free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 09

Daging Masak Hitam

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Introducing…my daging masak hitam. Ini memang daging masak hitam yang saya selalu masak dari dahulu sampai sekarang. Walaupun minyaknya melimpah ruah tetapi apa peduli, cantikkan. Sememangnya daging masak hitam ini dimasak supaya dapat menghasilkan minyak yang merah berkilat. Nak tahu macamna nak dapat macam tu? Kejap ye………

Daging masak hitam ini saya belajar dari kakak saya. Dia belajar dari mana entah tak tau pulak saya. Tetapi pada masa mula-mula tengok dulu macam terpegun jugak tengok minyak yang meleleh dan rasa dagingnya pun sedap. Tak la pulak rasa dagingnya berminyak….just niceeee.

Masa tu kalau nak tahu macamana kakak saya masak kenalah tolong basuh pinggan didapur. Kakak saya masak macam kilat. Sedar-sedar dah siap tapi semua pinggan-mangkuk periuk belanga berterabur kaedahnya. Masa tu lah saya membodek, tanya dia itu dan ini. Sikit-sikit tanya lama-lama dapat jugak saya satu resepi. Bijakkan?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sudah tentulah saya akan olah sini dan sana dan hasilnya terjadilah resepi ini….

Daging Masak Hitam

Bahan-bahannya:

1 kilo daging

500 gram cili boh

1/2 botol kicap biasa

1 atau 2 sudu besar kicap pekat

6-7   labu bawang merah besar

2 sudu besar kismis hitam

1 cawan minyak

Sedikit gula

Bahan-bahan penumis

3 ulas bawang putih (Dihiris halus)

2 labu bawang merah (Dihiris halus)

2 kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

Cara membuatnya:

Rebus daging sehingga lembut dan potong mengikut saiz yang disukai

Panaskan minyak dan goreng bawang merah sehingga berwarna keperangan. Angkat dan toskan

Dengan menggunakan lebihan minyak, tumiskan bahan-bahan penumis sehingga wangi

Masukkan cili boh dan masak sehingga garing

Masukkan kicap biasa, kicap pekat dan gula

Ambil separuh dari bawang yang telah digoreng tadi dan kisar bersama kismis dan masukkan ke dalam daging

Masukkan ke dalam juga lebihan bawang goreng tadi

Masak sehingga daging lembut dan sehingga minyak berwarna merah keluar.

Tips and trick:

# Only use chilli paste( chilly boh) that you buy directly from the shop. Refrain from using homemade blended dried chilli bacause as it will affect the taste and the look.

#Be generous with the oil as it will make the red oily layer come out nicely.

#Make sure that you fried the onion thoroughly as it will bring out the aroma of the dish.

#For the blended fried onion that you add in towards the end of the cooking, use the one that you can buy from the shop. The more you add in , more thicker the gravy will be. You can use this technique whenever you cook any other dishes.

#You may sprinkle the raisin on top of the dish.

Jul 06

Berbuka Puasa Di Pullman Bangsar

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Berjuadah Bersama Di Pullman Dinner Buffet”, itu adalah iklan yang dikhabarkan . Namun ianya adalah suatu pesta makanan berbuka puasa yang menghidangkan lebih daripada 150 juadah makanan yang begitu ‘authentic’ dan menyelerakan. Saya berkesempatan hadir berbuka puasa di Pullman Bangsar pada hari Jumaat yang lepas. Sapa tak nak tolak rezeki dapat makan free. ..kan.

Saya rasa begitu berbesar hati untuk berkongsi tentang pakej berbuka puasa di Pullman, Bangsar ini. Suasananya begitu santai sekali. Susunatur meja dan  makanan serta tempat menjamu selera yang luas menjadikan orang ramai tidak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan. Itu dah satu hal yang saya suka…..

