free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 27

Acar Ikan Masin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kami suami isteri memang suka bersembang perihal kisah-kisah lama. Almakhlumlah dulu duduk sekampung lepas itu terpisah dan kemudian jumpa balik (tentulah jumpa balik , kalau tak macamana boleh kahwin). Banyak cerita tentang kisah-kisah orang kampung, macamana kami bermain galah panjang dan polis centry pada malam bulan puasa, bermain kondang-kondi dan main pondok-pondok.

Tak boleh tidak kami pastinya bersembang tentang makanan semasa dulu . Makan bertih kosong cicah dengan pisang pun dah rasa seronok sangat. Makanan dulu-dulu sangat simple. Budak-budak makan segala apa yang dihidangkan. Segala masakan dari ulam-ulaman ataupun apa jenis ikan, semuanya kasi sapu licin. Sedap hingga menjilat jari. Ikan pekasam atau ikan masin pun menjadi kesukaan kanak-kanak. Senang cerita, budak-budak zaman dulu tak banyak ragam bab-bab makanan ni…senang.

Suami saya kata dulu masa dia disekolah rendah, tiap-tiap hari dia bawak bekal nasi putih dengan sambal tumis ikan masin. Tak payah bawak lauk lain ataupun sayur. Itu sahaja dah cukup dah. Patutla suka sangat makan ikan masin sekarang ni. Peminat tegar dari zaman sekolah rendah rupanya….

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Acar Ikan Masin

Bahan-bahannya:

1 keping isi ikan masin (Dipotong empatsegi)

100 gram cili kering(Dipotong pendek) Kalau nak lebih pedas boleh tambah lagi

1 sudu besar kismis

1 biji bawang merah bersaiz sederhana (Dibelah empat)

2 ulas bawang putih(Dibelah empat)

1 inci halia (Dipotong memanjang)

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh bijan putih

Daun kari

2 sudu teh gula perang

2 sudu teh cuka

2 sudu besar minyak

Cara membuatnya:

Goreng tanpa minyak bawang merah, jintan manis dan bijan putih sehingga wangi.

Kisar bersama kismis, ketepikan

Rendam sebentar ikan masin ke dalam air.

Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga garing, angkat dan toskan

Tinggalkan dalam 1 sudu besar minyak dan masukkan halia bersama daun kari dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi

Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan gula, bawang putih dan cuka.

Gaul sebati dan masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi

Dah pun siap.

Nota Tambahan:

Acar ikan boleh disimpan lama. Tak perlu letak dalam peti sejuk janji cili dimasak lama. 

Untuk mengurangkan masin pada ikan masin, rendam bersama sedikit garam.

 

 

Feb 24

Bubur Gandum

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bubur gandum memang terkenal di Utara. Teringat lagi masa dulu ada satu pot dekat sebelah Emporium Ipoh iaitu tempat famous makan bubur gandum. Pada masa tu bubur gandum biasanya dijual oleh mamak yang membawa kandar ke sana kemari. Bila dia berhenti disatu-satu tempat tu dia akan letakkan bangku kayu. Dia gulung-gulung kain sampai ke paras lutut dan mulalah menjual. Bubur gandum yang pekat dan lemak dimakan panas-panas memang sedap. Sekarang ni memang dah tak ada dah. Malahan bubur gandum pun dah ramai orang tak tahu.

Bubur gandum menggunakan biji gandum yang telah dibuang kulitnya. Jangan terkeliru dengan gandum yang dijadikan makanan ayam. Itu gandum yang tidak dibuang kulit dan bentuknya lebih bujur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya hanya gunakan gula putih kerana saya suka melihat bubur gandum yang putih melepak. Anda boleh sahaja menggantikan gula putih dengan gula merah. Rasanya masih lagi sedap. Santan yang digunakan mesti betul-betul fresh dan pekat. Bubuhkan sedikit garam untuk menjadikan rasanya lebih lemak.  Adoii..sedapnya!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bubur Gandum

Bahan-bahannya:

1/2 cawan gandum(Dibasuh dan direbus sehingga lembut)

450 ml santan

1/2 cawan gula putih/gula merah

Secubit garam

1 helai daun pandan(Disimpul)

Cara membuatnya:

Masukkan santan ke dalam periuk bersama gandum, gula, garam dan daun pandan

Jerang diatas api yang sederhana dan sentiasa mengacaunya supaya santan tidak berkepala

Masak sehingga mendidih.

