free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
May 25

Starry Arabian Night – Pullman Bangsar

20150506_193844

Jadikan Pullman Bangsar sebagai pilihan berbuka puasa anda nanti. Tahun ini Pullman, Bangsar dengan tema “Starry Arabian Night’ akan kembali kasi gempak dengan buffet ramadhannya yang awesome. Tambahan pula tahun ini akan ditambah dengan pelbagai juadah Ya Habibi . Dengar cerita chefnya didatangkan khas dari Negara Yamen.   

Himpunan menu-menunya terdiri dari juadah yang terkenal di sana seperti Shish Tawook, Sharwarma, Spicy Marinated Sea  Bass, Lamb Kofta and much more to compliment the culinary experience.

20150506_191631

Saya telah dijemput untuk menikmati makanan-makanan tersebut tempohari. Ala-ala preview la katakan. Tengok ajer gambar kat atas tu, sungguh macam begitu ‘rare”. Macam takut pulak nak merasanya. Tapi bila dah rasa memang cukup rasa rempah ratusnya. 

20150506_191649

Nasi ni memang sedap ..Lembut jer. 

20150506_191621

Lamb with Arabian Marination. Mungkin disembabkan rempah -ratusnya, lamb ini sangat juicy dan tak ada bau hamis langsung.

20150506_191746

Presentation yang cantik…kan

20150506_191603

A popular dessert

20150506_191855

Tengok namanya…menarik

20150514_143608

Ok bagi sesiapa yang dah teringin nak merasa pelbagai masakan dan juadah Ya Habibi ini bolehlah datang ke Pullman, Bangsar mulai 21 Jun sehingga 16 July 2015 bermula jam 6.30 petang -10.30 malam.

Harganya standard la….rm 140 nett per person only ( 50 % diskaun untuk mereka yang berumur  diantara 6-12 tahun.

Reservation boleh dibuat dengan menelefon +6032298 1855. 

May 20

Gerang Asam

gerangasam1

Setelah hampir setiap hujung minggu menghadiri jemputan kahwin saudara -mara dan kenalan menjadikan saya terselepok kepenatan.  Diselang -seli pulak dengan demo masakan disana-sini. Memang saya dah tak kuat macam dulu. Sikit jer buat kerja dah penat. 

Jadi minggu ini bolehlah melunjurkan kaki sedikit..dah boleh pick-up balik masa untuk memasak dan berblogging. Saya cuba beberapa resepi yang saya dah lama teringin nak cuba. Jadi kali ini saya memilih resepi nyonya-baba untuk kita kongsikan.

Terliur tak tengok gerang asam tu? Makan lauk tu ajer dengan nasi jer dah pun cukup. Gerang asam ni ala-ala masak gulai masam dengan asam pedas la. Boleh jugak gunakan daging dan selalunya daging tetel menjadi pilihan. Ianya menggunakan cili merah dan serai yang banyak. Lebih sedap kalau diterjunkan sekali dengan nenas. Saya hanya gunakan ikan patin kerana hanya ikan tu sahaja yang ada kat dalam peti sejuk pada masa itu. Not bad jugaklah. Paling sesuai kalau gunakan ikan kurau. Kalau ikan kurau memang habis cun la….

Gerang Asam

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan yang berisi putih ( terpulang nak gunakan ikan apa samada kurau, tenggiri …dbsnya)

4 sudu besar minyak untuk menumis

5 sudu besar air asam jawa

Sedikit air

1 sudu besar gula

Garam secukup rasa

4 bendi

Secekak daun kesum

1 batang daun bunga kantan(Dihiris)

Bahan-bahan untuk dikisar:

6 atau 7 biji bawang merah 

4 ulas bawang putih

2 tangkai serai

1 sudu besar belacan

2 inci lengkuas

5 biji cili merah(Ikut kesesuaian)

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi

Masukkan bendi dan daun kesum 

Masukkan air, air asam jawa, gula, garam dan bunga kantan

Masak sehingga kuah mendidih

Masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat