free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Mar 23

Ikan Belanda

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pertama kali melihat resepi ini, rasa tak ada bersemangat nak mencuba. Kelam ajer rupanya. Tengok pulak resepinya, tak ada bahan-bahan yang menarik minat saya. Setakat air asam dan bawang goreng takkanlah sedap sangat kan. Tetapi sebab namanya Ikan Belanda ataupun Belanda Hu, ianya  menarik minat saya. Apa kaitannya belanda dengan ikan ni ha…..

Ini adalah pertama kali saya jumpa masakan Nyonya yang ringkas. Kebiasaannya masakan Nyonya memerlukan penyediaan yang agak mengambil masa dan cara memasaknya yang amat teliti . Masakan Nyonya juga menggunakan bahan-bahan herba yang banyak seperti serai, lengkuas, kunyit hidup,  daun limau dan sebagainya. One can easily spot authentic Nyonya food in Malaysia by its cooking style.

Tetapi masakan Nyonya yang ini agak simple dan ia begitu menguja saya untuk mencubanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak mudah tetapi ianya tidak boleh digantikan dengan bahan-bahan yang lain. Ikan yang digunakan juga mestilah ikan yang berisi putih seperti ikan kod atau kurau . Saya menggunakan ikan tenggiri kerana hanya ikan itu sahaja yang ada didalam peti sejuk saya. 

Jika anda sukakan bawang goreng, taburlah bebanyak diatasnya….memang sedap!

Ikan Belanda

Bahan-bahannya:

1 keping ikan (saya guna ikan tenggiri)

3 ulas bawang putih(Dihiris halus)

6 biji bawang merah kecil(Dihiris halus)

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar air asam jawa(agak-agak ajer ikut rasa dan kepekatannya)

Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit tepng jagung yang dibancuh dengan sedikit air (optional)

1/2 cawan minyak 

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan goreng bawang merah sehingga garing keperangan , angkat dan toskan

Goreng pula bawang putih sehingga wangi dan keperangan, angkat dan toskan

Goreng ikan sehingga keperangan, angkat dan toskan

Tinggalkan sekadar 1 sudu besar minyak dan masukkkan kulit kayu manis, masak selama 1 minit

Masukkan air asam jawa dan air dan renehkan sebentar.

Perasakan dengan gula dan garam.

Masukkan bancuhan tepung jagung jika anda hendakkan kuah yang pekat

Masukkan bawang merah dan bawang putih goreng, tutup api.

Tuangkan kuah diatas ikan dan tabur sedikit bawang goreng dan hirisan cili merah jika suka

 

Mar 20

Kari Ayam Kapitan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Akhir-akhir ni selalu ajer dapat jemputan kahwin. Tiap-tiap minggu pulak tu dan sampailah ke bulan Mei nanti. Dah umur-umur macam ni seronok pulak pergi tengok orang kahwin. Dari juadah makanan sampailah ke hiasan perkahwinan memang akan direview oleh saya suami isteri. Sampaikan lagu yang dipasang semasa majlis kahwin pun akan mendapat review percuma dari kami berdua.

“Nanti kalau kita kahwinkan anak nanti kita nak buat macamana ye?” tanya tuan suami. Selalunya saya senyum jer dulu, malas nak layan. Tapi lama-lama makin rancak pulak perbincangannya macam kan nak kahwinkan anak bulan depan. Taulah kan kalau dalam kereta cakap benda-benda macam ni, tentulah anak-anak dengar. Kadang-kadang tu saje jer nak menyakat anak-anak yang dah tarik muka masam. Tentulah mak bapak takkan berhenti menyakat sampai anak-anak menjerit marah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 Gabungan pelbagai rempah seperti lengkuas, serai, kunyit dan sebagainya menghasilkan bau yang harum. Kena pulak apabila diletakkan ubi kentang dan santan yang pekat. Sedap dimakan bersama nasi putih dan amat sesuai dijadikan lauk kenduri kahwin. Ni boleh masuk dalam list nanti ni. 

