free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 20

Mari Berbento

bento1

Ini adalah cover buku masakan saya yang pertama. Sungguh tak sangka akhirnya dapat jugak saya memiliki buku masakan saya sendiri. Bermula dengan angan-angan dan cakap-cakap kosong sahaja antara saya dan suami, akhirnya Alhamduliilah semuanya menjadi kenyataan. Teringat lagi masa tu kami dalam perjalanan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu saya. Suami saya mencadangkan agar saya mengutarakan idea buku masakan yang mengandungi resepi-resepi yang boleh dijadikan bekal. Sungguh saya tertarik dengan idea suami saya, kena pulak saya memang menyediakan bekal untuk anak-anak saya semasa mereka masih bersekolah dahulu.

Saya mengutarakan cadangan dan sinopsis buku saya kepada editor PTS Melenia dan akhirnya penantian saya terjawab dengan persetujuan pihak PTS untuk menerbitkan buku tersebut.

bentoasia2

Pada tarikh 26 Mei yang lepas, pertama kalinya saya memasuki studio untuk shooting buku masakan saya. Rasa sungguh gementar masa tu kerana selama ini saya masak sorang-sorang je kat dapur. Punyalah suspen sampaikan malam tu tak berapa nak tidur saya dibuatnya.

DSC03368

Konsep buku saya ialah mudah, sedap dan penuh dengan idea untuk menghias bento. Jadi saya sediakan halaman yang memaparkan bagaimana untuk membuat sos. Sos ini boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan didalam peti sejuk. Ianya boleh mempercepatkan proses memasak. Tak adalah kelam-kabut pepagi buta kan.

DSC03362

Salah satu resepi didalam buku saya. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh membelinya secara online disini ataupun boleh message saya disini dan saya akan poskan untuk anda.

bentoasia1

First time dapat pegang buku sendiri…Terimakasih kepada suami yang terlalu banyak menolong. Kepada tiga orang anak perempuan saya Alia, Asma dan Arissa dan juga kepada krew PTS dan kepada mereka yang mendoakan saya selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Jan 31

Salam Dari Azian Hasan

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Hi dan selamat datang ke blog saya. Nama saya Azian dan saya yang dekat  dalam gambar di atas tu.

Saya minat memasak dan sejak dua menjak ni ( actually dah lama jugaklah)saya minat juga menulis blog.  Disebelah saya itu ialah suami saya  dan saya nak   bagitahu  yang  beliaulah pengkritik tegar apa yang saya masak.

 Selain dari memasak saya juga suka menghias rumah dan saya ada satu perangai yang pelik iatu bila saya stress saya akan ubah kedudukan perabot di rumah saya. Itulah sebabnya kebanyakan perabot di rumah saya cepat rosak.

Saya teringin sangat untuk menghasilkan sebuah buku resepi ataupun apa-apa buku yang berkaitan dengan minat saya dan juga mengimpikan  sebuah ‘test kitchen’ macam donna hay tu .Manalah tahu kalau ada rezeki impian saya akan jadi kenyataan. 

Saya harap pembaca sekelian akan menjadi teman rapat saya di blog saya ini. Selalu-selalulah berkunjung dan saya akan cuba sedaya upaya menghasilkan pelbagai resepi yang best-best. Harapan saya dengan adanya blogazianhasan.com ini, ramai yang akan memasak didapur sendiri dan melemparkan lebih kasihsayang kepada keluarga kita.

Thanks for visiting!