free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 07

Gulai Tempoyak Udang dengan Taugeh Kasar.

gulaitempoyakudangtaugeh1

Kalau masak gulai tempoyak untuk makan tengahari alamatnya tak sampai ke malam le lauk tu. Satu keluarga sukakan tempoyak. Baik buat sambal atau gulai semuanya suka. Tambah lagi kalau masak dengan udang macam ni.

Masak tempoyak ni tak payah bubuh bawang . Kalau bubuh rasanya jadi lain sikit. Dulu jiran sekampung pernah bergaduh dengan jiran sebelah sebab orang sebelah masak gulai tempoyak bubuh bawang. Lawak tak lawak.

Bahan-bahannya:

½ kilo udang

3 biji cili merah

3-4 sudu makan tempoyak

1 ikat taugeh kasar(dibuang hujungnya)

1 inci kunyit hidup

1 batang serai(Dititik)

1 liter air

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

Cara membuatnya:

Kisar cili merah bersama kunyit hidup sehingga hancur.

Kemudian masukkan tempoyak ke dalam pengisar dan kisar sekali( Ni nak mengelakkan tempoyak tu berketul bila masak nanti).

Masukkan air dan biarkan kuahnya menggelegak.

Masukkan udang dan serai. Kacau sebentar.

Akhir sekali masukkan tempoyak dan perasakan dengan garam dan gula.

Siap