free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 30

Tumis Terung bersama Daging Cincang

terungdaging1

Saya sangat sukakan terung. I have been cooking it in so many ways over the years, and still love it. I am never sick of it. Kalau dulu semasa saya kecil, budak-budak lain sukakan ayam goreng tapi saya sangat suka makan pajeri terung yang dimakan bersama nasi putih sahaja. Dulu terung hanya dimasak pajeri ataupun gulai lemak terung. Tak ramai yang tahu nak menumis terung sebegini.

 The first time I had a dish like this eggplant  stir-fry was at a random. Terung yang ditumis sebegini selalunya terdapat di restoran -restoran makanan Padang ataupun direstoran Cina. Ada yang menggunakan cili padi  sahaja ataupun ditambahkan dengan ikan bilis. Walau apa pun bahan-bahan dan cara memasaknya adalah lebih kurang sama.

Sekarang terung yang dimasak tumis bersama cili sebegini adalah kegemaran saya sekeluarga. Tambah pulak dengan warna terung yang biru berkilat.. cantikkan. Tengok dekat-dekat sikit..rasa nak ngap aje kan.

terung2

Hajat dihati pada awalnya nak masak terung ala-ala Sichuan tapi apakan daya apabila sos cilinya tak ada. Mungkin rasanya agak lari sedikit dari yang asal tetapi ikut standard saya …memang dah cun. Tumis terung paling win dalam kamus memasak saya. Recommended!

Tumis Terung bersama Daging Cincang

Bahan-bahannya:

4-5 biji terung panjang (Dibelah dua)

200 gram daging cincang

1 biji cili merah(Dipotong bulat)

2 ulas bawang putih(Dicincang halus)

2 inci halis(Dicincang halus)

2 sudu besar kepingan cili/chilli flakes

1 sudu besar tepung jagung dicampurkan dengan air

Daun bawang (Dipotong halus)

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sos:

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu teh minyak bijan

1/2 sudu makan cuka

Cara membuatnya:

Satukan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan

Panaskan minyak dan goreng terung. Angkat dan toskan (Angkat terung apabila ianya bertukar warna )

Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak dan masukkan kepingan cili. 

Kemudian masukkan bawang putih , halia dan cili merah. Masak sehingga wangi.

Masukkan daging cincang dan masak dalam 2 minit.

Masukkan sos , terung , garam dan gula. Gaul sebati

Akhir sekali masukkan campuran tepung jagung dan masak sehingga kuahnya pekat.

Taburkan daun bawang

 

 

 

Jun 24

Onde-Onde Keledek

onde-onde1

Pakej  juadah berbuka di bulan puasa selalunya datang sekali dengan kuih-muih dan pemanisnya. Dalam bulan ini nampaknya luak jugaklah segala tepung dirumah saya. Kadang-kadang rasa pelik pulak dengan diri sendiri, kenapa bulan puasa aje yang rajin nak buat kuih bagai. 

Dengar ceritanya harga makanan di pasar Ramadan dah naik harga. Nak buat macamana kan dah sekarang harga bahan mentah pun dah naik. Tak payahlah nak komplen itu ini. Mereka juga bersusah payah mencari rezeki dengan berniaga. Kalau kita yang jenis ada masa dan tenaga bolehlah masak sendiri dirumah tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja. Sampai kat rumah ngam-ngam ajer untuk berbuka puasa. Makanya berkunjung ke pasar Ramadhan adalah pilihan yang terbaik. Segala macam lauk pauk, kuih-muih, nasi dan air ada dijual disana. Pasar Ramadhan pun kat mana-mana ada. Kalau tak berkenan yang kat sini , esok boleh pergi yang kat sana pulak. Hidup ini kan perlu pandai memilih. Janji pahala puasa kita tak terjejas.

Yang kat atas tu onde-onde keledak. Yang ni gunakan ubi keledek yang distim terlebih dahulu. Tekstur ubi keledek yang lembik diseimbangkan dengan tepung ubi yang menjadikan ianya liat sedikit dan tidak akan pecah apabila direbus. Warnanya pun cantikkkan tak perlu gunakan pewarna.

