free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Nov 26

Buku Resepi Kek Batik, Resepi Roti dan Resepi Keju

review1

Buku baru keluar dari oven …..

Berita baik bagi mereka-mereka yang suka mencuba resepi-resepi baru.  Ni cuti sekolah ni kalau yang tengah habiskan cuti tahunan, apa kata kita mencuba pelbagai resepiyang terdapat d idalam buku-buku ini untuk hidangan petang khusus untuk keluarga kita.

Yang sedang tercari-cari resepi-resepi menarik untuk dicuba dan bagi mereka yang nak menunjukkan skill memasak dekat suami dan mak mertua (Almakhlumlah musim kahwin dah mula dah ni) bolehlah mencuba resepi-resepi ini. Boleh jer selitkan buku-buku ni kat dalam beg tangan sebab ianya agak comel dan ringan. Haaa….camne?

Buku-buku resepi terbaru keluaran PTS ini  terbahagi kepada tiga iaitu resepi roti, resepi keju dan resepi kek batik. Memandangkan pencarian di ‘google’ bagi kategori resepi sebegini agak tinggi, makanya pihak PTS menampilkan tiga orang penulis yang begitu berbakat untuk berkongsi resepi-resepi mereka. 

roti1

Himpunan 30 resepi dari Zura Miranda . Dari roti yang boleh dijemput-jemput kepada roti yang pelbagai bentuk, memang sangat menarik. Zura menggunakan roti sebagai bahan asas dan mengolahnya menjadi resepi-resepi yang bukan sahaja sesuai dihidangkan untuk minum petang malah ianya juga sesuai dihidangkan untuk sarapan. Roti yang diolah menjadi agar-agar, salad, karipap,aiskrim dan banyak lagi memang menarik minat saya. 

Boleh klik disini untuk pembelian………

kekbatik

Kek batik biskut mary jer ke?…..Tidak..tidak…Didalam buku ini ada 30 resepi kek batik yang ‘awesome’. Penulisnya Natasha Effyzal sungguh kreatif menghasilkan pelbagai kek batik yang setaraf dengan kek-kek yang tengah hit sekarang. Tengok gambar pun tau kan…Nak kek batik yang pedas pun ada, nak kek batik yang coklat meleleh pun ada, kek batik ais krim ada, kek batik yang sama seperti kek yang dijual di kafe hipster pun ada. Ha…apa tunggu lagi…cepat dapatkan sekarang.

Dapatkan buku kek batik  disini

kekkeju

Kek keju? …Gurauan apakah ini? Kalau cerita pasal kek keju memang meleleh air liur. Nak beli memang takfaktab ianya mahal. Jadi apa lagi…buat sendirilah. Buku kek keju hasil penulisan Chomie ini memang berbaloi dimiliki. Mengandugi 30 resepi yang cun-cun. Bukan setakat kek sahaja malah ada pelbagai resepi-resepi lain yang berdasarkan keju. Ada cheesy sosej, potato cheese dan banyak lagi.

Ok…jom beli disini

Dapatkan ketiga-tiga buku diatas dengan harga mampu milik. Dengar cerita macam ada diskaun…eh..tak pasti pulak. Jadi klik sahaja dekat link yang diberi kot-kot ada diskaun ye…Tahniah juga kepada ketiga-tiga penulis. 

Nov 03

Mango Sago

mangosago1

Semenjak kerja harian saya bertambah kepada menghantar dan mengambil anak-anak dari kolej dan tempat kerja, saya agak kurang mencuba resepi-resepi baru di dapur . Masa saya banyak dihabiskan di dalam kereta meredah kesesakan lalu-lintas. Bila dah sampai rumah, dah penat sangat dah. Tapi tidak mengapa, saya akan biasakan diri saya tak lama lagi. Mana boleh nak tahan keseronokan mencuba resepi-resepi baru.

Jadinya sebagai permulaan saya mencuba resepi mango sago yang agak senang. Sejenis  pemanis mulut yang menyegarkan dan sesuai sangat dimakan semasa cuasa panas ataupun hati tengah panas. Hmmmm….cubalah.

This is possibly my favourite Chinese dessert. 

mangosago2

Saya hanya gunakan susu cair, jus mangga dan buah mangga yang dikisar. Saya tidak masukkan gula kerana buah mangga yang saya gunakan sudah masak ranum dan manis. Rasa lemak susu cair dan rasa manis buah mangga menjadikan rasa mango sago ini begitu sedap sekali…awesome!

You can try this dessert for small parties and gatherings.It would be a winner for sure…..

Mango Sago

Bahan-bahannya:

500 ml jus mangga (Saya gunakan Marigold Peel Fresh)

150 ml susu cair

2 biji buah mangga (Sebiji dikisar isinya dan sebiji dipotong dadu)

2 sudu besar gula dilarutkan dengan sedikit air panas (optional)

80 gram sagu (Lebih bagus gunakan sago pearls)

1 periuk air

Cara membuatnya:

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan sagu. Masak selama lebih kurang 15-20minit atau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.

Bilas dan toskan . Ketepikan

Kisarkan isi buah mangga bersama susu cair, jus mangga dan air gula. Masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan sagu dan mangga yang dipotong dadu. Letakkan ke dalam peti sejuk.

Sedap dimakan semasa sejuk.