free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 25

Nasi Daging

nasidaging1

Sungguhpun saya suka memasak didapur tetapi adakalanya datang jugak rasa malas.  Namun bila diingatkan kembali betapa seronoknya perasaan anak-anak dan suami makan masakan dari penat lelah sendiri, rasa malas itu hilang begitu sahaja. Bukannya tak pernah makan diluar  tetapi batasannya hanyalah sekadar untuk menyambut hari-hari istimewa tertentu sahaja. “Makan diluar selalu sangat rasa bosan la,” kata saya kepada suami. Bukan disebabkan tak sedap, selain dari duit cair seperti air batu yang mencair bila hari panas ianya juga rasa macam tak ada “feel”. Dah tentunya tak ada privacy.

Waktu makan bersama anak-anak adalah masa yang terbaik untuk mencungkil dan meninjau perasaan dan isi hati anak-anak. Bagi saya yang mempunyai anak-anak remaja yang semakin menyertai dunia luar, saya perlu merentangkan masa yang terbaik untuk berbicara dengan mereka. Dalam waktu seronok bersembang dan makan-makan  mungkin secara tidak disedari mereka menyuarakan keinginan dan perasaan mereka. Almakhlumlah dunia sekarang penuh dengan ‘stress” dan kawalan keatas anak-anak semakin kurang kuasanya. Saya hanya mahukan anak-anak saya tahu membuat pilihan hidup yang terbaik. So mari jadikan dapur dan meja makan anda “as a heart of the house”.

Jangan stress pulak sebab tak tahu nak masak apa…hari ni saya nak kongsi masak nasi daging yang mudah. Tak perlu gunakan rempah-rempah tertentu. Kalau tahu masak kari bermakna anda sudah boleh mencuba masak nasi daging seperti diatas tu. Guna sahaja beras biasa dan bahan-bahannya sungguh la simple, mudah dan murah camtu. Tapi ini adalah salah satu option aje , kalau nak gunakan beras basmathi atau nak gunakan minyak sapi ke …boleh saja.

nasidaging3

Nasi daging dimakan bersama air asam. Daging yang dipotong dalam saiz yang besar dicicah dengan air asam dan dimakan bersama nasi. Kalau ada ikan masin gelama lagilah terangkat. Ada juga orang yang tidak mencampurkan daging bersama nasi. Ianya dimasak berasingan dan ada juga yang bakar daging tersebut. Bergantung atas citarasa sendiri. 

Nasi Daging

Bahan-bahannya:

1/2 kilogram daging (dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)

3 cawan beras biasa

4 cawan air rebusan daging

2 labu bawang merah besar (Dihiris halus)

2 ulas bawang putih (Dihiris halus)

1 inci halia (Dipotong halus)

kulit kayu manis, bunga lawang(Pandai-pandaila agak-agak)

3 sudu besar mentega

3 sudu besar minyak masak

3 sudu besar rempah kari daging

1 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar tomato puri

2 biji tomato (Didadukan)

Secekak daun ketumbar

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan mentega

Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi

Masukkan rempah kari daging  dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air. Masak sehingga rempah garing

Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih

Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.

Masak nasi seperti biasa.

Nota Penting: Masak aje macam masak kari, cuma tambahkan tomato dan daun ketumbar. Agak-agak aje sudah.Tak payah tengok resepi pun boleh…

nasidaging2

Nak resepi air asam tak? Ok, tak nak tak apa…

“Selamat Mencuba”

Sep 20

Food Is Memories

hundredfoot3

Food Is Memories

Saya jarang ke pawagam untuk menonton wayang. Tetapi hari Jumaat malam Sabtu baru ini saya pergi menonton wayang dengan suami dan Alia. Ceritanya The Hundred-Foot Journey.

Esok paginya saya kembali menonton filem yang sama dengan Asma pulak (yang diambil dari asramanya selepas kami menonton wayang malam sebelumnya).

Rekod untuk saya tu…. tak pernah dibuat dek saya menonton filem yang sama dalam masa kurang dari 24 jam. Kalau dah menonton sampai dua kali begini pastinya cerita The Hundred-Foot Journey ini menyentuh rasa dan emosi saya, tak begitu? It does. Big time.

hundredfoot1

Everything that I like about a movie..semuanya ada disitu…food, love, romantik, komedi, family dan pemandangan yang tersangat cantik. Bagi saya filem ini jauh lebih saya suka dari Julie and Julia dan not even near to Eat, Pray, Love. 

