free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Dec 29

Buku Idea Bekal ke Sekolah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bukannya senang nak bangkit awal pagi dan bersilat di dapur semata-mata nak siapkan bekal anak. Dah tu tak tau pulak nak masak apa. Takkan hari-hari nak bekalkan nasi goreng. mee atau mee-hoon goreng. Kat sekolah pulak macam-macam ada dijual. Tak ke nanti anak-anak terliur tengok kawan kat sebelah makan makanan yang agak fancy.

Itu satu hal. Ada pulak cerita ada anak-anak malu nak bawak bekal ke sekolah. Malu nanti kawan-kawan ejekkan. Malu pulak nanti orang kata mak ayah tak cukup duit nak bagi duit belanja sekolah.

OK…sekarang mari kita tukar segala-galanya. Tahun 2015 ni kita ubah semuanya. Kita sediakan bekal yang berkhasiat, sedap dan cantik kepada anak-anak kita. Biar anak-anak kita rasa bangga bawak bekal ke sekolah yang dimasak oleh ibunya. Tambahan pula ia menjimatkan.

Anda ketandusan idea? Jangan risau! Kini ada buku yang dapat membantu anda menyediakan bekal anak-anak ke sekolah dengan mudah dan cepat. Eh! Bukan satu buku tau…. malahan ada dua buku untuk dijadikan panduan… 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kita mulakan dengan buku pertama iaitu buku Idea Bekal ke Sekolah- Menu Asia.

Buku ini menampilkan pelbagai resepi yang sesuai dengan citarasa orang Asia. Ada pelbagai resepi berasaskan nasi, mee, mee-hoon dan juga pelbagai lauk-pauk dan roti.  Ada resepi mengikut masakan melayu, cina, india, indonesia, jepun, korea dan arab. Yang paling bestnya ialah buku ini menampilkan penyediaan pelbagai sos yang boleh dibuat dahulu dan disimpan didalam peti sejuk. Jadinya taklah perlu nak kelam-kabut diwaktu pagi. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam buku ini. Mudah aje.

Pesanan Penaja…Hasil dari buku, semakin ramai ibu-bapa rajin memasak untuk anak-anak. Nah, linknya . Klik je kat sini dan boleh beli online.

KLIK

KLIK

cover6

Mama saya dah beli, anda bila lagi?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Buku Idea Bekal ke Sekolah- Menu Barat ini pula memang sesuailah dengan citarasa anak-anak yang sukakan junk-food. Lepas ni tak payah beli dah segala junk -food. Boleh buat sendiri aje, bukannya susah sangat. Selain dapat menjimatkan wang ianya dibuat dari bahan-bahan yang ada di sekitar dapur anda sahaja. Di dalam buku ini saya berkongsi tips untuk anak-anak anda yang cerewet dengan makanan. Dah memang selalu sangat saya dengar keluhan ibubapa yang komplen bahawa anak-anak mereka tak suka makan sayur. Jangan stress, cuba sahaja beberapa resepi yang didalamnya mengandungi pelbagai sayur tetapi anak-anak and tidak menyedarinya pun. 

Macam menarik kan…Ini linknya kalau anda nak beli secara onlini. Klik disini ye…

KLIK

KLIK

SIGNED COPIES DARI SAYA

Dan kalau anda nak beli buku dan disign oleh saya dan dibalut cantik-cantik macam kat bawah ni, sila email saya di azianhasan69@gmail.com atau whatsapp saya di 01115139882 ( Whatsapp lebih senang sebab saya tak boleh berenggang dengan phone saya…)

SMS/ WHATSAPP

011-15139882

011-15139882

011-15139882

cover8

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nak bagi hadiah kat orang pun boleh, bagitau saja..bisa diatur!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jom tengok testimoni..Tak sah kalau tak ada testimoni kan…

IMG_20141225_182100

IMG-20141227-WA0001

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli buku-buku saya samada secara online ataupun terus dari saya. Saya amat-amat menghargainya # sayajual. Oh ya… anda juga boleh dapatkan secaa langsung di kedai-kedai buku ternama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan lain-lain.  Jom follow saya kat Instagram ..di sini

 

 

 

Dec 23

Sotong Bakar Berkicap

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Memang dah  dari dulu lagi perangai saya memang suka ubah susun atur perabut. Nasib suami dan anak-anak tak kisah malahan turut terjebak dalam perangai saya yang entah apa-apa ni.