Onde-Onde Keledek

Bahan-bahannya

260 gram ubi keledek

80-100 gram tepung ubi/tepung kanji

2 helai daun pandan

250 gram gula kabung(Dipotong kecil)

1/2 biji kelapa parut (Bahagian putih sahaja)

Sedikit garam

Cara membuatnya:

Stimkan ubi keledak sehingga lembut dan kemudian lenyek sehingga menjadi paste

Masukkan tepung ubi ke dalam adunan dan gaul sebati

Buatkan bebola kecil dengan memasukkan gula kabung ditengah-tengahnya.

Didihkan air didalam periuk dan masukkan daun pandan kedalamnya

Masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih dan angkat apabila ianya sudah terapung.

Gaul kan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam

Tips daripada saya…

Ubi keledek yang distim akan rasa lebih manis

Untuk menjadikan kelapa tahan lama , stim dahulu dalam 2 minit

Kandungan tepung ubi bergantung kepada kandungan air didalam ubi keledek. Jika terlalu kering, tambah sedikit air

Henyak-henyakkan banyak-banyak gula merah sebab ianya susah sikit nak pecah semasa merebus..barulah best nanti bila makan.

Ok….

 

 

 

Jun 22

Gulai Sotong

gulaisotong1

 

Bulan puasa bukan sahaja sarat dengan pelbagai juadah di Pasar Ramadhan ataupun diatas meja makan tapi ianya juga adalan bulan untuk merapatkan hubungan keluarga. Satu perkara yang saya paling suka apabila datangnya bulan ramadhan ialah seisi keluarga akan duduk makan bersama semasa berbuka puasa. Tak ada lagi yang makan depan televisyen ataupun ambik makanan sendiri kat dalam kuali atau periuk. Segala makanan dihidangkan dengan sebaik-baiknya diatas meja dan satu keluarga akan menjamah makanan bersama-sama. Cool kan….

Jika mak masih ada, seminggu sebelum bulan puasa mak dah berangan dah nak masak apa untuk juadah berbuka dan bersahur. Mak selalu cakap masa bulan puasa hidangkanlah makanan yang boleh menggembirakan anak-anak. Itu juga adalah satu sedekah. Walaupun mak bukanlah selalu sangat masuk dapur tapi mak sangat suka buat manisan orang dulu-dulu. Mak sanggup duduk berjam-jam untuk membuat segala kuih muih yang sampai sekarang saya tak tau buat. Bila mak dah tak ada, saya rasa macam tak ada mood nak buat kuih-muih macam tu. Dah tak ummpph buat sorang-sorang. Jadi sekarang ni memang saya masak agak simple ajer. Saya lebih beri tumpuan kepada lauk pauk sebab anak-anak memang tak berapa gemar kuih-muih yang manis-manis.

Oklah hari ni nak kongsi resepi gulai sotong. 

PhotoGrid_1434934412947

Gulai Sotong

Bahan-bahannya:

7-8 ekor sotong sederhana besar(Dibersihkan)

1 batang serai(Diketuk)

2 hirisan lengkuas

5 helai daun limau purut(Dibuang urat tengahnya)

250 gram santan pekat

1 keping asam gelugur

1 helai daun kunyit(Dihiris halus)

2 sudu makan minyak

Garam secukup rasa

Bahan Kisar

2 biji cili merah

2 sudu besar cili kering kisar

2 biji bawang merah bersaiz besar

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

3 ulas bawang putih

2 biji buah keras

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis daun kunyit dan daun limau purut sehingga wangi

Masukkan bahan kisar dan masak sehingga cilinya garing dan pecah minyak

Masukkan serai, lengkuas dan santan, Kacau rata

Masukkan sotong dan asam gelugur dan masak selama 10 minit

Dah pun siap!

 

 

Jun 12

Kuih Ketayap

ketayap2

Dari kecil sampailah sekarang,  memang saya panggil kuih ni kuih ketayap. Tapi bila dah duduk Kl ada jugak terdengar orang panggil kuih dadar.  Kuih ni memang boleh diklarifikasikan kuih sepenjang zaman. Dari dulu sampai sekarang rasa dan rupanya tak ada banyak beza. Belum lagi jumpa kuih ketayap polkadot atau kuih ketayap warna pink.  Jadi ulasannya, kuih ni memang mengekalkan keasliaannya. Macam suara Anuar Zain jugak..mantap sepanjang zaman.

