free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Dec 23

Kek Telur Kukus

Processed with VSCO with hb1 preset

Seingat saya, dulu saya  pernah buat kek kukus sebegini. Masa tu saya saya masih belasan tahun . Masa tu tengah hit buat kek kukus guna air berkarbonat ataupun air gas. Saya ingat lagi saya suka betul buat kek macam ni sebabnya masa tu  tak ada oven kat rumah. Jadi bila dapat buat kek sebegini rasa macam berlagak pada diri sendiri,

Ada orang memanggilnya apom atau apam. Tetapi bagi saya, kek adalah lebih sesuai kerana teknik memasaknya serupa sahaja seperti membuat kek. Yang membezakannya hanyalah ianya di kukus.

Dipendekkan cerita , entah macamana resepi yang saya selalu gunakan hilang. Saya ingat lagi  yang saya selalu selitkan segala resepi yang saya salin dari majalah kat atas peti ais. Saya rasa itulah tempat yang paling selamat nak sorok resepi.Masa tu punyalah kedekut nak share resepi dengan oran lain. Entah kenapa..sebab orang lain pun kedekut jugak kut.

Dipendekkan cerita sekali lagi. Semenjak kejadian tersebut saya teringin sangat nak buat kek sebegini menggunakan air gas. Rasanya lain tau…tak tau macamana nak cakap. Dia ada rasa masam-masam dan manis yang seimbang. Dan makan kek sebegini memang tak muak. Tak terlalu spongy …just nice!

Processed with VSCO with hb1 preset

Akhirnya saya jumpa jugak resepi kek telur kukus ni dekat blog Miss Tam Chiak. Resepi yang digunakan sungguh tradisional dan saya sangat sukakan resepi ini. Kebiasaannya kek ini akan dikukus didalam bakul dan dialas dengan kertas minyak. Dibahagian luarnya akan dihias dengan pelbagai corak menggunakan acuan tradisional yang dicelup ke dalam pewarna. So…cantik.

Ni dia resepinya..

Kek Telur Kukus

Bahan-bahannya:

220 gram telur (Ditimbang dengan kulitnya sekali)

210 gram gula castor

230 gram tepung kek(Diayak 2 kali)

6 sudu makan air gas(Kalau nak perasa oren, gunalah air gas oren..kaedahnya)

Kalau nak guna esen vanilla..silakan

Cara membuatnya:

Didihkan air didalam kukus

Pukul telur dengan gula sehingga ianya menjadi lebih pucat.

Pukul selama 6-8 minit , ok..jangan malas

Masukkan tepung diselang selikan dengan air gas.

Kacau menggunakan spatula

Kukus selama 30 minit

Dec 10

Sup Ikan Cendawan

supikancendawan1

Pheww…..(.Lap peluh jap).Diam tak diam  dah lebih kurang lapan tahun saya berblog. Sungguh tak sangka masa berjalan terlalu cepat. Itulah kan kalau kita suka kepada sesuatu, buat lama mana pun tak terasa. Saya memang suka bercakap tentang makanan. Saya dan keluarga kalau berjumpa memang suka bercerita tentang resepi itu dan ini. Dapur dah jadi tempat kami melepak. Semua nya bermula dari dapur…sukanya saya memasak dan bagaimana saya belajar bercampur dan bergaul dengan mereka-mereka yang lebih berumur dari saya, bagaimana saya menjalinkan silaturrahim dengan kawan-kawan dan jiran tetangga..segalanya bermula dari dapur rumah kami.In fact this blog is simply the story of my love affair with the kitchen.

Waktu mula-mula nak start berblog dulu saya memang tak yakin yang saya akan bertahan lama. Selalu aje terfikir nak masak apa untuk entry-entry di blog. Walaupun pada awalnya agak sukar bagi saya nak menulis, nak cari resepi dan untuk mendapat gambar yang cantik (Terima Kasih kepada suami yang banyak bagi semangat) namun atas rasa yang saya hanya hendak berkongsi resepi dan mengasah bakat menulis, saya teruskan jugak. Blog saya yang pertama iaitu mrsgoodthingshome banyak bercerita tentang keluarga. Masa tu masih bertatih lagi nak menulis . Kemudian saya bertukar kepada blog yang sedia ada sekarang dan harapan saya semoga apa yang saya kongsikan memberi banyak manfaat kepada kita semua .

