free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 27

Up Close With George Calombaris – Juri Masterchef Australia

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Minggu lalu suami saya bertanya samada saya nak ikut beliau menghadiri media conference bersama George Calombaris, salah seorang juri rancangan Masterchef Australia. Ibarat orang mengantuk disorong bantal, sudah tentulah saya tidak mahu melepaskan peluang ini. Tambahan pulak rancangan Masterchef Australia adalah salah satu rancangan kegemaran saya. Pucuk dicita ulam mendatang la kan.

Saya dan suami memang suka Masterchef Australia sebab juri-jurinya termasuk George ni begitu supportive dengan para peserta, tak seperti versi Amerika yang juri-jurinya garang-garang tak pasal2 – stress kita yang menonton ni.

So petang tadi saya saya dan suami pun ke Pullman Kuala Lumpur di Bangsar di mana George bertemu para penggiat media. Menariknya beliau mencuba tiga makanan popular Malaysia – asam laksa, nasi kerabu dan oyster goreng (makanan popular Cina). Sewaktu sessi berkenalan siang tadi beliau juga bercerita yang malam sebelumnya beliau dibawa menikmati hawker’s food di sekitar KL dan mencuba makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Bubur Pulut Hitam, Char Kuey Teow dan Cendol. And he was raving about rojak non stop, apparently his favorite Malaysian dish.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di sesi petang tadi juga George membuat demo masakan dan resepinya ialah Poached Chicken with Miso Hummus and Green Mango Salad. Malangnya dek kerana terlampau teruja, saya langsung tak menyalin resipi masakan ini. Sekarang ni pun saya dah ingat-ingat lupa akan resipinya. Alahai.

Apapun seronok dapat melihat betapa pro nya George membuat demonstrasi masakan and everybody were definitely glued watching him going through the paces. Boleh dijadikan panduan ni… kot-kot la saya kena buat cooking demo nanti. And the best part of all was we got to sample George’s masterpiece. And the one-word verdict – Sedap.

It was indeed a pleasure for me yang sangat suka memasak ni to be able to attend such an event. An eye opener and hope there will be more opportunities like this in the future.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Akhir kata, I would like to end this entry with what George Calombaris said this afternoon – “I cook not for the stomach. I cook for the soul.” Oh yes, right on!

Oct 21

Buku Bekal Ke Sekolah Menu Ala Barat

coverbuku2

Buku kedua saya sudah diterbitkan. Selepas menghasilkan buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia, saya telah dipanggil semula untuk shooting buku kedua saya yang bertajuk Idea Bekal Ke Sekolah Menu Barat.

Ini adalah untuk melengkapkan edisi buku bekal kanak-kanak ke sekolah. Dengan gabungan kedua buku maka ibu-ibu di luar sana dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memilih menu bekal untuk anak-anak mereka.  

Terdapat 44 resepi menarik didalam buku iniyang menampilkan makanan ala gaya barat. Namun begitu ia diolah supaya mudah untuk memasaknya dan sesuai dijadikan bekal. Di dalam buku ini anda akan terjumpa dengan resepi-resepi seperti chicken cordon bleu, pot pai ayam, lasagna dan sebagainya yang tampak renyah. Namun begitu resepinya sudah dipermudahkan supaya ibu-ibu dapat menyediakannya dengan cepat. Jangan takut dan jangan risau untuk menyediakan juadah yang nampak agak rumit tetapi boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Ibu-bapa patut memiliki buku resepi ini kerana ianya sarat dengan pelbagai resepi-resepi yang menarik. Anda tidak perlu membeli nugget, sandwich, burger yang mahal kerana anda boleh membuatnya sendiri di dapur anda. Pastinya lebih murah dan mudah. Dengan harga yang sama dan ilustrasi yang menarik saya pasti ibu-bapa malah anak-anak akan tertarik dan menggemari hasil juadah daripada buku resepi ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terdapat 44 resepi menarik didalam buku iniyang menampilkan makanan ala gaya barat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam goreng kerepek dimana anda boleh menukarkan jenis kerepek yang anak anda suka untuk resepi ini. Rasanya akan berbeza setiap kali kerepek yang berlainan digunakan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bebola Ayam Epal dengan  Sos Kubis Bunga Berkrim. Anak-anak tak perasan pun kat dalamnya ada epal hijau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya rekomen anda mencuba resepi ini terutama bagi anak-anak yang tidak suka makan ikan. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya akan sign sendiri buku-buku yang anda beli dari saya…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya akan balut sendiri buku-buku yang anda beli dari saya…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Macamna nak beli?

