan cili kering dan masak sehingga cili garing.

Masukkan terung pipit dan air asam jawa.

Apabila warna sambal dah berkilat, masukkan garam dan gula.

 

 

Apr 21

Talam Lapis Pelangi Ubikayu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ubikayu sudah siap dibeli. Begitu juga dengan santan dan bahan-bahan lain. Memang bercadang nak buat kuih talam ubikayu  kegemaran saya. Apabila sudah siap mengadun kesemua bahan-bahannya dan tiba masa nak letakkan pewarna kedalam adunan, tengok-tengok dalam banyak-banyak pewarna yang saya ada, kesemuanya pewarna merah dan kuning. Adoi, frust la jugak sebab ingatkan nak buat kuih yang berwarna-warni ala pelangi tetapi nampaknya kuihnya jadi kuih belang merah kuning ajelah.

Tetapi tidak mengapa kerana walau belang macamana pun rasanya tetap sama. Kuih macam ini kalau dibuat memang habuan saya dan suami sahaja. Anak-anak langsung tak nak sentuh. Kesian pulak tengok kuih tu, walaupun cantik tapi anak-anak tak sudi nak mencuba. Kalau kuih-muih melayu ini, anak-anak hanya sukakan kuih yang pedas. Kalau karipap pulak, pantang dibuat… mesti sapu licin punya.

Walau apa-pun, puas rasanya dapat makan kuih talam ubikayu pelangi ini. Lemak, lembut dan manisnya memang cukup. Kalau nak cuba bolehlah ikut resepi ini.

Talam Lapis Pelangi Ubikayu

Bahan-bahannya:

800 gram ubikayu

1 bungkus serbuk agar-agar

250 gram santan

180 gram gula

Secubit garam

Kelapa putih secukupnya

Cara membuatnya:

Bersihkan ubikayu dan kisar.

Tapis dan buang airnya.

Masukkan ubi kayu tadi bersama gula, serbuk agar-agar, santan dan garam didalam mangkuk.

Kacau hingga sebati dan asingkan kepada 3 bahagian.

Letakkan pewarna yang berlainan bagi setiap bahagian.

Panaskan pengukus dan kukus satu bahagian dahulu selama 10-15 minit.

Ulang kaedah yang sama untuk 2 lapisan lagi.

Sejukkan kuih dan potong mengikut saiz yang disukai.

Gaulkan dengan kelapa yang telah diletakkan sedikit garam.

 

Apr 14

Ikan Masak Kuah Pecak

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan masak kuah pecak ini selalunya menggunakan ikan bawal. Saya gunakan ikan yang ada dalam peti ais dan kebetulan ada ikan tongsan. Jadi saya rembat sahajalah.Ikan digoreng garing-garing dan ditaburkan kuah pecak diatasnya sememangnya marbeles.  Resepi ini adalah sajian khas Betawi yang kaya dengan rasa pelbagai rempah dan daun-daun yang sedap dan ianya berbau wangi sehinggakan bau tersebut tidak hilang dari tangan selapas membasuhnya. Bau wangi daun selasih dan daun limau yang dimasak bersama lengkuas, cili dan serai menjadikan keseluruhan kuah pecak sesuatu yang baru bagi saya. 

Walaupun resepi yang saya kongsikan ini bukanlah seratus peratus menggunakan bahan-bahan yang diperlukan, namun ianya sudah mencukupi untuk memberi rasa yang istimewa. Rasa-rasa macam melancong ke negara seberang pulak adanya. Waduh! ibu ini memang sukakan masakan Indonesia yang sarat dengan bumbu yang sedap-sedap. 

Ikan Masak Kuah Pecak

Bahan-bahannya:

Ikan tongsan/ikan bawal

Minyak, garam dan kunyit untuk menggoreng ikan

3 biji cili merah

3 sudu besar cili kering kisar

2 biji bawang merah besar

2 batang serai

2 cm lengkuas

4 helai daun limau purut( dihiris)

4 daun salam(dihiris)

1 biji buah tomato (dipotong 6)

Air asam jawa

2 sudu besar minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Goreng ikan dan ketepikan.

