free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Apr 16

Pengat Biskut Osborne

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

As the world goes on to demand much and more, saya cuba untuk tidak melupakan segala masakan orang dulu-dulu. Arwah mak memang suka bercerita tentang makanan dulu-dulu. Walaupun beliau bukanlah begitu suka duduk didapur tetapi kalau sekali-sekala beraksi didapur memang tak terkata sedapnya mak masak. Itulah esklusifnya air tangan mak.

Setahu saya arwah opah saya memang rajin ke dapur memasak manisan.Kata arwah mak, setiap hari selesai sahaja masak tengahari, opah akan masak segala jenis manisan untuk minum petang. Kalau dulu mana ada jual santan yang dah siap diperah. Tepung pun kena dikisar sendiri. Segala bahan-bahan yang ada didepan mata akan diolah menjadi menu minum petang. 

Begitulah jugak dengan pengat biskut osborne ni. Kalau dulu kami gunakan biskut kapal ataupun biskut mayat. Barulah cun dan  sedap meletop-letop. Tapi apakan daya nak cari biskut kapal bukannya senang. Entah ada entak idak lagi. Kalau ada pun dah tak sesedap yang macam dulu . Jadi saya tukarkan kepada biskut osborne. Boleh tahan jugaklah rasanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Senang jer masak pengat ni. Sama jer macam masak pengat pisang atau apa-apa pengat pun. Bila biskut osborne dah lembut tutup aje api.Yang paling bestnya biskut ni tak akan kembang lagi . Haish dah rasa macam nak buat lagi pulak. 

Nak resepinya?

Maaf le masa buat ni main pakai redah ajer. Over excited… tetapi bahan-bahannya standard la….santan, gula merah, biskut osborne, daun pandan, gula pasir sikit dan garam sikit….Cubalah!!!

 

Apr 07

Ayam Kukus Dengan Ikan Masin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

I’ve been trying out new things, using ingredients already in the kitchen. 

 

PhotoGrid_1428374012630

Bila hati berbunga-bunga nak masak dan tetiba baru perasan bawang dah habis….dan tetiba datang suara mengatakan tak payah masak la, bawang tak ada nanti makan kat luar ajer. Nak masak apa tak ada bawang. Tak kan nak goreng telur jer kot. 

Sungguh cetek pemikiran ini. Kan ke ada banyak resepi yang tak payah guna bawang terutamanya menu masakan cina. Jadi inilah menu yang saya cuba tanpa menggunakan bawang. Hanya menggunakan halia dan sedikit bahan-bahan lain. Ini pertama kali saya mencubanya. Kena pulak ada isi ikan masin didalam peti sejuk. Kalau tak ada ikan masin boleh gunakan udang kering yang ditumbuk halus. Ayam boleh jugak digantikan dengan ikan ataupun sotong. Yang penting gunakan gula perang kerana ianyalah yang memberi kombinasi rasa yang sedap bagi resepi ini. Jadi hero bagi masakan ini adalah gula perang…

Ayam Kukus Dengan Ikan Masin

Bahan-bahannya:

1/4 ekor ayam dipotong sesuka hati

50-80 gram isi ikan masin (Dihiris halus)

Bahan-bahan sos

2 inci halia muda (Diparut halus)

1 sudu besar kicap cair

1/2 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar gula perang

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu teh serbuk lada sulah

Sedikit minyak bijan (optional)

Cara membuatnya:

Panaskan kukus

Gaulkan ayam bersama bahan-bahan sos dan kalau rajin perapkan sebentar.

Taburkan ikan masin diatasnya

Kukus ayam selama lebih kurang 30 minit

Taburkan hirisan cili merah diatasnya jika suka