Apapun filem ini sangat-sangat menghiburkan dan walaupun Helen Mirren berjaya sebagai tuanpunya restoran mewah Peranchis, saya rasakan filem ini menjadi kerana lakonan Om Puri sebagai Papa dan Manish Dayal sebagai anak Papa, Hassan. Papa was hilarious and every word out of his mouth made me laugh.Tak kering gusi dibuatnya. 

hundredfoot5

Ia merupakan kisah sebuah keluarga dari Mumbai, India  yang berhijrah ke Selatan Peranchis untuk membina semula perniagaan restoran mereka yang musnah di Mumbai akibat rusuhan kaum. Mereka membeli sebuah restoran yang sudah lama ditinggalkan di situ, tetapi berhadapan dengan sebuah restoran Peranchis bertaraf satu bintang Michelin (milik watak Helen Mirren).

Apa yang terjadi selepas itu adalah satu kisah kehidupan dua budaya yang penuh dengan prasangka disulam dengan humor.

Adapted from the novel by Richard C. Morais, this is a simple story that explores the sacrifices that one sometimes has to make in order to pursue your dreams. It shows the inner conflicts that may arise along the way and how the path to success never comes easy.

hundredfoot7

Ia filem foodie serta romantik komedi. Ia satu filem yang datang lengkap dengan makanan, cinta, keluarga, muzik India yang ceria dan muzik Peranchis yang melankolik, cita-cita serta pemandangan perkampungan Peranchis yang sangat-sangat indah. Apa lagi yang kita mahukan dari sebuah filem. Romantik giler..

hunfredfoot2

Yes, this movie is so delightfully delicious and wonderful it made me just want to:

1. Masak holaindaise sauce

2. Pergi France…. not just Paris but to enjoy its beautiful countryside

3. Makan chicken tikka

4. Naik basikal in the countryside (in France during autumn, of course)

5. Ada kitchen like Margueritte’s kitchen (to die for)

6. Pergi tengok filem2 lama Juhi Chawla (my favorite Hindi actress who made a cameo in the film and I was so excited)

7. Buy a Julia Child recipe book and then start attempting masak French cuisine

8. Pergi grocery shopping in French market

9. Nak try buat omelette macam yang Hassan buat

10. Watch the movie 10 kali lagi, at least.

 footjourney4

The Hundred-Foot Journey is also very much about achieving peace in a world that is not always understanding and accepting. It conveys how compromise, and putting pride aside are things we must often learn to do in order to be accepted. As Steven Spielberg describes it, the film explores the idea of ‘having to walk a distance to achieve something of value for yourself.’

All in all, this is one movie that is filled with delicious looking food and sweet humorous moments. 

Food is King! Food is Memories!

 

Sep 11

Ayam Goreng Berempah

ayamgorengberempah1

Rasanya tadi banyak betul nak ditulis di blog ini. Dah tersusun kata-kata yang elok-elok . Tinggal lagi nak menaip aje. Tiba-tiba macam hari nak hujan, mendung semacam…maka berlarilah keluar nak angkat kain. Masuk kedalam rumah kena lalu dapur yang semak semacam. Sempat pulak mengerling pada dua bakul penuh kain yang tak berlipat. Sampai aje didepan laptop, satu apapun dah tak ingat. Hilang kesemuanya seperti ditiup angin lalu .

Oklah kalau dah macam tu, nak siap-siap ambik air sembahyang dulu, nanti masuk zuhur boleh cepat-cepat solat zuhur dan lepas tu boleh baring-baring sambil dengar mix.fm. Eh, tetiba baru teringat..la tak mandi lagi rupanya. Patutla tekak rasa perit….

Itulah story pagi ini. Alamat kelam -kabut pagi tadi masak untuk bekal suami dan anak, segalanya pun jadi kelam-kabut. Eh..saya tulis buku bekal takkanlah saya tak masak bekal untuk suami dan anak saya pergi kerja kan. Promote sikit buku bekal saya. 

bento1

Anda boleh beli disini 

Entry kali ni saya nak kongsi resepi ayam goreng berempah. Saya letak gambar ayam goreng berempah seperti diatas di instagram dan facebook saya dan ramailah yang bertanya akan resepinya. Ingatkan ayam goreng berempah dah tak famous tapi rupanya ramai jugak yang nak tahu macamana nak masak ayam goreng berempah yang sedap dan senang untuk dimasak. Begitu jugalah saya. Apa yang saya tahu nak masak ayam goreng berempah ni ada yang guna bawang,halia, serai dan ada yang kata kena perap dahulu  dan macam-macam lagi.

Sehinggalah saya berjumpa dengan sepupu saya Kak La  masa hari raya yang lepas. Memang kalau intro muka saya yang sengeh-sengeh semacam, dia macam tau-tau aje saya nakkan resepi beliau.”Ha, nak resepi apa, baik cakap cepat, “gertak Kak La. Saya ni yang memang siap dah bawak buku kosong dan pen dalam handbag terus keluarkan buku tu dengan sepantas kilat. Peluang keemasan ni.. dan makanya lepas satu per satulah resepi yang saya mintak.