Kisar cili merah, bawang merah, serai, lengkuas. 

Panaskan minyak dan tumis bahan -bahan yang telah dikisar, cili kering bersama daun limau purut dan daun selasih.

Masak sehingga garing dan kemudian masukkan air asam, gula dan garam.

Kacau seketika dan masukkan buah tomato.

Masukkan sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.

Apabila sudah elok rasa masam, masin dan manisnya, tutup api dan tuangkan kuah pecak keatas ikan tadi.

 

 

Apr 10

Pais Tauhu Dan Udang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pais ini ada macam-macam nama. Kalau di Indonesia dipanggil pepes dan  ditempat saya pula dipanggil pa-ih ( kena teran sikit perkataan ih tu). Apapun pais ini selalunya menggunakan ikan ataupun telur ikan yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Setahu saya pais memerlukan pelbagai daun dan bahan-bahan  lain yang dikisar dan dibungkus bersama ikan tersebut. Kalau dulu saya pernah makan ikan pais yang dimasukkan dengan pelbagai ulam-ulaman seperti daun kadok, daun kunyit, daun kesom dan bunga kantan. Semasa saya kecil, arwah bapa saya selalu bawa saya makan pais ikan di Kuala Kangsar, dekat tepi sungai tu. Kalau dapat makan pais tempoyak..adoiii..sedap hingga menjilat jari.

Kali ini saya masak pais tauhu. Yang bestnya tentang pais tauhu ini ialah:

1. Ianya senang dibuat.

2. Tentulah sedap.

3. Tersangatlah healthy.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pais ini menggunakan tauhu dan udang sebagai sumber protein. Dicampurkan pula dengan belimbing buluh yang mengandungi banyak khasiatnya. Resepi pais tauhu ini juga boleh diolah untuk dijadikan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak. Resepi ini adalah resepi yang asas, anda boleh campurkan apa-apa sayuran yang anda suka. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pais Tauhu Dan Udang

Bahan-bahannya:

3 ke 4 ketul tauhu putih

100 gram udang (5 ekor yang bersaiz sederhana)

2 biji cili merah

3 biji cili padi

1 biji telur

4 biji bawang merah kecil

2 biji buah keras (optional)

5 biji belimbing buluh

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:

Tumbuk cili merah ,cili padi, bawang merah dan buah keras - ketepikan

Potong kecil-kecil tauhu, udang dan belimbing

Kemudian lumatkan sehingga ianya menjadi halus ( gunalah apa sahaja peralatan tetapi jangan dikisar menggunakan blender -kalau ada food processor memang la cun. Saya gunakan anak lesong batu ajeeee).

Campurkan kesemua bahan yang telah dilumatkan bersama telur, garam , kunyit dan sedikit saja gula.

Masukkan 3 sudu besar ke dalam daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.

Kukus selama 10 minit ( lebih kurangla).

Angkat dan bolehlah dihidangkan.

 

 

Apr 08

Ayam Panggang Bernanas

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pening? Biasalah kalau setiap hari kena masak mahu tak pening memikirkan nak masak apa. Kalau masak benda yang sama setiap hari rasa tak syok la pulak. Bak kata orang sekarang..boring!

Tapi janganla pulak disebabkan penyakit pening itu dijadikan alasan supaya makan atau beli sahaja lauk dikedai. Bukannya tak boleh..sekali-sekala apa salahnya makan diluar tetapi kalau tiap-tiap hari tu memang tidak digalakkan. Masak ajelah dekat rumah, walaupun penat dan renyah memasak tetapi keberkatan anak-anak dan suami makan hasil masakan air tangan kita itu memang ada. Disamping dapat menjamin kebersihan dan kesihatan, perasaan seronok melihat mereka menjamah makanan yang kita makan itu amat superb!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ini saya hendak berkongsi satu resepi yang senang dimasak, pasti anak-anak anda suka makan ayam yang dimasak sebegini. Saya selalu memilih untuk memanggang ayam menggunakan ketuhar jika saya ingin mengurangkan kerja -kerja memasak saya. Masukkan sahaja kedalam ketuhar..senang cerita.

