free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 31

Fantastic Family Time

DSC03424

Anak saudara sulong saya Faizah (anak kakak sulong saya Yong)sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Ezwan Nizam kelmarin 30.8.2014. Alhamdulillah syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana perancangan dan majlis walimah yang berlangsung di rumah Faizah di Bandar Seri Botani, Ipoh pada siang semalam dan majlis di rumah Nizam siang tadi (31.8.2014) selamat dijalankan.

DSC03482

 DSC03519

Tahniah Faizah and Nizam. We are so so very happy for you two. 

Bila tarikh majlis kawen Faizah ditetapkan tak lama dulu, saya sangat teruja sebab selalunya masa-masa kenduri kahwin lah adik beradik saya dapat berkumpul. Dan rasanya sudah lama sungguh kami adik-beradik serta keluarga masing-masing tidak dapat berkumpul serentak sekali. Yelah bukan senang nak mengumpulkan kesemua sekali dek kerana kekangan masa serta kesibukan harian. 

Namun begitu, semakin dekat dengan hari majlis berlangsung semakin excited saya jadinya, walaupun masih ramai yang tak dapat confirm whether dapat datang or not. 

Tapi makin dekat hari majlis, our family Whatsapp group pun busy memanjang … buzzing with messages bertanyakan latest updates mengenai majlis yang bakal berlangsung. Five days before wedding, tetiba my niece Nisah came up with a brilliant idea that all cousins and and uncles and aunts to don baju ikut tema warna. If you know my family yang amatlah sukar nak bergaya ni, nak achieve something like this memang lah such big task (Keluarga saya sendiri pun sampai sekarang tak dapat2 lagi nak merasa beraya pakai baju dengan satu theme colour – sebab ada jer sorang dua yang mengelat ). 

True enough, Nisah’s suggestion sparked off never ending thread in our Whatsapp group sebab everybody just could not decide which colour to choose. Nasib baik kami mak-pak sedara cepat2 decided to go with brown or shades of brown as our theme colour (anak-anak sedara pulak finally decided biru and purple sudahnya).

PhotoGrid_1409497480117

And I was extremely thankful and bersyukur sebab all my sisters and brothers (despite tak berapa sihat and all) serta their spouses took the time and attended the wedding semalam.

My elder sister Kak seperti biasa menjadi “mandor”  bagi pihak keluarga sebab rumah dia pun di Perak dan lagipon dia amatlah capable and effective menjadi orang kuat kenduri kendara. My family also left USJ after Friday prayer (a day before majlis berlangsung).

Abang saya Nyah dari Cheras and Abang Lan dari Sungai Buloh came down Saturday morning. 

And the best part was all of us came in our chosen warna tema. Whoaaaa…. achievement tuuuuu. 

Apapun, majlis berlangsung rather smoothly dan memang saya amat happy sebab dapat bersuka ria dengan anak2 saudara… serta cucu saudara (walaupun beberapa orang still tak dapat datang). 

Dan saya pulak dapat memaksa anak saudara saya yang paling payah jumpa Zaki untuk berselfie dengan saya. Another achievement tuuuuu.

20140830_092738

Dan of course peluang yang ada digunakan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin 

DSC03441

PhotoGrid_1409384256647

PhotoGrid_1409396563246

IMAG0910

DSC03499

faizahkahwin1

Apapun semoga Allah memberkati dan merahmati rumahtangga Faizah dan Nizam sehingga ke syurga..

Aug 25

Mango Pops

IMAG0865

Siap buat muka cute lagi makan mango pops ye…. Aen dan Aidil dipaksa berposing oleh saya ala-ala nak buat iklan macam tu. Tapi sebenarnya budak cute berdua memang makan sungguh mango pops ni. Licin hingga menjilat jari kaedahnya.

Mango pops ataupun dipanggil mango popsicles memang sesuai dibuat untuk anak-anak yang tidak suka makan buah. Bila dijadikan sebegitu rupa , tanpa sedar mereka akan makannya dengan sesungguh hati.  Berkhasiat dan boleh jimat duit lagi.

Bagi saya pula perkataan mango ataupun mempelam sahaja sudah cukup membuatkan air liur saya meleleh. Inikan lagi  bila ianya dimakan macam kat atas tu….slurrp…slurrp…puasnya makan. Kena pulak bila cuaca panas. Setuju kan?

mangopops2

These pops are super simple. Dengan  buah mango, santan, gula dan sedikit perahan lemon sahaja dah cukup untuk menggembirakan orang yang memakannya dan tentu sekalilah bagi orang yang membuatnya.  Apa-apa pun  how can you talk about mangoes and not be happy?