Kari Ayam Kapitan

Bahan-bahannya:

4-5 ketul ayam

1 biji ubi kentang(Dibelah empat dan direbus sehingga empuk)

1 batang serai (Dibelah dua dan diketuk)

250 gram santan

4 helai daun limau purut

1 sudu teh gula

Sedikit jus limau kasturi

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:

3 biji bawang merah besar

1 inci halia

1/2 inci lengkuas

3 biji buah keras

1 inci kunyit hidup

3 sudu besar cili kering kisar

3 sudu besar rempah kari daging

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi

Masukkan serai dan ayam. Gaul sebati

Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula dan masak sehingga ayam masak

Masukkan jus limau kasturi dan kacau rata.

Apabila kuah sudah pekat bolehlah ditutup api.

Mar 17

Assam Fish

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Salah satu tugas pada setiap Ahad malam ialah menghantar anak-anak balik ke kolej masing-masing. Makanya Ahad malam memang memusing highwaylah kaedahnya. Selalunya kalau keluar pukul 9 malam, pukul 12 malam baru sampai rumah. Itupun kalau jalan tak jam. Balik kampung pun tak lama macam tu. Tapi bersyukur anak-anak masih boleh diambil dan dihantar. Kalau yang jenis belajar jauh-jauh tu, gigit jari ajelah mak dengan bapak.

Bila hari-hari biasa mak dengan bapak melangut ajelah kat rumah. Nasib ada kucen arrogant. Dapatlah jugak jadi kawan bergaduh. Susah jugakla bagi saya nak menyesuaikan diri dengan kesunyian tahap optimum dirumah. Tak ada orang nak sembang. Tak ada orang nak usik-usik.

Selalu berguling dengan anak-anak atas katil, tengok movie, bergossip sekarang ni hanya tengok kucen miss arrogant tu aje. Tergolek sana-sini. Itulah bahagia kami. Tak susah… senang ajer…Golek-golek atas katil, gelak-gelak, usik mengusik, makan bersama..janji kami bersama. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kalau hujung minggu, mak barulah sibuk nak masak macam-macam untuk anak-anak. Tapi bapak pulak nak ajak makan kat luar. Makanya lauk pauk kat dalam peti ais tu tak berusikla. Kalau hari biasa saya masak simple-simple ajer. Sekadar untuk kami berdua . Tapi dalam simple-simple tu, selalu jer bertambah  nasi. What to do….dah memang suka makan.

Assam fish lebih kurang macam masak gulai masam la. Tapi kombinasi cabai merah dan cili kering menghasilkan warna kuah yang cantik dan sedap. Simple jer masaknya. Tak perlu menumis bagai, janji guna asam jawa ye….Jom tengok resepi.

Assam Fish

Bahan-bahan:

2 ekor ikan selar 

2 sudu besar asam jawa(Dicampurkan dengan air secukupnya)

1 batang serai(Dititik)

2 sudu besar cili kering kisar

1/2 sudu besar gula

Air secukupnya

Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar:

2 biji bawang merah besar

Sedikit belacan

3 biji cili merah

3 ulas bawang putih

Cara membuatnya:

Didihkan air asam jawa dan masukkan bahan-bahan kisar

Masukkan cili kering kisar dan serai. Masak sehingga kuahnya pekat

Masukkan ikan, gula dan garam

Tambahkan sedikit air jika kuahnya pekat

Masak sehingga kuah mendidih. Siap!

Mar 08

Demo Masak Sempena Pesta Buku Islami, Presint 3 Putrajaya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nak kata tak stress memang menipu ….bayangkanlah sebelum ini tak pernah pun bercakap depan orang ramai. Kat sekolah dulu pun tak pernah terpilih nak jadi orang penting yang boleh bercakap kat depan orang ramai. Nak perkenalkan diri kat depan kelas pun terketar-ketar. Tiba-tiba bukan sahaja kena bercakap malah kena memasak jugak.

Do you know that something will easily go wrong even when you are frying an egg if you have to do it in front of an audience.

