free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 12

Gulai Rempah Ketam Nenas Tumis Darat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Gambar ini terlampaulah dekatnya… rasa macam nak ambik nasi dan makan sambil tengok gambar ni. Sorry la sebab hanya gambar ini sahaja yang sesuai memandangkan photographer a.k.a tukang masak sibuk melayan tetamu pada hari itu. Kalau rasa terliur lepas ni boleh pergi cari ketam dan masak…sedap.

Saya masak ketam tomeh darat ni semasa saya meraikan tetamu yang datang ‘dinner’ di rumah saya minggu lepas. Gulai rempah tumis darat ini saya biarkan ianya kering supaya sesuai dimakan bersama ketam. Kalau saya masak gulai ini bersama terung ataupun nenas bersama ikan masin, saya akan lebihkan kuahnya.

Apa bezanya gulai rempah tumis darat dengan kari?

Bahan-bahannya sama jer cuma cara memasaknya yang berbeza dan semestinyalah rasanya agak lain. Warnanya pun agak kekuningan dan tidak merah seperti kari.  Gulai rempah tumis darat ini tidak sesuai untuk ikan, ayam ataupun daging. Ianya lebih kepada sayur-sayuran seperti terung bulat dan nenas yang digandingkan dengan ikan masin ataupun ketam. Kalau saya masak dalca, saya selalu gunakan cara ini. Ianya lebih mesra dan kurang berminyak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah caranya masak gulai rempah tumis darat. Bahan-bahan penumis ditumis ditempat lain dan dituangkan ke dalam periuk. Macam cool aje kan…jom tengok resepi.

Gulai Rempah Ketam Nenas Tumis Darat

Bahan-bahannya:

1 1/2 kilo ketam

1/2 kilo santan pekat

1 biji nenas (dipotong kecil)

5 sudu besar rempah kari ikan (boleh diubah mengikut kesesuaian)

Garam dan gula secukup rasa

Bahan penumis:

2 labu bawang merah besar (dihiris halus)

3 ulas bawang putih (dihiris halus)

2 inci halis (dihiris halus)

Daun kari (lebih banyak lebih sedap)

1 sudu besar halba campur

Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Masak santan bersama kari ikan sehingga mendidih.

Masukkan nenas , garam dan gula

Apabila nenas sudah agak lembut, masukkan ketam dan kacau rata.

Panaskan minyak didalam kuali yang berlainan

Tumis bahan-bahan penumis sehingga naik bau dan tuangkan ke dalam periuk

Kacau rata dan perasakan. 

Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Gulai rempah ketam tumis darat ini saya  gandingkan dengan daging dendeng, sambal tumis petai dan kerabu taugeh. Sungguh secocok dan romantik….Eh ye ke?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sambal tumis udang dan petai

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kerabu taugeh dan kacang botol

Eh, tak ada pulak gambar dendeng daging. …tak apa boleh dapatkan gambar dan resepinya sekali disini

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dan saya pasti nak set-up meja cantik-cantik. Nice?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dan akhir sekali kami sambut anniversary Kak Long dan Abang Long . Itu kek tiramisu..

Jun 09

Sushi Party

 selfiesushi

Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah menentukan segala-galanya. Dan sudah lama saya merancang untuk menjemput anak-anak saudara yang ada di Kuala Lumpur ni untuk makan-makan sushi hasil tangan sendiri. Tetapi itulah… bukan mudah nak mengumpulkan semua dek masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. 

Namun hajat yang lama terpendam menjadi kenyataan seminggu lalu apabila beberapa orang nieces and nephews dapat datang ke rumah untuk Pesta Makan Sushi di rumah.  Saya tak de la terror mana pun bab buat sushi ni… tu pun nasib baik ada YouTube. The most important thing is that all those who came (including suami and the girls at home) love sushi a lot (saya tak suka sebenarnya). So it gave me immense pleasure seeing everybody tucking it with gutso. Kena pulak malam tu Miza brought over her home made salmon teriyaki to go with the sushi. And then Affan and Ila brought birthday cake Aiddil and Aeen as well. All in all, the best part is dapat beramah mesra dengan anak-anak sedara. Thanks for coming semua!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Miso Sup,Sushi, Kimbab, Udon, Onigiri, Chicken Karai,dan Salmon Teriyaki

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalamnya ada salmon dan avocado

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Chicken Karai dan Japanese Mash Potato

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Salmon Teriyaki yang awesome

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Aidil dan Aeen yang excited tiup lilin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Serang!

20140531_222151

Sofia dan Sayiyyah

20140531_215527

Tok Uncle dan Nur Hannah