free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 03

Sirivat Sandwich

Banyak perkara yang mengkagumkan saya apabila saya membaca tentang cerita atau pengalaman mereka yang mencipta nama di dalam perniagaan. Sesungguhnya banyak cerita-cerita yang kita dengar dan baca tentang bagaimana seseorang yang terlalu susah dan  kemudiannya bekerja keras, akhirnyanya berjaya menjadi seorang yang kaya-raya.  Membaca cerita –cerita begini seumpama memberi tenaga positif yang bergetar di dalam diri saya untuk mencontohi mereka dalam mencipta kejayaan.

Senang cakap, berbisnes bukanlah perkara mudah.

Berlainan pula ceritanya dengan seorang jutawan yang berasal dari Thailand Sirivat Voravetvuthikun yang lebih dikenali sebagai ‘Sandwich Man’. Beliau seorang graduan lepasan Universiti of Texas pada tahun 1974. Kemudian beliau bekerja sebagai pekerja profesional didalam bidang kewangan dan sekuriti selama 16 tahunsehinggalah beliau menyandang jawatan sebagai  Pengarah Urusan sebuah syarikat saham terkemuka di Thailand di awal tahun 1990. Beliau terus  bergerak aktif dalam bidang bursa saham tempatan sehinggalah beliau berjaya  dengan gelaran ‘Guru Pasaran Saham’ yang bertaraf multi-millionaire.

Apabila krisis kewangan berlaku dalam tahun1994, beliau kehilangan kesemua wangnya dan keadaan semakin buruk apabila projek kondominium esklusif  beliau mengalami kerugian iaitu didalam tahun 1997. Akibat dari kerugian tersebut, Sirivat menanggung hutang sebanyak US$30.4 million dan beliau telah didakwa oleh bank-bank dan para pemiutang.

Ketika kejadian  ini terjadi, beliau tidak boleh melelapkan mata. Beliau menjadi begitu lemah dan tidak berdaya tetapi Sirivat tidak pernah terfikir untuk berputus asa. Bayangkanlah dengan sekelip mata, semua yang ada hilang lesap begitu sahaja. Dari seorang yang bertaraf jutawan menjadi seorang yang muflis segala-galanya.

Beliau buntu namun kehidupan tetap perlu diteruskan. Apapun, untuk bangkit semula merupakan satu kepayahan maha berat. Tidak ada siapa mahu membantu. Rakan dan keluarga semua menjauhkan diri.

Pada hujung tahun1997, Sirivat dan isteri beliau Mrs.Vilailuck memulakan perniagaan sandwich pertama mereka. Walaupun malu menebal dalam diri, maklumlah dari seorang jutawan kini menjual sandwich sahaja, Sirivat tetap meneruskan niatnya. Anak isteri perlukan makan pakai.

Pada hari pertama tersebut mereka mengambil masa selama 6 1/2 jam hanya untuk menjual 20 sandwich dengan keuntungan hanya sebanyak 500 baht.

Beliau menjual sandwich di kawasan hospital pada waktu pagi dan bergegas ke menjual kepada kakitangan hospital dan murid-murid sekolah pada waktu tengahari pula. Beliau juga pernah beberapa kali ditangkap kerana menjaja sandwich dikawasan yang dilarang.

Siriwat menebalkan muka dengan menjual sandwich bersama sebahagian dari pekerja lamanya yang bersepakat untuk mencari wang demi untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga.

Ada juga ketikanya, kawan-kawan beliau semasa zaman beliau kaya-raya bertembung melihat beliau menjual sandwich di jalanan namun semua mereka hanya membunyikan hon dan menekan minyak dengan laju sahaja bila berselisih dengan beliau. Terlintas di fikiran beliau kenapa mereka tidak mahu membeli sandwichnya sedangkan mereka tahu yang hidupnya sedang susah?