Tapi bagi saya yang banyak ragam ni …kalau makan kuih ketayap , inti tak cun..hati dah jadi macam tak tentu arah. Kena pulak kalau kulitnya hambar dan dibubuh pewarna hijau. Ok..yang tu memang boleh naik angin jadinya. 

ketayap1

Zaman-zaman kuih dah naik harga ni jomla kita buat kuih sendiri . Kena lagi nak datang bulan puasa ni. Buat ajer intinya banyak-banyak dan ‘frozenkan”. Bila nak buat kuih yang mempunyai inti yang sama macam kuih ketayap ni…panaskan ajer. Jimat!

Saya suka inti yang agak basah-basah sikit jadi saya akan pastikan saya hanya gunakan kelapa yang bahagian putih dan yang agak muda sahaja. Barulah ianya lemak dan tidak kering. Saya juga selalu menggunakan gula merah yang agak kehitaman kerana manisnya sedang elok sahaja. Tak perlu tambah gula putih banyak sangat.

Kuih Ketayap

Bahan-bahannya:

130 gram tepung gandum

10 gram tepung jagung

250 ml pati santan

50 ml air pandan(daun pandan dikisar dan ditapis)

1 biji telur

1/4 sudu teh garam

Inti ketayap

150 gram kelapa(Bahagian putih sahaja)

80 gram gula merah

100 ml air

1/4 sudu teh garam

Sehelai daun pandan(Disimpul)

Cara membuatnya:

Masak inti dahulu

Didihkan air dan kemudian masukkan gula merah dan daun pandan.

Masak sehingga gula merah larut.

Masukkan kelapa dan garam dan masak sehingga intinya kering.

Kulit ketayap

Kisarkan kesemua bahan dan tapis

Panaskan non-stick pan (Letak sedikit minyak) dan tuangkan satu senduk adunan dan ratakan adunan menggunakan belakang senduk

Apabila kulitnya sudah merekah-rekah dekat tepinya, angkat dan letakkan inti ditengah-tengahnya, lipat tepinya dan gulung dengan kemas

 

Jun 10

Tanah Aina Cafe By Farhana’s Oven Shah Alam

tanahainacafe1

Selamat Datang ke Tanah Aina Cafe By Farhana’s Oven.

Eh! ini bukan cafe saya tau. Cafe ini dimiliki oleh Puan Sri To‘ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil, nama yang sinonim dengan pusat percutian eko tourism Tanah Aina. Namun begitu cafe ini diurus oleh anak perempuan beliau Puan Farhana bersama suaminya.

tanahainacafe2

Ni dia Farhana. Sungguh mesra dan professional.

Entah berapa ribu ratus kali lalu kat tepi kedai ni tapi sumpah tak perasan akan kewujudan cafe ini. Walaupun terletak bersebelahan dengan Federal Highway tetapi kedudukannya yang terkedalam sedikit membuatkan saya tak perasan akan kewujudan cafe ini atau dengan lebih detail lagi bangunan rumah kedai yang menempatkan WismaTanah Aina. Jadi kepada sesiapa yang selalu lalu lalang dekat Batu Tiga< Glenmarie (Arah dari Kuala Lumpur ke Shah Alam) dan bila sampai ke Petronas  tu cepat-cepat toleh ke kanan . Bangunan berwarna kelabu dan ada tulis Wisma Tanah Aina tu. Ha di situlah terletaknya Cafe Tanah Aina.

Selepas mengunjungi Tanah Aina Azareena, Tanah Aina Fahad dan Tanah Aina Farra Soraya seminggu sebelumnya (blog posting bakal menyusul….. tak habis susun kata dan ayat lagi) saya dijemput pula untuk mencuba menu-menu menarik dari Tanah Aina Cafe.

tanahainacafe4

Puan Sri Shariffa  Sabrina memang terkenal dengan orang yang begitu prihatin dengan kebersihan. Ceruk mana pun saya pergi kat Tanah Aina pasti saya kagum dengan kebersihan yang ditonjolkan. Masuk jer cafe ni memang dah teruja dengan kebersihannya . Berkilat sana sini. Habuk pula memang jangan harapla kita nak jumpa.