Ingat lagi dulu arwah mak saya cakap, “Perabut dalam rumah kamu ni nanti mesti rosak sebab diheret sana sini.”

Saya yang buat muka pelik masa tu bertanya balik,” Eh, iye ke? Betul, tak percaya tengoklah nanti, kata beliau.”

Memang dah tau tapi buat jugak. Almari baju yang elok lagi didalamnya dah terkopak disebabkan selalu sangat ditolak dan diheret .Dah perangai macam tu nak buat macamana. Sekarang ni ajelah kurang sikit sebab mungkin dah tak berapa larat.

Itulah yang saya buat dalam dua minggu ini. Saya ubah susun atur kesemua bilik tidur dirumah saya dengan alasan anak-anak dah besar, jadi mereka perlukan deco yang berbeza dengan umur mereka. Penatnya tak usah nak cakapla kerana dalam pada itu saya jumpa banyak barang-barang yang tak berguna, setimbun habuk dan macam-macam barang yang saya tak tau pun yang saya ada beli . Saya kumpul dua plastik sampah hitam barang-barang untuk di re-cycle, dua plastik sampah hitam baju yang dah diberi kepada cleaner office suami saya dan  lebih dari lima plastik sampah hitam, sampah. Yes…sampah. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dalam pada sibuk mengemas rumah sudah tentulah saya akan masak makanan yang simple ajer. Nak beli kat luar selalu sangat, tekak dan perut ni macam tak berapa nak ‘ngam’. Jadi saya masak nasi dal yang dipadankan dengan sotong bakar berkicap.

Hari ni saya nak kongsikan resepi sotong bakar berkicap yang cun melecun. Senang jer membuatnya dan anak-anak anda pasti sukakannya sebab rasanya yang ada manis-manis sikit. Satu perkara penting bila kita nak membakar sotong ialah kita kena pastikan sotong ditoskan dengan baik dan kalau boleh sotong dikeringkan dengan menggunakan tisu dapur. Sotong mengandungi banyak air dan jika airnya tidak dikeringkan dengan sempurna, sotong tidak akan nampak cantik semasa digrill. Perap aje sotong dengan bahan-bahan dan grilkan diatas pan yang betul-betul panas , turning setiap 30 saat . Jangan masak terlalu lama takut nanti sotong akan jadi liat. Cukup sekadar 1-2 minit sahaja (bergantung pada saiz jugak).

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tengok ni..nice kan?

Sotong Bakar

Bahan-bahannya:

4/5 ekor sotong(Dibersih dan dikeringkan)

2 sudu besar minyak

3 ulas bawang putih(Dicincang halus)

1 inci halia(Dicincang halus)

½ sudu besar kicap biasa

1 sudu besar kepingan cili

1 sudu besar madu

¼ sudu teh serbuk lada sulah

¼ sudu teh sos tiram

½ biji lemon

Cara membuatnya:

Perap sotong dengan kesemua bahan-bahan

Bakar sotong menggunakan pan yang panas selama 2 minit setiap belah

Masak kuah perapan sehingga pekat dan tuangkan keatas sotong tersebut.

Perah lemon keatas sotong.

 

 

 

 

Dec 11

Samosa Sayuran Ala-ala Punjabi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dah lama dah buat samosa ni. Kalau tengok rupanya ala-ala karipap pun ada kan. Memangpun……kulit samosa ni dibuat seperti buat kulit karipap. Bezanya ianya menggunakan minyak sapi dan sedikit jintan putih.

Ini adalah samosa sayur-sayuran ala-ala punjabi. Kalau jalan-jalan kat Brickfield banyak jual samosa ni. Makan sebijik pun dah kenyang. Yang paling bestnya kita boleh henyak banyak-banyak inti kat dalamnya kerana probability untuk kulitnya pecah adalah terlalu rendah. Ok..rasa nak pergi buat lagi pulak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Semakin umur bertambah semakin malas pulak saya nak buat kuih-muih untuk minum petang.  Normal la kot macam tu. Lepas ini kena turn anak-anak pulak la yang masakkan untuk mak bapak, barulah kelas …oh, berangan.

Memang saya dah kata kalau saya buat kuih muih macam ni, ianya seperti suatu keajaiban dirumah.

Alia yang baru balik dari kerja menjerit terkejut melihat saya mencanai kulit samosa ni. “Mak buat apa ni?” . Saya pulak yang jatuh hairan tengok dia terkejut. Nampak sangat kejadian seperti ini jarang-jarang berlaku dirumah saya. Saya lebih suka memasak menggunakan periuk dan kuali daripada membuat kuih muih yang mengambil masa dan renyah.