Namun begitu Sirivat dan isteri meneruskan usaha mereka dalam perniagaan ini walaupun tidak mendapat pulangan yang baik dan menerima sambutan.yang baik dari orang ramai. Iyelah jugak, Thailand seperti di Malaysia yang rata-rata penduduknya lebih gemar makan nasi tentulah tidak berapa gemar kan sandwich.

Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.

Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi  seorang penceramah (speaker) jemputan  yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap, ‘ Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. Kekuatan saya ada didalam diri saya iaitu semangat juang yang tinggi.” Jawab beliau

.

.

Jul 18

Definasi Kejayaan

Anda mempunyai impian dan cita-cita dan kemudian setelah berusaha keras anda berjaya mencapainya. Anda tentu gembira dan berpuas hati, bukan? Sudah tentulah begitu kerana segala susah payah dan segala rintangan yang dihadapi akhirnya membuahkan hasil. Apa yang pasti ialah anda kini dilabelkan sebagai seorang yang ‘berjaya’.

Apakah erti ‘berjaya’ bagi anda? Kebanyakan orang mengatakan berjaya apabila mereka berjaya dalam peperiksaan, berjaya memiliki harta yang banyak, berjaya dalam karier dan banyak lagi.

Yang pasti berjaya bagi anda dan orang di sekeliling anda pastinya berbeza.

Istilah ‘berjaya’ sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Ini adalah kerana istilah ‘berjaya’ pada diri seseorang banyak bergantung kepada minda separa sedar. Kepuasan ‘berjaya’ adalah berbeza di antara satu sama lain dan anda perlu menerimanya samada anda suka ataupun tidak.

Secara umumnya, ada 5 definasi kejayaan.

Anda berjaya apabila…

1. Anda berasa selesa. Kebiasaannya orang sebegini hanya mahu meneruskan kehidupan yang selesa dengan sebaik mungkin. Mereka tidak suka pada tekanan, cabaran, desakan ataupun konflik. Berjaya bagi mereka ini adalah mempunyai kehidupan yang  boleh dikawal dalam keadaan yang biasa sahaja. Mempunyai pendapatan yang mencukupi hanya sekadar untuk meneruskan kehidupan dan bergembira dengan kawan-kawan.

Mereka yang di dalam golongan ini adalah mampu bertahan pada satu-satu pekerjaan dalam kadar yang lama asalkan mereka tidak diberi tekanan. Mereka gembira meneruskan ‘routin’kehidupan yang sama tanpa jemu. Mereka akan begitu tertekan jika kehidupan mereka yang biasa itu menemui ujian atau dugaan walaupun sedikit.

2.  Anda disukai ramai- Orang yang sebegini inginkan diri mereka diterima oleh orang lain dan akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka akan buat apa sahaja, tak kira jika ianya betul atau tidak asalkan mereka disukai ramai. Mereka yang mendefinasikan berjaya di dalam kategori ini tidak boleh dijadikan ketua didalam sesebuah organisasi kerana mereka lebih terdorong untuk menerima apa sahaja permintaan ataupun pandangan orang lain dengan matlamat untuk disukai ramai.

3. Anda rasa anda betul – Mereka yang sebegini puas bila mereka dilabelkan sebagai seorang yang betul 24 jam sehari. Kebiasaannya mereka adalah orang yang pakar di dalam sesuatu bidang seperti professor, peguam dan sebagainya. Kepuasan berjaya bagi mereka adalah apabila mereka sentiasa betul. Sudah tentulah mereka ini tidak boleh dikritik dan tidak boleh menerima idea atau pandangan baru dari orang lain. Elakkan bertengkar dengan mereka ini kerana akhirnya anda pasti perlu mengalah. Bunyi seperti seorang diktator kan? Namun begitu mereka adalah golongan yang akan berusaha bermati-matian dalam banyak hal seperti duit. karier atau membina perhubungan. Ini adalah kerana mereka mahu menunjukkan yang mereka sentiasa betul. Dalam lain perkataan berjaya bagi mereka adalah apabila mereka yang betul.

