free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 03

Bamia

bamia2

Saya suka bamia daging yang dicampurkan dengan sedikit tulang. Masak lama-lama sikit dan bubuh banyak sayur.

Orang Mesir menggelar bamia ini sebagai “Bamya”. Walau apa pun bamia bermaksud kacang bendi. Maka kacang benda adalah watak utama dalam resepi ini.

Katanya Bamia sangat popular di kalangan orang Arab. Ya Habibi…..

Bamia boleh jugak dimasak menggunakan daging kambing atau pun ayam tapi saya tak pernah cuba.

bamia1

Pertama kali saya makan bamia ni masa saya baru kahwin. Masa tu jiran depan rumah saya buat kenduri doa selamat dan dia hidangkan bamia sahaja. Saya yang ¬†tercangak-cangak makan ajer lah…emmm..sedap.

Kali kedua saya makan bamia kat Penang. Masa tu hari raya…saya ikut mak sedara pergi beraya kat rumah sedara mara beliau. Masa tu makan Bamia dengan roti benggali. Giler sedap….

Kesimpulannya…saya suka bamia yang makan dengan roti benggali. Tak suka roti yang macam kat bawah ni..keras.

bamia3

Saya dapat resepi bamia ni dari mak sedara saya, Wan Amy. Tentu dia tak ingat pernah bagi resepi ni kat saya. Wan Amy cakap, bubuh banyak bendi dan masuk jugak sikit karot dan kobis….Jangan lupa pakai minyak sapi naaaa!

Bamia

Bahan-bahannya

800 gram tulang daging

200-300 gram daging(Dipotong sederhana segiempat)

(Nak bubuh semua tulang atau daging pun boleh)

250 gram kacang bendi(Dibuang hujungnya)

3 biji tomato(Dibelah empat)

2 biji ubi kentang(Dibelah empat)

1 biji karot(Dipotong bulat)

100 gram kobis(Dipotong nipis)

1 tin tomato puree(Saiz besar)

3 sudu besar minyak sapi

3 sudu besar minyak masak

4 sudu besar rempah kari daging(Dibancuh dnegan sedikit air)

250 gram santan

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis

1 batang kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

4 biji buah pelaga

1 biji bawang merah besar(Dihiris halus)

1 inci halia (Dihiris halus)

2 ulas bawang putih(Dihiris halus)

Bahan-bahan kisar

3 biji bawang merah kecil + 1 biji bawang merah besar

1 inci halia

1 sudu teh jintan manis

10 tangkai cili kering

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan kemudian masukkan minyak sapi

Tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi

Masukkan serbuk kari dan masak sehingga kari pecah minyak

Masukkan bahan-bahan kisar, daging, tulang daging,ubi kentang dan sedikit air.

Masak sehingga daging betul-betul empuk dan ubi kentang lembut

Masukkan tomato puree, kacang bendi, santan,gula dan garam

Masak sehingga mendidih dan masukkan kobis dan tomato. Biarkan seketika sehinggga kuah pekat.

Angkat dan hidangkan bersama roti dan salad.

Tips:

Kalau anda tidak sukakan pedas, tidak perlu masukkan cili kering.