free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 26

Lasagna Gulung Berinti Bayam- BentoNLKO

nlkolasagna3

Aiseyman minggu lepas punya Bento Nasi Lemak Kopi O sedondon pulak warna baju dengan Ustaz Fakhrul. Kalau nak diikutkan setiap kali nak bersiaran di Nasi lemak Kopi O, perut ni akan memulas-mulas. Bermula dari hari Khamis lagi dah terasa tak senang duduk. Walaupun saya ke udara bukannyalah lama sangat. Slotnya pun bukannya serius pun tapi bila dah dikatakan siaran langsong, memang hati ni dup dap dup dap ajer setiap minggu.

Dah dekat 10 bulan saya bersiaran dalam slot Bento Nasi Lemak Kopi O. Saya tak pernah menulis tentang pengalaman saya disana. Entah kenapa macam susah betul nak bercerita.

Whatever it is, I feel truly honoured to be given the opportunity to be featured in Nasi Lemak Kopi O morning talk show every Friday. I can’t thank enough for this – never in a million years I imagine myself, a nobody really, to be on TV let alone every week. Despite the jitters that I have to experience come every Thursday, I must say I am enjoying the experience. Not because I am on TV but more because I am able to be working with fun and kind people of the NLKO production team and the hosts. I am still in awed of them.

Another thing is that I am allowed to be myself on air. In fact they encouraged me to be myself all the time. So what you see is what you get, really. All of it you know, including the forever confused and hapless me.

Jadi selepas ni saya harap dapat menulis tentang pengalaman saya bersama bento nlko setiap minggu. Kena bagi rajin balik ni menulis. Bagi sesiapa yang tak sempat nak salin resepi Jumaat lepas iaitu Lasagna Gulung berinti Bayam, ini resepinya.

nlkolasagna4

Lasagna Gulung Berinti Bayam

Bahan-bahannya:

12 keping lasagna(Direbus dan ditoskan)

Segengam bayam hijau(Dicelur dan ditoskan)

2 sud makan cendawan shitake(Dihiris halus)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu makan sos karbonara

1 biji telur

2 cawan keju cheddar

2 cawan sos spaghetti

Cara membuatnya:

Campurkan telur bersama keju cheddar, bayam, cendawan shitake, sos karbonara, garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati

Ambil kulit lasagna, letakkan inti ditengah-tengahnya dan gulung kemas.

Letakkan separuh dari sos spaghetti ke dalam bekas dan susun lasagna tadi di atasnya.

Tuangkan separuh dari sos spaghetti tadi dan sedikit keju diatasnya.

Bakar pada suhu 200 C selama 10-15 minit.

 

 

Sep 14

Kepah Goreng

kepahgoreng1

Anak-anak suka makan kepah berbanding dengan lala. Kata mereka isi kepah lagi besar dan kenyal. Tapi nak dapatkan kepah bukannya senang. Kalau lala tu selalu ajer ada dijual dipasar. Itu pun kadang-kadang kena ikut musim jugak.

Saya memang kurang pandai dengan bab-bab benda alah ni. Almakhlumla rumah jauh dari laut. Seingat saya kali pertama saya makan kepah  iaitu semasa saya di sekolah menengah dulu. Masa tu saya ikut kakak saya pergi ke rumah kawannya di Banting. Nama kawan kakak saya tu Kak Ayom.Suatu pagi saya dan kakak mengikut keluarga Kak Ayom ke tepi pantai sebab nak kutip kepah. Dalam kepala saya ingatkan berteraburlah kepah kat tepi pantai tapi rupanya kena cari kepah kat dalam tanah. Kena toreh-toreh pasir pantai dan barulah dapat tangkap kepah. Bestnya masa tu sampai tak sedar kami kutip kepah berjam-jam lamanya.