Satu buku berharga RM15 +RM6 (postage semenanjung) / RM 10 (postage Sabah dan Sarawak)

Dua buah buku berharga RM 30 + RM7 (postage semenanjung) / RM 12 (postage Sabah dan Sarawak)

Jangan lepaskan peluang ini……..

Cara membuat pembayaran:

1. PM nama + alamat melalui facebook/ email – azianhasan69@gmail.com

2. Anda akan diberi number akaun utk pembayaran.

3. Selepas pembayaran, sertakan bukti pembayaran ke facebook atau email.

Jom Berbento!

Oct 14

Muffin Strawberry

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Buah strawberry tu dah lama dibeli. Disimpan didalam peti ais sampaikan dah jadi lembik. Semenjak dua menjak ni selalu aje jatuh cinta dengan buah strawberry. Pantang nampak buah strawberry yang masak ranum, terus aje nak beli. Lepas tu terperuk dalam peti ais tak tau nak buat apa.

Perangai buruk itu masih ada…membeli tanpa ada perancangan terlebih dahulu. Mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan cara ibubapa saya dulu yang suka stock-up banyak barangan keperluan dapur dengan alasan, kalau ada tetamu yang datang mengejut, taklah susah mana nanti. Saya juga sudah terbiasa masak dalam kuantiti yang banyak. Tak ada kuali dan periuk yang bersaiz kecil dirumah saya. Semuanya besar gedabak ibarat nak masak untuk kenduri. 

Saya suka menerima tetamu. Pembetulan..saya dan suami memang suka menerima tetamu . Bagi kami meraikan tetamu adalah satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan. Berbincang mengenai menu. menghias meja makan, planning a guest list, arranging flowers and cooking for those we care about…ohh, it is such a soul-satisfying. Entertaining is fun…….

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Muffin strawberry ini saya buat untuk kami sekeluarga makan dihujung minggu. Ingatkan bolehlah Arissa bawa sedikit untuk kawan-kawan serumahnya tapi saya pun dapat makan seketul aje. Muffin ni garing diluarnya kerana saya taburkan gula perang yang dicampur dengan sedikit kulit kayu manis. Harum semerbak baunya. Lembut  dan lembab dibahagian dalam dan garing dibahagian luar memang menjadikan muffin ini sempurna. Muffin tak perlu terlalu manis kerana ianya tidak mahu menenggelamkan rasa buah yang dimasukkan kedalamnya. Potong sahaja buah strawberry kecil-kecil supaya apabila dikunyah, dapat terasa manis dan sedapnya strawberry tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Muffin Strawberry

Bahan-bahannya:

1/2 cawan mentega

3/4 cawan gula castor

1 biji telur

2 cawan tepung gandum

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

1/2 cawan susu segar

1 1/2 cawan buah strawberry(dipotong kecil)

3 sudu besar gula perang + 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (Untuk ditabur)

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C

Pukul mentega dengan gula sehingga gula hancur dan kemudian masukkan telur

Campurkan tepung, baking powder dan garam kedalam bekas yang besar

Masukkan campuran tepung tadi bergilir-gilir dengan susu segar kedalam  adunan mentega

Gaul sebati dan masukkan kedalam bekas muffin

Taburkan dengan  campuran gula perang 

Bakar selama 20-25 minit

Oct 09

Nasi Lemak Daun Lemuni

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apa rasanya nasi lemak daun lemuni agaknya?. Sebelum ini selalu dengar orang masak nasi lemuni. Teringin betul rasanya. Kata mereka nasi lemak daun lemuni lebih sedap, lebih wangi dan lebih terasa lemaknya. Setiap kali balik kampung terfikir nak merasa makan nasi lemak daun lemuni tapi usahkan nasinya, pokoknya pun tak pernah jumpa. Kata mereka lagi pokok lemuni susah nak hidup. Kata merekalah…

Kalau dah rezeki tak siapa boleh menduga. Bulan ini sahaja sudah dua kali saya masak nasi lemak daun lemuni. Sekali Mami jiran belakang rumah saya bagi daun lemuni dan sekali lagi kakak ipar saya , Kak Zai bagi. Masaknya macam masak nasi lemak biasa sahaja cumanya perlu ditambah sedikit lada hitam dan halba. Saya tak letak halba sebab anak saya tak berapa suka baunya. Daunnya dikisar, ditapis dan diambil airnya. Kata mereka daun lemuni ni boleh memanaskan badan. Itulah sebabnya ianya selalu dimasak untuk juadah orang yang berpantang. Kata merekalah…

nasilemuni2

Nasi lemak daun lemuni memang sepadan digandingkan dengan sambal tumis ikan bilis. Masak aje sambal tumis macam biasa dan kemudian terjunkan aje ikan bilis. Tak perlu goreng dulu ikan bilis tu. Boleh juga dimakan bersama telur rebus dan timun. Macam nasi lemak biasa .