“Nah, buat ni ,” kata saya.

Maka dengan selambanya saya pergi tengok TV.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kulit samosa perlu dicanai seperti diatas tu dan kemudian potong kepada dua bahagian. Gulungkan kulit samosa seperti bentuk kon.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Masukkan inti samosa

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Letakkan sedikit air dan cantumkan dibahagian tepinya. Just cantumkan aje..kerja senang. Kemudian bolehlah digoreng dan dimakan. 

Ni dia resepinya..

Samosa Sayur-Sayuran Ala Punjabi

Kulit Samosa

2 cawan tepung gandum

4 sudu besar minyak sapi

5-6 sudu besar air (Boleh tambah sikit lagi jika adunannya tak boleh dikepal)

1 sudu teh jintan putih

Secubit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

Campurkan tepung, jintan putih dan garam

Masukkan minyak sapi dan gaul menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga adunan dapat dikepal.

Masukkan Doh ke dalam bekas, tutup dengan kain bersih yang lembab dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. 

Selepas itu bulat-ulatkan doh mengikut saiz yang disukai dan bolehlah mencanai kulit popia seperti gambar diatas.

Inti Samosa 

3 biji ubi kentang (Dipotong dadu)

3/4 cawan kacang pis (Frozen)

1 biji cili hijau (Dipotong halus)

1/2 inci halia (Ditumbuk)

1/4 sudu teh serbuk cili

1/2 sudu besar minyak

Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1/4 sudu teh lada hitam

1 biji buah pelaga

1/2 sudu teh jintan putih

1/2 sudu teh jintan manis

1/2 sudu teh biji ketumbar

3/4 sudu teh garam masala

Sedikit kulit kayu manis

Cara mebuatnya:

Stim atau rebus dahulu ubi kentang dan kacang pis, toskan, set aside.

Sangai (Goreng tanpa minyak) kesemua bahan-bahan kisar sehingga wangi dan kemudian kisar sehingga halus

Panaskan minyak dan letakkan sedikit jintan putih (Optional)

Masukkan halia dan cili hijau

Kemudian masukkan kentang, kacang pis, serbuk cili dan bahan-bahan kisar tadi.

Gaul rata , perasakan dengan garam dan biarkan selama 2-3 minit.

Angkat dan sejukkan.

Dec 02

Lunch Date With Kawan-kawan Lama

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Back home in Kampar (my hometown) many many years ago, friends would come over to my house especially during Hari Raya. It was a simple life then as they would walked in huge groups to my house and spent long hours there. Makan -makan and sembang-sembang. Such gesture and friendships are one of my most cherished memories. 

A few weeks ago, I facebook messaged Yat Wah (the tallest gorgeous woman in the picture) and were saying how much we missed each other. 

One thing led to another and we decided to have makan-makan at my place… just like the old time. Before long, we set up a  whatsapp group (small one only) and started to get everybody to join in. Unfortunately, Kong Mun Yee who really was very excited to join was unable to make it. Next time lah ye Mun Yee.

Yat Wah is like a sister to me. She could not make it to my wedding about 21 years ago. But she came a few days before that and was roped in by my cousin to help around the house (Yat Wah, please ingat you helped to hang the backdrop in my bilik pengantin). 

She was the last one to leave that day… we sembang till 6 pm.hahaha…  

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Getting ready: As usual, for lunch I set the table up.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

The lunch: The challenge was to make it less spicy and super delicious… heheheh

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Friends for life: (from left) Wai Chui (she was the class monitor for Form 5 Science 1 and is now married to our head prefect Mun Keong) and Jeeneze, one of the nicest girls in school). By the way, I am holding Nicholas, Wai Chui’s baby son. Nicholas is officially the most adorable kid in the whole wide world.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

With Christina, the friendliest friend. Her sons’ pets include a snake…. we are so not going to her house.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Before makan-makan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam Percik – To make it less spicy, I separated the gravy. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Bawal Masak Sweet Sour

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daging Masak Hitam dan Sayur Campur

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Butter Rice

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dessert Table – Vanilla ice-cream with Salted Caramel, Kueh muih. and Alia buat kopi- o kaw-kaw. Thanks Jeeneze for the kueh nyonya..sedap!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dah nak start makan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

I asked Alia to take time off from work. She was the photographer and baby sitter for the day.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Baby Nicholas, Jeremy and Joel

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Let’s do this again!