free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 16

Sambal Tempe Ikan Bilis Masak Taucu Kering

DSC07720

Apa sahaja makanan yang ada tempe di dalamnya is a winner for me. Walaupun kat rumah saya tempe bukanlah kegemaran anak-anak ,tetapi bila dimasak sambal atau dimasak sebegini pastinya mereka akan makan juga.

Saya suka lauk-pauk yang kering-kering macam ni dan dimakan dengan nasi putih yang panas-panas. Bila cerita pasal tempe, teringat masa di kampung dahulu dimana ramai dari jiran-jiran adalah orang jawa. Bila ada kenduri pastinya kami akan pergi dan makan nasi ambeng. Begitu juga bila hari raya. Selalunya mereka orang jawa ni suka bersedekah makanan. Pagi-pagi raya lagi dah sampai bertalam-talam juadah raya….oh,,teringat waktu tu. Ok..sekarang dah teringin pulak nak makan nasi ambeng.

ikanbilistempe1

Ramai orang bertanya bagaimana nak masak sambal tempe ikan bilis taucu ni. Alah..belasah ajelah. Masuk ajelah apa-apa bahan yang sesuai. Nak tambah ubi kentang pun boleh. Nak tambah kacang panjang pun boleh. Jadi resepi yang saya nak beri  ni hanyalah sekadar basic jer…yang lain-lain tu kalau nak lebih menarik , gunakanlah kreativiti sendiri..

Sambal Tempe Ikan Bilis Masak Taucu Kering

Bahan-bahannya:

1 gengam ikan bilis

1 keping tempe(Dipotong nipis menyerong)

1 biji cili merah (Dipotong nipis)

1 biji cili hijau(Dipotong nipis)

5 biji cili padi (Dipotong halus)

1 biji bawang merah(Dimayang halus)

3 ulas bawang putih(Dicincang halus)

1 sudu teh taucu

1 sudu makan sos tiram

Minyak untuk menggoreng

Garam dan gula secukup rasa

1/3 cawan air

1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air

Cara membuatnya:

Goreng ikan bilis dan tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak dan tumis bawang merah dan bawnag putih sehingga wangi.

Masukkan kesemua cili dan goreng sebentar

Masukkan air, taucu dan sos tiram, biarkan mendidih

Masukkan campuran tepung jagung, kacau sebentar dan masukkan ikan bilis dan tempe

Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula

Masak sehingga kering dan kemudian angkat.

 

Feb 04

Buttermilk Cupcakes

buttermilkcupcakes

Kenapa nak guna buttermilk? Dan satu soalan lagi apa dia buttermilk?

Bagi saya yang perasan adventurous tak tentu pasal dalam hal masak-memasak ni memang selalu jer nak mencuba sesuatu yang baru termasuklah mencuba benda alah , buttermilk ni. Pencerahan yang pertama…buttermilk ni ada dijual di kedai-kedai menjual bahan-bahan kek ataupun di supermarket seperti Jaya atau Cold Storage. Susah sikit nak mendapatkannya dan sedikit mahal la. Tapi kalau nak buat sendiri pun boleh..no hal ..walapun kenyataannya ..hasilnya taklah seelok yang dibeli.

Apa dia buttermilk?

Buttermilk adalah sejenis cecair yang tertinggal semasa proses membuat butter. Ianya akan diperap supaya sejenis bakteria akan menghasilkan proses penapaian supaya dapat menghasilkan buttermilk. Itulah yang menjadikan buttermilk sedikit masam dan pekat.

Namun begitu buttermilk boleh dibuat menggunakan susu segar bersama jus lemon ataupun cuka. Caranya ialah dengan mencampurkan 1 cawan susu segar dengan dengan 1 sudu makan jus lemon ataupun cuka dan biarkan ianya seketika  sekurang-kurangnya selama 10 -15 minit.

buttermilk2

Buttermilk akan menjadikan kek gebu gebas. Buttermilk apabila berjumpa dengan baking soda akan berinteraksi dan menjadikan kek naik dan gebu. Mulanya saya nak buat buttermilk cupcakes ni kosong aje. Tak nak bubuh apa-apa frosting. Makhlumla baru beli  mentega dan esen vanilla mahai ..jadi rasa macam nak menikmati rasa kek yang penuh berkrim. Tapi bila  tengok dalam peti ais ada lebihan krim keju dan strawberry, makanya saya pun buatlah strawberry frosting dan dicampurkan dengan krim keju. 

buttermilkcupcakes1

Buttermilk Cupcakes

Bahan-bahannya:

250 gram mentega

2 1/2 cawan tepung kek

1 sudu teh baking soda

1 sudu teh garam

1 cawan buttermilk

1 sudu makan esen vanilla

2 cawan gula castor

5 biji telur

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang

Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi

Campurkan tepung dengan baking soda

Masukkan campuran tepung ke dalam adunan di selang selikan dengan buttermilk (perlahankan kelajuan mixer)

Akhir sekali ( step yang penting) kaup adunan menggunakan spatula. Kaup ke arah dalam dan keluar.

Proses ini penting untuk  memasukkan udara ke dalam adunan

Masukkan aduan ke dalam bekas cupcakes 

Bakar pada suhu 180 C selama 40/45 minit.

Untuk membuat strawberry frosting…

Hanya masakkan buah strawberry bersama gula secukup rasa dan sedikit mentega. Selepas itu dikisar halus dan letakkan sebentar diatas api untuk proses pemekatan. Main agak-agak ajelah ye….Selamat Mencuba!