4. Anda berjaya dengan menang-. Mereka yang di dalam kategori ini adalah seorang yang tinggi daya pencapaiannya. Motivasi utama mereka adalah untuk menang dalam usaha dan matlamat mereka. Mereka tidak mudah mengalah, kuat bersaing, bersemangat tinggi dan akan buat apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak peduli jika orang lain tidak suka kepada mereka dan mereka suka kepada cabaran dan dugaan kerana itu akan menjadikan merkea lebih puas bila mereka mengecapi kejayaan.

5. Anda berjaya bila anda kalah- Bunyinya seakan pelik, bukan. Mereka yang sebegini merasakan mereka berjaya hanya bila dilihat sebagai mangsa keadaan. Mereka menagih simpati dari semua orang. Apabila keadaan mula menampakkan kemajuan, mereka sering sabotaj diri sendiri dan merendah-rendahkan kebolehan mereka sendiri. Dengan cara itu mereka berasa mereka dapat mengawal keadaan dan seterusnya berasa sudah berjaya. Orang sebegini hidup penuh dengan alasan demi alasan.

Anda berada di dalam kelompok mana?

May 25

Blog Saya – Part 1

Salam Ceria semua,

Minggu lepas saya didatangi oleh seorang sahabat merangkap seorang sifu yang dah lama saya kenal. Kak Joy atau nama sebenarnya Joiriah adalah orang yang tak asing lagi dalam dunia masak-memasak. Saya belajar membuat kek dan biskut dari beliau. Kak Joy memang seorang yang tak lokek dengan ilmu dan suka bersedekah. Happy Go Lucky dan yang pentingnya dia memang cun la dengan saya.

Kali ni Kak Joy datang bukannya nak mengajar saya memasak atau membuat kek tetapi nak belajar berblogging dengan saya. Wah! Besar betul expectation Kak Joy tentang pengalaman saya dalam berblog sedangkan saya pun masih terkedek-kedek dalam dunia berblog ini. Namun untuk tidak menghampakan harapan beliau saya pun bersetuju walaupun dalam hati rasa sangsi dengan kemampuan sendiri.

Dipendekkan cerita , Kak Joy sudahpun mempunyai blog, dah ada domain name sendiri lagi yang guna WordPress platform. Malangnya beliau tak tahu bagaimana untuk menggunakannya khususnya dalam bab teknikal. Sesuatu yang menyedihkan saya adalah bila beliau memberitahu yang beliau sudahpun menghadiri kelas yang tak kurang mahal jugaklah harganya.

Saya dulu-dulu pun buat blog sebab dipaksa oleh suami saya. Waktu tu saya pakai blogspot ajer. Punyalah kelakar sebab waktu mula-mula nak set-up blog saya asyik terlupakan username dan password.Memang lupa tahap gaban betul sampaikan kalau tak silap 3 blogspot yang saya buat. Rimas jugak pada mulanya sebab rasa macam beban sebab nak fikir nak tulis apa, pastu kena letak gambar le pulak. Hei, tak berkenan la saya, lagipun apela faedahnya kan?

Kalau tulis blog nanti boleh dapat ramai kawan, boleh share resipi dengan orang, kata suami saya. Apa kaedahnya nak share resipi dengan ramai orang sedangkan buku resipi saya yang dah rupa belacan tu saya sorok bila ada ramai orang datang rumah. (ini akibat penyakit kedekut ilmu).

Pada mulanya memang rasa kekok tetapi..tetapi..i tell u,  bila ada orang comment kat blog, aduh! seronoknya, kena pulak comment yang ala puji-pujian. Hmm, itulah pengalaman saya berblog ¾ tahun yang lepas dan blog saya memang tak boleh lari dari hal-hal mengenai makanan dan dekorasi. Klik disini untuk lihat blog rumah tinggal saya.

