free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 30

Spiral Berkeju

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Buat bekal untuk anak-anak tak la susah mana kan. Senyum:)

Bagi saya yang dah lama buat bekal untuk anak -anak dan suami, perkataan ‘senang’ tu masih lagi belum muncul. Kalau saya katakan yang memasak dan menyediakan bekal untuk keluarga itu senang, nampak sangatlah saya menipu diri saya sendiri. Bukannya senang untuk bangun dari tidur awal dan bersilat didapur sorang-sorang.

Pada hujung minggu yang lepas saya berkesempatan mengikuti ‘Road Tour’ penulis PTS ke Johor Bahru dan Pasir Gudang. Dua hari tersebut kami membuat sessi bertemu para pengunjung di Kedai Buku Badan Cemerlang, Johor Bahru dan Pustaka Azhar Pasir Gudang, Johor.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mewar-warkan dan menerangkan serba sedikit tentang objektif buku-buku saya. Saya perhatikan ramai yang tak tahu bagaimana untuk mula membuat bekal. Nak masak apa…nak masak berapa lama dan sebagaimya. Dalam sessi beramah mesra bersama mereka saya terangkan kaedah yang terbaik bagi memudahkan kerja memasak didapur dan betapa banyaknya kebaikan menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah. Dari situ saya lihat ramai ibu bapa yang mula membedek-bedek buku-buku bekal saya dan datang kepada saya untuk bertanya lebih lagi tentang tips membuat bekal. 

 

PhotoGrid_1443307983112

Di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana , Johor Bahru

PhotoGrid_1443531044088

Pustaka Azhar, Pasir Gudang

Alhamdulillah..momen sebegitulah yang saya nantikan dimana tujuan utama saya menghasilkan buku-buku bekal adalah untuk menarik minat ibu-bapa membuat bekal untuk anak-anak supaya anak-anak mereka dapat makan makanan yang bersih dan berkhasiat. Jadi lepas ni kalau orang tanya, “susah ke buat bekal’,? Jawapannya.”.tak la susah mana asalkan mengikut cara dan menu yang betul”. Tak gitu?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Spiral Berkeju

Bahan-bahannya: 

200 gram pasta spiral (Direbus dan ditoskan)

100 gram daging (Dipotong nipi- rebus dahulu daging jika ianya daging yang keras)

½ biji bawang holland(Didadukan)

2 ulas bawang putih(Dicincang halus)

2 sudu besar sos tomato

1 cawan susu segar

1/3 cawan mayonis

1 cawan parutan keju parmesan

1 sudu teh oregano kering

1 sudu besar minyak

¼ sudu teh serbuk lada sulah

¼ sudu teh garam

 

Cara membuatnya:

 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland sehingga wangi.

Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut.

Masukkan sos tomato,  susu, mayonis, serbuk lada sulah dan garam

Masukkan pasta, oregano dan keju.

Gaul rata.

Hari ini saya nak berkongsi resepi spiral berkeju yang sangat mudah untuk disediakan. Boleh dijadikan menu untuk hidangan keluarga jugak. Eat healthier, save money…with bentos.

 

Sep 17

Gulai Lemak Jantung Pisang Nyonya Style

gulailemakjantungpisang1

Satu benda yang saya tak ada hati nak makan masa kecik-kecik dulu ialah sayur. Masa tu stress betul kalau mak hidangkan sayur. Kena pulak kalau kena makan sekali dengan bapak. Memandangkan bapak yang begitu tegas  dalam banyak hal termasuklah bab-bab makanan menjadikan saya begitu stress bila dipaksa makan sayur. Bapak akan letakkan sayur kat dalam pinggan dan kemudian keluarlah ayat halilintarnya..”habiskan’.

Dipendekkan cerita, mak terpaksalah mencari jalan macamana nak bagi saya suka makan sayur. Mak akan masak gulai lemak bayam, gulai lemak pucuk paku, pajeri terung dan gulai lemak jantung . Kalau sayur yang dimasak sebegitu berwarna-warni barulah saya nak makan. Tapi yang masih berwarna hijau tu memang kena paksala.

Ha..itu kenangan lama. Sekarang ni segala sayur saya telan. Saya dah jadi peminat setia sayur. Tak kiralah apa warna sekalipun. Kalau tak ada sayur tak lengkap rasanya ..rasa nak menangis.