Nasi Lemak Daun Lemuni

Bahan-bahannya:

3 cawan beras (Dibasuh dan ditoskan)

3 cawan santan + 1/2 cawan air perahan daun lemuni (daun lemuni dikisar dan diambil airnya)

3 ulas bawang merah kecil (Dihiris halus)

1 inci halia(Dihiris halus)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh lada hitam (Ditumbuk halus)

1/4 sudu teh halba (optional)

Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam peruik nasi automatik dan masak macam masak nasi biasa.

 

Oct 01

Roti Bawang

rotibawang1

Hari ini adalah hari pertama didalam bulan Oktober. Sudah menghala ke akhir tahun rupanya, cepat betul masa berlalu kan. Kalau dahulu akhir tahun adalah masa yang dinanti-nantikan. Mana tidaknya zaman saya masih bersekolah rendah, akhir tahun adalah masa untuk menikmati cuti yang panjang. Hampir dua bulan lamanya. Hampir-hampir terlupa mengira dan membaca a,b,c apabila naik kelas di tahun hadapannya. Sungguh simple belajar diwaktu itu. Belajar di darjah satu hanyalah mengenali angka dan bentuk. Belajar sains pun hanyalah setakat mengenali binatang dan tumbuhan. Tak ada kindergarten, tak ada tuition, tak ada ko-kurrikulum.. yang ada hanyalah keseronokan berkawan dan menikmati hari-hari persekolahan tanpa stress.

Semasa saya bersekolah rendah, saya bersekolah dikampung. Bapa saya gurubesar sekolah manakala ibu saya pula guru kelas….kelakarkan…Segala aktiviti disekolah dikongsi bersama orang-orang kampung. Begitulah rapatnya pertalian antara sekolah dan masyarakat kampung. Guru-guru banyak menghabiskan masa yang menyeronokkan dengan anak-anak murid. Setiap minggu cikgu akan menyusun kerusi dibawah pokok dan bercerita dengan anak-anak muridnya. Kisah Sang Kancil, kisah Lebai Malang dan itu sungguh menggembirakan. Berbeza dengan sekarang..maaf cakap, tengok muka cikgu pun saya dah rasa susah hati. Beban kerja yang terlalu banyak membuatkan hilang segala ‘moment’ yang manis-manis semasa di sekolah. 

Terasa mahu saja saya mengembalikan masa-masa manis alam persekolahan dahulu kepada anak-anak sekarang. Kesian, baru saja menjejakkan kaki ke sekolah rendah dah pun ‘stress’. Eh, dah masuk sekolah rendah tak tau baca lagi,?, UPSR pun tak dapat 5A?..Adooiii…penting sangat ke macam tu. Membaca status dan komen di facebook berkenaan ibu-bapa yang kiasu memuatkan saya sesak nafas. …UPSR pun dah kalut. 

rotibawang3

OKlah marilah kita membuat roti. Resepi pertama di bulan Oktober. Basicnya ianya adalah roti putih. Tapi saya taburkan bawang diatasnya dan saya berikan nama roti bawang. Begitulah kaedahnya…

rotibawang5

Roti Bawang

Bahan-bahannya:

5 cawan tepung roti

1 paket yis kering

2 sudu besar gula perang

1 sudu besar garam

Sedikit minyak

2 1/2 cawan air suam

Sedikit bawang merah dan biji bijan untuk ditaburkan keatas roti

Sedikit susu segar

Cara membuatnya

Didalam bekas besar masukkan tepung, yis,gula perang dan garam

Dengan menggunakan mixer, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli selama 10-15 minit

Sapukan bekas dengan minyak dan letakkan doh tadi dan tutup denga tuala bersih yang basah

Biarkan ianya selama 1 1/2-2 jam atau sehingga saiznya menjadi dua kali ganda

Tumbuk-tumbuk doh untuk membuang udara didalamnya

Bentukkan doh mengikut citarasa sendiri

Sapukan bahagian atas roti dengan susu segar ataupun telur kuning dan taburkan bawang dan biji bijan (Saya gunakan kuning telur sebab masa tu susu segar dah habis…emmm..kuning telur akan membuatkan permukaan roti macam keras sikit)

Letakkan roti ke dalam ketuhar (jangan on dulu ketuhar)

Letakkan bekas yang mengandungi air panas dibawah ketuhar tersebut dan turn the oven to 350 F dan bakar selama 30-35 minit.

 

rotibawang2