Mango Pops

Bahan-bahannya:

3 biji buah mango (diambil isi dan dipotong kasar)

Perahan jus dari separuh lemon

1/2 cawan santan

1/2 cawan air

5 sudu besar gula

 

Cara membuatnya:

Kisar buah mango bersama bahan-bahan lain sehingga halus.

Taste and adjust rasanya. Kalau kurang manis, boleh tambah sedikit lagi gula

Masukkan ke dalam bekas dan terus letakkan ke dalam freezer selama lebih kurang 4 jam.

Apabila popsicles sudah keras sedikit, letakkan sudu ditengah-tengahnya.

 

#Senangsangatkan#Jangan tak buat

Aug 20

Mari Berbento

bento1

Ini adalah cover buku masakan saya yang pertama. Sungguh tak sangka akhirnya dapat jugak saya memiliki buku masakan saya sendiri. Bermula dengan angan-angan dan cakap-cakap kosong sahaja antara saya dan suami, akhirnya Alhamduliilah semuanya menjadi kenyataan. Teringat lagi masa tu kami dalam perjalanan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu saya. Suami saya mencadangkan agar saya mengutarakan idea buku masakan yang mengandungi resepi-resepi yang boleh dijadikan bekal. Sungguh saya tertarik dengan idea suami saya, kena pulak saya memang menyediakan bekal untuk anak-anak saya semasa mereka masih bersekolah dahulu.

Saya mengutarakan cadangan dan sinopsis buku saya kepada editor PTS Melenia dan akhirnya penantian saya terjawab dengan persetujuan pihak PTS untuk menerbitkan buku tersebut.

bentoasia2

Pada tarikh 26 Mei yang lepas, pertama kalinya saya memasuki studio untuk shooting buku masakan saya. Rasa sungguh gementar masa tu kerana selama ini saya masak sorang-sorang je kat dapur. Punyalah suspen sampaikan malam tu tak berapa nak tidur saya dibuatnya.

DSC03368

Konsep buku saya ialah mudah, sedap dan penuh dengan idea untuk menghias bento. Jadi saya sediakan halaman yang memaparkan bagaimana untuk membuat sos. Sos ini boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan didalam peti sejuk. Ianya boleh mempercepatkan proses memasak. Tak adalah kelam-kabut pepagi buta kan.

DSC03362

Salah satu resepi didalam buku saya. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh membelinya secara online disini ataupun boleh message saya disini dan saya akan poskan untuk anda.

bentoasia1

First time dapat pegang buku sendiri…Terimakasih kepada suami yang terlalu banyak menolong. Kepada tiga orang anak perempuan saya Alia, Asma dan Arissa dan juga kepada krew PTS dan kepada mereka yang mendoakan saya selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Aug 08

Puding Coklat Berlapis

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

I don’t generally need much of an excuse to make chocolate desserts. Bila tekak rasa nak makan coklat dan ada pulak bahan-bahan dirumah, cepat aje tangan ini mencapai apa yang patut. Nak buat kek atau pun biskut yang bercoklat, rasanya macam dah puas makan masa raya  lepas. Kali ni buat puding pulak.

Puding coklat berlapis menjadi pilihan saya kali ini. Rasanya tak begitu manis dan tidak menggunakan bahan-bahan yang mahal . Saya selang selikan lapisan yang pertama dengan biskut coklat yang telah dihancurkan dan  saya akhiri lapisan yang akhir sekali dengan lapisan coklat. Puding ini boleh juga dihias dengan hirisan buah-buahan. Terpulang kepada kreativiti anda. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Puding Coklat Berlapis

Bahan-bahannya:

13 gram agar-agar panjang(1 bungkus yang sederhana besar)

140 ml air

1 tin susu cair

10-12 sudu besar gula

50 gram coklat masakan (Dicincang halus)

20 keping biskut colat ala-ala ore0 (pastinya bukan brand nestle)

Cara membuatnya:

Hancurkan biskut coklat dan ketepikan

Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur

Masukkan susu dan gula dan kacau sehingga gula larut

Ambil 1/3 dari agar-agar tersebut dan campurkan dengan coklat masakan yang telah dicincang halus. Gaul rata dan sebelahkan.

Letakkan satu lapisan agar-agar yang berwarna putih. Biarkan sebentar

Taburkan biskut coklat yang telah dihancurkan dan kumudian tuangkan lagi lapisan agar-agar yang berwarna putih

Biarkan sehingga lapisan tersebut keras

Akhir sekali letakkan lapisan coklat dan dah pun siap