free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 27

Udang Goreng Berempah

udangberempah1

Saya selalu cerewet kalau nak masak udang.  Bukan senang nak beli udang…mahal. Tambah lagi kalau yang jenis besar-besar. Kalau masak udang, saya akan pastikan ianya menjadi kesukaan seluruh keluarga. Kalau nak masak kari atau gulai lemak, nanti ada pulak yang tak suka.

Masak udang sebegini memang menarik selera. Tak perlu ada kuah. Makan dengan nasi putih dan sayur sahaja sudah cukup. Bau harum udang semasa ianya digoreng pun dah boleh menggugat kesabaran nak makan udang.  Malasla nak cerita panjang lagi. Jom ajer tengok resepi..

udangberempah2

Udang Goreng Berempah

Bahan-bahannya:

15 ekor udang sederhana besar (Dibersihkan dan ditrim janggutnya)

Secekak daun kari

1 sudu makan serbuk kunyit

Minyak untuk menggoreng

Sedikit air asam jawa

Garam dan gula secukup rasa

1 sudu makan serbuk ketumbar

1/2 sudu makan serbuk jintan manis

1/2 sudu makan serbuk jintan putih

Bahan-bahan kisar

5 ulas bawang putih 

10 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

Cara membuatnya:

Toskan udang dan gaul dengan kunyit

Panaskan minyak dan goreng udang sekadar ianya bertukar warna. Angkat dan ketepikan

Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak

Masukkan daun kari dan asam jawa

Masukkan udang dan kacau rata.

Perasakan dengan garam dan gula

#Anda boleh juga menggunakan biji jintan manis dan biji jintan putih tetapi ianya perlulah dikisar dahulu

Aug 17

Jejari Ayam Gebu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Demam berbento dah semakin menular kat negara kita. Kalaulah anak-anak saya masih kecil, tentulah saya bersilat pagi-pagi nak buat bento yang sedap dan cantik. Memang saya dari dulu sampai sekarang membuat bekal untuk anak-anak ke sekolah cumanya pilihan resepi agak terhad. Selalunya saya hanya goreng sosej dan nugget sahaja. Sekadar hendak menjimatkan wang belanja anak tetapi khasiatnya masih kelaut.

Dari segi dasarnya memanglah banyak kebaikannya bagi anak-anak yang membawa bekal ke sekolah. Dari segi kesihatan dan juga dari segi menjimatkan duit belanja keluarga. Namun bagi saya ianya lebih dari itu. Di zaman anak-anak saya bersekolah, tak ramai yang sanggup bawak bekal ke sekolah. Alasan besarnya ialah…malu. Nanti kawan cakap itu, nanti kawan cakap ini. Sampai ke tahap bila dah dicop sebagai orang yang bawak bekal maka diasingkanlah ke dalam kumpulan yang tertentu . Dicop macam orang kuno.

Anak-anak saya tak pernah rasa rendah diri atau malu untuk membawa bekal ke sekolah. Bagi mereka itu dah cukup membanggakan kerana mak mereka sanggup membuat bekal untuk mereka. Dari situ anak-anak saya belajar untuk menghormati diri sendiri dan menghilangkan rasa emotional yang tak tentu pasal. Sekarang ni ibarat tak boleh dipisahkan dengan bekal pulak. Kerja dan belajar kat mana pun mesti nak bawa bekal. 

Bagi mereka yang berhasrat hendak membuat bekal untuk anak-anak, bolehlah mendapatkan buku bekal saya . Anda boleh klik kat bannner sebelah ni.  Kalau nak cuba dulu boleh buat ayam goreng gebu ini untuk bekal anak esok…jom!

Jejari Ayam Gebu

Bahan-bahannya: 

100 gram isi ayam(Dipotong memanjang)

I ulas bawang putih(Dicincang halus)

¼ sudu teh garam

¼ sudu teh serbuk cili

¼ sudu teh serbuk lada sulah

1 sudu teh baking powder

½ sudu teh baking soda

1 ¼ cawan tepung gandum

¾ cawan air sejuk

Minyak untuk menggoreng

 

Cara membuatnya:

 

Gaul ayam bersama serbuk cili, bawang putih, garam dan lada sulah.