Bila difikirkan balik , sekarang saya pun dah jadi macam mak dan bapak. Selalu aje paksa anak-anak makan sayur. Walaupun mereka tidaklah jadi peminat tegar sayur tapi bolehla. Kalau sayur yang dimasak sebegini lagilah mereka suka. Mungkin anda boleh jadi lebih kreatif memasak sayur untuk anak-anak anda. Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Boleh bagi kulit cantik jugak…

gulailemakjantungpisang2

Gulai lemak jantung pisang nyonya style ni berlainan sikit bahan-bahannya. Baunya sedikit wangi kerana ada belacan dan dimasak bersama udang hidup. Kombinasi pedas bersama belacan dan rasa udang yang segar memang memberi kelainan. Kalau tak percaya..cubalah!. Nah resepinya.. (Resepinya boleh agak-agak ajer ye)

Gulai Lemak Jantung Pisang Nyonya Style

Bahan-bahannya:

1 biji jantung pisang

3 biji bawang merah kecil

3 biji cili merah

Sedikit cili padi

Sedikit kunyit hidup

1 sudu teh belacan

7-8 ekor udang (Dibersih dan dibuang kulit)

250 gram santan

1 keping asam gelugur/asam keping

Sedikit air

Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya:

Tanggalkan lapisan keras atau kulit luar jantung pisang sehingga ke lapisan kulit muda dan bersihkan. Belah dua dan rebus sehingga lembut.

Hiris halus dan ketepikan

Kisar bawang bersama kunyit hidup, belacan,cili merah dan cili padi

Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan asam gelugur dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan jantung pisang. Kacau dan masak sehingga mendidih

Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

Apabila udang sudah masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Sep 05

Ikan Stim Taucu dan Sambal Belacan

ikanstimtaucusambal1

Saya pernah post resepi ikan stim taucu di blog ini tetapi yang itu adalah yang biasa-biasa ajer. Yang ini dah jadi versi lain. Dari kaedah suka mereka-reka resepi maka terjadilah ikan stim taucu sambal belacan. Bila main campak-campak dan hasilnya menjadi, terasa bangga dengan diri sendiri sekejap. Eh..tak la ..sebenarnya rasa pelik sebabnya bila masa masak ikut resepi yang betul-betul tak la sedap sangat dan bila main campak-campak, menyengat pulak rasanya.

Dah tiga malam saya stim ikan sebegini. Malam pertama saya masak semasa sepupu saya sekeluarga datang dari Manjung. Malam yang keduanya, anak saya mintak stimkan ikan bawal sebegini dan malam yang ke tiga suami pulak mintak buatkan sekali lagi.

Nak stim ikan memang senang . Selain dapat mengekalkan rasa manis dan freshnya ikan, ianya juga bagus untuk kesihatan. Tetapi kalau nak stim ikan kena pastikan ikan yang digunakan betul-betul ‘fresh’. Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Gunakan hanya halia muda dan sos yang digunakan biarlah yang berkualiti timggi. Memang berbeza rasanya.

Lagi satu semasa nak letakkan ikan ke dalam pengukus, pastikan pengukus dah berwap berkepul-kepul. Masa tu baru letakkan ikan. Nanti barulah rasanya cun. Dan satu lagi pesanan penaja. Lepas kukus ikan tu, buang dulu air yang keluar dari ikan tersebut sebanyak mana yang mungkin. Tumis di kuali yang lain dan tuangkan ke atasnya. Lepas itu kalau nak stimkan sekejap dalam 1 atau dua minit lagi bagus.

Ok…ni dia resepinya. Tapi yang ni memang saya agak-agak. Masa memasak tu dah jadi tabiat tak pernah nak mencatat jadi apa yang saya ingat ajelah ye…

Ikan Stim Taucu dan Sambal Belacan

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan siakap atau ikan apa sahaja yang sesuai

1 labu bawang merah bersaiz besar(Didadukan)

2 biji cili merah(Didadukan)

1/2 biji tomato(Didadukan)

5 biji cili padi(Dihiris halus)

2 inci halia muda(Dicincang halus)

2 ulas bawang putih (Dicincang halus)

2 sudu makan taucu(Kalau nak letak lebih sedikit pun tak apa)

1 sudu makan sambal belacan

1 sudu makan sos tiram

Garam, serbuk lada sulah secukup rasa

2 sudu makan minyak masak

Cara membuatnya:

Lumurkan ikan dengan garam dan lada sulah

Kukus sehingga masak

Buangkan air ikan yang keluar

Didalam kuali yang lain, panaskan minyak

Masukkan kesemua bahan-bahan yang didadu dan yang dicincang.

Masak sehingga wangi dan kemudian masukkan taucu

Masukkan sos tiram, sambal belacan, garam dan lada sulah

Tuangkan ke atas ikan dan biarkan dalam 1-2 minit

Keluarkan ikan dari pengukus dan kalau suka boleh perah sedikit lemon dan taburkan daun ketumbar

Dah siap!