Tapi tak kan nak berada di tampuk yang lama jer. Peluang dah ada di depan mata tak kan nak sia-siakan. Tak bersyukur namanya. Ok…jadi saya tarik nafas dalam-dalam dan cakap pada diri sendiri..alah kacang jer nak buat camtu. Ok yang ni dah tahap takbur pulak..haha.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yang jadi MC tu namanya Azizul. Rasa macam ada chemistry pulak kita bekerja berdua. Chemistrynya hanya kami berdua jer yang tau….oppa-noona lah kan.

Azizul nilah orangnya yang selalu menggerunkan tentang kejadian semalam ni. “Kak, dah dekat dah demo…dah sedia?, ”

Itulah aje kata-kata keramatnya sebelum sampai hari demo. Walau apa-apa pun terima kasih sebab layan saya dengan begitu baik sekali.

Terima Kasih jugak kepada semua team PTS, penganjur dan Chef Hanieliza yang datang awal sebab nak bagi moral support.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya masak dua resepi semalam iaitu Ayam Teriyaki (Dari menu Asia) dan Jejari Ikan Ranggup (Dari Menu Barat).

Memang kebanyakan resepi -resepi di dalam buku saya mudah dan tak perlu masa yang lama untuk memasaknya. Jadi saya banyaklah memberi tips tentang cara untuk penyediaan bekal. Saya tunjukkan jugak serba sedikit bagaimana nak buat bekal yang cute -mute tu. Seronok pulak bila saya berkongsi tips dan ramai yang mengangguk-angguk. Haha..I’m starting to love doing this…..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ok, lain kali kalau nak ambik gambar jangan tunduk yer….pipi pun turun sama….

Screenshot_2015-03-08-10-42-33

Terjumpa tweet ni dan hati pun berbunga-bunga. Tapi tak payahla panggil saya chef. …errrr…tak sampai tahap tu lagi. Tapi apa-pa pun I had fun yesterday. Pengalaman pertama yang manis. Lepas ni tak yahlah nak stress sangat. Tak payahlah nak angkut segala barang kat dapur tu bawak pergi demo ye.

InsyaAllah boleh jumpa saya lepas ini Di PICC dan Pesta Buku Antarabangsa. Tarikhnya? nanti saya confirm .

Mar 05

Daging Kukus

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tak sukanya rasa macam ni. Rasa tak tentu arah. Rasa tak boleh fokus nak buat kerja. Serba tak kena rasanya. Rasa nak update blog tapi tetiba rasa nak pergi basuh kain. Duduk balik depan laptop, sibuk pulak nak  buat marketing. Lepas tu sibuk pulak baca blog orang lain. Tulah kalau kerja tak diatur, hilang fokus dan akhirnya inilah akibatnya, satu kerja pun tak selesai. 

Sebenarnya memasak juga macam tu. Pernah tak kita masak benda yang sama, guna bahan yang sama, kuali atau periuk yang sama tapi tak menjadi. Contohnya macam kita buat kek. Kali pertama buat, elok jer kek tu naik gebu tapi bila buat balik tak menjadi padahal kita menggunakan resepi dan bahan-bahan yang sama. Bila fikiran melayang ke tempat lain, memasak pun boleh fail. 

Kalau anda dalam situasi sebegini, nak selamat pilihlah resepi yang tidak mengandungi banyak langkah-langkah penyediaan. Senang cerita pilihlah resepi yang main gaul-gaul dan terus goreng ataupun kukus. Tapi bagi saya mengukus dan memanggang lebih senang dan bersih. Tak perlu nak mengelap dapur pulak lepas itu. Jom tengok resepi daging kukus. Senang jer membuatnya. Janji guna daging yang lembut..barulah ummph!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daging Kukus

Bahan-bahannya:

200 gram daging yang lembut(Dipotong nipis)

1 sudu teh kicap cair

1/2 sudu teh kicap biasa

1/2 sudu teh gula

1/2 sudu teh cuka

1/2 sudu teh serbuk lada sulah

1 sudu teh tepung jagung

1/2 sudu teh bawang putih yang sudah dicincang halus

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Perap daging bersama kesemua bahan sekurang-kurangnya 3 jam.

Panaskan pengukus dan kukus daging sehingga masak

Anda boleh tuangkan sedikit minyak bijan keatas daging untuk menjadikan ianya berbau harum dan nampak berkilat.

Hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.