free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jan 28

It’s All Good

PhotoGrid_1422440872874 (1)

Sibuk? Tak jugak….Malas?  Tak jugak..Habis tu kenapa lama tak up-date blog?

Walaupun dah lama tak up-date blog tapi Alhamdulillah life has been good. Sebenarnya, saya agak busy bersosial and bersilaturahim these past weeks. Nothing gives me more pleasure than be able to meet up with my family members and of course… makan-makan. A lot have been happening actually that I decided to rangkumkan all that in one entry… nak jadikan kenangan di masa depan for me pun ya. So here goes:

1. Of courselah dalam banyak-banyak aktiviti sosial akan terselit menghadiri majlis orang kahwin. Akhir hujung tahun lalu saya dan suami ke Cassa Heleconia, Jalan Semarak untuk perkahwinan anak Kak Timah, sepupu suami saya. Dah lama tak jumpa this side of family so memang berselfie sakan la kami.

IMG_20141227_220726

Kalau berjumpa kami cakap slang Perak tau…

2. A few days later, we found ourselves (saya, tuan suami and our three buah hati) making a trip to Langkawi. Dah lama plan sebenarnya cuma nak pastikan cukup korum (dan of course la cukup budget) barulah kami confirmkan datenya. Best..memang best pergi jalan kali ni. Daripada island hopping, makan-makan ..semuanya marveles. Tuan suami yang arrangekan segala-galanya, saya hanya pasang angan-angan aje. Saya cakap kali ni  saya nak makan angin aje, nak seronok-seronok  tak nak shopping, menghabiskan duit aje tapi akhirnya, tuan suami terpaksa mangangkut pelbagai jenis kotak periuk belanga.

langkawi1

Cantikkan..yang tu, jelly fish. Boleh masak kari ke?

langkawi10

Sebelum dilambung ombak

PhotoGrid_1422434043498

Tiga orang gadis berposing di Tasik Dayang Bunting

langkawi7

Gayat..tak nak naik lagi!

langkawi2

Beach ni paling win…

PhotoGrid_1422443799875

Pemandangan di belakang dan di hadapan homestay di Langkawi..Kedua-duanya membahagiakan.

langkawi9

Sudah jatuh cinta sama dia…sedap giler..

3. Balik dari Langkawi , kakak saya datang dari kampung. Seingat saya semenjak mak meninggal tak pernah lagi kami keluar makan sama-sama. Jadi kali ni saya seret kakak saya dan keluarganya makan kat luar. Tempat pilihan ialah di Seoul Garden Hot Plate, Main Place. Kena pulak hari tu adalah harijadi Aisyah, anak sedara saya. Akhirnya…sudah semestinya..makan. Ginseng soup dia is to die for.

birthdayaisyah

Cun semuanya…

4. Lunch date dengan Kak Joi. Seperti biasa Kak Joi mesti bawak makan kat kedai yang best dan lepas tu kami cuci mata ke Sungai Buluh. Akhirnya..terbang jugak duit beli pokok bunga dan sekarang sedang aktif melakukan kunjungan balas ke kedai makan tersebut.

IMAG1260

Ofkos I beli yang ni….

5.  And in between, kena bagi support yang tak berbelah bagi kepada azam baru saya dan suami untuk kuruskan badan. Round stadium MPSJ hampir tiap-tiap hari  and I tell you that it is beyond my kapasiti dan akhirnya……terpaksa pergi berurut sebab sakit pinggang yang teramat sangat.

6. Yang ni saya happy giler….Saya nak tulis dalam huruf besar ye. ‘SAYA JUMPA FYNN JAMAL’. Bersembang tak ingat dunia jer. Thanks Fynn..kalau ada rezeki nak jumpa lagi, boleh? I really adore her. Apa yang keluar dari mulut nya buatkan hati saya melt. Serupa jugak bila baca hasil karyanya, buatkan bulu roma meremang. Bila jumpa orang yang hebat, yang selalu cerita pasal Allah rasa macam tak nak balik. Bestnya..yes dan akhirnya segala skrin laptop, skrin phone saya adalah gambar saya dengan Fynn Jamal.

fynnjamal1

Tak tau nak letak caption apa… 

7.  Pantang dengar Wanchik dan Wan Chu datang dari Pengkalan, Ipoh. Saya dan keluarga pastinya memanjangkan langkah nak berjumpa dengan mereka. Kena pulak Didi, Ajih, Anom dan Raha pun ada selain keluarga Ayah Chik. Bayangkan nak update semua cerita dalam satu masa. Bayangkan betapa haru-birunya. Dan kamipun sambut birrthday Wanchik sekali dan tentulah kek tu Raha yang buat. It was fun..really,really fun. 

rumahayahchik

Daripada makanan tengahari bawak ke makanan petang, tak berhenti -henti bersembang. 

wanchik

Amboiii..Wan Chik pakai tudung colour-colour lagi.