Kali ni nak kongsi resepi sop isi ikan dengan cendawan yang sangat senang. Syaratnya kena guna cendawan yang putih sahaja. Kalau guna cendawan shitake akan jadi lain rasanya. Isi ikan tu suka hati nak pakai ikan apa. Saya hanya gunakan ikan dori sebab ianya murah dan senag nak beli di pasaraya. Sup nya agak pekat dan lebih sedap dimakan semasa panas. Resepinya adalah seperti berikut…

Sup Ikan Cendawan

 

Bahan-bahannya:

100 gram isi ikan dori (Kuantiti ikut kesesuaian)

100 gram cemdawan putih (cendawan butang atau cendawan nameko atau apa sahaja)

400 gram stok ikan (Guna 1 ketul stok ikan bilis yang dicampurkan dengan air)

1 biji putih telur

1 sudu makan tepung jagung(Dicampurkan dengan sedikit air)

1 sudu teh minyak bijan

Sedikit daun ketumbar

Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya:

Dadukan isi ikan. Ketepikan

Didih stok dan masukkan cendawan dan isi ikan

Perasakan dengan garam dan lada sulah

Masukkan putih telur dan kacau sebati

Akhir sekali masukkan minyak bijan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Dec 04

Daging Masak Pedas

PhotoGrid_1448940423663

Satu hari lama dulu, masa anak-anak masih kecil. Masak daging sekilo dan masak macam ni memang ngam-ngam ajer sampai ke dinner. Silap haribulan kalau terlebih sedapnya dan kena dengan tekak masing-masing, sekali hadap aje dah lincin. Sekarang ni masak daging sejemput pun dah susah nak habis. Akhirnya peti ais lah yang menjadi mangsa. Penuh dengan segala macam makanan yang tak habis dan tunggu giliran untuk dipanaskan.

p/s -Nampak gayanya lepas ni saya kena guna kuali dan periuk yang kecil sedikit dari apa yang selalu saya pakai.

Selalunya tengahari hanya saya sahaja yang ada dirumah . Malam pulak masing-masing dah kepenatan dan kadang-kadang langsung tak sentuh makanan. Makanya saya akan pastikan mereka-mereka yang saya sayang akan makan hasil dari air tangan saya jugak untuk makan pagi dan tengahari. Pagi-pagi lagi saya dah masak  bekal untuk suami dan anak-anak . Ada orang kata kalau nak ikat kasih sayang ataupun dengan lebih jelas lagi…kalau nak orang tu dengar cakap kita, kena pastikan orang tersebut makan makanan hasil dari air tangan kita. Orang katala….tak tau betul ke tak. Tapi boleh cubalah kan.

Berbalik kepada resepi hari ini iaitu Daging Masak Pedas….apa ye nak cakap. Yang boleh saya katakan , masak daging ni cukup mudah. Masuk ajer kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar dan tumis.Walaupun memasaknya sungguh senang tetapi keseimbangan rasa itu amat penting.Lebih lama ianya dimasak akan lebih sedap rasanya.

Untuk anda yang stress nak masak apa untuk keluarga ataupun untuk tetamu yang datang dalam masa yang singkat, anda boleh mencuba resepi ini. Seperti biasa, bahan-bahannya agak-agak jer la ye….

Daging Masak Pedas

Bahan-bahannya:

1/2 kilo daging (Direbus sehingga lembut dan dipotong halus, simpan airnya)

2 sudu makan minyak

1/2 sudu makan cuka

Sedikit kacang pis

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar:

2 biji bawang merah sederhana besar

2 inci halia

10 tangkai cili kering

1 biji tomato

Cara membuatnya:

Kisar kesemua bahan-bahan kisar. Ketepikan

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi

Masukkan daging bersama air rebusannya sekali

Masak sehingga cili agak garing dan daging lembut

Masukkan garam,gula dan cuka.

Akhir sekali masukkan kacang pis. Kacau rata.