Sekarang blog saya guna hosting dah maju ke hadapan dah….azianhasan.com. Memang impian saya nak menghasilkan blog yang ala-ala Donna Hay dan Martha Stewart. Manalah tahu ia akan menjadi kenyataan. Bila saya mula-mula berblog dulu, saya hanya suka-suka sahaja. Masa tu saya tak ada lagi Facebook dan Twitter. Jadi blog digunakan untuk up-date kisah hidup seharian.

Lama-kelamaan saya sedar bahawa blog memang mampu menjadi satu alat untuk menjana duit secara online. Maka saya pun mencarilah apa sahaja peluang untuk saya pelajari bagaimana saya boleh buat duit dengan berblog ni. Dari satu seminar ke satu seminar saya pergi. Beli segala buku dan e-book. Saya cuba itu dan ini. Duduk menghadap laptop seperti lagak orang yang dah berjaya tetapi saya rasa hampa. Rupa-rupanya bukanlah semudah yang disangka. Mendapat duit dari blog perlukan satu panduan dan teknik yang dapat membantu kita untuk buat duit online.

Jika anda seorang blogger. Samada yang baru ataupun yang dah lama dan anda ingin menghasilkan pendapatan dengan blog anda tetapi masih tidak tahu cara yang sebenarnya untuk berbuat demikian, anda tak perlu buang masa lagi…saya betul-betul cadangkan anda  memilik panduan saya cadangkan ini

Sekarang anda dah pun berada di waktu yang betul, tempat yang tepat untuk mula mengetahui rahsia menjana wang online dari blog anda melalui BLOG. Ebook ini adalah satu himpunan padat dengan teknik-teknik dan rahsia untuk menjana duit dari BLOG.

Insya-Allah,nanti kita akan berkongsi perkara-perkara yang lain pula dalam perjalanan kita meneroka dunia blogging ini.Teruskan bersama dan menyokong blog saya.

May 19

Berniaga Agar-Agar

Pasti anda terkejut dengan tajuk artikel saya kali ini.,berniaga agar-agar. Tapi ianya tidak mustahil,kan?  Bila anda pergi ke pasaraya, cubalah  lihat siapakah yang mempelopori perniagaan agar-agar,..eh..tahukan.  Kalaulah orang bertanya kepada saya..sekarang bisnes apa? dan saya menjawap bisnes agar-agar pasti mereka ketawa berdekeh-dekeh, ha,ha bisnes agar-agar  manalah nak dapat untung,  asyik kira duit syiling ajelah… betul tapi kalau tak ada duit syiling mana nak datangnya duit ringgit. Tapi tak boleh nak letakkan kesalahan kepada pengkritik tersebut jugak sebab kalau jual agar-agar dalam satu lengat sehari berapalah untungnya.

OK , disini saya bukanlah nak menceritakan tentang bagaimana nak berniaga agar-agar cuma saya nak memberi  tamsilan tentang perniagaan dan agar-agar. Pernah tengok agar-agar? Di kampong saya dipanggil lengkong atau kalau glamour sikit dipanggil jelly. Sedapkan kalau dimakan di hari panas tetapi kenalah cukup manis,lembut dan cantiknya. Saya mengaku mampu membuat kek bertingkat-tingkat tetapi tak pandai membuat agar-agar yang cukup manisnya , cukup lembutnya cantik pulak tu sehinggakan bila ia dimasukkan ke dalam mulut ,..melt in the mouth..macam makan aiskrim.

Begitu jugalah dengan perniagaan. Bermula dan berakhir biarlah betul supaya ianya seumpama agar-agar yang manis, lembut dan cantik, tapi bagaimana? Mungkin sesetengah orang boleh bermula dengan betul hanya pada peringkat akhirnya . Ada juga pada peringkat awal ataupun di peringkat pertengahan. Bagi saya yang penting adalah di peringkat akhirnya tetapi alangkah indahnya jika di setiap peringkat itu kita boleh buat dengan betul supaya akhirnya cukup manis, lembut dan cantik pula.

