free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 22

Jering Tumis Kari dengan Ikan Bilis

jering1

Jering tanam ke..jering biasa ke..kalau dimasak sebegini memang perghhh. Semenjak selalu pergi makan tengahari kat restoran nasi padang kat Gombak, teringin pulak nak masak jering. Tengok kat kedai tu menimbun-nimbun jering. Ada yang dibuat rendang, gulai lemak ataupun masak cabai. Harga empat keping jering seringgit.

Saya bukanlah penggemar jering sangat. Kalau diberi pilihan antara jering dan petai, memang tak pikir panjang ,saya akan pilih petai. Tapi jering yang dimasak sebegini sedap jugak. Cuma jering ni agak tua dan perlukan masa yang agak lama untuk merebusnya sehingga betul-betul lembut. Tu la padahnya kalau membeli tu asyik belasah ajer. Bagi penggemar-penggemar jering bolehla cuba masak macam ni.

 

jering2

Masaknya macam masak kari jer. Cuma saya tak letak santan. Biar dia kering lagi sedap. Tapi kalau nak letak pun tak apa. Masak ni pakai hantam jer. Janji daun kari kena banyak dan tumis kari mesti garing. Hokey…

 

Jering Tumis Kari dengan Ikan Bilis

Bahan-bahannya:

6-7 keping jering

3-4 sudu makan serbuk kari ikan

Minyak untuk menumis

Segengam daun kari

Sedikit air asam jawa

Sedikit air

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk…tumbuk tau!

1 biji bawang merah(Bersaiz sederhana)

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

Segengam ikan bilis

Cara untuk membuatnya:

Buang kulit jering dan bersihkan

Rebus sampai ianya lembut

Tumbuk jering sampai ia retak ataupun pecah terus

Panaskan minyak

Tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun kari

Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali

Masukkan air asam jawa dan masak sehingga kari garing

Masukkan jering dan perasakan dengan garam dan gula

 

 

Oct 20

Buku Idea Bekal ke Pejabat

bukubekalkepejabat

Dua buah buku Idea Bekal ke Pejabat sudah ada di pasaran. Ianya terbahagi kepada dua iaitu menu ala Asia dan menu ala Barat. Saya kongsikan pelbagai resepi yang mudah dan menarik khusus bagi mereka yang hendak memulakan projek membawa bekal ke pejabat. Bila cakap pasal masak untuk buat bekal ni , muka kena senyum sikit..barulah feel.

Ok..sebenarmya tak susah nak masak bekal untuk keluarga jika kita mengikut tips memasak yang betul. Yang penting kita kena buat persediaaan memasak terlebih dahulu. Ini nanti saya cerita…

Kebanyakan resepi-resepi di dalam kedua-dua buku ini saya telah olahkan supaya ianya menjadi mudah dan mengandungi bahan-bahan yang senang didapati. Kalau tengokkan tajuk resepinya macam ngeri jer nak masak tetapi bila dicuba ianya tak lah sesusah mana. Kena pulak kalau dah siap segala bahan-bahannya terlebih dahulu. Bak kata orang..’kacang jer”.

Antara tips yang dikongsikan di dalam kedua-dua buku adalah bagaimana untuk membuat persiapan sebelum memasak. Anda perlu gunakan satu atau dua jam waktu pada hujung minggu bagi membuat persediaan bahan-bahan mentah. Bahan-bahan  seperti sayur-sayuran, bawang, ayam dan daging boleh dibersihkan dahulu, dipotong, disimpan ke dalam ziploc bag dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Anda juga perlu merancang menu untuk seminggu supaya segala urusan pembelian bahan-bahan mentah dan persiapan memasak dapat dibuat dengan lancar. Kerja dapur ni memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan gitu. Kalau tak alamatnya rushing sana-sini dan akhirnya badan penat dan kerja tak siap.

bukupejabatasia

bekalpejabatasiakandungan

 Isi kandungan Buku Idea Bekal ke Pejabat Menu ala Asia

bekalpejabatbarat

bekalpejabatbaratkandungan

 Isi kandungan Buku Idea Bekal ke Pejabat Menu ala Barat

Selepas ini saya harap wanita yang super-sibuk pun boleh masakkan bekal untuk suami dan anak-anak. Semoga selepas ini melimpah ruahlah kasihsayang sekeluarga. Boleh jimat, boleh makan makanan yang berkhasiat dan bersih..mana tak melimpah ruah kasihsayangnya..InsyaAllah

Bagi yang berminat untuk memiliki buku-buku bekal, boleh beli terus dari saya

Message/Whatsapp 01115139882

4buku

Kesemua buku-buku bekal saya..

SIGNED COPIES DARI SAYA

Dan kalau anda nak beli buku dan disign oleh saya dan dibalut cantik-cantik .Sila email saya di azianhasan69@gmail.com atau whatsapp saya di 01115139882 ( Whatsapp lebih senang sebab saya tak boleh berenggang dengan phone saya…)

SMS/ WHATSAPP

011-15139882

011-15139882

011-15139882