Campurkan baking powder, baking soda dan tepung. Gaul hingga sebati

Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

Boleh tambahkan sedikit air lagi jika adunannya agak pekat.

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Nota: Resepi untuk nasi jepun ada didalam Buku Bekal keSekolah Menu Asia

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

And juga boleh dapatkan tip-tip berbento dan yang paling bestnya anda boleh mencuba sos-sos yang terdapat didalam buku saya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia dan Menu Barat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya selalunya akan balut lawa-lawa tau..

20150521_090802

Idea Bekal Ke Pejabat Menu Asia pun ada.

Aug 14

Halal K-Food Fair 2015

20150814_105349

Something exciting happened to me this morning. I attended a Korean Food Fair 2015 at Mid-Valley Shopping Mall. And if you know me and my family, anything that has to do with Korea will automatically trigger our interest.
Yes, we are so into K-drama (the good ones, of course) and to a certain extent K-pop too. And over the years we (thanks to my daughters especially Alia and Asma), we have acquired quite a liking towards Korean food.
So it was my pleasure indeed to be invited to this event. Oh by the way, K-FOOD FAIR is a new concept of integrated fair, in which the South Korean Ministry of Agriculture, Food and Rural Affair supervise the fair in conjunction with Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp.

And oh, I also met a Korean media at the fair this morning where they interviewed me on what do I think of Korean food and all etc.

20150814_112614

Bersama Min Kim, wartawan dari Dong-A Ilbo (yang dikatakan akhbar kedua terbesar di Korea) and Kathy Wonjung Han (kanan) yang merupakan PR yang sangat-sangat peramah. I am truly honoured to be interviewed… hope what I said made sense  :lol:

kfood1

With Min Kim after the interview.

20150814_105143

Jom pergi ke K-Food Fair 2015 hujung minggu ni…

Bermula dari tarikh 14 hingga 16 Ogos 2015, K-Food Fair menandakan kemunculan sulong kepada pengguna di Pusat Pameran Midvalley (MVEC) . Pameran yang bertemakan “Touch Food, Sweeten Your Life”   ini pastinya dapat menarik perhatian para pengunjung kerana terdapat pelbagai produk korea segar dan penghasilan dari organik untuk kesihatan untuk kesihatan. Yang pentingnya semuanya halal. 

Pameran ini menampilkan penyertaan dari lebih sepuluh syarikat makanan Korea seperti CJ CheilJedang, Daewon Co, Jinju Horticultural Export Agricultural Complex, Punggi Premium Goods Agricultural Cooperative, Mommake dan banyak lagi. 

20150814_105059

Meriahnya pameran ni bermula dekat pintu masuknya lagi. Ada bermacam-macam pertunjukan dan pelbagai maskot Korea. Boleh tangkap gambar dan cakap hi kat mereka-mereka itu. Katanya ada jugak persembahan oleh tetamu korea dari kumpulan K-Pop. Iyelah tak sahlah Korea tanpa K-Popnya.

20150814_104552

Cool…

20150814_111620

Nak jumpa dengan Haha dan Kwangsoo pun boleh.

Rupanya mengikut tradisi Korea lama, makanan secara keseluruhannya disusun mengikut empat musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Setiap gerai dihias mengikut tema bermusim. Aktivitinya pun ikut musim jugaklah kaedahnya. Ada lotus tanglun, permainan Korea ‘Kajang’ dan sebagainya.

20150814_105452

Sekarang masanya untuk merasa makanan-makanan yang dipamerkan…jom!

20150814_111458

Try the cheese Toppoki. To die for!

20150814_110909

Tak pernah rasa buah pear yang semanis dan se juicy macam ni.Patutlah ianya digunakan untuk memasak bulgogi.

20150814_110906

Yang ni buah pear yang dikering. Masih lagi rasa manisnya.

20150814_110254

Minuman kegemaran anak-anak saya

20150814_110149

Minuman untuk kesihatan katanya. Masam-masam dan ada rasa buahnya.

20150814_110053

Ini pun untuk kesihatan jugak. Patutla kulit orang Korea flawless..