Selain dari seorang yang sukakan aktiviti lasak, Puan Sri juga memang amat minat memasak. Mengikut kata Puan Sri selaku sebagai seorang certified pastri chef, beliau  mempunyai banyak resepi-resepi keluarga yang beliau kongsikan di dalam beberapa menu di Cafe Tanah Aina. Makanan-makanan yang disajikan adalah ‘fresh’ dan sebahagian dari bahan-bahan mentahnya were sourced from Tanah Aina sendiri. Dan sesungguhnya kesemua makanan tidak menggunakam MSG. None.

tanahainacafe11

Apa yang dapat saya simpulkan setelah berbual dengan mereka, gandingan ibu dan anak ini memang mantap.  Saya dapat rasa itu yang menyebabkan mereka berjaya dalam segala bidang yang dibuat walaupun menerima cabaran silih berganti. Tau tak Puan Sri selalu ajer refer Puan Farhana as a good daughter dan begitu juga sebaliknya. Puan Farhana tak henti-henti cakap mak beliau is the best mother in a whole wide world. So much positive vibes. I salute both of you…

Bercakap tentang Tanah Aina Cafe by Farhana’s Oven ni, saya ke sana bersama suami serta Constance Westwood, dari Westwood Consultancy, yang merupakan PR firm mewakili Tanah Aina brands. Turut hadir ialah Najah, eksekutif akaun dari Westwood. Mereka lah yang yang mengatur segala “adventure” kami ke Tanah Aina. Thanks Constance and gang.

Setelah berbual dengan Puan Sri serta Farhana, kami dipersilakan untuk menjamu selera pula. Ya, memang acara yang dinanti-nantikankan. Apa yang dapat saya katakan, juadah yang menanti sangat sedap. Pening jugak nak pilih mana satu yang nak dimakan.

 

20150602_131045

Inilah suasana didalam Cafe Tanah Aina

20150602_130821

 Open Kitchen  Concept

tanahainacafe5

Nasi Goreng Lesong

tanahainacafe6

Yang kat atas tu suami saya makan…Rendang Acheh

tanahainacafe7

Yang ni Constance yang makan. Cantikkan dia orang balut nasi lemak.

tanahainacafe8

Memang senang nak jumpa cucur tapi cucur macam ni agak ‘rare’ sebab??? tersangatlah sedap.

tanahainacafe10

Set Congkak untuk minum petang. Kalau selalu kalau nak fefeling London kan ke ada tea set yang bertingkat-tingkat tu kan. Yang ni kita melayukan…pakai congkak. Lepas makan habis boleh main congkak. Kan awesome!

tanahainacafe9

Air Calamansi dengan apatah..dah lupa. Ewah nak join Gym ke ni :)

Jun 08

Mee Kari Putih Penang /Penang White Curry Noodles

penangnoodles1

Kisah malam tadi…..

Dah sepakat lima beranak tak nak makan nasi malam tadi. Tengahari sebelumnya dah makan nasi sekenyang-kenyangnya kat rumah abang di Cheras. Mana taknya bila jumpa gulai lemak pucuk ubi, ikan masin, sop tulang , ayam masak kicap dan sambal belacan memang rugilah kalau makan sekali tambah ajer. Kami anak beranak terduduk kekeyangan. Sampai jer rumah terus tidur sampailah ke petang. Terima Kasih Kak Zai masakkan makanan yang sedap-sedap. Sambal belacan mu masih terkenang-kenang.

Masak mee kari putih ni memerlukan bahan-bahan yang agak berbeza dengan mee kari biasa. Ianya banyak menggunakan serai,lengkuas dan ikan bilis yang dijadikan rencah utama.  Sambalnya pula dimasak berasingan. Yang tak berapa bestnya tang part nak tunggu lama merebus ikan bilis. Kalau ikutkan undang-undangnya ikan bilis perlu direbus bersama lengkuas, serai dan daun limau purut selama sejam. Lepas tu baru dikeluarkan bahan-bahan tersebut dan barulah dimasukkan santan dan perasakan dengan garam. Itulah sebabnya kuahnya maintain putih melepak.

condiment1

Bahan-bahan untuk condimentnya macam biasalah. Ayam yang direbus dahulu dan dicarik-carik. Kerang yang direbus, taugeh, limau dan lebih sedap kalau ada daun pudina.

Betul ke cakap bahan-bahan condiment tu? Eh…saya pernah cerita tak …dulu..saya cakap condiment tu confinement..

penangnoodles2

Amacam…rasa nak cuba tak resepi ni?