7. Hari Ahad tu pulak saya balik kampung bersama suami saya kerana memperkenankan hajat anak sedara saya ,Amin untuk merisik gadis pilihan hatinya. Kena pulak  rumahnya tak jauh dari kampung saya. Bak kata orang seperti sambil menyelam minum air la. Punyalah sedap makan hari tu. Dari lauk pauk kat rumah kenduri sampailah ke lauk pauk kat rumah anak sedara saya, Farhana. Makan tengahari dua kali gitewww. Hancur diet tahap mega, bak kata Nisah sampaikan akhirnya…satu gambar pun tak ambik.

8. Dalam pada tu, pada hari Sabtu baru-baru ni saya menyempatkan diri menghadiri demo membuat bento dan pelancaran buku Little Miss Bento by Shirley Wong. Memang terpegun melihat beliau yang begitu kreatif. Free hand jer dah boleh buat macam-macam bentuk bento..err..bolehke saya buat macam tu nanti. Akhirnya saya beli buku dia dan berangan yang saya boleh jadi kreatif macam beliau.

bentogirl

Kawaiii

9. Acara kemuncaknya berakhir pada Ahad yang lepas. Suami saya decided nak outing dengan anak-anak sedara dan cucu-cucu yang cute-miut tu. Janjinya nak keluar sekali dengan kakak ipar dan abang saya sekali tapi finally both of them tidak dapat datang. Maka kami-kamilah yang menggawatkan suasana. Gawat, gawat bersembang dan makan-makan memang best. Tengok ajelah gambar ni. Haru biru dan akhirnya saya balik dan tertidur kekenyangan dan nyaris  terlepas nak jumpa Anis.

outing2

Ini kenduri ke apa?

outing1

Happynya semua…Alhamdulillah

10. Lewat petangnya saya berjumpa dengan Anis. Kena interview untuk ruangan personaliti di inspirasi magazine. First time kena interview berterabur depan belakang cerita. Harap Anis faham la kan. Klik kat sini kalau nak baca.

20150125_184456

Thank You Anis

Dah,,,dah ..cukuplah tu. Dah panjang sangat dah ni. Lepas ni kita share resepi la pulak ye..

 

 

Jan 12

Ayam Kukus

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bila sebut sahaja pasal ayam kukus, dua bahan yang wajib ada adalah halia dan minyak bijan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bila anda plan nak makan sekeluarga dihujung minggu, carilah menu yang mudah untuk dimasak. Tak perlu duduk lama-lama didapur. Macam menu ayam kukus ni. Senang jer nak membuatnya. Tak perlu digandingkan dengan nasi ayam. Makan dengan nasi putih pun sesuai. Macam ni ha..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam kukus taklah susah sangat nak dimasak. Once you’ve done it, and seen how they come out so you can adjust, you will be a pro in no time at all.

Kalau nak kukus ayam, yang penting ayam mestilah  ditoskan betul-betul. Pastikan air didalam kukus mendidih sebelum meletakkan ayam ke dalam kukus. Jangan kukus terlalu lama, cukup sekadar selama 30-35 minit untuk saiz ayam sederhana iaitu dibawah berat 2 kilogram. Selepas dikukus, rehatkan ayam sebentar sebelum dipotong.

Yang penting mestilah ada side-dish. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya pernah kongsikan resepi ayam kukus ini di majalah Jelita keluaran September 2014. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan memilikinya..jom tengok resepinya.

Ayam Kukus/Ayam Stim

 

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (Dibersih dan dikeringkan)

1 inci halia (Diparut)

2 sudu besar minyak bijan

Garam secukupnya

3 ulas bawang putih (Dicincang halus)

3 tangkai daun bawang (Dicincang halus)

Sos

1 sudu besar minyak zaitun

3 inci halia (Dicincang halus)

1 cawan daun bawang (Dicincang halus)

½ cawan minyak bijan

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Panaskan pengukus

Campurkan halia yang diparut bersama minyak bijan dan tapiskan

Lumurkan keseluruhan ayam dengan garam dan minyak bijan tadi

Masukkan halia dan daun bawang yang telah dicincang ke bahagian dalam ayam

Kukus ayam selama 35-40 minit

Toskan ayam dan lumurkan semula dengan minyak bijan dan garam

Potong ayam dan letakkan ke dalam pinggan

 

Cara membuat sos:

Panaskan minyak dan masukkan halia

Masak selama 1-2 minit dan kemudian masukkan daun bawang, gula dan garam

Gaul rata dan masukkan ke dalam mangkuk

Tuangkan minyak bijan ke dalamnya dan kacau sebati