20150814_110158

Kimchi

20150814_110205

Sebelum ni ada was-was kan nak makan benda ni. Nah..yang ni halal

20150814_110330

Rangup

20150814_110421

Udon pun ada kat sini

Mungkin sebahagian dari makanan-makanan disini boleh didapati ditempat lain tetapi yang membezakan disini ialah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Korea Muslim Federation (KMF) dan Jakim untuk pensijilan halal. Jadi boleh beli bahan-bahan yang siap dimasak ataupun bahan-bahan mentah disini tanpa was-was.

20150814_110406 20150814_110416

Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan pameran K_Food 2015 tetapi yang lebih menariknya lagi ialah dengan kehadiran para penganjur dari Korea yang begitu peramah dan berbudi bahasa. Mereka begitu berusaha bersungguh-sungguh hendak menerangkan tentang produk mereka. Mereka jugalah daya penarik pameran ni….. malah ada seorang yang boleh juga berbahasa Melayu sedikit-sedikit.

Aug 13

Spicy Tomato Baked Egg

bakedtomato1

Jika berniat nak  bersarapan ala-ala kat restoran yang mahal-mahal, maka dicadangkan anda mencuba resepi ni. Rupa dah ada kelas, letakkan ajer fresh orange dan kopi o likat kat sebelah. Maka bolehlah berangan bersarapan kat tepi bukit ke atau kat tepi pantai.

spicybaked3

Kaedahnya…. resepi ini adalah gabungan rasa masam manis tomato dan sedikit rasa rempah. Telur dipecahkan apabila kuahnya sudah pekat dan kemudian dimasukkan ke dalam ketuhar sebentar untuk menambahkan rasa dan memberi warna keperangan. Kebetulan semasa saya masak resepi ini ketuhar saya pulak buat hal. Jadi rasanya ada kurang sikit la.

Menu ini boleh juga dihidangkan sebagai menu makan tengahari ataupun untuk ‘brunch”. Kepingan roti bakar yang diletakkan di sebelahnya menampakkan elegantnya menu ini, kan. Ini adalah versi yang paling mudah. Saya hanya gunakan apa sahaja bahan-bahan yang ada didalam peti sejuk. Anda boleh juga menambahkan lada benggala hijau ke dalam masakan dan taburkan ‘feta cheese’ diatasnya. Sedap!

Spicy Tomato Baked Egg

Bahan-bahannya:

1 biji bawang holland(Didadukan)

1 biji cili merah(Dihiris halus)

1 ulas bawang putih(Dicincang halus)

2 tangkai daun ketumbar(Dipotong kasar)

1 biji tomato(Didadukan)

2 – 3 biji telur

1 sudu teh serbuk paprika/serbuk kari

1 sudu makan minyak

Garam,gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih. Masak sehingga wangi.

Masukkan tomato, cili merah, serbuk paprika,tomato puri, garam,gula dan serbuk lada sulah.

Masak sehingga kuahnya pekat.

Buatkan lubang dan pecahkan telur. Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 180 C  selama 4-5 minit.

Jika anda tidak mahu masukkan ke dalam ketuhar, tutup kuali atau periuk dengan penutupnya dan masak sehingga telur betul-betul masak.
Taburkan daun ketumbar diatasnya dan makan bersama roti bakar.

 

Aug 09

Raya 2015 Part 1

IMG-20150716-WA0000

Masih Syawal lagi kan……

Raya tahun ni saya paling sibuk menyenteng lengan baju di dapur. Selain dari bersuka-ria balik raya di kampung, tahun ini julung-julung kalinya saya masak lima hari berturut-turut untuk makan-makan raya dirumah kami.  Alasannya…kalau jemput semua sekali..tak best nak sembang.

Bermula dengan raya dikampung sehinggalah beraya dirumah sendiri., saya akan rangkumkan dalam gambar-gambar yang nostalgic ini. Maka janganlah rasa loya ye. Jom…

Bermula dengan pagi raya dimana kami bertolak balik kampung selepas Subuh. Kunun-kununnya takut tersangkut dalam jam. Alhamdulillah doa kami termakhbul. Perjalanan kami lancar aje dan sampai di kampung pun ngam-ngam masa hidangan raya di sajikan diatas meja. 

Mula-mula kami ziarah kubur arwah mak dulu. Yang ni tak nak cerita ..nanti takut nangis lagi..

IMG-20150717-WA0003

Lepas tu tentu sekali kami pergi rumah kakak saya di Kuala Dipang. Perak. Dah kira port kami berkumpul adik beradik.