Makanannya pula bermacam-macam dan disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman yang dapat menyediakan makanan yang begitu asli dan rasanya yang boleh mengingatkan kita kepada keenakan masakan kampung. Ikan masin , sambal, gulai lemak dan macam-macam lagi. Hilang rasa rindu kepada masakan kampung.

Dibahagian luarnya pula  diletakkan gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah tempatan seperti Roti Canai, Roti Tisu, Kambing Panggang, Satay, Lemang, Ketupat, Pecal, Rojak, Asam Pedas dan yang paling menarik sekali adalah gerai yang menghidangkan durian kampung yang ‘fresh’. Yang ni memang saya tak boleh tolak.

Disamping itu, Pullman Bangsar meraikan semangat kekitaan  dengan menawarkan Solat Terawih berjemaah disamping mengalunkan azan semasa waktu berbuka puasa.  Itu adalah satu kelainan yang berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Surau yang disediakan untuk bersolat juga agak selesa dan luas.

Harga bagi pakej berbuka puasa di Pullman Bangsar adalah RM 125.00 seorang dengan potongan sebanyak 50% diskaun untuk kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun. Berjuadah Bersama di Pullman Dinner Buffet bermula dari 29 Jun 2014 ke 25 July 2014 (6.30pm to 10.30 setiap hari)

Jadi bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri kelazatan dan suasana berbuka puasa yang eksotik, anda boleh membuat tempahan dengan menelefon talian 03-60322981855

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Rojak… anda boleh gaul sendiri bahan2nya mengikut citarasa anda.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Masin, ulam dan sambal tak ada dalam gambar

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini makanan ‘authentic’ India

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nasi briyaninya lembut, gebu…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Roti Nan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam Masak Tikka

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalca

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nasi Hujan Panas

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Itik Masak Kurma

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yang ni my favourite..Sambal tempe

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Tenggiri Masak Cili

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Section untuk dessert pulak

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kuih -Muih Tradisional dan Moden

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yang ni memang sedap

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tempat makan diluar

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Seperti biasa tak sah kalau tak ada kambing bakar

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Aneka Bubur

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Boleh baca kan ..DURIAN

Jul 01

Urat Keladi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya beli keladi yang bersaiz kecil sahaja semalam untuk buat urat keladi ni. Seingat saya hanya saya seorang saja yang suka makan urat keladi ini jadi sebiji tu memang habuan sayalah. Tapi bila dah siap, anak sulung saya terjerit-jerit seronok, Eh,” mak buat kuih yang Alia suka ye..”? Dalam hati saya , bila masa pulak Alia suka makan kuih ni..dan dah memang sahlah sebiji keladi tu memang tak cukup. Hari ni nampaknya kena buat lagi. Semalam tak puas makan.

Kuih ni memang ramai tak tau. Orang perak panggil oghart keladi (urat yang dislangkan ke bahasa perak..hihi).  Ianya berbeza dengan pengat keladi walaupun cara membuatnya lebih kurang sama. Keladi yang dimasak dengan santan sehingga empuk akan dihidangkan begitu sahaja dan ditabur dengan gula apabila hendak memakannya. Itulah part yang paling best dimana kita boleh sesuka hati nak letak banyak mana gula yang kita suka.

Keladi yang lemak dan sedikit masin dan ditaburkan gula diatasnya memang sedap. Kombinasinya memang padan dan bagi saya kuih yang semakin dilupakan ini perlu diketengahkan. Bukannya susah nak buat pun. Jom cuba!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Urat Keladi

Bahan-bahannya:

1 biji keladi bersaiz kecil

250 gram santan

Sedikit garam

Gula

Cara membuatnya:

Potong keladi secara membulat

Didihkan sedikit air didalam periuk

Masukkan keladi dan masak sehingga separuh empuk

Masukkan santan dan garam dan masak sehingga keladi betul-betul lembut dan kuahnya pekat

Angkat dan letakkan ke dalam pinggan

Taburkan gula diatasnya apabila hendak memakannya.