Berfikirlah secara positif . Bila kita memulakan perniagaan, berfikirlah secara positif agar baik dan  untung kesudahannya nanti. Walaupun di peringkat awal agak sukar dan terpaksa menempuhi bermacam halangan tetapi bila kita fikirkan kejayaan kita di peringkat akhir, kita akan rasa gembira walaupun kejayaan belum lagi kita kecapi. Kalau ada kekecewaan sekalipun, tenaga-tenaga positif tersebut akan menarik kita kembali ke garisan supaya kita boleh sampai ke garisan penamat dengan jayanya.  Jujur dengan diri anda!

Carilah seberapa banyak ilmu supaya kita dapat menghadapi  segala masalah dan kerenah perniagaan dengan ilmu yang penuh di dada. Bagi saya menjalankan perniagaan membenarkan saya mempraktikkan apa yang dipelajari kedunia realiti perniagaan. Dan jangan lupa rajin-rajinkan diri untuk membaca apa juga buku, surat khabar dan sebagainya.

Kalau kurang ilmu di dada maka nanti anda akan mudah  rasa kesal,kecewa,malas dan sebagainya. Carilah ilmu dari mana-mana dan sesiapa jua. Jangan salah menilai ilmu anda kadangkala orang Indon dan Bangla lebih banyak ilmu dari pakar keusahawanan yang memberi seminar dengan meletakkan harga berani mati.  Jangan pulak salah sangka..pandai-pandailah timbang yang mana bagus untuk anda.

Pakailah baju kalis peluru. Betul! Bila dah memulakan perniagaan banyak betul dugaannya lebih-lebih lagi orang seperti saya yang berasal dari keluarga yang tidak suka berniaga dan tidak mempunyai latar berniaga langsung-langsung. Bila saya memulakan perniagaan dahulu, pelbagai umpatan dan hinaan serta tak kurang juga kata-kata pelemah jiwa yang terpaksa diterima.  Nasihat saya, lari jauh-jauh dari mereka ini kerana tanpa anda sedari ianya akan menjatuhkan semangat anda apatah lagi yang ayatnya seperti memberi amaran atau sindiran yang tajam. Lagipun banyak benda yang perlu kita tumpukan di dalam hidup ini. Kadang-kadang kalau ikutkan perasaan nak putus sedara atau kawan rasanya.

Berniagalah dari hati. Bunyi macam senang tapi sukar untuk di paparkan. Bila saya bertanya kepada suami saya begaimana untuk menulis artikel perniagaan yang baik, beliau menjawap, tulislah dari hati. Jika berniaga semata-mata untuk membalas dendam, hendak membanggakan diri dan sebagainya, hentikan. Uruskan fikiran tentang persepsi berniaga yang betul, pujuklah hati anda supaya membenarkan hati anda cantik, lembut dan manis seperti agar-agar tadi. Saya pernah membaca tentang  Barbara Miller, pemilik Miller Paper Company  yang memulakan perniagaan  didalam usia 60  tahun. Bagi beliau usia bukan penghalang  baginya beliau berniaga dari hati, itu yang penting.

Berniaga dari hati yang sesedap agar-agar tadi pasti akan diberkati, diredhai, percayalah. Selamat Berniaga!

Apr 07

Berhenti Kerja dan Berniaga?

Berhenti kerja dan berniaga? Saya sering mendengar rungutan dari kaum ibu yang berkarier tentang betapa penat dan bosannya mereka bekerja. Mengharungi hidup seharian disamping menjadi seorang pekerja dan seorang isteri serta ibu amat membebankan. Tambahan lagi tuntutan kerja yang tinggi serta masa yang begitu pendek untuk bersama keluarga menjadikan ibu-ibu yang bekerja ingin menukar cara hidup dan menceburi bidang perniagaan.

Bila saya  ditanya…. o.k tak kalau berhenti kerja dan berniaga? Rasanya teramat sukar untuk saya menjawabnya  kerana jawapannya terlalu subjektif.  Perlu diingatkan berniaga bukan jalan penyelesaian sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu  masalah. Takut nanti ianya akan menambahkan masalah pula.