20150717_113636

Seronok bila berjumpa la tu…

rayakak

Gambar raya bersama keluarga Kak.

20150717_112725

Pose yang boleh menampakkan kurus iaitu berposing dicelah pintu yang sempit. Raya tahun depan tiru ye…

Seperti biasa pagi satu raya saya akan berkunjung ke rumah mak sedara saya, Wan Edah di Kampung Air Hitam Labu. Selalunya waktu tu memang boleh jumpa ramai sepupu-sepapat. Masa ni je la selalunya dapat jumpa.

20150717_131940

20150717_131456

20150717_130113

Satu lagi rumah penting yang mesti pergi masa satu raya ialah rumah Arwah opah suami di Pengkalan Pegoh, Ipoh. Kebetulan masa pergi tu cuaca panas sangat. Semua orang dah penat kepanasan termasuklah kami yang bertandang. Akhirnya tak banyak gambar yang diambil. Tetapi seperti biasa makanannya memang sedap . 

IMG-20150809-WA0009

Nota kaki: Tahun ni tak ada biskut kacang Wan Chu…huk..huk sedih.

Disebabkan tak banyak rumah yang dapat pergi di Pengkalan atas sebab dia orang pun nak keluar beraya jugak. Maka kami terus ke Ipoh beraya ke rumah sepupu saya …Kak La.

rumahkakla

Sampai lewat malam kami masih lagi pergi beraya walaupun masa ni perut dah start buat hal. Kali ini saya beraya kat rumah anak sedara dan rumah mak mertua dia. Makan mee udang yang sedap.

20150717_224821

Raya kedua dimulai dengan beraya ke Temoh. Kampung suami dan jugak kampung saya dahulu. Kami pergi rumah Kak Lebo dengan harapan ada nasik daging macam tahun lepas. Tapi tahun ini lagi kelas bila Kak Lebo hidang gelamai dan apom . Mana boleh tahan tengok ‘my favourute food’ …habis sepinggan gelamai saya makan seorang, Nasib tuan rumah tak nampak.

20150718_153335

20150718_154658

Lepas tu pergi beraya kat rumah Kak Latizah yang merupakan kawan karib suami saya sementara kakaknya berkahwin pulak dengan sepupu suami. Begitulah salah silahnya…

20150718_170732

Rumah Pak Sulong jugak tidak dilupakan. Pak Sulung ialah sepupu kepada Arwah Mak. Tengok muka Pak Sulong ajer dah ingat kat arwah mak lagiiiii. Ni deme berposing pulak kat rumah Pak Sulong. Rustic kata mereka…

PhotoGrid_1437265111982

Malam itu setelah menerima ramai tetamu dirumah kakak, kami sekeluarga beraya ke rumah kakak sulong saya pula, Yong. Berkonvoil pulak kesana meredah hujan lebat dan jam yang teruk.

20150718_225757

Hari Raya Ketiga kami dah balik ke Kuala Lumpur. Tetapi sebelum tu sempat lagi menyinggah di tiga buah rumah beraya. Raya lah katakan. Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah kawan sekolah menengah saya Noorjahan. Dah lama tak jumpa. Masa ni jerlah ada peluang nak jumpa bila masing-masing balik kampung walaupun sebenarnya kami bermaustautin di KL.

20150719_112435

Selepas itu saya beraya ke rumah mak sedara di Malim Nawar. Tak sah kalau tak melawat Mak Cik Hawa. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu ramai tetamu di rumah Mak Cik Hawa.

Dalam pada nak cepat bertolak balik tu sempat jugak menyinggah di rumah sepupu saya, Kak Nab. Macam biasa Kak Nab selalu hidang spaghetti yang sedap. 

PhotoGrid_1437319121515

Ni tangkap gambar kat rumah jiran Kak Nab dengan kucing Kak Nab yang dijadikan prop.

Destinasi terakhir kami ialah beraya dirumah abang saya di sungai Buluh. Syukur abang saya dah beransur sihat. Punyalah ambil gambar kat rumah Abang Lan tapi semuanya dah terdelete. Tapi tak apa sebab semuanya datang berhari raya dirumah saya. Nantikan kemunculan gambar-gambar raya lagi di entry Raya 2015 Part2.