free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 26

Opor Ayam

 

oporayam2

Nak cuba ala-ala masakan Indonesia buk?

Tak banyak bezanya masakan Indonesia dan masakan kita. Masih di dalam konsep yang sama iaitu pedas, penuh rasa rempah ratus dan berwarna-warni. Saya memilih untuk mencuba resepi opor ayam kerana rasanya seakan -akan kombinasi rendang dan gulai lemak ayam. Rasa sebegitu memang menjadi kegemaran anak-anak saya dan saya juga.

oporayam1

Masakan indonesia suka menggunakan buah keras atau dipanggil kemiri. Ianya untuk menjadikan tekstur kuahnya lebih berlemak..more creamy, orang putih cakap. Saya suka masakan Indonesia yang menggunakan daun cekur…ummmm..sedapnya. Tapi resepi ni tak ada la pulak menggunakan daun cekur. Lepas ni nak cuba resepi Indonesia yang menggunakan daun cekurla.

Just nak bagi tau yang saya sangat lah rasa bersalah kerana sudah lama betul tak berkongsi resepi dengan anda semua. Banyak benda yang ┬ámembuatkan saya agak sibuk sedikit. Walaupun rasa gian nak menaip di blog ini membuak-buak tapi saya tak sempat jugak nak berbuat demikian. ┬áKadangkala tu kalah jugak dengan kesibukan harian ye. Walau apapun anda boleh ‘follow saya di facebook, instagram, twitter, snapchart dan di fanpage saya. ok..jom tengok resepi…

Opor Ayam

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam (Dipotong kecil)

250 g santan pekat

5 helai daun limau purut(Dihiris halus)

3 helai daun bay (Kalau boleh guna daun salam)

1 keping asam keping

5 biji cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

4 sudu makan minyak masak

2 biji tomato(Dibelah empat)

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

1 1/2 inci halia

3 biji bawang merah sederhana besar

5 ulas bawang putih

5 biji buah keras

1 inci lengkuas

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan masukkan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.

Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.

Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam keping, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.

Masukkan daun limau purut, tomato dan perasakan dengan garam dan gula