Pandangan peribadi saya ialah memulakan perniagaan untuk lari dari masalah berkaitan bekerja makan gaji adalah salah satu cara permulaan yang salah.

Perlu diingat bahawa di dalam kita berniaga, duit yang didapati dari keuntungan perlu dipusing semula untuk memajukan perniagaan. Itu kalau ada untung, kalau tidak macamana pulak kisahnya! Ini bermakana hasil yang masuk tidak menentu, tidak seperti semasa kita makan gaji, – amaunnya tetap walau kita sering mengeluh tidak cukup!!! Kita kena ingat kita memerlukan wang setiap bulan untuk membayar ansuran rumah, kereta dan perbelanjaan lain. Perniagaan tidak mejamin semua ini.

Namun jika anda mempunyai modal yang besar dan mampu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kos perniagaan dan sara hidup untuk  sekurang-kurangnya 8 bulan pertama, tidak mengapalah,itu dikecualikan.

Bagi saya sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah dengan memulakan perniagaan secara sampingan /part-time dulu. Jangan berhenti kerja selagi perniagaan anda tidak mampu menghasilkan pendapatan tetap.  Bina perniagaan secara ‘part-time’ di samping anda bekerja secara ‘full time’ sehinggalah perniagaan anda maju dan boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Selepas itu barulah anda boleh berhenti kerja dengan orang lain. Biarlah perniagaan tersebut kecil, namun risiko untuk anda rugi adalah kurang. Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.

Namun begitu sebelum anda memulakan langkah untuk berniaga walaupun secara part- time, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti:

  • Anda perlu memberi penjelasan kepada keluarga tentang niat anda. Perubahan tentang cara hidup perlu dibincangkan bersama.  Mintalah sokongan dan bantuan dari mereka. Ini akan lebih memudahkan perjalanan bisnes anda nanti.
  • Perlu diingatkan berniaga itu susah sebenarnya walaupun sekecil mana pun ia. Kena pulak anda tidak punya sebarang pengalaman. Anda perlu bersedia untuk melalui dugaan dan cabaran yang bukan sedikit. Semuanya anda kena tanggung sendirian tidak seperti di pejabat tempat anda bekerja di mana tanggungjawab terhad kepada skop jawatan anda.
  • Jika anda merasakan perniagaan ‘part time’ yang anda lakukan berjalan dengan perlahan, itu tidak mengapa.  Anda tidak boleh membandingkan perniagaan anda setaraf dengan perniagaan yang dijalankan 24 jam. Namun, itu tidak bermakna yang anda tidak boleh mencapai sasaran seperti perniagaan yang lain. Cuma perlu mempunyai strategi yang lebih bijak dan efektif.
  • Walaupun anda berniaga ‘part time’ tetapi anda mesti ingat yang anda masih bekerja dengan orang lain. Jangan campurkan urusan bisnes dengan urusan kerja dan jangan jadikan pembabitan anda ke dalam dunia perniagaan  menjatuhkan kualiti dan komitmen anda di tempat kerja. Elak menggunakan masa dan peralatan pejabat untuk urusan bisnes. Kewajipan anda terhadapa tugasan  dan tanggungjawab di pejabat harus dilaksanakan sebaik mungkin.

Tahukah anda di zaman yang serba canggih ini, anda boleh menjalankan bisnes part-time tanpa mempunyai produk sendiri? Menarik bukan. Jika dulu kita perlu ke-hulu ke-hilir untuk membeli produk dan menjual semula kepada orang lain ataupun terpaksa membuat kuih dan sebagainya untuk mendapatkan duit sampingan, kini kita boleh mendapat duit dengan menerima komisen dari syarikat yang mengeluarkan produk (merchant) hanya dengan menjual barangan mereka.