Kak La memang terror masak. Kalau masak untuk catering pun macam main masak-masak aje. Sekejap aje dah masak dan sudah tentulah rasa masakannya..sedap tak terkata. Kak La selalu ada teknik rahsia dalam resepi beliau. Itulah sebabnya beliau boleh masak dengan berlenggang-lenggok.  Sambil jaga cucu boleh masak untuk catering lagi. I’m sooo impress!!!

kakla

Kak La yang pakai cermin mata. Yang sebelah tu adik beliau yang saya panggil Kak Encik. Siap promote my cookbook lagi. Both of them memang pandai masak. Kalau nak diet please stay away from them tapi kalau nak hilangkan stress, boleh jumpa dia orang berdua. Boleh tak kering gusi dibuatnya. Anak-anak saya kalau Kak La dan Kak Encik datang, tak bagi balik sebab nak bersembang dan sudah tentulah anak-anak saya especially Alia akan gelak guling-guling. 

Berbalik kepada tajuk entry saya kali ini. Saya nak share resepi yang Kak La bagi. Saya rasa Kak La tak kisah..dapat pahala tu. Saya tulis step-by-step ajelah. Kuantitinya agak-agak sendiri (Nasibla.. hari ni saya malas)

ayamgorengberempah2

1. Gaul ayam dengan serbuk cili, kunyit dan garam (Saya gunakan sebungkus kecil serbuk cili untuk seekor ayam)

2. Bancuh tepung goreng ayam dengan air dan masukkan sedikit gula (To be particular..tepung cap bestari)

3. Panaskan minyak

4. Celup ayam ke dalam tepung tadi dan goreng

5. Apabila separuh masak, masukkan banyak-banyak daun kari dan masak sehingga ayam garing

6. Angkat dan toskan

Siap!

# Saya suka letakkan sedikit daun pandan yang dihiris halus bersama daun kari. Baru semerbak bau dapur anda…

Boleh cuba ye…

Sep 05

Kimchijeon (Kimchi Pancake)

kimchipancake1

Mengaku aje yang kat Malaysia ni penuh dengan pelbagai masakan dari pelbagai negara. Cakap aje nak makan makanan mana..Jepun, Korea, Utara India, Selatan India dan entah mana-mana pun semuanya ada disini. Begitulah meriahnya Malaysia. Tak perlu pergi mana-mana, tak perlu guna passport dapat jugak merasa makanan dari mana-mana negara. Entah kenapa sebabnya saya pun tak tahu. Mungkin naluri ingin tahu kita tinggi kot. Nak tahu macamana rasanya orang Jepun makan sashimi, maka berlambaklah kedai-kedai yang menjual makanan tersebut. Kat Jepun tak tau la pulak kot-kot ada jual nasi lemak kan?

Walau apapun saya juga terkena tempiasnya. Gara -gara suka sangat tengok running man, maka inilah hasilnya. Haritu saya tengok running man dan kebetulan dia orang makan kimchijeon ni dan nampak teramatlah sedap. Siap makan panas-panas lagi. Dekat Sunway ada jual tapi of course mahal kan. Almaklumlah makanan import. Padahal memasaknya macam masak cucur bawang jer. Sebagai  seorang mak yang prihatin, saya akan masak makanan yang anak-anak suka dengan harapan mereka akan impress dengan saya. Sungguh tak ikhlas kan…harapan jer.

kimchipancake2

Semenjak keluarga saya suka sangat dengan k-drama, suami saya suka sangat dengan “2pm” dan the latest my girls suka sangat dengan “winner”, maka saya pun terhengeh-hengehlah nak mengikut rentak mereka. Tak boleh nak buat dek sebabnya nanti saya tak dapat pulak join diaorang punya conversations kan. Tertinggal gerabak keretapi pulak nanti.

Saya yang terhegeh-hegeh ni baru je habis tengok ‘secret garden’ yang entah tahun bila punya k-drama. Sekarang ni tengah tengok ‘my love from another star”..hiiii Kim Soo Hyun.

kimsoohyun

Kim Soo Hyun suka makan Kimchijeon..so sapa yang minat dia bolehlah cuba…Fighting!!

Kimchijeon

Bahan-bahan:

1 cawan kimchi(Dipotong kecil)

1/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung beras

Sedikit daun kucai/daun bawang

Secubit garam

3/4 cawan air

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

Campurkan tepung bersama dengan kimchi, garam dan daun kucai/daun bawang

Gaul rata dan masukkan air

Panaskan minyak dan goreng sehingga garing

Makan dengan sos