free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
May 26

Daging Masak Sos Hoisin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bila saya terasa ingin memasak sesuatu yang simple saya selalu memilih untuk masak masakan cina. Delicious, aromatic and unusual meals can be ready in minutes. Bahan-bahan yang digunakan agak mudah dan memasaknya pun senang. Masakan cina menitikberatkan tentang teknik yang betul.  Api yang besar, kuali yang sesuai, cara memotong yang betul dan yang pentingnya bahan-bahan yang digunakan mestilah yang berkualiti tinggi dan ‘ fresh’. 

Sudah tentulah saya tidak mempunyai kepakaran sebegitu. Tapi disebabkan saya ni perasan habis, saya taram aje. Asalkan sedap dilidah saya dan keluarga, itu sudah mencukupi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daging masak sos hoisin ini adalah salah satu kegemaran saya. Sosnya senang didapati dimana-mana kedai. Memasaknya tak ubah seperti masak halia tetapi apabila dicampurkan dengan sos hoisin ianya akan menjadikan rasanya lebih seakan barbecue. Sos hoisin juga akan memberi warna yang sedikit gelap kepada daging. Apabila sos hoisin dicampurkan dengan minyak bijan….adoii,wanginya. Eh, boleh bau tak dari sini?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daging Masak Sos Hoisin

Bahan-bahannya:

800 gram daging batang pinang dipotong nipis ( Kalau gunakan daging yang keras sedikit, sila rebus dahulu)

1 biji bawang holland bersaiz besar (Dihiris halus)

5 biji bawang putih (Dicincang halus)

3 inci halia muda (Dicincang halus)

1 sudu teh garam

1 sudu besar tepung jagung

4 sudu besar sos hoisin

1/2 sudu besar gula

1 sudu besar minyak bijan

1/2 cawan air/ air rebusan daging

Minyak untuk menumis

Sedikit bijan dan daun kucai untuk hiasan

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga wangi

Masukkan bawang holland dan masak sehingga bawang layu

Masukkan daging dan gaul rata

Besarkan api dan tutup kuali dengan penutupnya

Masak sehingga daging lembut

Masukkan air,garam, minyak bijan dan gula dan renehkan sebentar

Akhir sekali masukkan sos hoisin dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air

Biarkan sebentar diatas kuali dan apabila kuah sudah pekat, angkat dan taburkan dengan bijan dan hirisan daun kucai

May 22

Roti Telur Berudang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ini perut memulas angkara minum air barli kat kedai mamak semalam.Bukannya tak boleh dibuat sendiri tetapi ia dijadikan alasan nak keluar minum berdua dengan suami. Sebelum suami balik memang dah terfikir dah nak ajak beliau keluar dengan alasan nak beli roti dan telur. Tup tup dengan selambanya tuan suami bawak balik satu beg plastik yang diisi dengan roti dan telur.

Adoi…rosak plan. Kepala ni memikirkan apa alasan lagi ni…..Melihatkan saya terkial-kial dan tiba-tiba keluar pulak perkataan: “Kenapa beli roti dan telur ni, ingatkan nak ajak keluar pergi kedai?”

Dah tahu dah kalau cakap macam itu memang nak bagi signal nak pergi keluar minum la. Berjaya jugak akhirnya.

Pagi ni disebabkan perut saya memulas, lambat pulak saya buat sarapan. Namun sarapan yang dibuat sungguh senang dan sedap sekali. Bak kata orang putih it’s done in a jiffy….walaupun udang yang diletak pun tunggang langgang adanya.