Bisnes ini boleh dimulakan pada bila-bila masa tanpa memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan pautan (link) affiliate yang diberikan oleh ‘merchant” untuk menghasilkan jualan ataupun klik ke laman web yang diberikan. Sekiranya anda menghasilkan jualan melalui laman web yang anda promosikan tersebut, anda akan mendapat komisyen bagi setiap jualan tersebut. Ini adalah salah satu cara bagaimana seorang affiliate boleh buat duit online.

Bagi wanita ini bukanlah satu pekerjaan yang sukar kerana kita boleh memilih produk apa yang hendak kita pasarkan. Sebenarnya banyak produk yang memang sesuai dengan wanita untuk memasarkannya seperti produk perkahwinan, produk untuk bayi, produk bersalin, kecantikan dan sebagainya. Sesuai pula dengan sentuhan dan pengalaman kita sebagai wanita, pasti bisnes boleh maju dalam masa yang singkat.

Biasanya komisen yang diberi adalah tinggi iaitu di sekitar 40%-75%. Itulah yang menjadikan ramai wanita bekerjaya malahan surirumah sendiri  memilih bisnes ini sebagai langkah permulaan di dalam bisnes Internet.

Bagi anda yang berminat dan ingin keterangan lanjut sila klik disini dan dapatkan laporan percuma dari saya. Anda juga boleh  ‘like’ page ini supaya kita boleh bersama-sama membangunkan bisnes online kita.

Mar 23

Apa Pentingnya Inspirasi

Sebagai orang bisnes, anda perlu bijak menggunakan inspirasi dari sesuatu peristiwa atau keadaan bagi mengoptimakan hasil usaha anda. Lihat disekeliling anda siapakah yang boleh dijadikan inspirasi anda…..ibubapa, keluarga, mertua, kawan hatta musuh sekalipun tidak mengapa. Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda untuk berjaya. Tak kiralah samada mereka memang mahukan anda berjaya atau sebaliknya.

Namun begitu inspirasi yang terkuat ada didalam diri anda sendiri iaitu keupayaan anda untuk melihat potensi anda di masa hadapan. Apakah keupayaan atau visi yang boleh menggerakkan anda supaya maju ke hadapan, sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa?

Kembali kepada matlamat anda ….sudahkah anda mendapatkannya , sudah mencukupikah usaha anda untuk mencapai matlamat tersebut. Anda tidak akan mudah menyerah kalah bukan? Tidak mahu dicerca orang bukan? Jadikan fakta ini sebagai inspirasi anda. Namun begitu di dalam bisnes, inspirasi akan lahir dari minat anda terhadap bisnes yang anda pilih.

Jika anda tidak mempunyai minat terhadap bisnes anda, motivasi diri akan berkurangan dan anda akan mudah jemu, bosan, tidak bersemangat, lemah dan akhirnya mudah menyerah kalah. Inspirasi merupakan penemuan momentum yang akan menghasilkan prestasi cemerlang di dalam bisnes dan diri anda khususnya.

Tanya kepada diri anda sendiri samada anda betul-betul minat terhadap bisnes yang anda ceburi. Jika anda seronok dan sentiasa teruja dengan bisnes dan tidak merasakan ianya suatu paksaan maka anda memang membuat pilihan yang bijak.

Mar 06

Apa Itu Affiliate?

Bila orang tanya sekarang saya buat apa, saya rasa itu soalan yang menggoncang jiwa raga.Kenapa saya perlu buat apa dan apa itu apa? Dan mengapa bertanya? Bukan ker sejak dari dulu saya tak buat apa-apa. Saya duduk rumah jadi isteri dan suri rumah sepenuh masa dan tak buat apa-apa. Hei…. kadang-kadang soalan-soalan macam ini membuatkan saya jadi geram.

Adakah mungkin kerana saya yang tak henti-henti buat benda yang baru dan suka berniaga, jadi bila saya tak buat apa-apa, jadi orang pun bertanya sekarang ni buat apa?

