free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 29

Nasi Ulam

Last sekali saya update blog ini ialah pada bulan puasa yang sudah. And then I got busy dan ahirnya update segala kejadian masak memasak di instagram dan FB sahaja. Lagi senang rasanya buat macam tu  kan. Tapi bila mengenangkan sayangnya dekat blog ni . Nak atau tidak kena isikan bagi cantik balik. Macam ibarat tinggalkan rumah kosong tak berpenghuni. Nanti dia makan diri, merajuk sapa yang susah.

Banyak benda yang berlaku to me right now. Yang suka dan duka semuanya ada. Berita yang paling sedih sekali ialah pemergian abang kesayangan saya selama-lamanya bertemu Yang Maha Kuasa dua minggu yang lepas. Oh bab ni saya tak boleh nak cerita lagi sebab kalau cerita sikit pun maka bercucuranlah air matanya. Jadi buat masa sekarang saya akan pastikan saya sibuk dengan segala macam kerja. Kalau tak ada kerja carilah kerja kan. Kalau tak asyik nak banjir aje.

Kali ni nak share resepi nasi kerabu. Saya memang suka makan nasik kerabu . Mungkin sebab kuahnya padan sangat dengan pelbagai sayur yang digunakan. Saya kan suka makan sayur. Kena pulak ada keropop krup krap. Satu lagi mungkin sebab warna nasinya biru.

Bab suka makan nasi kerabu satu hal. Tapi bab nak buat nasi ni agak lemah sikit. Lambat…Lambatnya nak masak satu-satu  dan lepas tu kena potong itu ini. Dah la kena potong halus-halus. Rimas tau. Tapi kalau dah siap tu memang tersenyum kambing dibuatnya.

Jadi ni lah resepi nasi kerabu yang humble. Nak masak boleh agak-agak. Nak tambah benda-benda lain pun boleh.

Bahan-bahan:

nasiulam

Nak masak nasi putih pun boleh. Nak masak nasi biru bubuh bunga telang pun boleh.

nasiulam1

 

Untuk ikan :

Ikan di rebus/ di bakar

Asingkan isinya dan dicampur dengan hirisan serai, hirisan bawang dan halia serta bunga kantan, yang dihiris halus dan sedikit gula kabung dan garam

nasiulam2

Untuk kuahnya:

Cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan di kisar dan ditumis hingga garing

Masukkan santan dan masak sehingga pecah minyak

Masukkan serai yang dititik,garam, gula, asam dan kerisik

Akhir sekali masukkan budu dan hirisan cili padi

nasiulam3

 Kelapa di goreng tanpa minyak sehingga berubah warna

nasiulam4

Kobis, taugeh, kacang panjang,pucuk gajus, timun, daun kesom, dan apa-apa ulam yang anda suka – di hiris halus

Side dish:

Telur masin/ikan goreng tepung/ daging masak kunyit dan lain-lain.

Goreng keropok bayak-banyak.

“Selamat memasak”.