Roti ini sedap dimakan bersama sos cili dan anda juga boleh meletakkan sedikit tepung jagung ke dalam telur supaya ianya lebih rangup dan cantik.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA


Roti Telur Berudang

Bahan-bahannya:

12 ekor udang bersaiz sederhana

3 biji telur

6 keping roti putih / wholemeal

Sedikit garam dan lada sulah

1 tangkai daun bawang (Dipotong halus)

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

Bersihkan udang, buang kepala dan kulit kecuali bahagian ekornya

Belah udang kepada dua tetapi tidak sampai putus dua

Panaskan minyak dan pukul telur bersama sedikit garam dan lada sulah

Buang  kulit keras disekeliling roti dan potong roti menjadi dua bahagian

Tekankan udang diatas roti dan celupkan kedua-dua bahagian roti  ke dalam telur

Masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga kuning keemasan

May 17

Kerutuk Ayam

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kerutuk ayam ke kerutup ayam , tanya suami saya apabila saya menghidangkan ayam ini kepada beliau. Terkebil-kebil jugak saya nak menjawab. Aleh-aleh saya tanya beliau balik, kerutuk dengan kerutup tu lain ke?

Sememangnya saya tahu yang kerutuk ayam dan kerutup ayam itu adalah benda yang sama tetapi kalau dah disergah macam itu, soalan senang pun tak tau nak jawab. Itulah sebabnya dari sekolah lagi saya tak suka masuk pertandingan kuiz. Takut nanti bila ditanya soalan yang senang pun , entah apa-apa yang saya jawab.

Kerutuk ayam  ialah makanan pantai timur. Ayam boleh digantikan dengan daging ataupun itik serati. Rasanya tak ubah seperti rendang cuma rasa rempahnya lebih menyerlah dan  menjadikan kerutuk ayam ini wangi . Kerutuk ayam ini juga boleh dimasak menggunakan rempah yang sudah siap dikisar. Saya tak berapa ‘ familiar’ dengan rempahnya jadi saya gunakan rempah yang dibuat ‘ from scratch’. Rasanya ia cukup mudah untuk dibuat dan ‘surprisingly’ rasanya juga cukup ‘authentic’.

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kerutuk Ayam

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong 12

500 gram santan pekat

Sedikit air asam jawa

1/3 cawan minyak

Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

2 sudu besar ketumbar

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu besar serbuk kari daging

3 biji bawang merah besar (10 biji bawang merah kecil)

4 ulas bawang putih

2 inci halia

1 inci lengkuas

Sedikit belacan

Bahan tumis:

1 batang kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

4 biji buah pelaga

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis  bahan tumis hingga wangi.

Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga rempah masak dan wangi

Masukkan ayam dan gaul sebati.

Biarkan ayam setengah masak dan kemudian barulah dimasukkan santan, air asam jawa, garam dan gula

Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.

Angkat dan hidangkan

May 08

Kek Mentega Kuning

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Akhirnya dapat jugak saya buat kek ni. Dah plan nak buat lama tetapi baru semalam berkesempatan membuatnya. Tengoklah bunga yang saya beli untuk ditaburkan ke atasnya pun dah layu sebab terlalu lama disimpan didalam peti sejuk. Rasa tak puas hati pulak tengok bunga tu tapi daripada dibuang baiklah digunakan sahaja. Kek ini dipanggil ‘ yellow cake’ oleh orang putih dan saya translatekan jadi kek mentega kuning. Ikut sesuka hati saya aje la kan. 

Saya sukakan rasa keknya yang lembab, penuh rasa mentega . Banyak sungguh guna mentega untuk satu kek ini terutamanya untuk membuat buttercreamnya. Ini bukan kali pertama saya buat kek ini tetapi setiap kali saya buat, saya akan gunakan resepi yang berbeza. Kali ini saya menggunakan resepi dari buku Karen Demasco. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kek yang dekat dalam buku memang jauh beza rupanya dari kek yang saya buat walaupun saya pasti rasanya hampir sama. Itu memang salah saya. Macamana nak jadikan kek tersebut berwarna kuning kalau saya gunakan gula perang menggantikan gula castor.Memang tak akan terjadilah kan. Itu baru kesalahan pertama…..