Ni dia resepinya…

Mee Kari Putih Penang

Bahan-bahannya:

Bahan (A) untuk dikisar:

2 biji bawang merah

2 hiris lengkuas

1/2 sudu makan belacan

1 batang serai

2 sudu makan udang kering

Bahan B

5/6 sudu makan cili kering yang sudah dikisar

Gula secukup rasa

500 gram santan

2 sudu makan minyak

1 bungkus mee kuning (Saiz besar-Dicelur dan ditoskan)

2 ketul isi ayam(Direbus dan dicarik-carik)

50 gram kering(Direbus dan ditoskan)

100 gram taugeh

Sedikit daun pudina

Limau

Bahan C (Direbus)

1 gengam ikan bilis

2 hiris lengkuas

3 batang serai(Diketuk)

4 helai daun limau purut

2 1/2 liter air

Cara membuatnya:

Rebus bahan C selama lebih kurang sejam 

Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga wangi.

Masukkan cili kering dan gula. Masak sehingga garing. Ketepikan

Keluarkan bahan-bahan yang direbus tadi dan masukkan santan

Kacau sehingga mendidih.

Jika kuahnya pekat boleh tambah air lagi

Perasakan kuahnya dengan garam.

Letakkan mee, sambal dan bahan-bahan condiment ke dalam mangkok dan tuang kuah keatasnya…

 

Jun 04

Telur Tumis Udang bersama Kulat Telinga

stirgryudang1baru

stirgryudang1baru

Kadang-kadang masak benda yang simple-simple ajer dapat menarik selera makan. Yang pentingnya biarlah ada kelainan pada menu hidangan tiap-tiap hari.

Teringat waktu saya masih anak dara. Waktu tu ada lori ikan yang datang membekalkan barang-barang basah ke kawasan perumahan saya. Memang barang-barang yang paling basic betul ajer yang ada. Kalau hari tu dia bawak ikan kembong maka ikan kembong jer la yang kami masak. Kalau tiap-tiap hari bawak ikan kembong maka terciptalah pelbagai resepi ikan kembong . Nak harap jumpa ayam atau daging memang tak la. Bagi sesiapa yang rajin nak ke pasar bolehlah masak gempak-gempak tapi selalunya lori ikan tu sajelah yang menjadi pilihan. 

Port paling afdal lori ikan tu parking memanglah kat depan rumah saya. Mana tak afdalnya, mak saya memang suka menjemput orang yang membeli ikan tu singgah kat rumah. Maka lepas tu terdengarlah jeritan mak suruh buat air. “Adoi..takkanlah tiap-tiap hari nak buatkan air kat dia orang yang datang beli ikan ni”, kata saya dalam hati. Ada syer ke apa dengan pakcik ikan tu. Tapi best pulak bila dah berkumpul ramai-ramai dan masing -masing bersembang pasal nak masak apa untuk makan tengahari. Bersembang pasal harga barang. Bersembang pasal anak-anak dan semuanya ibarat kita berfacebooklah sekarang.

Bagi saya moment tersebut sangat berharga. Walaupun sekadar sembang-sembang pasal menu masakan tapi ianya banyak memberi impak kepada kehidupan. Moment sebegitulah yang mengajar saya untuk bergaul dengan orang-orang yang lebih tua dari saya. Mengajar saya mengatur perkataan untuk berbicara dengan mereka. Walaupun sekadar menyampuk ala kadar dan sekali sekala mengikut ketawa mereka tetapi ia adalah satu proses pembelajaran yang awesome. Kadang-kadang bila dilihat pada anak-anak sekarang yang agak kurang lulus bila diajak berbicara bersama mereka-mereka yang lebih tua, rasa seperti hendak kembalikan mereka ke zaman sebegitu.

Berbalik kepada resepi kita hari ini…..jom masak simple-simple…janji sedap!

Telur Tumis Udang bersama Kulat Telinga

Bahan-bahannya:

50 gram kulat telinga(Direndam sehingga lembut)

200 gram udang bersaiz sederhana(Dibuang keseluruhan kulit)

4 biji telur(Dipukul)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk lada sulah

1/2 sudu teh gula

2 sudu makan minyak

Cara membuatnya:

Potong kulat telinga nipis dan memanjang

Campurkan telur bersama garam, gula dan serbuk lada sulah. Ketepikan

Panaskan 1 sudu makan minyak

Masukkan udang dan kulat telinga dan masak sehingga udang 3/4 masak

Angkat dan ketepikan.

Tambahkan 1 sudu makan minyak dan masukkan telur. Kacau sekata

Masukkan udang dan kulat telinga dan masak sepenuhnya

Boleh taburkan dnegan daun kucai atau daun bawang.