free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Mar 21

Muffin Blueberry

muffinblueberry1

Seimbang dari segi rasa dan rupa. Rasa yang seimbang, cukup dengan rasa masam, lemak dan manisnya .

Macam itulah saya ‘describe’ muffin blueberry saya. Nak membuatnya tak susah sangat, tak perlu guna mixer. Bahan-bahannya pun agak senang didapati. Kalau nak ubah bahan-bahannya pun boleh. Nak bubuh strawberry maka jadilah muffin strawberry. Kalau nak lebih berkhasiat, boleh gunakan tepung ‘wholemeal’.

Tak payah banyak-banyak fikir. Muffin tak perlu ada frosting apa apa pun. Dia jenis makan macam itu sahaja. Kan saya dah kata ianya seimbang dan mudah segala-galanya.

muffinblueberry2

Begitu jugalah hidup. Kena seimbang kiri kanan. With new adventures come new challenges, lessons and friendships.Kalau kat sini terkurang kat sana pulak terlebih. Bagi saya keseimbangan hidup ialah bila kita bersyukur dengan apa kelebihan dan kekurangan yang ada…barulah seimbang. Teringat pesan arwah mak…bila selalu bersyukur, everything will be fine..

Everyone say ‘Hello’ kat buku baru saya!!!


buku60minit1

Ok..buku ni belum keluar lagi. InsyaAllah dalam minggu ini. Ni lah baby saya yang kelima. Empat buku sebelum ini adalah buku tentang bekal. Saya nak kalau boleh lebih ramai lagi orang bawak bekal. Buku yang ini lain pulak…banyak yang saya nak cerita pasal buku ni tapi kat entry lain lah ye..sebab banyak sangat.

Walau apa pun kesemua buku saya walaupun ianya sekadar buku resepi or buku masakan or whatever people call it…saya akan pastikan buku-buku tersebut ada ‘love story’.  Ada bait-bait cinta dari makanan yang disediakan. Jadikan kisah cinta paling romantis keluarga anda bermula dari meja makan rumah anda sendiri. Cubalah..pasti menjadi.

Kat bawah ni saya letakkan resepi muffin blueberry…Selamat Mencuba!

Muffin Blueberry

Bahan-bahannya:

125 g mentega

100 g gula castor

180 g tepung naik sendiri

150 ml susu segar

100 gram buah blueberri

2 biji telur

2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 C

Cairkan mentega

Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tunagkan mentega ke atasnya. Kacau

Masukkan telur dan susu segar. Kacau menggunakan whisk ataupun garpu

Didalam bekas lain, campurkan tepung naik sendiri dan soda bikarbonat

Masukkan perlahan-lahan tepung ke dalam campuran tadi

Masukkan separuh dari buah blueberri dan gaul sebati

Sendukkan adunan ke dalam bekas muffin dan taburkan separuh dari buah blueberri ke atasnya

Bakar selama 15-20 minit

Mar 01

Pinjan

pinjan1

Pinjan – A love Story

Saya tak ingat semenjak bila saya mula jatuh cinta dengan pinjan ,tapi yang pasti cinta tu tak pernah berubah sampai sekarang..ehem..ehem. Ok..pinjan tu bukan nama orang ye…tu yang gambar kat atas tu.

Orang Perak panggil pinjan. Kat tempat lain tak tau la pulak panggil apa. Kalau orang putih deme panggil Caramelized Palm Sugar Cassava. 

Pinjan adalah sejenis juadah manisan yang paling senang dibuat. Ada ubi kayu dan ada gula merah dah boleh buat dah. Janji ubi kayu kena yang jenis gebu gebas. Barulah pinjan tu meletop-letop sedapnya. Pinjan ni dah semakin dilupai orang. Anak-anak saya pun tak tau apa itu pinjan. Cuba google ‘pinjan’, entah apa-apa yang keluar. Yang paling sedih kat wikepedia pun tak ada.

Buat pinjan ni main agak-agak ajer. Kuantiti gula merah ikut citarasa sendiri. Nak gula kabung ker atau gula yang seangkatan dengannya pun boleh. Yang penting, pastikan ubi tersebut betul-betul empok sebelum dibubuh gula merah.

Pinjan

Bahan-bahannya:

400 gram ubi kayu

2 helai daun pandan(Disimpul)

Air secukupnya untuk merebus ubi

300 gram gula merah(kuantiti ikut suka)

1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:

Rebus ubi kayu sehingga lembut, toskan

Di dalam periuk yang lain didihkan dalam 1 cawan air dan masukkan gula merah, daun pandan dan garam

Masak sehingga mendiidh dna kemudian masukkan ubi kayu,. Gaul rata

Masak selama 4-5 minit sehingga ubi kayu betul-betul lambut dan gula dah meresap ke dalam ubi kayu

##Nak nampak pinjan lebih elegant….gunalah pinggan luminarc. Boleh klik disini untuk melihat pelbagai pinggan mangkuk yang cantik-cantik.

Luminarc-logo-dinner