Tengok pulak warna fillingnya, satu lagi benda yang berbeza. Yang ni memang saya fail sebab yellow cake memang mempunyai filling yang berwarna coklat yang cair, macam kat dalam gambar tu, namanya pun buttercream. Tengoklah kek yang saya buat, macam filling kek coklat. Oleh kerana resepinya menggunakan sukatan oz dan saya tersilap tukarkan ke dalam gram. Macam dah jadi tiga kali banyaknya. Rasa coklat yang terlampau banyak akan menghilangkan rasa mentega kek tersebut . Nak buat macamana dah tersilap kan. Walau bagaimanapun warga-warga didalam rumah sangat sukakan kek ini.

Anda boleh gunakan resepi ini tetapi jangan buat kesalahan seperti yang saya buat ye….

Kek Mentega Kuning

Bahan-bahannya:

170 gram mentega

1 3/4 cawan gula castor

1 1/2 sudu teh vanilla

7 biji putih telur

7 biji kuning telur

3 cawan tepung kek

3/4 sudu teh baking powder

3/4 sudu teh baking soda

1 cawan + 2 sudu besar  sos masam (sour cream)

Buttercream

100 gram coklat masakan (Sebaiknya gunakan coklat masakan yang bercampur susu dan berwarna coklat cair)

340 gram  mentega

5 biji putih telur (bersaiz besar)

3/4 cawan gula castor

3/4 sudu teh esen vanilla

Secubit garam

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 C

Pukul mentega bersama 1 1/2 cawan gula kastor sehingga kembang

Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi sehingga adunan sebati

Ayak tepung kek bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam

Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan campuran tepung  ke dalam adunan kek sedikit demi sedikit

Masukkan sos masam dan kacau sebati,ketepikan

Didalam mangkuk yang berlainan, pukul putih telur bersama 1/4 cawan sehingga kental dan berkilat

Masukkan putih telur ke dalam adunan kek dan kacau menggunalan spatula

Bahagikan adunan dan masukkan ke dalam loyang

Bakar selama 30- 35minit.

Cara membuat buttercream:

Dengan menggunakan kaedah double boiler, cairkan mentega dan campurkan dengan 4 sudu besar mentega

Kacau rata dan ketepikan

Campurkan putih telur bersama  gula kastor dan kacau diatas bekas double boiler tadi menggunakan kepanasan yang sedia ada.

Kacau selama 2 minit (Jangan sampai telur masak)

Pukul telur sehingga kentak dan kembang dan masukkan mentega sedikit demi sedikit

Masukkan coklat cair, vanilla dan garam dan kacau sebati.

Letakkan buttercream di antara kek dan sapukan lebihannya di seluruh permukaan kek.

 

 

May 02

Cekodok Pisang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Walau apa pun nama panggilannya samada cucur pisang, jemput-jemput pisang ataupun cucur kodok , ianya memang one of Malaysia’s best-loved traditional snacks. Senang dibuat dan ramai orang suka makan kuih ini.  Boleh dimakan semasa sarapan ataupun minum petang. Cekodok pisang yang gebu dan penuh rasa pisang memang sedap. 

Saya gunakan telur menggantikan soda bikarbonat . Saya tak berapa suka cekodok pisang yang terlampau gebu dan terasa sodanya kerana bagi saya ianya menghilangkan rasa pisang, tak best sangat. Jadi bagi saya telur saja sudah cukup sebagai ejen penaik. Ianya juga dapat mengelakkan cekodok pisang dari melekat antara satu sama lain semasa menggoreng cekodok tersebut. Satu lagi  tip ..semasa nak masukkan adunan cekodok pisang kedalam kuali, celupkan tangan anda ke dalam air barulah ambil adunan dan masukkan ke dalam kuali.  Resepi dibawah ini bolehlah ditukar ikut kesesuaian. Boleh tambah sedikit air kalau adunannya pekat..ok?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Cekodok Pisang

Bahan-bahannya:

500 gram pisang (Dilenyekkan)

400 gram tepung gandum

2 sudu besar gula

Secubit garam

1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

 

Cara membuatnya:

Masukkan pisang bersama kesemua bahan dan gaul sebati

Panaskan minyak dan goreng cekodok pisang sehingga berwarna kehitaman.
Angkat dan toskan.