Ayam panggang bernanas ini menggunakan mentega, nenas, apple cider dan sebagainya. Namun begitu resepi ini boleh diubah dan ditambah mengikut apa sahaja bahan-bahan yang ada didapur anda. Saya menggunakan mentega supaya ayam tersebut nampak garing diluar dan lembut didalam. Apple cider juga dapat menjadikan ayam tersebut lembut selain memberikan rasa yang sesuai dengan nenas. Anda boleh gunakan cili padi jika inginkan ayam panggang nanas yang pedas. Jika inginkan ayam nampak sedikit gelap, boleh juga tambahkan sedikit kicap. Walaubagaimanapun saya amat berpuas hati dengan resepi ini. Jom cuba!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam Panggang Bernanas

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam

5 sudu besar mentega

1 1/2 sudu besar madu

2 labu bawang merah

2 biji cili merah

Separuh biji nenas/300 gram dipotong kiub

1 biji oren sunkist(diambil jusnya)

3/4 cawan apple cider

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil lada sulah

1 sudu kecil garam

Cara membuatnya:

Bersihkan ayam dan potong 8 atau 12 bahagian

Toskan dan kemudian lumurkan dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah

Sementara itu panaskan mentega didalam kuali

Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu.

Masukkan apple cider, jus oren sunkist, nenas dan cili merah.

Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali.

Masak selama 3 minit lagi.

Tuangkan keatas ayam dan bakar dengan suhu 250 C selama 40-45 minit

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apr 03

Macaron Bersama Wahdi Farhad, Le Chouette Macaron

DSC00998

Saya memang dah jangka yang saya pasti akan jadi macam patung bergerak bila masuk ke studio kek Wahdi yang baru. Sebelum ini saya pernah pergi ke studio kek beliau yang lama dan masih lagi terbayang-bayangkan cantiknya deco studio beliau. Tup, tup dah ada yang baru pulak dan kali ini lebih ‘grand’ dan cantik dan tak tau nak cakap apa lagi. Selepas ini saya akan berangan  moga-moga suatu hari nanti saya mampu memiliki studio seperti itu jadi silalah berangan….

Bagi anda yang belum mengenali Wahdi, beliau adalah pemilik Le Chouette Macaron yang menjual macaron dan kek secara online. Perniagaan beliau mula beroperasi pada Januari 2012 dan sekarang Le Chouette Macaron merupakan salah satu perniagaan yang semakin meletop-letop. Sampaikan kalau hendak membuat tempahan terpaksa mengambil masa selama 4 bulan.

Wahdi menjenamakan perniagaan beliau dengan nama Le Chouette yang bermaksud  ’burung hantu’ in French. Sebab itulah ada banyak kusyen burung hantu di studio beliau, cute kan dan setiap kali wahdi ‘post’  kat instagram, beliau selalu tulis perkataan ‘miam’. Adakah perkataan tersebut ada kaitan dengan burung hantu ataupun macaron, lupa pulak saya nak tanya beliau semalam. 

DSC01001

Antara yang meruntun hati saya melihatnya….Aduh, cantiknya…

DSC01004

Menurut kata Wahdi, beliau akan membuka kek studio beliau kepada orang ramai tidak berapa lama lagi. Tetapi ianya hanya akan dibuka dalam masa yang terhad sahaja. Bolehlah nanti  memborong macaroon dan kek  ye. Opss..bukan itu sahaja, beliau juga akan menjual Le Choutte merchandises like t-shirts.

DSC01017

Anak bongsu saya berposing di studio kek milik Wahdi Farhad.

DSC00990

Sejujurnya saya memang impress dengan hasil kerja Wahdi Farhad, Tahniah!