Sebenarnya, susahnya nak jawab kerana bila saya kata saya bekerja dari rumah, ramai, terutama kaum keluarga dan saudara mara, macam tak faham-faham.

Jadi sekarang ini dengan saya yang dah konon-kononnya sudah agak ‘advance ‘ ilmu Internet, saya cakap saya buat bisnes affiliate. Bila mereka bertanya kembali affiliate itu apa, dengan bangganya saya cakap, affiliate ni bisnes orang putih dan yang terlibat mesti seorang pakar Internet. “Ini bisnes global woo, kat Malaysia tak ada lagi,’ begitulah kelentong saya untuk menyedapkan hati saya dan yang penting sekali nak menunjukkan yang saya ni ada ‘kelas’…. sekali-sekala, ye tak??

Kelentong punya kelentong, realitinya saya masih tercungap bila berada di depan laptop. Masakan tidak nak buat cloaking pun perlukan sehari dua untuk saya belajar. Itu belum lagi kes hari ini ingat, esok lupa. Saya gunakan youtube yang asyik ‘buffering’ memanjang, dek kerana Internet connection yang selalu mintak ampun perlahannya.. Nak belajar dengan orang putih punyalah mahal, lagipun saya tak ada akaun paypal.

Semangat saya tinggi walaupun saya tahu yang saya merangkak belajar dan membuat marketing secara manual, saya yakin dan pasti inilah bisnes yang sesuai untuk saya. Dah serik dengan bisnes offline.

Ops!, bukanlah saya mengatakan bisnes offline tu tak bagus, Cuma cara hidup dan keinginan saya serasi dengan bisnes affiliate ni . Manakan tidak sambil berbisnes affiliate saya boleh memasak, membuat kek, mengajar anak dan yang penting sekali tak payah keluar rumah.

Struggle tetap struggle, penat dan kerja kerasnya sama sahaja seperti dulu, cuma sekarang saya tidak perlukan produk sendiri untuk menjual. Tak perlu dengar komen dan bebelan orang ramai tentang produk saya sendiri Hanya perlu memasarkan produk orang lain ke seantero dunia menggunakan Internet dan mendapat komisen. Cukuplah untuk saya membantu keluarga.

Yang pasti komisen tetap dapat. Cuma bezanya sikit atau banyak saja. Ini bukan sistem yang menjanjikan anda jutawan dan boleh mengelilingi dunia. Memang boleh anda jadi jutawan dengan bisnes affiliate tetapi kenalah kerja kuat. Adil kan? Jadi bagi anda yang bercadang untuk menceburi bisnes affiliate sebagai agen affiliate atau bagi mereka yang tiada idea untuk menjual produk sendiri, sila klik disini

Dengan hanya mengeluarkan ongkos yang sedikit anda akan mendapat ganjaran yang tinggi bagi mengubah kedudukan kewangan anda. Yang pentingnya,anda berusaha berterusan dan bekerja kuat.

Seikhlasnya saya memang mengkagumi tuan punya kursus pakar affiliate ini iaitu saudara Rahman Basri. Beliau yang sememangnya terkenal sebagai seorang yang pakar atau top affiliate di Malaysia dimana beliau banyak menjuarai cabaran affiliate yang telah dilancarkan oleh para IM tempatan. Saudara Rahman Basri sanggup berkongsi pengalaman beliau untuk menghasilkan satu panduan yang cukup mantap yang belum lagi ada dipasaran setakat ini dimana ianya mendedahkan teknik sebenar beliau dalam menjuarai cabaran affiliate setiap kali dilancarkan.

Banyak yang menariknya tentang kursus affiliate ini.Lengkap dengan 11 modul Teknik Pakar Affiliate . Dan saya tak nak bercakap banyak lagi, biarlah yang pakar sahaja yang mengulas kata. Klik di bawah atau gambar di sebelah untuk keterangan lanjut.

Lakukan sekarang kerana peluang ini tak tentu sampai bila akan berakhir, Jangan nanti berputih mata sahaja.