Feb 22

Soy Glazed Chicken

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah masakan simple yang saya boleh buat dalam masa 15 minit jer. Dalam kelam-kabut pun boleh masak macam ni. These salty-n-sweet  soy glazed chicken are nicely balanced, finger-licking treats. Sesuai jugak untuk anak-anak yang tak suka makan pedas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Peha ayam digaul dengan garam dan lada sulah dan diletakkan sebentar diatas api. Tak perlu letakkan minyak yang banyak, setakat 1 sudu teh pun sudah cukup. Masak sehingga ayam keperangan, angkat dan ketepikan . Sementara itu bancuh madu bersama air, kicap,kicap cair dan sos tiram, ketepikan. 

Dengan menggunakan kuali yang sama, panaskan dalam 2 sudu besar minyak, dan tumis halia, bawang putih dan daun bawang. Masak selama 2-3 minit dan selepas itu tuang campuran sos tadi. Masak sehingga sos pekat dan kemudian masukkan ayam. Gaul sebati. Perasakan dengan gula dan hias dengan cili merah dan daun bawang. Dah pun siap!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Soy Glazed Chicken

Bahan-bahannya:

7-8 ketul peha ayam

2 ulas bawang putih(Dihancurkan)

1 inci halia(Diparut/dicincang halus)

4 tangkai daun bawang(Dipotong pendek)

2 sudu besar minyak +1 sudu teh untuk menggoreng ayam

Sedikit garam dan lada sulah

Sos:

1 sudu besar sos tiram

4 sudu besar kicap cair

1 sudu besar madu

1 sudu besar kicap biasa

6 sudu besar air

 

 

Feb 11

Kepingan Kurma Beroat / Date Squares

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sepatutnya hari ini adalah hari untuk melunjurkan kaki dan tangan. Maksudnya hari ni adalah hari untuk beristirehat selepas seminggu masuk ke studio . Penat tu tak adalah sangat tapi pinggang ni dah mintak maaf banyak-banyak dah.  Nak berdiri pun dah sakit inikan lagi nak masuk dapur kan. Tapi tangan ni gatal aje nak masak benda-benda manis kat rumah ni. Maka terhasillah date squares yang sememangnya tak square. Almakhlumlah orang yang membuatnya tengah sakit pinggang, tak kuasa pulak nak membongkok-bongkok mencari loyang empat segi kat dalam kabinet. Ambik saja apa-apa bekas yang senang dicapai dek tangan.

Ni mata pulak dah macam mengantuk semacam tengahari rembang ni. Masak nasik belum lagi. Emmm…nak masak ke , nak tidur?

Oklah ni dia resepi kepingan kurma beroats. Sedap dimakan dengan kopi-o atau boleh letak ais-krim diatasnya..

Kepingan Kurma Beroat / Date Squares

Bahan-bahannya:

2 cawan kurma yang telah dibuang bijinya

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk crumbnya:

1 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan oats

1 cawan gula perang

1/2 sudu teh baking soda

1/4 sudu teh garam

120-150 gram mentega 

Sedikit gula aising untuk ditaburkan ke atas nya

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C

Masak kurma bersama air dan garam sehingga ianya lembut. Ketepikan

Campurkan kesemua bahan-bahan untuk crumb dan gaul dengan lemah lembut sehingga kesemuanya sebati.

Letakkan adunan crumb dibahagian bawah loyang diikuti dengan kurma dan ditutupi dengan adunan crumb.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bakar selama 30- 35 minit sehingga warna crumb keperangan. 

Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan dustkan dengan gula aising.

Notes:

The eyes are getting heavier…rasanya kena tidur dululah…..