free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 04

Burger Daging Bakar -Bento NLKO

burgerbakar4

Minggu lepas Bento Nasi Lemak Kopi O bersiaran bersama Amira dan Aida. Dah lama sungguh tak jumpa dengan Amira yang tengah popular dengan drama Abang Bomba I Love You. Last jumpa masa raya puasa yang lepas. Masa sampai tu Amira dok melambai-lambai dari celah-celah kamera..almakhlumla lama tak jumpa. Amira is such a lovely pleasant young woman. Semoga terus popular dengan aktiviti seninya.
Berbalik kepada cerita minggu lepas, saya sampai agak lambat di studio. Selalunya kalau call time pukul 9.00 pagi, pukul 8.20 saya dah tercegat kat studio. Entah kenapa minggu lepas saya kelam kabut sikit dan bertolak agak lewat dari rumah. Kena pulak bertembung dengan trafik jam yang maha padat di tol Damansara.

burgerbakar1

Kali ni tak ada potong-potong bagai. “Kak Yan ada 6 minit jer ye,” kata Floor Manager. Adoi, kalau 6 minit tu memang kena kelam kabut sikit la. Eh, bukan tiap-tiap minggu kelam kabut ke?

burgerbakar2

Amira ni kemana pulak, Aida? Nampak gayanya kita berdua jer la yang masak burger daging bakar ni.Kekok pulak masak berdua .

burgerbakar3

Haaa…baru datang Amira ni. Tadi pergi cari kayu api sebab nak bakar burger agaknya.

producer

Bersama madam-madam producer yang tersangatlah sweet dan cheerful.

Bagi sesiapa yang tak dapat salin resepi minggu lepas, ni Kak yan bagi. Boleh la cuba. Cumanya kalau bubuh keju lebih sikit lagi best. Biar keju terlebih muatan lagi bagus. Sebenarnya resepinya ada di Buku Bekal Ke Sekolah Menu Barat. Cumanya kali ini di olah supaya ianya sesuai untuk dimasak menggunakan ketuhar.

Selamat Mencuba!

Burger Daging Bakar

Bahan-bahannya:

500 gram daging (Dibakar atau direbus dan dicarik-carikkan)

1 biji bawang holland (Dihiris)

1/2 cawan sos barbeque / sos lada hitam

4 keping keju cheddar

2 biji roti bun

2 sudu makan mustard

4 sudu makan mentega

Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Aluminium foil secukupnya

Cara membuatnya:

Panaskan mentega dan goreng bawang holland sehingga layu dan berwarna keperangan. Ketepikan.

Campurkan daging bersama sos barbeque, mustard, garam dan serbuk lada sulah. Gaul sebati

Belah dua roti bun dan sapukan mentega.

Letakkan daging di tengah-tengahnya bersama bawang .

Letak keju dan bungkus burger dnegan aluminium foil.

Masukkan ke dalaam ketuhar pada suhu 180 C selama 5-8 minit. Siap

 

 

Subscribe To Our Feed

enjoy this posts? subscribe to our feed please..

No Responses to “Burger Daging Bakar -Bento NLKO”

Leave a Reply