free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jan 30

Mee Sup Daging (Chinese Style)

beefnoodles1

Semangkuk mee sup daging sebegini selalunya dihidangkan sebagai ‘fast food” di China. Mengandungi pelbagai perasa dan khasiat serta boleh dijadikan makanan lengkap. Supnya tidak berminyak dan mengandungi rasa rempah ratus dan halia yang banyak. Sungguh menyegarkan apabila dimakan semasa masih panas.

Teringat semasa saya masih bersekolah dahulu. Setiap pagi saya pasti melalui gerai-gerai makanan tionghua yang menghidangkan pelbagai sup yang panas-panas. Setiap kali lalu pasti nampak uncle-uncle yang menghirup kuah sup dari mangkuknya. Di Malaysia. hidangan sup sebegini sudah dianggap sebagai ‘street food’ adanya.

beefnoodles3

Jom tengok dekat-dekat…ada rasa terliur? 

Memasaknya sungguh seronok…sebab tak payah kupas bawang merah. Mee sup daging ini tidak memerlukan bawang merah. Ianya digantikan dengan daun bawang . Apabila halia, bawang putih dan daun bawang ditumis sekali bersama daging, baunya memang wangi. Daging mestilah betul-betul lembut barulah best. Lagi lama kuahnya dimasak bersama daging , lagi sedaplah rasanya.

Ok…jom tengok resepi…opps…yang ni saya pakai periuk luminarc. Cantik dan boleh terus dihidangkan…kerlas kan.

Luminarc-logo-dinner

Mee Sup Daging (Chinese Style)

Bahan-bahannya:

1 bungkus mee kuning (Dibasuh dan dicelur)

500 gram daging(Direbus sehingga lembut dan dipotong nipis)

2 cm halia muda(Dicincang halus)

2 ulas bawang putih (Dicincang halus)

1 cekak daun bawang(Dipotong kasar)

1 kuntun bunga lawang

1 kulit kayu manis

1 sudu teh chinese five spice powder

2 sudu teh sos ikan (optional)

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos tiram

Sedikit jus lemon

1 cekak chinese salad(Dipotong kasar)

Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

1 sudu makan minyak

Air/ stok daging secukupnya

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan daun bawang. Masak sehingga terbit bau.

Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.

Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis

Tuangkan Stok daging ataupun air bersama five spice powder. Reneh sehingga kuahnya pekat sedikit dan daging betul-betul lembut.

Masukkan kicap cair, sos tiram, sos ikan dan perasakan dengan garam dan lada sulah

Tutup api dan masukkan chinese salad.

Taburkan dengan sedikit daun bawang.

Jan 18

Gulai Lemak Pisang

gulailemakpisang2

Ini adalah salah satu lauk kegemaran arwah mak. Kalau mak makan gulai lemak pisang ni, habis pisang diratah dan kuahnya dihirup macam tu saja. Semenjak mak meninggal ini adalah kali pertama saya masak gulai ni…tak kuat..takut nanti nangis ingatkan arwah mak. Ni pun dah sedih ni……

Lauk sebegini memang sedap dimakan dengan nasi putih, ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Dah cukup hebat untuk menarik selera. Memasaknya ada banyak option. Pisang digandingkan dengan ikan masin, boleh…nak bubuh daun kunyit pun boleh tetapi yang ini saya hanya menggunakan ikan bilis yang ditumbuk kasar sahaja . Simple dan sedap…

gulaipisang1

Saya masak gulai lemak pisang ni macam masak gulai lemak lain aje. Syarat saya …santan kena pekat, kena guna kunyit hidup, kena pedas dan gunakan sedikit jer bawang atau tak payah guna langsung.

Yang ini saya gunakan pisang emas yang dah borderline antara masak dengan tidak. Disiat-siat kulitnya dan dimasukkan separuh daripadanya bersama gulai. Pisang dipotong serong barulah cun tapi kalau nak belah dua  pun no hal. Oklah ….dibawah ni resepinya.

Gulai Lemak Pisang 

Bahan-bahannya

1 sikat pisang (12 biji pisang)

Segengam ikan bilis

350 gram santan

3 biji cili merah

5-6 biji cili padi

1 keping asam keping

1 batang serai (Dititik)

2 ketul kunyit hidup

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Tumbuk kasar ikan bilis. Ketepikan

Kisar cili merah, cili padi dan kunyit hidup dan masukkan  ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 

Masukkan ikan bilis, asam keping dan pisang dan masak seketika

Masukkan santan dan tambahkan  sedikit air jika kuahnya agak pekat

Kacau sehingga kuahnya mendidih

Perasakan dengan garam dan apabila pisang sudah cukup lembut, tutup api dan bolehlah dihidangkan

Jan 14

Tahun Baru – Cerita Baru

Masuk tahun 2016 ni, dah tetiba pulak dapat tawaran masuk TV. It started when my husband and I were driving to Sitiawan, Perak to attend my nephew punya wedding. Dalam sibuk melayan lagu k-pop yang didownload oleh sang suami tetiba masuk call from program bicara pagi Nasi Lemak Kopi On TV9 menjemput untuk turut serta bersiaran. Dan dan tu juga saya panic.

Dan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran….macamana nak diet ni..tak sempat!!!Taula orang plus size macam saya tentu la risau sebab orang cakap kalau kat dalam tv you will gain like 10 pounds!!??

Tapi suami saya cakap terima je… ini peluang untuk melebarkan sayap. (we suspect the invitation has something to do with one of the senior producers at TV9 Wan Sabariah, who happens to be a close family friend and my husband’s former colleague – so thanks Wan Sab for opening the door for me)

Lagi dua tiga hari nak masuk TV, tak senang duduk dibuatnya. Buat ni tak kena, itu tak kena. Kadang rasa bodoh sendiri pun ada.

PhotoGrid_1451699921591

Yang ni penampilan pertama saya di Nasi Lemak Kopi O pada 1 hb Januari 2016. Bersama pengacara Luq dan Talib yang suka sangat menyakat. Segalanya berjalan lancar walaupun ada rasa kekok sana sini. By the way, gambar paling bawah kiri tu saya dengan Wan Sab, puan producer tersohor uolls. Dan sebelah tu pulak saya bersama editor saya Rafiza Rahman yang datang memberi moral support pada saya… nasib baik dia datang jugak walau pun hari tu public holiday. Terima kasih yaaa.

PhotoGrid_1451942532215

Yang ni pulak penampilan saya di dalam rancangan Wanita Hari ini pada 4 hb Januari 2016. Sebenarnya keseluruhan rancangan ini adalah berkenaan isu permulaan persekolahan. Jadi dapatlah saya menyelit sana sini dalam slot penyediaan bento.

Yang dibawah ini pulak dalam Nasi Lemak Kopi O baru-baru ini. Bersama dua orang pengacara yang jelita  Hunny Madu dan Aida.

Harapan saya semoga slot saya ini akan memberi sedikit sebanyak idea kepada para penonton tentang resepi dan tips untuk menyediakan bento.  Semoga semuanya baik-baik sahaja.

FB_IMG_1452587706181