Saiz kepah yang dikutip agak besar. Lebih kurang saiz tapak tangan. Kak Ayom masak gulai lemak kepah yang super pedas. Masak guna dapur kayu dan makan pulak dengan pecal. Huhhhh…tak sanggup nak cerita dah. Memang sedap sangat.

Syarat utama nak masak kepah supaya ianya sedap ialah kepah tu kenalah yang segar. Kalau dah dapat kepah yang segar kena masak yang simple-simple aje supaya ianya dapat mengeluarkan aroma yang semula jadi dan dapat rasa keaslian rasanya. Jadi saya masak kepah goreng yang sangat senang dimasak dan sedap. Masak senang-senang aje kan.

Kepah Goreng

Bahan-bahannya:

600 g kepah segar(Dibersihkan)

2 biji bawang merah (Dihiris halus)

7 biji cili padi(Dihiris halus)

2 biji cili merah(Dihiris halus)

3 batang serai (Dititik)

3 sudu makan minyak masak

1 /2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuatnya:

Panaskan minyak

Tumis bawang merah, cili padi dan cili merah sehingga layu.

Masukkan serai. Gaul sekata.

Masukkan kepah, gula dan serbuk lada sulah. Gaul sebati

Masak sehingga kepah masak.

Sep 08

Daging Goreng Berempah

Sekarang ni kalau nak belajar masak pun semakin senang. Zaman tengok televisyen dan salin resepi tu memang dah lama berlalu. Saya pun kalau ada resepi yang pekenan kat televisyen, terus aje tekan butang “R”. Alamatnya penuh la segala macam rancangan memasak saya rakam. Bila anak-anak bising suruh padamkan mana yang tak perlu, degil pulak tu. Ni lah yang dikatakan penting diri sendiri kan.

Berbalik kepada cerita resepi ni kan. Ok lah sekarang ni orang muda-muda dah mula rajin mencuba pelbagai resepi. Senang jer nak dapat resepi sekarang ni. Boleh share kat Facebook ataupun Instagram. Tapi kan …yang paling best kalau kita belajar memasak hanya dengan melihat melalui video aje. Macam kat You tube tu.

Makanya saya dan Afiq berbekalkan seribu keberanian, semangat yang tinggi dan sedikit kepintaran, terhasillah video memasak kami dengan tema..’Masak senang-senang ajer’. Kami tak ada team produksi yang canggih-canggih. Kamilah yang basuh pinggan, kemas meja, make-up muka sendiri, semuanya buat sendiri. Anak-anak dan suami ada jugak membantu tapi boleh dikatakan kamilah segala-galanya. Penat tu memang penat tapi puas hati.

Jadinya, InsyaAllah tiap-tiap minggu kami akan kongsikan pelbagai resepi yang menarik dan senang dengan harapan ramai lagi orang yang akan suka memasak. Ala masak senang-senang aje.

 

 

Macamana ..Ok , tak?

Ni resepinya..

Daging Goreng Berempah 

Bahan-bahan:

500 g daging batang pinang

3 tangkai daun kari

3 tangkai kacang panjang, dipotong 2 cm panjang

2 sudu makan  cili kering kisar

2 inci halia, dihiris halus

1 labu bawang holland, dipotong 8

2 sudu makan serbuk kari daging

5 biji cili padi

½ cawan minyak

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

5 sudu makan kicap manis

Cara membuatnya:

Gaulkan daging bersama, serbuk kari. Perap seketika

Panaskan minyak dan masukkan kacang panjang. Masak selama 2 minit. Angkat dan ketepikan

Masukkan daun kari dan masak sehingga ianya berkilat. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan dalam 5 sudu makan minyak dan masukkan daging.

Masak sehingga airnya kering .

Masukkan bawang holland, halia, cili merah dan cili padi. Gaul sebati.

Masukkan kicap manis  dan masak sehingga minyaknya keluar dari daging.

Perasakan dengan garam dan gula.

Masukkan kacang panjang dan daun kari tadi. Kacau sebati.

Tutup api dan hidangkan.